Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, pagi ini dapat mendengar kuliyah hadis oleh Ustaz  Dr Abdul Basit . Benar-benar memberikan motivasi kepada diri ini. 
************
Di bawah ini sebahagian daripada catatan buat sesiapa yang menghadapi 
ujian.. Mudah-mudahan Allah merahmati kita semua.. Allahumma Amiin.
Bila ditimpa musibah kita perlu tangani dengan baik. Jika tidak rugilah kita.
Lagi besar bencana lagi besar pahala. Allah nak tengok siapa yang terima
 ujian dia redha, berdoa, berikhtiar dan itulah takdir Allah. Kita tak 
boleh lari daripada ketentuan Qadar dan Qadha' Allah. Kita tak boleh salahkan takdir. Kita ada aqal, ada panduan al-Quran dan hadis.
Siapa yang terima ujian dia marah, dia akan mendapat kemurkaan Allah SWT. Orang yang redha akan selamat.
Antara doa yang disarankan baca sebelum dapat ujian;
1) Dalam satu hadis, Nabi ajar kita satu doa, iaitu doa pagi dan petang ..
"Allahumma inni asaluka 'afwu wa asaluka 'afiatan fiddunia wal aakhirah"
"Allahumma inni asaluka 'afwu wa asaluka 'afiatan fiddunia wal aakhirah"
Aku minta kemaafan dan afiat. Janganlah uji aku ya Allah. 
Bila kita kena uji tak tahan, bila datang fitnah pasti ada yang gagal tanganinya.
2) Doa daripada ayat 286 surah al-Baqarah yang kita disarankan doa tiap-tiap kali lepas solat.
(Mereka
 berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan 
kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! 
Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana 
yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada 
kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang 
kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta 
ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong
 kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap 
kaum-kaum yang kafir. (al-Baqarah : 286)
Orang yang sakit bila ada orang ziarah bertanya; Apa keadaanmu, jawablah aku berada dalam nikmat.. Allahu Akbar. Nikmat apakah bila sakit?
Sakitnya di kaki, mulut tak sakit, mata tak sakit, sakitnya satu je. 
Nikmat Allah banyak lagi. Ya Rabbi.. Alhamdulillah 'alaa kullihaal.. 
jawapan begini kita kena jawab
(Abtyir!) bergembiralah! engkau dengan perkara-perkara yang menghapuskan dosa-dosa..
Allah perintah kepada malaikat kiraman katibin.. Aku telah 
mengikat hambaKu ini (duduk terjelepek di  atas katil, tak dapat 
berjalan ke rumah sahabat, nak pergi ke masjid pun tak dapat, nak pergi 
dengar kuliyah pun tak dapat) dan Aku telah mengujinya, maka lakukanlah 
kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya.. (wahai malaikat, kamu 
lihatlah catatan jadual orang ini, jadualnya lima waktu dia akan ke 
masjid, ada ceramah, ada kuliyah dia akan belajar, ada orang minta 
tolong dia akan bantu, orang minta derma dia akan infak, ini perangai 
ketika dia sihat,) Allah perintahkan malaikat tulis sebagaimana yang 
orang itu biasa lakukan semasa sihat dahulu) Allahu Akbar.. Ini pahala 
penuh walaupun dah sakit.. inilah dikatakan seperti makan duit pencen...
 Oleh itu wahai manusia sekelian! berlumba-lumbalah buat kebaikan ketika
 masih sihat, bila sakit dapat pencen.
Hadis di atas (Imam Ahmad sanad hassan)
Ada satu lagi hadis; Anas berkata; "Rasulullah SAW bersabda, jangan 
sesekali bercita-cita nak mati kerana sesuatu bencana yang menimpa". (Hadis Bukhari Muslim). Tak boleh minta nak mati, tapi sabarlah. Contoh orang perempuan dimadukan, selalu kata "tak guna hiduplah", jangan begitu. 
Kalau keadaan mendesak nak mati 
juga, nabi ajar doa begini : "Wahai Tuhanku, hidupkanlah aku selagi 
hidup itu lebih baik bagiku, matikanlah aku apabila mati itu lebih baik 
bagiku"...
(Allahumma ahyini maa kaanatilhayatul khairanli, watawwafani izaa kaannatil wafaatul khairanli)
Jangan pula bila jatuh sakit terus minta nak mati. 
(Catatan Penulis, elok cari sendiri doa-doa di atas yang ditulis dalam bahasa Arab - jawi)
Doa ini seolah-olah kita kata  : "Ya Allah! Kalau
 aku hidup aku lebih banyak  berzikir dan buat kebajikan yang lain, 
eloklah aku hidup, tetapi jika aku hidup lalu aku buat maksiat maka 
matikanlah aku". Ataupun mintalah mati dalam iman, kita bimbang jika 
kita nak mati kerana dunia.
Umar Ibnul Khattab pernah 
berdoa...Ya Allah aku nak mati syahid di negeri rasul Engkau di 
Madinah.. MasyaAllah.. kabul doa dia, walaupun dah tak ada peperangan 
masa tu dia syahid kerana mati ditikam.
Yang dicatat ini hanya sehingga 
minit ke 32.. Tontonlah kerana ada banyak doa-doa yang disarankan untuk 
kita baca selain doa yang ditulis di atas tadi.
******
يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك 
Ya Allah Tuhan yang membalik-balikkan hati maka tetapkanlah hati kami pada agamamu
"Allahumma
 a'inni 'ala Zikrika washuyrika wahusni 'ibadatik. (Ya Allah bantulah 
aku dalam mengingatiMu, mensyukuriMu dan memperbaiki 'ibadatku 
kepadaMu).
Ya Allah ampunilah daku........
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan