Selasa, 30 Oktober 2012

BN DAN UMNO GILA KUASA DAN PANGKAT


Walaupun kita menyedari bahawa peluang perniagaan yang terdapat didalam konglomerat ini kebanyakanya dikuasai olih jerung jerung jinak yang "bertuan"  namun sedikit sebanyak dapatlah  juga kontraktor ikan bilis Melayu mencari rezeki sesuap nasi tetapi sekiranya perkara yang "didedahkan"  ini berlaku maka siap-siagalah kepada kontraktor Melayu untuk bersedia untuk  gulung tikar, kerana "NAGA" sudah masuk kekolam anda. Terima kasih kepada Pemegang Kuasa kerena menggadaikan apa yang dimiliki Melayu . Syabas kerana anda mengesahkan bahawa Melayu itu bodoh dan bangang .

Artikel yang saya" copy paste" dari blog "gelagatanwar.wordpress.com" untuk tatapan semua. Terima kasih kerena mendedahkan 'kelompangan' ini.


Ramai rakan-rakan yang berada dalam industri minyak dan gas, yang berasa sangat pelik, hairan, khuatir dan risau dengan perkembangan terkini yang berlaku dalam Petronas. Mereka kata, kalau sebelum ini, mereka hanya bertemu dengan kalangan profesional berintegriti tinggi, mempunyai semangat nasionalisme yang utuh – nampaknya trend ini semakin berubah. Sudah ada perkembangan yang sangat tidak positif berlaku di dalam Petronas.
Buat beberapa bulan kebelakangan ini, Petronas sudah menerima influx bekas pekerja Shell yang bersepah di syarikat itu. Cukup ramai. Mereka ini diletakkan di tempat-tempat yang strategik, kononnya untuk merubah cara berfikir dan cara bekerja Petronas yang dikatakan ketinggalan zaman dan tidak up to date.
Bekas kakitangan Shell ini dikatakan akan memberikan pelbagai cadangan, untuk meletakkan Petronas di tempat yang lebih baik selepas daripada ini, Sayangnya, setakat ini, kebanyakan pemain industri minyak dan gas ini tertanya-tanya perubahan yang bakal dicadangkan.
Petronas hebat selama ini dengan usaha, komitmen, kerja keras dan semangat nasionalisme pekerja Petronas sendiri. Mereka jatuh dan bangun dengan Petronas. Setia dengan syarikat itu walaupun mendapat tawaran berpuluh kali ganda daripada syarikat utama dunia yang lain.
Sayangnya, satu demi satu, individu dan ‘kroni’ seorang pemimpin kanan Petronas dibawa masuk tanpa sebarang tugasan yang spesifik. Main bawa masuk kawan sahaja?
Bermula dengan kehadiran Datuk Wee Yiaw Hin; sekarang Petronas sudah dilanda dengan demam ‘bekas pekerja Shell’. Berlambak orang Shell yang sudah diberikan tempat di dalam Petronas. Apakah mereka ini benar-benar berkemahiran, atau dibawa masuk sekadar untuk melengkapkan semangat ‘Shell’ yang sudah berada dalam Petronas?
Ada kalangan mereka yang baru dilantik dibayar dengan harga puluhan ribu USD – dan hanya memainkan peranan sebagai Advisor!!!
Blog ini amat mengharapkan kalangan pimpinan tertinggi Petronas untuk melihat kembali POLISI dan pendekatan ini. Moral kakitangan berada di tahap rendah, bilamana kemahiran mereka dipertikai dan diarah untuk mengikut penyelesaian Shell dalam semua perkara. Tanpa mahu membawa semangat perkauman, mengapa kalangan ‘advisor’ yang dibawa masuk ini semuanya berbangsa Cina? Apakah budak-budak Melayu dalam Petronas sudah kurang bijak dan lembab belaka?
Lebih merisaukan apabila kalangan orang Shell yang sudah immigrate ke Petronas ini, kebanyakannya mempunyai semangat ‘sebangsa, senegara, sejiwa’. Mohon kepimpinan tertinggi Petronas nilai semula perkembangan yang amat merisaukan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin