Selasa, 30 Oktober 2012

KISAH SEORANG ISTERI YANG MASIH MEMPUNYAI DARA

Malam pertama merupakan malam paling indah buat pengantin baru. Lain pula ceritanya bagi pasangan Anis dan Suaminya yang telah mendirikan rumah tangga selama 2 tahun tetapi Anis mengakui berasa takut untuk menjalinkan hubungan Intim. 

Menurut Anis lagi, dia merasa amat sakit setiap kali hendak melakukan hubungan intim. Anis berasa bersalah lalu bertanyakan soalan. Kaum hawa wajib baca... 


Soalan

SAYA berumur 23 tahun dan berkahwin dua tahun lalu. Masalahnya, sehingga kini saya masih dara. Dalam hati memang saya teringin untuk mengandung dan memiliki anak tetapi saya terlalu takut. 
Kami pernah cuba melakukan hubungan kelamin tetapi tidak berjaya kerana berasa sangat sakit. 
Mujur suami memahami dan tidak memaksa. Adakah saya berdosa dan dikategorikan isteri derhaka kerana tidak menunaikan tanggungjawab? 
ANIS
Petaling jaya
Jawapan
Antara tanggungjawab seorang isteri ialah melayani nafsu kelamin suami. Berdosa seseorang isteri jika menolak kemahuan suami tanpa sebarang sebab munasabah. 
Perkahwinan yang sah menghindar perbuatan dilarang seperti berzina dan beronani. Untuk mendapat kenikmatan, suami isteri perlu ada kesefahaman ketika bersama.
Insya-Allah jika kena caranya, akan hilang rasa sakit. 
Justeru, segeralah berjumpa pakar perbidanan yang boleh menasihati cara puan dan suami dapat menikmati hidup berumah tangga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin