Jumaat, 22 Januari 2010

SEJARAH KAPAL SELAM

Kapal selam

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Kapal selam adalah kenderaan yang bergerak di bawah air, selalunya untuk tujuan ketenteraan. Kebanyakan tentera laut "navy" memiliki kapal selam. Kapal selam juga digunakan untuk sains laut dan air tawar dan untuk bertugas dikedalaman yang tidak sesuai untuk penyelam manusia. U-Boat adalah ringkasan bagi Unterseeboot (jika ditakrifkan secara terus ke bahasa melayu bermaksud "bot-bawah-laut"), nama Jerman untuk kapal selam Jerman (mula ditugaskan dalam Perang Dunia I. Salah satu pesawat selam yang lain adalah loceng selam.

USS Los Angeles

Isi kandungan

[sorok]

[sunting]Kapal selam saintifik dan perdagangan

Kebiasaannya, kapal selam / submarine biasanya merujuk kepada kapalselam ketenteraan; pesawat untuk penyelidikan atau perdagangan dirujuk sebagai pesawat selam "submersible". Kapal selam bukan ketenteraan biasanya lebih kecil berbanding kapal selam tentera. Terdapat pesawat selam jenis tanpa enjin yang dipanggil bathysphere. Sebelum bathysphere, loceng selam "diving bell", berbentuk loceng dalam air dengan lantai terbuka. Udara dipam masuk oleh orang di atas kapal bagi membenarkan penyelam tinggal lebih lama di bawah air.

Kapal selam pelancong digunakan kebanyakannya dikawasan perlancungan biasa. Pada tahun 1996, terdapat lebih lima puluh kapal selam persendirian beroperasi disekeliling dunia, berkhidmat untuk membawa anggaran dua juta penumpang setiap tahun. Kebanyakan kapal selam tersebut membawa antara dua puluh lima sehingga lima puluh penumpang pada satu masa dan melakukan sepuluh atau lebih penyelaman setiap hari. Kebanyakan kapal selam ini meminjam rekabentuk kapal selam penyelidikan, mempunyai tingkap besar untuk penumpang melihat dan meletakkan kebanyakan perkakasan diluar lunas untuk menjumatkan ruang dalaman. Bagaimanapun, tempat duduk kapal selam penumpang juga sempit. Kebanyakannya berkuasa bateri dan sangat perlahan.

Perkembangan yang agak baru, kapal selam kecil tanpa pemandu yang dikenali sebagai kenderaan beroperasi jarak jauh marin - (marine remotely operated vehicles) digunakan secara meluas masa kini untuk bekerja di air dalam atau terlalu merbahaya untuk penyelam. Sebagai contoh, kenderaan beroperasi jarak jauh - ( remotely operated vehicles ) (ROVs) membaiki pelantar petroleum luar pantai dan melekatkan kabel kepada kapal karam untuk mengangkat mereka. Kenderaan kawalan jauh seumpamanya disambung dengan tether (kabel tebal yang membekalkan kuasa dan komunikasi) kepada pusat kawalan di atas kapal. Operator atas kapal melihat imej video yang dihantar balik oleh robot dan mengawal kipas dan lengan robot. Bangkai kapalTitanic dijelajah dengan menggunakan kenderaan sedemikian, termasuk pesawat dipandu.

[sunting]Kapal selam tentera

Kemungkinannya terdapat lebih banyak kapal selam tentera beroperasi berbanding kapal selam jenis lain, walaupun sukar untuk mendapatkan jumlah sebenar kerana tentera laut berahsia mengenai angkatan kapal selam mereka.

Kapal selam amat berguna kepada tentera kerana ia mampu menghampiri mangsa mereka tanpa dikesan, kemudian menyerang pada jarak dekat. Banyak perhatian diberikan dalam rekabentuk kapal selam untuk membolehkan mereka bergerak dalam air secara senyap untuk menghalang ia dikesan oleh kapal musuh dan kapal selam.

Kapal selam moden berbentuk cerut. Reka bentuk ini yang dikenali sebagai "badan titisan air", direka menurut badan ikan paus. Ia mengurangkan geseran antara air dan badan kapal selam dengan banyaknya, dan membenarkan kapal selam untuk bergerak lebih pantas berbanding kapal selam sebelumnya. Kapal selam USS Albacore merupakan kapal pertama mempunyai bentuk titisan air (teardrop ). Dengan menggunakan kuasa yang dibekalkan oleh reaktor nuklear kapal selam moden mampu kekal di bawah air hampir sepenuh masa, dan timbul hanya apabila diperlukan.

Menara pada atas kapal selam mengandungi periskop dan layar eletronik (electronics mast), yang termasuk radio, radar, peperangan elektronik (electronic warfare), dan sistem lain. (Dalam kapal selam kelas berbentuk bot (lihat sejarah, di bawah), bilik kawalan, atau conn, terletak di dalam menara ini, yang dikenali sebagai menara conning. Bagaimanapun, semenjak itu bilik kawalan conn telah diletakkan dalam badan utama kapal, dan menara itu biasanya pada masa kini dikenali sebagai layar sail. Dalam fahaman lain, conning tower datang dari bahasa Inggeris verb to con, yang bererti untuk mengemudi, menunjukkan kehadiran sistem navigasi dalam menara kawalan. Conn tidak patut dikelirukan dengan bridge, yang merupakan pelantar kecil pada puncak layar yang digunakan untuk pemerhatian mata kasar ketika berlayar di permukaan laut.

Kapal selam moden menggunakan sistem pemanduan inert ( Inertial guidance system ) untuk pemanduan semasa menyelam, bagaimanapun, ralat hanyut (drift error) meningkat menurut masa dan tidak dapat dielakkan. Untuk menangani masalah ini, sistem kedudukan sejagat (global positioning system) kadang-kala digunakan untuk mendapatkan kedudukan yang tepat. Periskop hanya digunakan sekali-sekala, kerana jarak penglihatan di bawah laut amat terhad.

Kapal selam ketenteraan biasanya mempunyai anak kapal melebihi seratus orang. Kerja mereka merupakan yang paling sukar dalam tentera laut, kerana mereka mesti bekerja secara terasing untuk tempoh masa yang panjang, tanpa hubungan dengan keluarga mereka, kerana kapal selam kebiasaannya mengekalkan senyap radio ( radio silence ) untuk mengelakkan dari dikesan. Mengendalikan kapal selam adalah merbahaya, walaupun pada waktu aman; banyak kapal selam telah tenggelam akibat kemalangan (lihat sejarah, di bawah).

Kapal selam telah pun lama digunakan, tetapi dengan pertukaran teknologi, peranannya telah berubah secara mendadak. Ciri-ciri utama kekal sukar dikesan, terselindung oleh lautan seluas berbatu-batu. Walaupun dengan sistem pengesanan moden, kapal selam masih mampu bergerak hampir tidak kelihatan.

[sunting]Jenis kapal selam ketenteraan

Kapal selam ketenteraan biasanya terbahagi kepada dua jenis: kapal selam pengangkut peluru berpandu balistik dan kapal selam penyerang. (Selain kapal selam janis ini terdapat banyak jenis kapal selam katek (bahasa Inggeris: midget submarine) yang jauh lebih kecil, digunakan untuk sabotaj, mengintip dan pengangkutan rahsia. Malah angkatan kapal selam Korea Utara, dianggarkan yang keempat terbesar di dunia pada tahun 1990-an, kebanyakkannya terdiri kapal selam kecil. Juga selain daripada dua jenis di atas, adalah kapal selam Jerman, milch cow Perang Dunia II: kapal bekalan boleh menyelam.)

Kapal selam peluru berpandu balistik (atau boomers, dalam loghat Amerika) membawa peluru berpandu senjata nuklear bertujuan untuk menyerang sasaran strategik seperti bandar atau silo peluru berpandu yang terletak di mana-mana kawasan di dunia. Kesemuanya berkuasa nuklear, untuk mengekalkan ciri-ciri paling senyap dan paling tahan menyelam. Ia memainkan peranan penting dalammutual deterrence semasa perang dingin: kerana kedua-dua Amerika Syarikat dan Soviet mempunyai keupayaan (atau tidak dapat menjamin) kemusnahan sepenuhnya negara yang diserang sekiranya salah satu menyerang, menjadikan kedua negara terhalang "deterred". Negeri China juga mempunyai sebuah kapal selam balistik (kelas Xia).

Kapal selam Kelas George Washington "boomers" dinamakan sempena "rakyat Amerika terkenal" dan kemudiannya kapal selam Kelas Ohio dinamakan sempena nama negeri, dengan pengecualian sebahagian "rakyat Amerika yang terkemuka" adalah orang asing dan SSBN-730 dinamakan sempena nama Senator.

Kapal selam yang direka untuk menyerang kapal dagang atau kapal perang lain dikenali sebagai kapal selam "penyerang" atau "pembunuh pemburu" (hunter-killer ). Kapal selam penyerang biasanya membawa torpedo untuk menyerang kapal tentera laut, dan kadang kala peluru berpandu krus untuk menyerang sasaran darat atau kapal. Kapal selam penyerang menggunakan pelbagai sistem tujahan. Kebanyakannya menggunakan gabungan diesel-eletrik yang serupa dengan apa yang dimajukan pada awal abad ke 20, banyak yang menggunakan kuasa nuklear, dan semakin banyak yang menggunakan bentuk lain tujahan bebas udara seperti sel bahan api atau enjin Stirling. Kesemua kapal selam penyerang Amerika Syarikat menggunakan kuasa nuklear. Kesemua kapal selam Amerika Syarikat (yang mempunyai nama sebenar dan bukannya nama alphanumerik) dinamakan sempena "makhluk laut dalam" sehingga kelas Los Angeles, yang dinamakan menurut nama bandar di A.S - dengan pengecualian beberapa buah yang dinamakan menurut ahli politik, dan kelas baru kelas Seawolf, yang menerima nama tradisional untuk yang pertama, nama negeri untuk kedua, dan nama presiden untuk yang ketiga.

[sunting]Sejarah kapal selam

[sunting]Pautan luar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin