nt
   
    
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
“Orang yang berakal itu ialah orang yang mahu mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah pengalaman orang lain.” Demikian pesanan yang amat mendalam daripada Saidina Ali Abi Talib.
.
Kisah puak Israel
 yang sering melakukan penindasan terhadap manusia dan umat Islam 
sejagat terutama penduduk Palestin sewajarnya dijadikan ikhtibar. Jangan
 sesekali ada usah di kalangan umat Islam yang menutup
 sebelah mata bersedia untuk mengiktiraf mereka dan juga jangan ada yang
 mencuba untuk mendapatkan sokongan moral golongan yang telah hilang 
perasaan serta sifat kemanusiaan ini.
.
Kisah kaum Bani Israel banyak dicatatkan dalam al-Quran bertujuan mendedahkan tembelang
 mereka dalam isu keagamaan dan kemanusiaan sejagat. Perkataan Israel 
pada asalnya bermaksud pilihan dan ia adalah satu sebutan khusus bagi 
Nabi Yaakub. Justeru, Bani Israel adalah susur galur keturunan Nabi 
Yaakub dan sekarang mereka lebih dikenali sebagai Zionis.
.
Sesungguhnya, Bani Israel ini adalah kaum
 yang dimuliakan Allah SWT suatu ketika dulu. Kebanyakan daripada 
keturunan bani Israel atau kaum Yahudi, mempunyai kebijaksanaan dan 
kelebihan yang tidak diberikan kepada kaum lain. Allah SWT berfirman:
اذْكُرُوْا نِعْمَتِيَ الَّتِيْ أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَ أَنِّيْ فَضَّلْتُكُمْ عَلَى الْعَالَمِيْنَ
“Ingatlah olehmu akan nikmatKu yang telah Aku karuniakan kepadamu, dan sesungguhnya Aku telah pernah memuliakan kamu atas bangsa-bangsa.” (Surah Al-Baqarah, Hujung ayat 47)
.
Sebagai bangsa pilihan, mereka dilimpahi 
nikmat Allah yang tidak diberikan kepada bangsa lain. Antara nikmat itu 
ialah diutuskan ramai nabi dan rasul yang daripada kalangan mereka, 
selain diselamatkan daripada kezaliman Firaun dan bala tenteranya.
Allah SWT berfirman lagi dalam surah al-Baqarah:
يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَوْفُوا بِعَهْدِي أُوفِ بِعَهْدِكُمْ وَإِيَّايَ فَارْهَبُونِ ﴿٤٠
“Wahai bani Israel! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang-Ku berikan kepadamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) dengan-Ku supaya Aku sempurna perjanjian-Ku dengan kamu; dan kepada Akulah saja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).” (Surah al-Baqarah, ayat 40)
.
Walaupun Allah SWT melimpahkan pelbagai 
nikmat kehidupan, mereka berubah menjadi bangsa lupa diri, sombong, 
takbur, mempermainkan ayat Allah dan ajaran agama, bahkan tergamak 
membunuh pendakwah serta nabi mereka sendiri yang sentiasa menyeru ke 
arah kebaikan dan kesejahteraan hidup.
Al-Quran mendedahkan kejahatan mereka yang tiada langsung sifat 
kemanusiaan. Dalam diri mereka ini tersemat beraneka kejahatan yang 
tersembunyi dalam hati mereka yang diterjemahkan dengan sifat serta 
perlakuan jahat.
.
Dalam satu kisah sahabat, pada suatu hari Abu Ubaidah al-Jarrah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia paling dahsyat azabnya pada hari kiamat?” Baginda menjawab: “Sesiapa yang membunuh nabi atau orang yang melaksanakan amar makruf nahi mungkar.” 
Kemudian Baginda membaca ayat al-Quran daripada surah al-Imran ayat 21:
إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّـهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَيَقْتُلُونَ الَّذِينَ يَأْمُرُونَ بِالْقِسْطِ مِنَ النَّاسِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ﴿٢١
“Sesungguhnya orang yang kufur ingkar ayat keterangan Allah dan membunuh nabi dengan jalan tidak benar, serta membunuh orang yang menyeru manusia berbuat adil, maka sampaikanlah berita kepada mereka dengan azab pedih.”
 .
Baginda meneruskan sabdanya: “Wahai
 Abu Ubaidah, ketahuilah bahawa bani Israel sudah membunuh 43 nabi pada 
sebelah pagi dalam satu masa. Kemudian ada 170 orang Israel yang 
mengajak mereka membunuh nabi berkenaan yang menyeru kepada makruf dan 
mencegah mereka daripada mungkar tapi mereka membunuhnya pada sebelah 
petang.” (Riwayat Abu Hatim dan Ibn Jarir).
.
Kaum Bani Israel berasal daripada 
anak-anak nabi Yaakub (a.s) seramai 12 orang yang turut dikenali dengan 
gelaran ‘Al-Asbaath’ (Bahasa Arab:الأسباط) iaitu Rubin, Simeon, Lawway, 
Yahuda, Zebulaon, Isakhar, Dann, Gad, Asyer, Naftali, Yusuf, dan 
Benyamin.
Antara anak-anak baginda, ada antaranya 
yang diangkat menjadi Rasul seperti Nabi Yusof (a.s) yang meneruskan apa
 yang diajarkan oleh Nabi Ibrahim kepada datuk baginda, Nabi Ishak a.s.,
 bapa baginda, Nabi Yaakub dan akhirnya baginda sendiri yang dipilih 
Allah untuk meneruskan Syariat Allah dimuka bumi ini.
Terdapat ramai rasul-rasul yang terkemuka
 diutuskan dalam kalangan Kaum Bani Israel ini seperti Nabi Yusuf, Nabi 
Musa, Nabi Harun, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ilyas, Nabi Ilyasa, 
Nabi Yunus, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa yang merupakan rasul 
yang terakhir yang diutuskan Allah kepada kaum ini sebelum kedatangan 
Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan rasul yang terakhir yang diutuskan 
kepada seluruh umat manusia dimuka bumi Allah ini.
.
Sejarah Islam juga mencatatkan kaum 
Yahudi terkenal dengan sifat khianat dan mungkir janji. Hampir semua 
perjanjian yang termeterai antara mereka dengan Rasulullah SAW telah 
mereka khianati.
Maka tidak menghairankan kini rejim Zionis Yahudi
 di Israel kekal mempamerkan sifat yang telah sebati menjadi darah 
daging mereka iaitu mengulangi perbuatan zalim, khianat dan mungkir 
janji seperti dilakukan nenek moyang mereka dulu.
Mereka bukan saja mengkhianati 
seluruh isi perjanjian damai dengan bangsa Palestin, malah dengan angkuh
 dan sombong tidak bersedia untuk tunduk kepada resolusi diputuskan 
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkaitan isu perdamaian Asia 
Barat.
.
Kisah pengkhianatan kaum Yahudi dulu dan sekarang sekali gus membuktikan kebenaran al-Quran yang mendedahkan tembelang dan sikap kaum Yahudi sebenarnya terhadap isu keagamaan, kemanusiaan dan keamanan sejagat.
Penjajahan haram Yahudi yang begitu laparkan tanah di bumi Palestin bertindak melebar penguasaan mereka hasil daripada ‘Dasar Penaklukan Menggila’ itu.
.
Umat Islam di bumi Palestin yang dizalimi dan ditindas oleh rejim Zionis
 itu wajib berjihad demi mempertahankan maruah, harta benda, tanah air 
serta agama mereka. Bahkan, turut menjadi tanggungjawab bersama setiap 
Muslim di seluruh dunia untuk memboikot barangan Israel atau menberi 
bantuan tenaga sukarela, perubatan dan kewangan kepada saudara seaqidah 
di Palestin dalam mempertahankan bumi suci ketiga Islam itu.
.
Kaum Yahudi
 sentiasa berusaha dengan pelbagai cara dan helah, sama ada secara 
terang-terangan mahupun sulit agar kaum Muslimin meninggalkan ajaran 
agama mereka dan kembali menjadi kufur. Perilaku jahat kaum Yahudi 
berkenaan dirakamkan dalam al-Quran untuk dijadikan pengajaran kepada 
umat Islam selepasnya.
Allah SWT berfirman:
وَدَّ كَثِيرٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُم مِّن بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِّنْ عِندِ أَنفُسِهِم مِّن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ
“Banyak antara Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir selepas kamu beriman kerana dengki yang timbul dalam diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad SAW).” (Surah al-Baqarah, ayat 109).
.
Kisah kejahatan kaum Yahudi
 terhadap masyarakat Islam di Palestin khususnya di Gaza, bukanlah 
sesuatu yang asing jika kita singkap kembali sejarah perangai bangsa 
yang dilaknat Allah ini. Mereka pernah membuat onar dengan memanipulasi 
ekonomi negeri Yathrib (Madinah) ketika menjadi kaum yang menumpang di 
sana yang mana penduduk asalnya terdiri daripada kalangan Aus dan 
Khazraj.
Mereka memonopoli sistem ekonomi di 
Yathrib dan mengamalkan riba sehingga menindas kaum Aus dan Khazraj. 
Akhirnya kaum Aus dan Khazraj bersatu di bawah panji Islam dan 
berlakulah peristiwa hijrah yang mereka kemudiannya dikenali sebagai 
kaum Ansar.
.
Puak Yahudi pada asalnya tidak punya 
negara dan pendatang asing serta menumpang di Yathrib. Akhirnya mereka 
seolah-olah mencipta negara haram mereka sesuka hati di Yathrib. Hari 
ini sejarah berulang kembali. Mereka laksanakan perkara yang sama di 
bumi Palestin.
Israel bukan sebuah negara, kerana 
mereka pendatang asing yang menceroboh, merampas dan mencipta negara 
mereka secara haram di bumi suci Palestin. Laknatul Allah ke atas rejim Zionis Yahudi. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!!!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan