1.       Apabila jenazah telah sampai ke kubur, hendaklah diletakkan kepalanya dahulu di sisi kaki kubur. Sunat juga
 mengeluarkan jenazah dari tempat usungan atau kerandanya dan 
memasukkannya ke dalam kubur dengan mendahulukan kepalanya. Dari Ibnu 
Abbas, beliau berkata:
”Sesungguhnya Nabi SAW dikeluarkan dari sebelah kepalanya.”  (Riwayat Syafii)
2.       Adalah sunat juga pekerjaan memasukkan jenazah yang hendak ditanam itu dilakukan oleh orang lelaki dengan bilangan yang ganjil seperti tiga
 orang atau lebih sekalipun yang meninggal itu seorang perempuan. 
Walaupun begitu, bagi jenazah perempuan ianya lebih utama dilakukan oleh
 suaminya, kemudian muhramya.
3.       Sunat juga menutup kubur dengan kain ketika menanam jenazah, samaada jenazah itu lelaki atau perempuan.
4.       Sunatsemasa memasukkan jenazah ke dalam kubur membaca:
Ertinya: Dengan nama ALLAH dan atas agama Rasulullah.”
5.       Setelah diletakkan jenazah ke atas tanah dalam lahadnya atau dalam kerandanya, maka disunatkan membuka kain kafan agar pipinya diketemukan dengan tanah. Kemudian bukakan tali pengikat kafan iaitu dengan membuka ikatannya sahaja. Adalah makruh meletakkan jenazah dalam kubur dengan beralaskan bantal atau hamparan seperti tikar.
6.       Sunat membaringkan jenazah itu di atas rusuk yang kanan, dan adalah wajib mengadapkannya ke kiblat.
 Untuk mengelakkan badan jenazah agar jangan bergerak dari tempat 
letakknya maka bolehlah disendalkan dengan ketul-ketul tanah. Ini kerana
 mengadap ke kiblat adalah wajib.
Dari Ubaid bin Umair, beliau berkata:
       ” Seorang lelaki telah bertanya 
kepada Rasulullah SAW tentang dosa – dosa besar. Baginda bersabda: ” 
Dosa-dosa besar itu ada sembilan; menyekutukan ALLAH, sihir, membunuh 
diri, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan peperangan, 
menuduh berzina kepada perempuan yang telah bersuami, menderhakai 
ibubapa dan menghalalkan Baitul haram (kiblat) kamu ketika hidup dan mati”. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
Cara Menimbus Tanah
1.       Setelah ditutup jenazah dengan papan atau penutup kerandanya maka sunat salah seorang dari mereka memulakan dengan menggenggam tanah sebanyak tiga kepal, kemudian melemparkan ke dalam kubur pada bahagian kepala jenazah dengan membaca.
Kepalan pertama       :
Ertinya: “ Daripadanya telah Kami jadikan kamu.”
Kepalan kedua           :
Ertinya: “ Dan ke dalamnya Kami kembalikan kamu.”
Kepalan ketiga:
Ertinya: “ Dan daripadanya Kami keluarkan kamu sekali lagi.”
Dari Amar bin Rabiah beliau berkata:
“ Bahawasanya Nabi SAW telah sembahyang atas jenazah Usman bin 
Maz’un dan baginda datang ke kubur, maka ia menuangkan tanah tiga kali 
di atas kuburnya.” 
2.       Kemudian teruslah menimbuskan tanah dengan perlahan dan cermat di mana pada permulaannya hendaklah ditahankan tanah timbusan tersebut dengan tikar atau daun-daun kayu
 sehingga meratai tanah atasnya. Sunat ditinggikan permukaan kubur lebih
 kurang ¾ kaki (sekadar sejengkal) supaya mudah dikenali ketika hendak 
diziarahi.
Hendaklah diratakan tanah di atas kubur seumpama papan kerana kubur
 Rasulullah SAW, Abu Bakar dan Umar Al-Khattab kesemuanya ditinggikan 
sekadar sejengkal dan diratakan diatasnya. Dari Abu Hayyaj, Dari Ali bin
 Abi Talib, katanya: “ Aku utus engkau sebagaimana Nabi SAW mengutus 
aku. Jangan engkau biarkan patung-patung itu melainkan engkau hapuskan, 
dan jangan engkau biarkan kubur itu dilonjongkan melainkan engkau 
ratakan.”  (Riwayat Muslim)
3.       Kemudian disunatkan meletakkan batu nisan atau papan pada bahagian kepala mayat. Berdasarkan hadis riwayat Ibnu Majah dan Anas:
“Bahawasanya Nabi SAW menandai kubur Usman bin Maz’un dengan batu.”
4.       Makruh hukumnya menulis nama atau lain-lainnya pada batu nisan, tetapi jika ditulis kerana untuk mudah dikenali ketika menziarahi maka harus hukumnya kerana Rasulullah SAW pernah melarang membina sesuatu dan menulis di atas kubur. Dari Jarir, katanya: “ Rasulullah SAW telah melarang menembok kubur, membuat tulisan padanya, membuat bangunan di atasnya.”
                      ( Riwayat Ahmad, Muslim, Nasai dan Abu Daud.)
Menembok kubur bermaksud membuat bancuhan dengan simen. Adapun 
hikmah larangan menembok kubur ialah kerana kubur itu hanyalah 
sementara, bukan tempat persemadian selama-lamanya. Perbuatan menembok 
kubur itu termasuklah perhiasan dunia yang sememangnya tidak perlu bagi 
orang yang sudah mati.
Sebagaimana para ulama menganggap makruh menembok kubur, mereka 
juga berpendapat makruh hukumnya membangunkan dengan batu-bata atau kayu
 atau dimasukkan ke dalam peti. Namun begitu ia dikecualikan sekiranya 
tanah di tempat itu basah atau tanah di kelilingnya jenis berlumpur. 
Pada ketika itu tidak mengapa dibangunkan batu-bata di sekeliling 
kuburan tersebut.
Dalam hal ini tidak mengapa sekiranya ditambak tanah keliling kubur
 dengan tanah liat kerana Rasulullah SAW pernah melakukannya. Dari 
Jaafar bin Muhammad yang diterima dari ayahnya, ” Bahawa Nabi SAW 
meninggikan kubur sejengkal dari permukaan tanah, dan memulasnya dengan 
tanah liat yang diambilnya dari tanah kosong, lalu diletak di atasnya 
batu-batu kerikil.”
5.       Setelah itu sunat dijiruskan 
kubur dengan air yang dingin dan suci bermula dari bahagian kepala mayat
 hingga ke kakinya. Dari Jabir bin Abdillah, katanya:” Disiramkan ke 
kubur Nabi SAW air dan orang yang menyiramkan air di atas kubur itu 
ialah Bilal bin Rabah. Dimulai dari kepala sebelah kanan hingga kepada 
kedua kakinya( Riwayat Baihaqi)
Perkara Yang Makruh Ketika 
Mengebumikan Jenazah
1.       Adalah makruh hukumnya air yang hendak dijiruskan di atas kuburan itu tadi dimasukkan bau-bauan seperti air mawar dan sebagainya.
2.       Begitu juga tidak ada dalam syariat yang menyuruh meletakkan pepohon kayu atau bunga-bungaan di atas kubur. Ini berdasarkan hadis dari Ibnu Abbas, katanya: ”Bahawa
 Nabi SAW lewat pada dua buah kubur, maka sabdanya: ” Kedua mereka 
sedang diseksa, padahal mereka itu diseksa bukanlah mereka melakukan 
dosa besar. Adapun orang ini, sebabnya ialah kerana ia biasa tidak 
bersuci habis kencing (istibra’) sedang orang ini suka mengadu domba.” 
Kemudian Nabi meminta sebuah pelepah pucuk kurma lalu dibelahnya dua, 
kemudian yang sebelah ditanamnya pada sebuah kubur dan yang sebelah lagi
 pada kubur yang lain. Sabdanya: Moga-moga kedua mereka diberi 
keringanan, selama pelepah ini belum kering.”  (Riwayat Bukhari)
Hadis di atas tidaklah menyuruh kita meletakkan pelepah kurma di 
kubur, kerana apa yang berlaku hanya mengambil berkat atas doa Nabi SAW 
agar kedua mayat di dalam kubur itu diringankan seksaan mereka. Baginda 
juga berkata bahawa membatasi keringanan ke atas mereka selama mana 
pelepah kurma itu masih basah. Begitulah menurut Khatabi.
Bahkan inilah yang menjadi amalan para Sahabat Nabi kerana tidak 
ada seorang pun dari mereka meletakkan pelepah kurma atau menaburkan 
bunga-bungaan di kubur. Ibnu Umar juga pernah menyuruh seseorang yang 
meletakkan tanda di maqam Abdurrahman dan membongkarnya kembali.
3.       Begitu juga makruh 
hukumnya menanam dua mayat di dalam satu kubur. Contohnya kedua-duanya 
lelaki, atau kedua-duanya perempuan ataupun antara lelaki dan perempuan 
yang muhram, ataupun suami isteri. Bahkan adalah haram jika ditanam 
dua mayat di dalam satu kubur sekiranya kedua mayat itu seorang lelaki 
dan seorang perempuan yang bukan suami isteri atau bukan muhram. Bagaimanapun ianya dikecualikan sekiranya ada sebab,
 misalnya apabila tanah perkuburan tidak muat sedangkan mayat yang 
hendak ditanam terlalu ramai. Pada ketika itu haruslah ditanam beberapa 
mayat di dalam sebuah kubur.
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Tarmizi menyatakan sahnya:”Orang-orang
 Ansar telah datang mendapatkan Nabi SAW sewaktu perang Uhud. Kata 
mereka, ” Ya Rasulullah, kita telah letih dan banyak yang luka-luka. 
Bagaimana harus kami lakukan?” Ujar baginda, ”Galilah kubur-kubur yang 
dalam dan lebar, dan tanam dua atau tiga mayat ke dalam satu liang.” 
Tanya mereka pula, ” Siapakah yang harus kami lakukan?” Ujar baginda, ” 
Yang lebih banyak hafaz Al-Quran.”
4.       Jumhur ulama juga sepakat mengatakan makruh
 meletakkan kain, selimut atau lain-lain sebagai pengalas mayat di dalam
 kubur. Bagaimanapun Ibnu Hazmin menyatakan tidak salah meletakkan 
hamparan di dalam kubur . Ini berdasarkan jenazah Rasulullah SAW yang 
diletakkan permaidani merah. Dari Ibnu Abbas, katanya: ” Pada maqam Rasulullah SAW dihamparkan permaidani merah.”  (Riwayat Muslim)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan