Orang Cina
di Malaysia merupakan kaum yang kedua besar di negara ini. Malaysia dan
China telah mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak berabad
dahulu. Pada zaman Kesultanan Melaka, China pernah berperanan sebagai
pelindung Melaka daripada ancaman Siam. Pemindahan rakyat Cina ke
Malaysia adalah kerana desakan pada zaman Dinasti Manchu ( 1644 – 1911 )
kerana Manchu merupakan kerajaan asing dan menimbulkan perasaan tidak
puas hati di kalangan rakyat. Kedatangan orang Cina ke Malaysia jelas
kelihatan pada pertengahan abad ke 19. Fukien dikenalpasti merupakan
kawasan memberontak kerajaan Manchu dan juga yang paling hampir dengan
Asia Tenggara.
Kehidupan yang lebih baik di Tanah
Melayu juga merupakan faktor yang menggalakkkan kemasukan orang Cina.
Kebanyakan orang Cina datang sebagai buruh dan tukang kraf. Mereka
datang seorang diri tanpa keluarga kerana berharap untuk memperolehi
gaji yang tinggi supaya dapat hantar balik ke China atau membawa ahli
keluarga datang ke Tanah Melayu. Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu
juga secara tidak langsung membawa masuk budaya, agama dan bahasa
mereka.
Agama yang dipegang oleh masyarakat Cina
ialah agama Buddha. Walaubagaimanapun, ajaran Konfuciunisme dan Taoisma
juga penting kepada masyarakat Cina.
Tema utama dalam ajaran Konfuciunisme
ialah “preservatuon of the state and the preservation of the family”
atau dalam perkataan ialah “Hao”. Hal ini jelas dilihat daripada
beberapa perayaan yang masih kekal sehingga hari ini iaitu Ching Meng.
Oleh kerana dalam ajaran Konfuciunisme amat mementingkan Hao, maka untuk
mendapatkan anak adalah penting supaya menjadi warisan keluarga. Dengan
ini perkahwinan adalah digalakkan supaya mendapat anak secara sah.
Taosima merujuk kerada “Tao” yang
bermakna “way” atau “Principle” iaitu jalan kepada yang wujud. Daripada
“Tao” wujud dua prinsip “Yin” dan “Yang”.
Dalam ajaran Taoisme, percaya bahawa
seseorang itu boleh menjadi dewa selepas mati sekiranya dia mati
mengikut jalan kehidupan yang betul sebelum mati.
Agama Buddha pula di bawa oleh Gautama
Buddha dari India. Prinsip agama Buddha, kesengsaraan dalam hidup dunia
adalah disebabkan oleh kejahilan dalam fikiran yang salah dan tindakan
yang salah. Untuk mengelakkannya, manusia mesti menghapuskan keinginan
dan membuatnya dengan berjaya supaya mencapai apa yang disebut oleh
Buddha sebagai Nirvana. Manusia mesti memadamkan keinginan dan kewujudan
sekiranya berjaya membuat demikian maka akan bebas dari kejahilan dan
mencapai kegembiraan. Agama Buddha juga ada menyentuh kepada “cycle of
life” iaitu manusia akan terus lahir, mati dan lahir semula.
Lawatan dan Kunjungan
Semasa mengunjungi rumah orang – orang Cina, tetamu sebaik – baiknya duduk di sebelah kiri tuan rumah sebagai tanda penghormatan kepada tuan rumah.
Semasa mengunjungi rumah orang – orang Cina, tetamu sebaik – baiknya duduk di sebelah kiri tuan rumah sebagai tanda penghormatan kepada tuan rumah.
Minuman ringan selalunya dihidangkan
kepada tetamu secepat mungkin yang boleh. Dalam pada itu tetamu
janganlah hendaknya segera minum kecuali sudah dipersilakan oleh tuan
rumah berulang kali. Adalah dianggap kurang elok mengunjungi rumah
keluarga Cina sewaktu mereka makan malam melainkan kunjungan itu dibuat
oleh sebab – sebab yang sangat penting.
Kelahiran
Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung. Misalnya di dalam bilik ibu, perabot tidak boleh diubah, terutamanya katil, memaku dinding rumah tidak dibernarkan sama sekali.
Ibu yang mengandung mesti berjaga – jaga supaya tidak terperanjat dengan benda – benda yang tidak baik. Pantang larang itu diamalkan selama kira – kira sebulan selepas bersalin.
Orang Cina tidak suka bayi mereka itu dipuji “berat badannya”. Sebaliknya kata – kata pujian seperti “gemuk” atau “gemuk macam babi” dapat diterima.
Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan. Saudara mara dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan bayi. Hadiah – hadiah itu dibungkus dengan kertas merah. Sesetengah keluarga meraikan bagi keduanya apabila anak itu berumur satu tahun.
Perkahwinan
Perkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan kaum Cina mahupun keluarganya. Ia merupakan peralihan yang banyak mempengaruhi perubahan bagi seseorang lelaki. Pada umumnya, perkahwinan adalah cara yang sah untuk mendapatkan seseorang isteri. Institusi ini memberikan kebenaran untuk menyambung zuriat nenek moyangnya serta memulakan zuriat sendiri. Di samping itu, Cina lelaki akan menghadapi banyak tanggungjawab baru sebagai suami dan sebagai seorang bapa kemudiannya.
Dalam masyarakat Cina, pada masa dahulu pertunangan boleh dilakukan apabila kanak – kanak itu berumur di antara 7 dan 14 tahun. Selanjutnya tidak terikat lagi dengan peraturan tradisional bagi seseorang perempuan Cina untuk berkahwin.
Pada waktu dahulu sesuatu perkahwinan adalah diatur oleh kedua ibu bapa. Tetapi keadaan itu telah berubah pada hari ini. Walaubagaimanapun ibu bapa masih mempunyai kuasa dalam mencampuri hal perkahwinan anak – anak mereka. Walaupun kini perkahwinan tidak diatur oelh ibu bapa tetapi peringkat ramalan nasib masih dijalankan dan ia merupakan peringkat yang sangat penting. Penetapan masa dan tarikh untuk perkahwinan juga penting.
Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia semasa sesuatu perkahwinan diadakan iaitu :

- Perkahwinan sivil dimana bakal perngantin itu perlu berdaftar dahulu sebagai suami isteri yang sah dari segi undang – undang.
- Upacara minum teh - Ia merupakan satu budaya tradisional Cina di mana pengantin baru memberi teh kepada ahli – ahli keluarga yang lebih tua untuk minum sebagai tanda pengenalan antara satu sama lain.
- Jamuan makan - Pada jamuan ini semua saudara mara dan kawan – kawan akan dijemput.
Pada kebiasaannya upacara perkahwinan sivil dan upacara minum teh adalah untuk dihadiri oleh saudara mara yang rapat sahaja.
Perkara yang dianggap mustahak dalam
perkahwinan kaum Cina ialah pengumuman perkahwinan itu kepada kawan –
kawan dan dan saudara mara mereka dengan mengadakan jamuan. Besar
kecilnya jamuan ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Oleh kerana
majlis ini penting maka tetamu – tetamu yang hadir eloklah memakai
pakaian yang cantik dan berwarna merah. Sebaiknya – baiknya hendaklah
dielakkan daripada memakai baju yang berwarna hitam, biru atau kelabu
kerana warna – warna ini biasanya dikaitkan dengan peristiwa sedih dalam
masyarakat Cina.
Apabila tetamu berjumpa dengan kedua
pengantin baru itu mereka haruslah mengucapkan tahniah kepada mereka.
Tetamu janganlah menceritakan atau menyebut perkataan – perkataan yang
sedih seperti kematian, sakit, bencana atau hantu apabila bertutur
dengan kedua pengantin itu.
Warna merah dikalangan masyarakat Cina
bererti tanda baik dan gembira. Oleh kerana itu, sekiranya tetamu
memberi hadiah eloklah dibungkus dengan kertas berwarna merah.
Kematian
Pelawat – pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna – warni sewaktu pergi ke rumah orang mati. Sebaiknya – baiknya pelawat itu memakai baju berwarna muram seperti hitam atau kelabu dan sebagainya.

Apabila seseorang itu memasuki rumah si
mati dia hendaklah membawa sepasang lilin putih “ duit kertas “ dan lain
– lain alat sembahyang untuk diberikan kepada keluarga si mati yang
kurang berada. Sekarang lazimnya pelawat memberikan derma atau
menghantar kalungan bunga kepada si mati. Kadang kala sekumpulan sahabat
atau sesuatu persatuan menyediakan panji – panji yang ditulis dengan
kata – kata pujian kepada si mati.
Ketika meninggalkan rumah si mati,
pelawat biasanya diberikan seutas benang merah atau gula – gula berikat
benang merah sebagai tanda terima kasih. Warna merah itu warna yang
membawa nasib baik dan menghalang hantu syaitan yang cuba mengacau. Gula
– gula yang diberi itu boleh dimakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan