Rabu, 21 Oktober 2015

AZAB SEKSAAN ALLAH SWT

Allah SWT menciptakan manusia untuk beriman kapadaNya. Allah SWT mengurniakan akal fikiran untuk kita membezakan diantara keburukan dan kebaikan serta membuat pilihan dengan memberi kehidupan sementara didunia. Setelah itu kita akan mati dan dibangkitkan semula dihari kiamat kelak untuk dibicarakan tentang amalan yang kita lakukan semasa hidup didunia. 

Setiap amalan yang baik akan diberi ganjaran syurga dan amalan yang buruk akan dibalas dengan seksaan api neraka. Allah SWT telah menyatakan dalam hadisNya yang bermaksud, 

“hai orang-orang yang beriman, peliharakanlah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkaNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan” (at-tahrim:6) 

Pada pemahaman saya, manusia yang dimaksudkan ialah orang-orang yang melanggar perintah Allah dan melakukan perkara yang dilarang olehNya ketika hidup didunia yang sementara. Batu yang dimaksudkan ialah berhala-berhala yang disembah oleh umat manusia sebagai tuhan semasa hidup didunia walaupun telah diingatkan oleh para nabi-nabi dan rasul-rasul supaya tidak menyembah batu-batu berhala. Para malaikat yang menjaga neraka itu tidak akan sesekali ingkar dengan suruhan Allah yakni menyeksa hambaNya yang tidak beriman kepadanNya. 

Bukti kewujudan syurga dan neraka telah diterangkan dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Apabila seseorang mati, akan ditunjukkan kepadanya tempatnya pagi dan petang dan jika ia termasuk penduduk syurga, (dia akan ditunjukkan tempatnya) di kalangan penduduk syurga dan jika dia termasuk penduduk neraka, (dia akan ditunjukkan tempatnya ) di kalangan pendududk neraka” (Bukhari) 

Neraka terdiri daripada tujuh pintu masuk yang setiap satunya untuk golongan-golongan tertentu mengikut dosa-dosa yang telah dilakukan. Pintu neraka akan tertutup buat selama-lamanya setelah penghuni-penghuninya masuk kedalam tempat tinggalnya yang abadi. Api neraka akan membakar penghuni-penghuni neraka dan pintu-pintu neraka ditutup untuk mengurung mereka didalamnya. 

Neraka juga mempunyai beberapa nama iaitu jahannam, latha, al-hutamah, sa’ir, saqar, al-jahim, dan al-hawiyah. Ia juga mempunyai penjaga-penjaga yang terdiri daripada malaikat-malaikat yang sangat patuh pada perintah Allah. Al-quran ada menyebut bahawa jumlah penjaga neraka adalah sembilan belas dan salah seorang daripadanya ialah malaikat Malik. 

Pada hari kiamat para penghuni neraka akan melihat tempat tinggal mereka dihadapan mereka dan akan menyedari segala kesalahan yang telah mereka lakukan, tetapi segala penyesalan mereka sudah terlambat. Ia diterangkan dalam al-quran yang bermaksud;

“jangan (berbuat demikian) . apabila bumi dogoncangkan berturut-turut, dan datanglah Tuhanmu, sedang malaikat berbaris-baris. dan pada hari itu diperlihatkan nereka jahannam, dan pada hari itu ingatlah manusia akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya. ” (al-Fajr: 21-23) 

Apabila tiba hari kiamat, Allah akan menunjukkan neraka jahannam dan manusia akan sedar akan kesilapan mereka dan ketika itu tiada gunanya segala sesalan mereka itu. Pada hari itu neraka akan ditanya adakah ia telah berpuas hati dengan penghuninya namun demikian ia menjawab bahawa ia masih boleh menerima orang-orang yang akan mendudukinya. hadith ada menerangkan tentang muatan neraka dan ukurannya yang sangat besar dan ia memerlukan malaikat-malaikat yang sangat ramai untuk membawanya pada hari kiamat kelak. 

Sesungguhnya neraka itu sangat dalam hinggakan jika sebiji batu dilemparkan ke dalamnya, ia akan mengambil masa selama tujuh puluh tahun untuk sampai kedasarnya. Walaubagaimana pun meskipun dengan muatan dan dalamnya, neraka tidak akan penuh hinggalah Allah meletakkan kakaiNya di atasnya. Neraka akan terus meminta agar penghuninya sentiasa bertambah sehingga Allah meletakkan kakaiNya barulah ia berhenti meminta. 

Neraka mempunyai banyak tingkat dan darjat bergantung kepada jenis dan banyaknya dosa yang telah dilakukan para penghuninya. Orang-orang munafik merupakan penghuni neraka yang mendapat tempat di bawah sekali dan tidak ada seorang pun yang dapat membantu mereka. 

BAHAN BAKARNYA

Neraka merupakan api yang sangat dahsyat dan tidak sama dengan api yang kita lihat didunia yang boleh membakar kayu, kain dan bahan-bahan lain. Bahan bakar neraka ialah manusia jahat yang berhati batu. Batu-batu juga menjadi bahan bakarnya termasuk patung-patung berhala yang telah dijadikan sembahan selain daripada Allah ketika hidup didunia. 

1. Manusia
• Terdiri daripada orang-orang kafir, orang yang menyembah sesuatu selain daripada Allah, orang yang malakukan perkara yang dilarang, dan mereka yang amalan buruk melebihi kebaikan yang dilakukan. 
• FIR’AUN- ingkar kapada perintah nabi musa supaya menyembah Allah walaupun telah ditunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah dan mukjizat yang nyata. 
• ISTERI-ISTERI NUH DAN LUTH- kedua-duanya tidak mahu mengikut suruhan suaminya yang menjadi nabi dan hamba Allah yang paling soleh supaya menyembah Allah. Kedua-dua suaminya tidak dapat membantu mereka dihari kiamat. 
• ABU LAHAB DAN ISTERINYA- binasalah kedua-dua tangan abu lahab. isterinya akan menjadi pembawa kayu bakar yang dilehernya ada tali dari sabut. 
• ‘AMR BIN ‘AMIR AL-KHUYA’I- orang pertama yang mempertuhankan binatang-binatang dan akan mengheret usus-ususnya didalam neraka kelak. 
• ABU TALIB- mendapat hukuman yang paling ringan dineraka iaitu memakai sepasang kasut daripada api yang menyebabkan otaknya mendidih. 

2. JIN
• SYAITAN- ingkar dengan perintah Allah, dan menjadi penghuni tetap neraka. 

3. BATU-BATU
• BERHALA- disembah oleh manusia. 

ISI DAN SAIZ PENDUDUK NERAKA

Manusia pertama yang akan dipanggil pada hari kiamat ialah Adam, beliau akan ditunjukkan keturunannya dan diminta untuk membawa penghuni neraka dari keturunannya itu. Dari setiap seratus orang, Sembilan puluh Sembilan adalah penghuni neraka. Adam bertanya kepada Rasulullah, jika Sembilan puluh Sembilan daripada kami adalah penghuni neraka, kemudian apa lagi yang tinggal dari kami. Nabi Muhammad SAW bersabda :

“Umatku dikalangan (umat yang lain ) adalah seperti sehelai rambut putih di atas seekor lembu yang hitam”

Ini menunjukkan betapa ramainya penghuni neraka yang terdiri daripada manusia-manusia iaitu umat-umat Nabi Muhammad SAW itu sendiri. Hanya seorang sahaja yang diibaratkan terselamat daripada api neraka bagi setiap seratus orang. 

Saiz penghuni-penghuni neraka akan ditambah dari saiz asal mereka. Tubuh mereka akan membesar supaya mereka akan lebih terdedah kepada siksaan. Gigi geraham atau gigi taring seorang penghuni neraka sama seperti bukit uhud, dan tebal kulitnya sama seperti tiga malam perjalanan. 

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud jarak diantara dua bahu penghuni neraka sama seperti tiga hari perjalanan untuk seorang penunggang yang tangkas. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda;

“sesungguhnya tebal kulit seorang penghuni neraka sama dengan panjang empat puluh dua lengan gergasi, gigi gerahamnya seperti (bukit) uhud, dan tempat duduknya di neraka (jaraknya) di antara mekah dan madinah” (Tirmizi dan al-Hakim - sahih) 

KATEGORI PENGHUNI NERAKA

Terdapat golongan-golongan manusia yang berbeza yang akan masuk kedalam neraka, bergantung kepada berat dan banyaknya dosa ynag mereka lakukan ketika di dunia. Mereka terdiri daripada orang-orang yang tidak bertaubat ketika masih hidup di bumi. Terdapat beberapa kategori manusia yang akan masuk dan tinggal selama-lamanya di dalamnya. 

1. Orang-orang kafir

• mereka mati dalam keadaan kafir mereka mendapat laknat Allah, para malaikat, dan manusia seluruhnya. Mereka kekal didalam neraka dan tidak akan diringankan siksaannya dan tidak akan ditangguhkan. 

2. Golongan munafik

• Ditempatkan ditempat yang paling bawah dari neraka dan tidak ada seorang pun yang dapat membantu mereka. penghuni kekal neraka jahannam. Mereka adalah golongan yang kafir setelah beriman dan termasuk dalam golongan orang fasik

3. Ahli kitab yang menolak islam

• terdiri daripada orang-orang yahudi dan kristian. Tanggungjawab ahli-ahli kitab adalah lebih besar daripada orang-orang kafir kerana mereka telah pun terdedah kepada ajaran agama yang betul. Namun apabila nabi SAW menyampaikannya, mereka menolaknya. 

4. Orang yang menyembunyikan ayat-ayat Allah

• Tidak mahu menyampaikan apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada orang lain yang tidak mengetahui. firman Allah SWT ;

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas ) dan petunjuk, setelah kami menerangkan kepada manusiadalam al-kitab, mereka itu dilaknat Allah dan dilaknati (pula ) oleh semua (makhluk ) yang dapat melaknati. ”

5. Pembunuh

• Orang yang membunuh umat islam dengan sengaja tanpa sebab maka nerakalah tempatnya. Allah SWT berfirman :

“Dan barangsiapa yang membunuh seorang mu’min dengan sengaja, maka balasannya ialah jahannam, kekal ia didalamnya dan Allah murka kepadanya, mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya. ”

6. Orang yang membunuh diri

• Siapa yang membunuh dirinya sendiri dengan senjata, dia akan sentiasa membawa senjata tersebut dan akan mengulangi apa yang telah dilakukannya. 
• Siapa yang membunuh diri dengan meminum racun, akan meminumnya didalam api neraka selama-lamanya. 
• Siapa yang membunuh diri dengan terjun dari bangunan akan terjun di dalam api neraka selama-lamanya. 

7. golongan yang syirik

• mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Mempercayai benda lain seperti tangkal, bomoh, dan lain-lain selain daripada Allah. 

8. Penduduk neraka yang lain

• Ada lima penduduk neraka iaitu :
i. Orang lemah yang tidak menahan diri, yang mengikut secara membuta tuli dan tidak mempedulikan keluarga atau harta. 
ii. Pengkhianat yang tamak dan sering melakukan tipu daya walaupun untuk perkara-perkara yang kecil. 
iii. Orang yang mengkhianati keluarga dan harta benda orang lain. 
iv. Orang-orang yang kedekut (bakhil) atau penipu. 
v. Orang yang suka mencaci orang lain dengan kata-kata lucah dan bahasa kesat. 


MAKANAN DAN MINUMAN PENGHUNI NERAKA

Penghuni neraka akan diberi makan, walaubagaimana pun makanan mereka tidak mengenyangkan dan tidak juga mengurangkan rasa lapar mereka. Makanan ahli neraka itu terdiri daripada buah-buahan dari sepohon pokok yang dipanggil sebagai Zaqqum. Pokok yang sangat buruk dan pahit ini tumbuh di dasar neraka, dan tangkai buahnya tidak kuat dan berbentuk seperti kepala-kepala syaitan. 

Para penghuni neraka memakan buah dari pokok ini dengan begitu rakus sekali. Ini kerana mereka tidak mempunyai makanan lain selain daripada makanan tersebut. Mereka akan memenuhkan perut mereka dengan buah yang panas seperti minyak yang mendidih didalam perut. kepanasan dan kedahsyatan buah zaqqum itu dapat dibayangkan dengan sabda rasulullah yang bermaksud

“jika setitik dari zaqqum jatuh kedalam sebuah rumah di dunia ini, ia akan menghancurkan (semua) bekal makanan manusia di dunia ini. Lalu bagaimana ia menjadi makanan seseorang ?” (Tirmizi – sahih ) 

Apabila mereka merasa dahaga, mereka akan meminum minuman bercampur dengan air yang sangat panas. mereka juga akan menjadikan darah dan nanah sebagai makanan di neraka. Api juga merupakan salah satu daripada makanan yang akan diberikan kepada penghuni neraka. Orang yang memakan harta anak yatim, mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk kedalam api neraka yang manyala-nyala. 

1. Hamim (air yang mendidih ) 

• Penghuni neraka akan meminum air yang mendidih sehingga memotong usus mereka apabila diminum. Meskipun begitu merka akan minum seperti unta yang kehausan. 

2. Ghassaq

• Mereka akan minum nanah dan darah yang keluar dari kulit mereka sendiri dan hampir tidak dapat menelannya. 

3. Sadid

• Nanah yang cair. Mereka akan diberi minum dengan air nanah, diminumnya air nanah itu. 

TEMPOH MENDIAMI DAN SEKSAANNYA

Sebahagian ulama berpendapat bahawa seksaan yang akan diterima di neraka adalah sementara dan tidak kekal selama-lamanya, ini kerana langit dan bumi yang kita tahu adalah tidak kekal dan akan musnah pada hari kiamat, dan begitulah dengan perbuatan yang kita lakukan di dunia yang sementara pasti tidak kekal. 

Walaubagaimana pun, sebahagian besar ulama muslim menolak pendapat ini dan menyatakan bahawa langit dan bumi yang dinyatakan dalam al-Quran adalah tidak sama dengan yang kita lihat hari ini, sebaliknya ia adalah langit dan bumi yang kekal selama-lamanya. pendapat yang menyatakan bahawa tempat tinggal dan seksaan di neraka adalah kekal disokong oleh ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith, seperti;

“sesungguhnya barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa, maka sesungguhnya baginya neraka jahannam. Ia tidak akan mati di dalamnya dan tidak (pula) hidup. ” (Ta Ha :74) 

Sesungguhnya orang-orang berdosa akan kekal dineraka selama-lamanya dan seksaan mereka tidak akan dikurangkan walaupun sedikit. Sebahagian manusia akan tetap di dalam neraka untuk satu tempoh masa bagi menghadapi seksaan mengikut dosa yang telah dilakukan, kemudian mereka akan dikeluarkan dari neraka, seperti hadith Rasulullah SAW. 

Barangsiapa yang mengakui bahawa ‘ tiada tuhan yang disembah melainkan Allah ‘dan melakukan kebaikan walau sebesar biji barli akan dikeluarkan dari api neraka, dan mereka yang berkata demikian dengan yakin dan mempunyai amalan kebaikan walau seberat biji gandum akan keluar dari neraka. 

Para penghuni neraka tidak akan dapat bertahan dengan seksa neraka yang mereka hadapi, kesakitan, kesengsaraan dan penderitaan. Oleh itu mereka merayu agar dapat diakhiri penderitaan tersebut, malahan mereka lebih sanggup dimusnahkan dari terus terseksa. Namun satu kemusnahan tidak dapat menghapuskan penderitaan yang mereka hadapi, lalu mereka meminta untuk dimusnahkan beberapa kali. Tetapi sudah pasti rayuaan mereka tidak akan didengar dan dipenuhi oleh Allah

Orang-orang kafir akan menjadi penghuni tetap neraka dan mereka tidak akan dimasukkan kesyurga kerana tidak mempercayai kewujudan Allah. 

Kulit para penghuni neraka akan dibakar dan setiap kali kulit ituhangus dibakar, ia akan digantikan dengan kulit yang baru, dan begitulah seterusnya dimana seksaan itu akan berterusan selama-lamanya. penghuni neraka juga akan menerima azab api di muka mereka, dan tangan mereka akan diikat dengan rantai. Oleh itu mereka tidak dapat menggunakan tangan untuk melindungi diri mereka sendiri daripada api neraka itu. 

Orang yang sesat di dunia, muka mereka akan diseret di atas api neraka dan dibakar dalam api yang panas. Api akan mengelilingi mereka di setiap penjuru, dan akan membakar mereka setiap masa. Usus-usus akan keluar dari perut-perut mereka dan diseret oleh mereka sendiri seperti sabda rasulullah SAW ;

“Pada hari pengadilan seorang lelaki akan dibawa kehadapan lalu dicampakkan kedalam neraka. Akibatnya ususnya akan terkeluar dari perutnya, lalu dia memegang ususnya seperti keldai berlari berpusing-pusing, kawan-kawannya di neraka berkata kepadanya, ‘hai si pulan bin si pulan, apa ini?adakah engkau tidak menyuruh manusia melakukan kebaikan dan menolak kejahatan?’ lalu dia menjawab, ‘benar, aku menyuruh orang untuk melakukan kebaikan tetapi aku sendiri tidak melakukannya, dan aku melarang mereka melakukan kejahatan, tetapi aku sendiri melakukan kejahatan itu’” (Bukhari dan Muslim) 

Di akhirat penghuni neraka akan menyesali perbuatan mereka yang telah lalu, namun penyesalan itu telah terlewat. Orang-orang kafir di neraka akan mengaku bahawa mereka sengaja memekakkan telinga terhadap risalah-risalah yang dibawa oleh para rasul dan enggan menggunakan kebebasan yang diberikan oleh Allah menurut cara yang betul sebagaimana yang dikehendakinya. 

Kalaulah mereka memberi perhatian dan mengikut ajaran para nabi dan rasul, mereka pasti akan memahami dan mempercayai bukti-bukti yang tentang kewujudan Allah lalu beriman kepadaNya. Mereka pasti tidak akan diseksa di dalam api neraka. Mereka akan sentiasa memohon kepada Allah agar diberikan peluang untuk kembali ke dunia dan melakukan ibadah siang dan malam tanpa henti. Namun rintihan dan tangisan mereka tidak akan diendahkan kerana Allah telah memberi masa yang panjang untuk kita mengumpul sebanyak mana pahala sebagai bekalan di akhirat kelak, tapi kita mensia-siakan masa yang diberikan olehNya. 

CARA-CARA MENJAUHKAN DIRI DARI API NERAKA

Setiap orang akan mendatangi neraka. Namun hanya orang-orang yang beriman dan bertaqwa yang akan terselamat dari terjerumus ke dalam api neraka. Orang yang bertaqwa itu ialah orang yang takut kepada Allah, menahan dan menjaga dirinya dari melakukan perbuatan jahat dan maksiat, sentiasa berbuat kebajikan. Terdapat banyak amal perbuatan yang boleh menjauhkan dan melindungi seseorang dari seksaan api neraka. Antaranya ialah ;

1. iman

• Allah telah menyediakan syurga untuk orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepadanya dan mereka terselamat dari seksaan api neraka selama-lamanya. Mereka yang selalu berdoa memohon keampunan daripada Allah dan menjauhi mereka daripada api neraka, orang yang sabar, taat pada perintah Allah dan membelanjakan hartanya di jalan Allah akan dijauhkan dari seksaan api neraka. 

2. Cinta kepada Allah

• Allah tidak akan mencampakkan orang-orang yang dicintaiNya ke dalam api neraka. Mareka yang mencintai Allah lebih dari segala-galanya akan dikasihi dan dicintai oleh Allah. 

3. Takut kepada Allah

• Allah telah berfirman yang bermaksud bagi mereka yang takut akan saat menghadap tuhannya ada dua syurga. Barangsiapa yang menangis kerana takut kepada Allah tidak akan masuk ke neraka hinggalah susu kembali ke tempat asalnya. 

4. Siyam (puasa) 

• Puasa adalah perisai dari api neraka. Mana-mana hamba yang berpuasa sehari untuk mencari keredhaan Allah akan dialihkan mukanya dari api neraka dengan satu jarak tujuh puluh tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin