Isnin, 22 Oktober 2012

KERAJAAN BRUNEI MEMPERKENALKAN PENGGUNAAN TVRO



BANDAR SERI BEGAWAN - Kementerian Perhubungan dan Pihak Berkuasa Industri Teknologi Maklumat (AiTi) berhasrat memperkenalkan satu dasar bagi penggunaan sistem TVRO (atau lebih dikenali sebagai parabola) di negara ini dengan harapan menjadikan industri penyiaran di Brunei lebih teratur, kompetitif, dinamik, bertenaga (vibrant) dan terkawal serta seterusnya dapat menyumbang kepada pertumbuhan industri tempatan.

Menteri Perhubungan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar berkata, mengikut kajian yang dibuat, hanya Negara Brunei Darussalam mengamalkan dasar langit terbuka (open sky policy) dalam pemancarannya.

"Semua negara antarabangsa mengenakan sekatan terhadap pemancaran dan penerimaan isi kandungan rancangan TV yang disiarkan, bertujuan mengelakkan isi kandungan yang tidak diingini untuk mempengaruhi pengguna media tersebut," katanya pada majlis dialog cadangan Dasar Brunei Television Receive Olny (TVRO) di Brunei yang berlangsung di sini hari ini.

Yang Berhormat Pehin seterusnya menambah, kementerian dan AiTi juga sedang berusaha memperkembangkan majukan industri penyiaran bagi memastikan kualiti yang tinggi bagi program yang disiarkan di negara Brunei. "Ini termasuk dari segi kualiti, hiburan, informasi dan pembentukan akhlak dan dengan adanya kemajuan dan pembaikan ke arah industri penyiaran ini akan dapat menyumbang dalam pertumbuhan ekonomi negara," tegasnya.

Menurut beliau, memang tidak di nafikan pada zaman yang serba canggih ini pelbagai jenis media yang telah dihasilkan dan dengan perubahan teknologi yang pesat itu telah mengembangkan skop media dan penyiaran termasuk teknologi satelit.

Katanya lagi, mesej atau maklumat juga dapat disampaikan dan diakses dengan sekelip mata serta mudah dan terbuka tanpa mengira sempadan dan ruang angkasa.

Selain itu, peranan media, baik media cetak dan media elektronik bukan saja menyebarkan maklumat dan fakta, data dan laporan tapi membentuk pendapat dan fikiran umum termasuk mempengaruhi, mendidik dan meningkatkan tahap fikiran.

Beliau seterusnya menekankan, kesan dari media cetak dan elektronik dalam kehidupan sekarang dan dunia sejagat sangat mencabar di mana media mempunyai nilai sangat positif dalam perkembangan kehidupan manusia yang sering digunakan sebagai alat menyalurkan unsur negatif.

Selain itu, media elektronik iaitu televisyen merupakan media yang diminati semua lapisan masyarakat dari peringkat kanak-kanak, remaja, belia dan warga tua di mana televisyen memaparkan banyak perkara seperti politik, ekonomi, sosial, sukan dan hiburan.

Menurut Yang Berhormat Pehin lagi, hasil maklumat yang diperolehi daripada Kajian ICT Brunei Darussalam, sebanyak 99.6 peratus isi rumah di negara ini mempunyai set televisyen.

Katanya lagi, landskap industri penyiaran televisyen di negara Brunei masa ini dibahagikan kepada tiga iaitu saluran Free-to-Air - RTB (dengan lima saluran) dan pelancaran Terrestrial TV yang dapat di terima, saluran TV berbayar (Pay-TV) - melalui saluran Kristal Astro dan TVRO (atau parabola)".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin