Baru-baru ini umat islam diseluruh dunia mengencam dan mengutuk atas tindakan penerbitan filem Innocence Of Muslims, yang menghina Nabi Muhammad SAW. Pelbagai tindakan dilakukan, hattakan sehingganya berlaku penyerangan ke atas kedutaan Amerika Syarikat di negara timur tengah, misalnya di yaman. Sehingga berlaku kematian, keatas kakitangan kedutaan disana. Juga tidak terlepas di Malaysia yang melakukan demontrasi membantah filem tersebut di hadapan kedutaan Amerika Syarikat.
Selain itu, kes yang baru diperkatakan lagi, seorang bangsa india yang bernama Gopinath Jayaratnam yang menghina Allah dan Rasulullah di lama muka bukunya. Dia sudah menafikan dengan menyatakan dia terlupa daftar keluar semasa melayari di siber kafe, sehingga facebooknya di hack oleh orang lain untuk menghina Allah dan Rasul.
Dan juga semalam rumahnya diserang, akibat kemarahan orang ramai berkenaan penghinaan tersebut. Saya tidak mahu mengulas panjang, kerana kes ini dalam siasatan, benar atau salah semuanya terserah kepada pihak berkenaan.
Dari kes yang saya nyatakan tadi, mari kita fikirkan! Mengapa umat islam diserang dari segenap penjuru? Dan apakah semenjak baru-baru sahaja ini kita diserang? Persoalan yang timbul di minda saya ini dan sering tertanya-tanya, juga memikirkan untuk mencari konkulsi yang betul.
Mengapa umat islam diserang dari segenap penjuru?
Perkara ini selalu saya bertanya kepada diri saya sendiri, agama islam adalah agama yang suci dan murni. Juga agama yang membawa keharmonian di dalam hidup. Islam tidak mengajar umatnya berlaku zalim dan sebagainya, malahan islam menekankan umatnya berakhlak mulia dengan menuruti teladan Nabi Muhammad SAW. Tetapi mengapa umat islam diserang dari segenap penjuru dunia?
Persoalan yang dinyatakan itu, saya melihat kembali umat islam pada hari ini. Benar, agama islam itu agama yang suci dan murni, agama yang membawa keharmonian juga agama yang di redhai oleh Allah SWT. Dengan jelas firman Allah SWT,
إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَـٰمُۗ
Sesungguhnya agama yang (benar dan diredhai ) disisi Allah ialah islam. (Ali-Imran 19)
Serta agama yang melarang umatnya berlaku zalim dan melakukan
kerosakkan, serta mengajak umatnya untuk berakhlak mulia. Tetapi apakah
umat islam hari ini mengerjakan apa yang disuruh oleh Allah dan Rasul?
Sebab itu apabila melihat kembali umat islam pada hari ini, perasan
geram berbaur sedih juga terasa.
Hari ini kita lihat kembali, kelalaian kita semakin tinggi dengan dunia.
Merebak dengan pantas sekali, mengejar harta sehingga lupa untuk
beribadat kepada Allah SWT. Malahan itu juga, kemaksiatan bermaharaja
lela, kes penzinaan juga melambung tinggi pada saban hari, paling
menyedihkan kebanyakkan umat islam dan berbangsa melayu yang melakukan
sedemikian.
Juga seperti dinegara Arab sekalipun, saya melihat dengan mata kepala
saya sendiri, bagaimana sikap orang Arab yang mereka terlalu jauh
ketinggalan, mereka masih di awan-awangan, sikap tidak perduli kepada
persekitara mereka menyebabkan negara mereka mundur, serta akhlak yang
teruk juga teruk semakin serasi mereka lakukan.
Walaupun tidak semua orang arab mahupun melayu melakukan begitu. Tetapi
saya juga tetap merasa geram berbaur sedih. Kesian melihat umat islam
hari ini, kemudian melihat diri saya sendiri yang masih mentah, banyak
lagi yang perlu saya perlajari. Disamping musuh-musuh islam tidak jemu
menyerang umat islam disegenap penjuru. Yang pasti mereka mahu melihat
kehancuran umat islam diatas muka bumi ini.
Maka dengan itu saya tidak hairan jika kita mudah diserang, kerana sikap
umat islam sendiri yang jauh meninggalkan seruan Allah dan mengerjakan
larangan Allah tanpa merasa malu dengan-Nya kerana hak milik bumi ini
adalah Allah SWT. Kita angkuh dan takabur, pemimpin islam yang kuropsi
pun semakin menjadi-jadi, ianya menambah lagi ketenatkan umat islam pada
hari ini.
Apakah umat islam diserang hanya baru-baru ini?
Sebenarnya umat islam diserang, dari zaman Nabi Muhammad SAW lagi.
Pelbagai peperangan terjadi antara orang kafir dengan orang islam pada
zaman Rasulullah. Pada zaman itu juga, zaman untuk bermulanya menegakkan
agama islam. Para sahabat berjuang mati-matian untuk melihat kemenangan
umat islam sehingga tertegaknya sampai kehari ini.
Juga tidak terlepas umat islam diserang pada zaman khulafa' Al Rashidin,
serta zaman khalifah selepasnya, umat islam tidak henti-henti diserang
dari segenap penjuru. Sehinggakan sekarang negara Palastien pun dijajah
oleh mereka yang sudah lama bertahun lalu. Baik diserang secara
peperangan juga secara pemikiran, semuanya umat islam diserang dengan
musuh melihat pelbagai ruang dan peluang.
Di zaman Rasulullah pun umat islam sudah diserang, apatah pula pada
zaman globalisasi ini. Dengan pelbagai tipu helah musuh memperdaya umat
islam, atas sebab kelemahan diri kita sendiri. Hormatnya musuh-musuh
islam pada zaman Rasulullah sudah tentu ada, dan gerun dengan umat islam
juga pasti ada, tetapi agaknya sekarang, bagaimana tanggapan
musuh-musuh islam kepada kita? Tepuk dada tanya iman!
Apa yang perlu kita lakukan?
Tertanya-tanya di dalam diri, apa yang perlu kita lakukan? Jawapanya
mudah, iaitu dengan kita memperbetulkan diri kita dahulu, sebelum kita
memperbetulkan umat islam disekeliling kita. Bagaimana? Dengan menekan
kefahaman dan ajaran islam yang sebenarnya di dalam diri sendiri,
bergerak dengan bidang-bidang masing, tidak perlu memakai jubah ataupun
serban baru nak bergerak memperbetulkan.
Cukuplah kita berdiri atas bidang kita, dan kemampuan kita dengan
memperbetulkan diri kita, untuk kembali kepada islam dengan
sebenar-benar. Secara itu ianya akan merebak sedikit demi sedikit
sehinggalah terbentuknya masyarakat yang berilmu, juga negara yang maju,
dan islam lebih dihormati.
Ada orang kata, nak pulihkan semula ketenatan umat islam ini dengan
berjuang menaikkan sistem khalifah. Iaitu dengan meletakkan seorang
pemerintah seperti zaman sebelum ini dan mengawal sepenuh negara-negara
islam yang lain. Saya setuju, tetapi saya melihatkan, sekarang ini belum
sesuai, sempat saya berdiskusi dengan teman-teman disini. Menyatakan
bahawa sistem khalifah itu bagus, tetapi perlu juga melihat keadaan
sekarang.
Umat islam sekarang bukanlah sekuat umat islam terdahulu, yang ada pun
tidak ramai seperti zaman terdahulu. Justeru itu pembinaan generasi
berilmu itu perlu terlebih dahulu, apabila kita kembali dalam keadaan
kuat dan stabil barulah kita berjuang. Biar kita lakukan satu persatu
dari kita terus melonjak naik akhirnya hasilnya tidak lama. Kerana perlu
di ingat wahai umat islam, musuh-musuh islam ini mereka tidak lena.
Akhir kata dari saya,
Sedikit ulasan saya ingin berikan, terutama berkenaan bantahan tentang filem Inoncence Of Muslims,
apabila melihat kembali bagaimana umat islam membantah sampai
terlibatnya kematian di kedutaan Amerika di timur tengah ini, saya
merasa sedih diatas tindakan sedemikian. Sememangnya benar, apabila kita
diperangi maka wajib semula kita berperang mempertahankan.
Cumanya perlu di ingat itu kita diperangi secara psikologi, jadi umat
islam juga perlu memerangi semula dengan cara psikologi, misalnya
membuat video semula menunjukkan dan menceritakan keperibadian Nabi
Muhammad SAW, supaya masyarakat diseluruh dunia dapat berfikir dan
membezakan. Bagi saya pula, buatlah sesuatu yang perlu dalam membantah
itu, asalkan bagilah nampak berilmu.
Jika nak mengadakan demontrasi pun, silakan! Asalkan kita jaga adab dan
akhlak, tunjukkan contoh islam yang terbaik, barulah umat islam lebih
dihormati dan disegani. Ini hanyalah ulasan saya yang tak seberapa,
mungkin ramai diluar sana yang mampu bergerak membuka mata dunia, dengan
berjuang untuk memberi kemenangan kepada islam. Jadi sama-sama kita
bergerak mengikut posisi, janji islam disanjungi dan di hormati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan