1.1     Sebenarnya
 sebelum kedatangan kuasa-kuasa asing ke Tanah Melayu, orang Melayu 
telah pun memiliki sistem pendidikan tersendiri. Sistem pendidikan yang 
wujud pada masa tersebut adalah bersifat tidak formal dan tidak 
menitikberatkan perkembangan kognitif atau pemikiran pelajar-pelajar. 
Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan 
pengajaran Al-Quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan 
kerohanian dan seni mempertahankan diri. Isi pelajaran yang di ajar 
termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam 
bidang pertanian,  perikanan dan perburuan. Pada peringkat lebih teratur
 terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut 'sekolah pondok ' 
yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang terkenal. 
Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang di
 bina di sekelilingnya. Perkembangan
 pendidikan tidak formal di Tanah Melayu di percayai berkembang sejajar 
dengan penyebaran agama Islam di Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu yang 
lain pada abad ke-14.(Ruslan Zainuddin, 2003). Para pedagang Arab dan 
India yang beragama Islam datang ke Asia Tenggara untuk berniaga dan 
menyebarkan Islam kepada penduduk setempat.Para pedagang ini telah 
memulakan usaha menggalakkan pendidikan tidak formal dengan menubuhkan 
sekolah-sekolah pondok di Perlis,Kedah, Melaka, Terengganu, Kelantan dan
 Brunei. Perluasan penyebaran Islam ini semakin luas apabila berlaku 
perluasan empayar Kesultanan Melayu Melaka, Riau dan Brunei pada abad 
ke-15 yang menyebabkan perkembangan agama Islam dan Institusi pendidikan
 tidak formal di negeri-negeri yang di takluki tersebut. Antara isi 
pengajarannya ialah berkaitan dengan pengajian Al-Quran yang di ajar di 
surau-surau dan masjid yang di buat pada waktu siang dan malam serta di 
ajar oleh guru yang terdiri daripada syeikh,sayyid,petani atau pun 
nelayan.
  
1.2     Peringkat
 kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah Melayu berlaku 
semasa zaman penjajahan Inggeris ( 1824-1957 ). Sistem pendidikan yang 
telah wujud pada Zaman Pemerintahan Inggeris telah memberi kesan dalam 
mewujudkan polarisasi di Tanah Melayu.Hal ini kerana, dasar British yang
 telah membuat pemisahan kaum terutamanya dalam aspek pendidikan telah 
mewujudkan polarisasi di Tanah Melayu. Sistem pendidikan yang diwujudkan
 di Tanah Melayu begitu jelas berorientasikan kepentingan perkauman dan 
telah mewujudkan sekolah-sekolah vernakular yang menggunakan bahasa 
ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Pada
 peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelolakan, 
dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa pentadbiran penjajah
 Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar 
pendidikan Kebangsaan. Pentadbiran pendidikan di Tanah melayu semasa ini
 adalah mengikut dasar penjajah iaitu "pecah dan perintah " serta dasar 
terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan vernakular. Matlamat 
utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi 
pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka 
memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi British sahaja. Dengan itu, 
Inggeris mula memberi tumpuan besar kepada pelajaran Inggeris 1816. 
Walau bagaimanapun perhatian kepada pelajar Melayu hanya sekadar melepas
 batuk ditangga sahaja, iaitu menunaikan kewajipan kepada anak watan 
sesuai dengan perjanjian Inggeris dengan pembesar - pembesar tempatan. 
Pendidikan pada peringkat ini telah berjalan secara ad hoc tanpa di 
kawala oleh satu garis panduan yang konkrit. Ini adalah kerana 
pemerintah Inggeris tidak menggangap pendidikan sebagai satu pelaburan 
di 'periphery'nya untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyatnya 
bagi mencapai kemajuan. Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di 
bawah dasar kebajikan benevolen (benovelent welfare policy). Di sebabkan
 perkara ini, objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan hendak 
mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan 
keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efisien 
sahaja.Tegasnya, pendidikan pada zaman ini berkembang secara 
sewenang-wenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk
 unsur- unsur kebangsaan di kalangan rakyat. Akibat dasar Inggeris 
tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural (plural educatin al 
system) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk. Terdapat lima 
aliran bahasa iaitu bahasa Cina, Melayu, Arab dan Tamil. Sekolah 
Vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada tahun 1855, 
di Bayan Lepas Pulau Pinang.Seterusnya di buka dua buah sekolah Melayu 
di Singapura iaitu di Teluk Belanga dan Kampung Gelam.Sekolah Melayu 
Gelugor, Pulau Pinang telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa 
pengantar. Sekolah vernakular Cina yang terawal di Negeri-negeri Selat 
telah di bina di Melaka pada tahun 1816 oleh sekumpulan pendakwah 
Persatuan Pendakwah London.Terdapat juga sekolah Cina yang di buka oleh 
orang perseorangan. Di peringkat awal, iaitu pada tahun 1917, sekolah 
Cina mendapat bantuan dari Negara China. Mulai tahun 1920-an, 
sekolah-sekolah ini diberi pilihan sama ada untuk mendapat bantuan dari 
Negara China atau kerajaan Tempatan. Tujuan penubuhan sekolah vernakular
 Cina ini adalah untuk mengekalkan warisan budaya dan bahasa Cina di 
tempat asing. Kurikulum sekolah Cina sebelum abad ke-20 ialah 
berorientasikan pemikiran Tanah Besar China. Buku teks dan guru di bawa 
dari Negara China.Sekolah ini pula menggunakan bahasa Cina/Mandarin (Kuv
 Yu) sebagai bahasa pengantar.Dalam sekolah Cina ini, murid-murid akan 
di ajar bahan-bahan klasik,secara hafalan,mengira dengan sempoa dan 
tulisan Cina.Contoh sekolah : SJK (C) Hua Lian, Tanjung, Perak dan SJK 
(C) Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan. Kelas Bahasa Cina di adakan di 
semua “Free School” iaitu di Melaka,Pulau Pinang dan Singapura namun ia 
telah gagal dan akhirnya di hentikan. Vernakular Tamil pula menggunakan 
bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.Guru, kurikulum dan buku teks di 
bawa dari India.Contohnya ialah seperti : SJK (T) Manikavasagam, Tanjung
 Malim, Perak.Sekolah-sekolah Tamil mula berkembang selaras dengan 
perkembangan dalam sektor perladangan kopi,getah dan kelapa sawit pada 
tahun 1870-an.Sekolah Tamil berikan hanya untuk majikan estet dan hanya 
diperingkat sekolah rendah sahaja.Pada tahun 1825, Kod Buruh 
berkuatkuasa.Semua estet yang mempunyai kanak-kanak dalam umur 
persekolahan diwajibkan menyediakan sekolah yang bertujuan untuk 
membasmi buta huruf.Kod Buruh ini telah membuat peruntukan agar 
sekolah-sekolah Tamil diberi kemudahan kepada anak-anak pekerja buruh.
  
1.3     Sistem
 pendidikan plural ini sebenarnya tidak dapat menyemai serta memupuk 
semangat kebangsaan  di kalangan penduduk yang berbilang kaum. Orientasi
 pendidikan yang tidak teratur dan tidak mempunyai hala tuju ini telah 
menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada 
negara asal mereka.Dalam membincangkan sistem pendidikan semasa zaman 
pemerintahan British ini yang telah membawa kepada polarisasi di Tanah 
Melayu, sebenarnya ia telah di sebabkan oleh banyak faktor antaranya 
dari aspek politik, ekonomi, sosiobudaya dan agama.
  
2.0     PENDIDIKAN PADA ZAMAN PEMERINTAHAN INGGERIS (1800 – 1956)
  
Sebenarnya
 pendidikan pada masa sekarang merupakan warisan daripada pendidikan 
sejak zaman pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu pada suatu masa 
dahulu.Dasar laissez-faire yang diamalkan oleh British dalam pendidikan 
telah menyebabkan wujudnya liam jenis sistem persekolahan di Tanah 
Melayu yang berbeza hala tuju dan alirannya.Jenis persekolahan tersebut 
ialah sekolah vernakular Melayu,sekolah vernakular Cina,sekolah 
vernakular Tamil,sekolah Inggeris dan sekolah Agama Madrasah. Kewujudan 
lima jenis persekolahan ini telah menimbulkan situasi yang sukar dalam 
sistem penndidikan pada masa kini khususnya dalam mewujudkan keseragaman
 dan pencapaian integrasi nasional. Sebenarnya kwujudan vernakularisme 
dalam sistem pendidikan pada zaman pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu
 adalah dipengaruhi oleh faktor politik, ekonomi, sosiobudaya dan agama.
  
2.1     Faktor politik
  
Inggeris
 mula campur tangan di Tanah Melayu apabila Inggeris mengambil Pulau 
Pinang (1786),Singapura (1819) dan Melaka (1824).Dalam penguasaan 
seterusnya, Inggeris telah meluaskan dasar campur tangannya ke atas 
pentadbiran Tanah Melayu yang bermula di Perak melalui Perjanjian 
Pangkor 1874, keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu Tanah Melayu pada 
tahun 1914 dan keseluruhannya sebahagian kepulauan Borneo Utara dan 
Sarawak pada tahun 1888. Sebenarnya tujuan dasar campur tangan British 
dalam pentadbiran negeri di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak 
adalah untuk mendapatkan autoriti atau kuasa monopoli terhadap 
perniagaan timah, emas, rempah, penerokaan kawasan ladang kopi dan 
getah, dan memonopoli laluan perdagangan antara Timur dan Barat. Bagi 
tujuan perkembangan pendidikan di tanah jajahan, sama ada di Tanah 
Melayu atau di Borneo, Pihak British tidak mahu membazirkan wang mereka 
untuk tujuan ini. British hanya membina sekolah yang berkualiti kepada 
anak-anak bangsawan Melayu sahaja dan tidak terbuka kepada semua 
anak-anak Melayu yang lain. Hal ini kerana, dasar laissez-faire dalam 
pendidikan dan sikap British yang hanya tahu menabur janji-janji kosong 
menyebabkan usaha penubuhan sekolah-sekolah Inggeris bersendirian oleh 
pendakwah Kristian, penubuhan sekolah-sekolah Cina oleh masyarakat Cina 
sendiri, penubuhan sekolah-sekolah Tamil oleh tuan pemilik ladang dan 
penubuhan sekolah-sekolah agama madrasah oleh masyarakat Melayu.Dalam 
sekolah yang berlainan ini pula, setiap jenis sekolah ini mempunyai 
orientasi kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta organisasi
 yang terasing dan berbeza-beza antara satu sama lain.
  
2.2     Faktor ekonomi
  
Sebenarnya,
 sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu pada abad ke-19, telah wujud
 penghijrahan orang Cina ke Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan 
Sarawak.Tetapi penghijrahan mereka ini adalah secara 
kecil-kecilan.Orang-orang Cina dari daerah Hokkien dan Kwantung telah 
berhijrah ke negari-negeri seperti Negeri Sembilan, Perak dan Selangor 
yang bertujuan untuk berniaga dan bekerja di lombong-lombong bijih timah
 milik pembesar Melayu.
  
          Pada
 pertengahan abad ke-19 berlaku penghijrahan orang Cina beramai-ramai ke
 Tanah Melayu yang bertujuan untuk bekerja di lombong bijih timah milik 
saudagar Inggeris dan Cina.Bagi mempertingkatkan pengeluaran bijih timah
 bagi kegunaan industri di Eropah, pihak British telah membenarkan 
kemasukan beramai-ramai orang Cina ke Tanah Melayu. Di sebabkan dasar 
imigresen yang di amalkan oleh British ini, peratus bilangan kaum Cina 
telah meningkat daripada 41 peratus pada tahun 1891 kepada 48 peratus 
daripada jumlah penduduk di Tanah Melayu pada tahun 1901. (Sufean 
Hussin, 2008).Di kawasan petempatan orang-orang Cina, pihak British 
telah memberi kelonggaran dan kebenaran kepada orang Cina untuk 
menubuhkan sekolah rendah dan sekolah menengah sendiri.
  
          Di
 sebabkan keperluan buruh untuk mengusahakan ladang kopi, gambir dan 
getah di Tanah Melayu, British juga telah menggalakkan kemasukan peniaga
 dan buruh India dari negara India.Pada tahun 1891, peratus kaum India 
di Tanah Melayu ialah lapan peratus dan pada tahun 1901, peratus kaum 
India di Tanah Melayu adalah Sembilan peratus daripada jumlah penduduk.
  
          Dalam
 penubuhan sekolah, masyarakat India yang tinggal di ladang-ladang 
kurang berminat untuk menubuhkan sendiri sekolah rendah Tamil. Dalam 
penubuhan sekolah-sekolah rendah Tamil di kawasan ladang, ia telah 
diusahakan oleh pemilik ladang yang berbangsa Inggeris yang sebenarnya 
bertujuan untuk “memujuk” kaum India supaya menetap lama di 
ladang-ladang.
  
          Bagi
 menjamin keperluan tenaga pekerja separuh mahir seperti kerani dan 
pegawai-pegawai pentadbiran rendah, pihak British telah menubuhkan 
beberapa sekolah di Negeri-negeri Selat dan Negari-negeri Melayu 
Bersekutu yang dikenali sebagai Free School.Free School sebenarnya 
mengenakan yuran kepada murid-murid yang memasukinya.Namun apa yang 
istimewa, Free School membenarkan semua murid-murid dari semua bangsa 
untuk memasukinya.Antara Free School yang terdapat di Tanah Melayu 
adalah seperti Penang Free Schoo(1816), Malacca Free School(1826), 
Victoria Institution(1894) di Kuala Lumpur dan King Edward VII(1906) di 
Taiping.
  
          Dasar
 Kapitalisme dalam bidang ekonomi penjajah British yang mahu 
mempercepatkan perubahan sumber ekonomi pada tahun-tahun 1900-an telah 
menyebabkan keperluan terhadap tenaga juruteknik, jurukira, dan kerani 
akaun.Permintaan yang tinggi ini tidak dapat di tampung menyebabkan satu
 cadangan telah di buat oleh Jawatankuasa Winstedt pada tahun 
1916.Menurut cadangan jawatankuasa ini, kursus-kursus baru akan di 
tambah di sekolah teknik, pertanian dan pertukangan.Pada waktu malam 
pula, kelas vokasional dan perdagangan telah di adakan di Tanah Melayu 
dan Singapura. Pada tahun 1918 pula, Jawatankuasa Lemmon telah 
ditubuhkan untuk mengemukakan syor kepada pihak kerajaan tentang 
pendidikan teknik dan perindustrian. Hasil daripada cadangan 
jawatankuasa ini, sebuah sekolah teknik dan sebuah sekolah pertanian 
yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Inggeris telah di tubuhkan di 
Kuala Lumpur. Selain itu, beberapa buah sekolah pertukangan yang 
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar juga telah di 
tubuhkan.
  
2.3     Faktor sosiobudaya
  
Sepanjang
 tempoh penjajahan British di Tanah Melayu, pihak British selalu 
menegaskan supaya kependudukan dan budaya hidup orang Melayu tidak di 
ganggu. Inggeris berpendapat supaya orang Melayu di kekalkan di 
kampung-kampung dan mengamalkan cara hidup bertani,bertukang atau 
nelayan. Oleh itu, orang Melayu tidak di galakkan berhijrah ke 
kawasan-kawasan perlombongan, ladang atau ke bandar untuk bekerja dengan
 Inggeris.
  
          Bagi
 mamastikan perkara ini di lakukan, sebagai tanda terima kasih kepada 
orang Melayu, pihak Inggeris telah menubuhkan sekolah-sekolah rendah 
vernakular Melayu. Sekolah-sekolah ini mempunyai kurikulum bagi memenuhi
 asas sosialisasi anak-anak Melayu di kampung-kampung.
  
2.4     Faktor agama
  
Sebelum
 kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu, sebenarnya sekolah pondok telah 
wujud yang bertujuan untuk menyebarkan dan memperkukuhkan pegangan dan 
nilai-nilai Islam dan nilai-nilai budaya masyarakat Melayu pada zaman 
berkenaan. Kedatangan British pada tahun 1786 di Pulau Pinang yang di 
ketuai oleh Francis Light dan pembukaan Singapura oleh Stamford Rafless 
pada tahun 1819 telah membuahkan satu kejutan budaya kepada masyarakat 
Melayu yang beragama Islam. Hal ini kerana, kedatangan dan seterusnya 
campur tangan Inggeris di Tanah Melayu telah membuka ruang untuk 
kemasukan pendakwah Kristian dan kemasukan beramai-ramai kaum imigran 
Cina dan India. Pendakwah Kristian, yang telah mendapat sokongan 
daripada kerajaan British telah menubuhkan sekolah-sekolah rendah dan 
menengah di Negeri-negeri Selat (Melaka, Pulau Pinang dan Singapura) dan
 Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan 
Pahang).
  
          Kesan
 penubuhan sekolah-sekolah pendakwah Kristian yang mempunyai orientasi 
kurikulum kebaratan dan secular telah di anggap oleh orang Melayu 
sebagai satu ancaman kepada agama dan budaya hidup orang Melayu. Di 
sebabkan hal ini, beberapa tokoh-tokoh ulama Islam yang bersikap radikal
 dan progresif iaitu Kaum Muda, mereka telah melakukan reformasi atau 
perubahan dalam pendidikan dengan cara menubuhkan Sekolah Agama Madrasah
 yang bertujuan untuk menyaingi sekolah-sekolah pendakwah Kristian dan 
sekolah-sekolah vernakular Melayu yang mendapat bantuan daripada 
Kerajaan British.Perjuangan Kaum Muda yang di ketuai oleh Sheikh Tahir 
Jalaludin dan Sayyid Sheikh Ahmad Al-Hadi pada tahun 1906 telah 
menegaskan bahawa kemajuan umat Melayu yang keseluruhannya beragama 
Islam, khususnya yang berkaitan dengan sosioekonomi dan politik orang 
Melayu bergantung kepada keupayahan orang Melayu Islam dalam mengubah 
orientasi pemikiran yang hanya bercorak mementingkan 
akhirat(fundamentalisme) kepada yang lebih moden dan progresif 
(rasionalisme).
  
3.0   RUMUSAN
  Kesimpulannya,
 sebenarnya kewujudan sistem pendidikan dalam zaman Inggeris ini telah 
mewujudkan polarisasi di Tanah Melayu.Penubuhan sekolah-sekolah 
vernakular yang berasaskan kepentingan kaum masing-masing ini telah 
membawa pemisahan yang sangat ketara antara penduduk di Tanah 
Melayu.Sistem pendidikan yang bersifat perkauman yang kuat ini 
menyebabkan polarisasi di Tanah Melayu begitu ketara sekali.Hal ini 
kerana, dasar-dasar British yang memerintah Tanah Melayu telah mendorong
 lagi suasana polarisasi ini.Faktor seperti politik,ekonomi,sosiobudaya 
dan agama pula telah merangsang lagi isu polarisasi di Tanah Melayu 
khususnya di sebabkan oleh sistem pendidikan British yang telah di 
amalkan. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan