Di bawah ini aku senaraikan 10 Tabiat Biadap atau kelakuan buruk kurang
sopan orang Malaysia yang dicatatkan oleh akhbar The Star. Apabila aku
perhatikan satu persatu, kebanyakkan tabiat-tabiat buruk yang dicatatkan
itu bukannya dilakukan oleh orang Malaysia pun, tetapi perangai buruk
dan biadap itu boleh jadi dilakukan oleh pekerja-pekerja asing kelas
bawahan yang berlambak di Malaysia ini.
Namun demikian, Jika ada, diantara kita yang mengamalkan sikap dan
tabiat huruk ni,, aku ingatkan diri sendiri dan juga pembaca sekelian
semoga meninggalkannya demi untuk kebaikan bersama.
10 kebiadapan orang Malaysia yang dicatatkan oleh The Star mengikut olahan dan aku sendiri:-
1. Kurang ajar semasa memandu seperti memandu dengan laju, menukar
lorong tanpa signal, mengekori dengan rapat dan kurang sabar dengan
membunyikan hon. Sikap buruk atau perangai buruk macam ni memang
dilakukan oleh orang kita dan ianya tak pilih bulu, darjat atau
keturunan dan juga melepasi sempadan politik. Dia tak kira orang UMNO
atau orang PAS, yang berkopiah atau berserban yang berjanggut lebat
sampai ke tumit, ataupun yang tidak berjanggut, yang bertundung litup
ataupun yang tidak tutup aurat, semuanya melakukan perangai buruk ini.
Apabila tangan sudah pegang stereng , dunia mereka yang punya, anak bini
pun kadang-kadang lupa.
2. Tidak menghiraukan papan tanda seperti dilarang makan di dalam LRT,
menyalakan rokok ditempat melarang merokok, meludah merata-rata, ataupun
meletak kenderaan dikawasan dilarang parking. Ada juga yang kencing di
tangga apartment dan sebagainya. Inilah jadinya jika Penguatkuasaan
tak tegas, pasal tulah kejadian kurang ajar macam ni berleluasa. Ada
yang menjawab pulak, Bukan tak tegas syeikh, tetapi penguatkuasa ambil
sikap "lantak ko lah, tak menyusahkan mak bapak aku sudah".
3. Merampas parking lot sedangkan ada mamat/minah lain yang sedang ready
nak masuk parking. Mamat/Minah tu siap bagi Signal lagi.. Ini macam
punya manusia pun ada ka? Kurang ajar betul dan mementing diri sendiri.
Mahu dipulas-pulas telinga mereka yang kurang ajar macam ni.
4. Tidak memberikan tempat duduk kepada orang tua dan perempuan
mengandung di dalam bas ataupun LRT. Macam iklan Adlin Aman Ramli . Tapi
sekarang ni Adlin dah insaf dah semenjak kahwin ni. Aku rasa, ini bukan
perangai orang Malaysia tetapi perangai Mat Bangla dan Mat Indon yang
bersepah dalam bas ataupun LRT. Pengalaman aku semasa menaiki kenderaan,
aku lihat orang Malaysia cukup perihatin terhadap orang Tua ataupun
wanita mengandung.
5. Tidak menunggu penumpang keluar dahulu dari kenderaan awam seperti
BAS ataupun LRT. Mereka terus serbu masuk sahaja sebaik sahaja BAS atau
LRT berhenti. Takut ketinggalan lah tu. Dari pengalaman aku, perangai
macam ni pun terdapat pada Mat Bangla dan Mat Indon. Orang Malaysia aku
lihat masih sopan lagi.Masih beratur dan memberi laluan kepada penumpang
yang hendak keluar dahulu.
6. Bercakap kuat semasa berbual menggunakan handphone di kawasan awam
seperti wayang pulak. "Sound Trouble lah bang". Itu pasal kena bercakap
kuat, kalau tidak lain pula jadinya. Bimbang nanti kita kata
"Assalamualaikum Pak, tapi diambilnya kapak".
7. Tidak pegang pintu apabila menyedari masih ada yang akan menggunakan
pintu yang sama. Kejadian ini boleh diperhatikan di stesen-stesen
minyak. Sebaik sahaja membuka pintu stesen minyak, terus melepaskan
pintu tanpa memegang walaupun menyedari ada mamat/minah lain di
belakang. Nasib baik mamat/minah itu bersedia , kalau tidak berbenjol
dahi dihetam tombol pintu. Ada yang bersikap egolah kononnya tak mahu
dikatakan sebagai penjaga pintu pulak. "Ye le, kalau yang dibelakng tu
berderet macam keretapi, sampai bila nak pegang bang?" Ada yang menjawab
pulak.
8. Tidak mengucapkan terima kasih atau thank you apabila seseorang
memberikan pertolongan ataupun melakukan perkara baik kepada mereka.
Entahlah, berat sangat nak ucapkan terima kasih atau thank you. Bukan
sahaja thank you atau terima kasih, ucapan sorry atau minta maaf pun
jarang dilakukan oleh orang kita bila melakukan kesalahan kecil. Lain
kali aku cadangkan, kalau orang tak ucapkan terima kasih, maka orang
yang memberikan pertolongan itu ucapkan terima kasih. Baru padan muka.
9. Amalan tidak bertimbangrasa seperti meninggalkan troli pasaraya di
parking lot, mencangkung di atas mangkuk tandas dan mengotorkan tandas
awam. Inipun tak boleh diambilkira. Macam aku cakap, mana-mana yang awam
ni, seperti tandas awam, telefon awam, pengangkutan awam, kita
berkongsi dengan Mat Bangla dan Mat Indon yang datang kerja kontrak atau
pengawal di negara kita ini. Kebanyakkan mereka ni tahap pelajarannya
rendah.
10. Selalu lewat. Ni memang tabiat orang kita. Namun demikian satu
sahaja yang tak lewat iaitu apabila memandu kenderaan. Apabila memandu
mereka akan cuba untuk sampai secepat yang boleh. Itu pasallah tabiat
memandu laju, memotong barisan, tukar lorong ikut suka, mengekori rapat
dan sebagainya.
Inilah 10 tabiat buruk atau dikira biadap yang didakwa oleh The Star
dilakukan oleh orang Malaysia. Namun demikian, bukan nak puji diri
sendiri, alhamdulillah semua sifat atau sikap biadap ini masih belum aku
amalkan lagi. Akan datang aku tak tahulah. Kebanyakkan sifat buruk ni
bukan semuanya dilakukan oleh rakyat Malaysia, tetapi oleh pendatang
asing kelas bawahan. Mereka ni bukannya tahu adat sopan dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan