Artikel yang saya" copy paste" dari blog "gelagatanwar.wordpress.com" untuk tatapan semua. Terima kasih kerena mendedahkan 'kelompangan' ini.
Ramai rakan-rakan yang berada dalam industri minyak dan gas, yang berasa
sangat pelik, hairan, khuatir dan risau dengan perkembangan terkini
yang berlaku dalam Petronas. Mereka kata, kalau sebelum ini, mereka
hanya bertemu dengan kalangan profesional berintegriti tinggi, mempunyai
semangat nasionalisme yang utuh – nampaknya trend ini semakin berubah.
Sudah ada perkembangan yang sangat tidak positif berlaku di dalam
Petronas.
Buat beberapa bulan kebelakangan ini, Petronas sudah menerima influx
bekas pekerja Shell yang bersepah di syarikat itu. Cukup ramai. Mereka
ini diletakkan di tempat-tempat yang strategik, kononnya untuk merubah
cara berfikir dan cara bekerja Petronas yang dikatakan ketinggalan zaman
dan tidak up to date.
Bekas kakitangan Shell ini dikatakan akan memberikan pelbagai cadangan,
untuk meletakkan Petronas di tempat yang lebih baik selepas daripada
ini, Sayangnya, setakat ini, kebanyakan pemain industri minyak dan gas
ini tertanya-tanya perubahan yang bakal dicadangkan.
Petronas hebat selama ini dengan usaha, komitmen, kerja keras dan
semangat nasionalisme pekerja Petronas sendiri. Mereka jatuh dan bangun
dengan Petronas. Setia dengan syarikat itu walaupun mendapat tawaran
berpuluh kali ganda daripada syarikat utama dunia yang lain.
Sayangnya, satu demi satu, individu dan ‘kroni’ seorang pemimpin kanan
Petronas dibawa masuk tanpa sebarang tugasan yang spesifik. Main bawa
masuk kawan sahaja?
Bermula dengan kehadiran Datuk Wee Yiaw Hin; sekarang Petronas sudah
dilanda dengan demam ‘bekas pekerja Shell’. Berlambak orang Shell yang
sudah diberikan tempat di dalam Petronas. Apakah mereka ini benar-benar
berkemahiran, atau dibawa masuk sekadar untuk melengkapkan semangat
‘Shell’ yang sudah berada dalam Petronas?
Ada kalangan mereka yang baru dilantik dibayar dengan harga puluhan ribu USD – dan hanya memainkan peranan sebagai Advisor!!!
Blog ini amat mengharapkan kalangan pimpinan tertinggi Petronas untuk
melihat kembali POLISI dan pendekatan ini. Moral kakitangan berada di
tahap rendah, bilamana kemahiran mereka dipertikai dan diarah untuk
mengikut penyelesaian Shell dalam semua perkara. Tanpa mahu membawa
semangat perkauman, mengapa kalangan ‘advisor’ yang dibawa masuk ini
semuanya berbangsa Cina? Apakah budak-budak Melayu dalam Petronas sudah
kurang bijak dan lembab belaka?
Lebih merisaukan apabila kalangan orang Shell yang sudah immigrate ke
Petronas ini, kebanyakannya mempunyai semangat ‘sebangsa, senegara,
sejiwa’. Mohon kepimpinan tertinggi Petronas nilai semula perkembangan
yang amat merisaukan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan