Ahad, 14 Oktober 2012

PENDIDIKAN SEKS PERLU DI AJAR KE SEKOLAH

Matlamat Pendidikan seks

• Mengajar bahawa hubungan seks hanya sepatutnya berlaku selepas berkahwin, juga hubungan perlu disetakan dengan rasa kasih sayang, tanggungjawab dan sebagainya.


• Memastikan agar anak-anak, remaja mendapat maklumat dari saluran betul. Hal ini kerana, maklumat yang mereka perolehi dari internet dan rakan sebaya tidak semestinya betul. Oleh demikian, adalah lebih baik jika remaja memperolehi maklumat berkaitan pekara ini daripada mereka yang lebih dewasa dan bertanggungjawab


• Memberitahu remaja bahawa hubungan seks dengan mereka yang bawah umur adalah dianggap sebagai jenayah rogol. Ramai remaja bawah umur yang melakukan hubungan seks tanpa mengetahui pekara ini. Begitu juga, mengikut undang-undang jenayah syariah, ia dianggap sebagai zina dan boleh dikenakan hukuman.

Maklumat apa yang terkandung dalam pembelajaran pendidikan seks

• Pertumbuhan dan pembiakan seksual : Perubahan fizikal dan emosi yang berkaitan dengan pubertas dan pembiakan seksual, termasuk pemupukan dan konsepsi, serta penyakit berjangkit seksual dan HIV



















• Kontrasepsi dan kawalan kelahiran : Cara penggunaan, alatan yang harus digunakan dan dimana boleh diperolehi.













• Hubungan : Jenis hubungan, cinta, komitmen dan perkahwinan.

Bilakah pendidikan seks bermula?

Pendidikan seks perlu bermula pada usia muda lagi dan secara berterusan misalnya melalui pendedahan peringkat pertumbuhan manusia. Contohnya, perubahan fizikal bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Siapa yang perlu mengajar subjek pendidikan seks?

Guru pendidikan islam

• Guru agama yang mempunyai asas untuk mengajar subjek pendidikan seka seperti batas-batas pergaulan,bab-bab aurat dan sebagainya.


• Guru agama boleh membuat perbincangan yang memerlukan pentafsiran ayat-ayat al-quran untuk mengajar pendidikan seks.

• Guru agama perlu bertindak lebih baik dengan menjelaskan atau menerangkan risiko yang akan ditanggung dan ianya akan mengheret kepada kes zina dan sebagainya.


• Guru agama juga perlu memebentuk akhlak,sikap,tingkah laku yang mulia dalam kalangan remaja berhubung dengan seksualiti.


• Guru agama boleh mengajar pelajar-pelajar berdisiplin,mengawal nafsu,mematuhi perintah dan tuntutan allah s.w.t supaya tidak berlaku perzinaan.



Ibubapa



• Ibubapa boleh membelikan buku yang sesuai kepada pelajar-pelajar untuk dibaca supaya mereka dapat mengetahui berkaitan seks dan seksualiti.



• Ibubapa juga boleh memberitahu apa yang terkandung dalam undang-undang berkaitan seks kepada pelajar-pelajar.


• Mislanya,membuat hubungan seks dengan mereka yang di bawah umur adalah dianggap sebagai jenayah rogol dan mengikut undang-undang Jenayah Syariah di anggap sebagai zina dan boleh dikenakan hukuman.


• Ibubapa juga perlu meluangkan masa untuk membincangkan atau mendengar masalah anak-anak supaya mereka tidak tertekan untuk melakukan perbuatan maksiat.

Kebaikan dan keburukan pendidikan seks di sekolah

Kebaikan

1. Dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi.


2. Mengenal pasti dan membezakan nilai murni kemanusiaan dan kehidupan dengan lebih rasional.

3. Meningkatkan keprihatinan remaja terhadap gejala negatif seks.

4. Dapat mengubah tanggapan remaja terhadap seks kepada persepsi yang lebih insani dan suci.

5. Remaja dapat menyedari tanggungjawab masing-masing sebagai sumber baka keturunan.

6. Mengetahui kaedah yang boleh mengelakkan kehamilan.


7. Dapat menghindari daripada dijangkiti penyakit yang merebak melalui hubungan kelamin.


8. Remaja lebih berkeyakinan membincangkan isu seks dan mengadukan masalah yang mereka hadapi atau berusaha mencari penyelesaiannya.


9. Remaja tidak mudah terpengaruh dan terbabit dengan kegiatan maksiat.


10. Remaja dapat memanfaatkan potensi seks masing-masing secara terancang tanpa memudaratkan diri dan pasangan.


11. Menyedarkan remaja tentang peranan dan fungsi lelaki sebagai pelindung dan penjaga wanita.


12. Remaja mengetahui peranan ibu dan bapa serta penekanan terhadap pentingnya institusi kekeluargaan serta tanggungjawab mendidik anak-anak.


Keburukan    


1. Remaja menganggap seks dari aspek yang berasingan.


2. Kerosakan kepada norma sosial dan nilai keagamaan yang sukar diperbaiki.


3. Merangsang keinginan mencuba melakukan hubungan jantina dalam kalangan remaja.


4. Kecenderungan meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada pengetahuan semata-mata untuk mengubah sikap dan tingkah laku adalah berbahaya.

5. Remaja akan menggunakan kaedah mencegah kehamilan dengan lebih kerap untuk melakukan apa yang digelar sebagai seks selamat.
6. Pengenalan pendidikan seks akan dianggap oleh remaja sebagai penurunan kuasa dan hak seks masing-masing.

Perbezaan pendidikan seks di Malaysia dan barat

Dalam konteks pendidikan seks,masyarakat timur seperti Malaysia tidak gemar untuk berbicara isu ini secara terbuka. Namun bagi masyarakat barat,isu pendidikan seks ini bukan lagi suatu perkara yang sulit.

Di barat, mereka menghuraikan pengajaran seks dengan menampilkan model yang berbogel untuk melakukan teknik-teknik hubungan kelamin yang betul. Manakala, di Malaysia perlu berteraskan konsep moraliti,akhlak serta sistem nilai yang murni.

Adakah pendidikan seks sesuai di Malaysia?

Guru di Malaysia tidak bersetuju subjek pendidikan seks di sekolah kerana :

• Kurang latihan profesiaonal dalam subjek tersebut.


• Kurang keyakinan untuk mengajar.


• Bimbang mereka membuat kesalahan dalam menyampaikan pengetahuan seks kepada pelajar



Pada pandangan saya, pendidikan seks adalah perlu bagi setiap remaja memahami tentang diri mereka dan batas-batas pergaulan. Selain itu bagi golongan kanak-kanak mereka dapat memahami tindakan seksual yang dilakukan ke atas diri mereka.Secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingini berlaku, seperti jenayah rogol, kes pencabulan dan lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin