Rabu, 25 Disember 2013

MALAYSIA AKAN KENA TERIMA MUSIBAH

JANGAN DI MUSUHI MALAYSIA TANAH BERTUAH INI, ALLAH AKAN MELAKNATI MEREKA YANG BERNIAT KURANG BAIK KEPADA ISLAMELAYU.

Berikut adalah DOA yang diBACAkan semasa HARI keMERDEKAan NEGARA pada 31 Ogos 1957..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سَائِرَ العُمَّالِ وَالوُزَرَاءِ وَالسَّلاَطِينَ وَالمُلُوكِ وَالأُمَرَاءِ لِرِعَايَةِ أُمُورِ الدِّينِ وَالمُحَافَظَةِ عَلَى حُقُوقِ المُسْلِمِينَ وَإِقَامَةِ العَدْلِ فِى الأَحْكَامِ وَالتَّمَسُّـكِ بِفَضَائِلِ الإِسْلاَمِ،

اَللَّهُمَّ وَأَصْلِحْ بِهِمْ شُئُونَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ حَتَّى تَتَرَقَّى وَتَتَقَدَّمَ إِلَى أَعْلَى مَا يَتَحَقَّقُ بِهِ بُلُوغُ الأُمْنِيَّةِ. اَللَّهُمَّ وَانْصُرْنَا مَعَاشِرَةَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ وَاهْدِنَا وَسَدِّدْنَا خَيْرَ البَرِيَّةِ وَاهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْـتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِينَ،

اَللَّهُمَّ اكْشِفْ عَنَّا الكُرُبَاتِ وَسَـلِّمْنَا نَحْنُ مِمَّا فِيهِ مِنَ الآفَاتِ وَاحْفَظْنَا مِنْ كُلِّ سُوءٍ وَمَلاَمٍ وَبَـلِّغْنَا كُلَّ مَقْصُودٍ وَمُرَامٍ وَأَصْلِحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ غَيْرِنَا حَتَّى تَكُونَ فِى أَمَانٍ وَسَلاَمٍ. وَفَرِّجْ عَنَّا كُرُبَاتِنَا فَرْجًا عَاجِلاً بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ،

اَللَّهُمَّ كُنْ لَنَا وَلَهُمْ وَلِهَذَهِ البِلاَدِ حَافِظًا مِنْ جَمِيعِ البَلاَيَا وَدَافِعًا عَنَّا وَعَنْهُمْ جَمِيعَ الرَّزَايَا، وَانْصُرْنَا عَلَى الأَعْدَاءِ وَالحُسَّادِ وَاحْلُلْ غَضَبَكَ وَنِقْمَتَكَ عَلَى البَغْيِ وَالفَسَادِ اَللَّهُمَّ وَاحْرُسْ بِعَيْنِكَ الَّتِي لاَ تَنَامُ وَاكْـنُفْ بِكَنَفِكَ وَرُكْنِكَ الَّذِي لاَ يُرَام. اَللَّهُمَّ اِرْمِ رَايَةَ الإِسْلاَمِ مَنْشُورَةً وَمَوَاطِنَ الدِّينِ وَالحَـقِّ مَعْمُورَةً.

Yang bermaksud: 
Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekelian pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.

Ya Allah! Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan orang-orang Melayu, agar bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang diidam-idamkan.
Ya Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.

Ya Allah! Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati. Harmonikanlah antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan. Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.

Ya Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini penjaga daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki. Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan.

Ya Allah! Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak mudah diterima. ......Amin.

Foto
 TAUFAN HAIYAN - Imej dari MTSAT Jepun
IMEJ diambil oleh Agensi Meteorologi Jepun (MTSAT) menunjukkan Taufan Haiyan yang turut membawa puting beliung terkuat di dunia tahun ini, mula membadai Filipina, awal pagi ini dengan kelajuan angin sehingga 275 kilometer sejam. Pihak berkuasa mengarahkan pengangkutan udara dan laut menangguhkan semua operasi hari ini. - Foto AFP

Apakah Taufan Haiyan yang  melanda Filipina Satu Kifarah Allah Kerana Kesombongan Mereka Menyerang Malaysia?
OLAK LEMPIT, Ahad 06 Muharram 1435 = 10hb November 2013. Di petik dari Berita Harian yang atikal asalnya dari AFP. Penulis melihatkan semua bala Allah ini di turunkan kerana ada sebabnya. Apa yang penulis nampak, Do'a malam MERDEKA seperti yang di muatkan di atas, hampir kesemua Umat Islamelayu mengaminkan do'a ini. Jelas di sini sesiapa sahaja yang cuba membuat onak ke atas Melaysia s akan tidak terlepas dari KIFARAH ALLAH. 

Bermula dengan "PEMBERONTAKAN ORANG SURUHAN KIRAM" yang membunuh Umat Islamelayu Malaysia, bala yang pertama mereka dapat adalah TINDKAN MEMPERTAHANKAN DIRI" yang terpaksa di ambil oleh Malaysia. Akhirnya berpuluh Orang Islamelayu Sulu maut tanpa manafaat dan beribu orang lagi di halau keluar dari Sabah, sedangkan kita semua tahu, hampir separuh dari saudara-saudara kita di Sulu bergantung harap dengan Malaysia.

Mahasuci Allah, Kiram telah di jemput untuk menemuinya. Allah lebih mengetahui. Riwayat Kiram di tamatkan hanya sampai di sini. Kini tiada lagi Bantuan yang di hulur oleh Malaysia, bukanya kita tak mengerti kesusahan mereka, tapi sudah di ketahui dan mereka juga mendendangkan yang mereka akan menuntut balas di atas kematian saudara mereka.

Dengan bala Allah yang mahahebat ini. Bagaimana untuk kita menyalurkan bantuan kesana? Hubungan diplomatik dengan Manila tiada halangan, tapi dengan Sulu? Sedangkan kita sedia maklum....kita selalu dahului sesama Islam. Adakah inilah bala Allah yang sebenarnya di turunkan untuk kita sama-sama mengisafi dan bermuhasabah untuk kita lebih bertolak ansur antara kita, tapi bukan dengan KAFIRUN. 

Taufan Haiyan yang turut membawa puting beliung terkuat di dunia tahun ini, mula membadai Filipina awal pagi ini dengan kelajuan angin sehingga 275 kilometer sejam, demikian menurut agensi perkhidmatan kaji cuaca.

Haiyan yang bermula di Pulau Samar, kira-kira 600 kilometer di barat daya Manila, membadai di pesisir pantai Guiuan jam 4.40 pagi tadi waktu tempatan, demikian menurut pegawai kaji cuaca Romeo Cajulis.
Presiden Benigno Aquino semalam memberi amaran kepada penduduk agar membuat segala persiapan untuk menghadapi Taufan Haiyan yang kelajuan anginnya boleh mencecah sehingga 380 kilometer sejam apabila membadai Filipina.


“Kepada pegawai tempatan, wilayah anda akan berdepan bencana yang serius. Sama-samalah kita menghadapinya dan memberi bantuan sedaya upaya sementara Haiyan belum membadai," katanya dalam pengumuman di stesen televisyen.

“Kita cuba mengharungi kesan taufan ini sekecil mungkin dengan sikap tolong menolong. Marilah kita bertenang terutama dalam kita berpindah dan membawa keperluan kita ke tempat selamat," katanya.

Aquino juga memberi amaran jangkaan rebut berkenaan turut membawa banjir besar dan memusnahkan harta benda terutama di sebelah pantai dengan ombak boleh menjangkau setinggi enam meter atau 20 kaki.
alt

TAUFAN HAIYAN - 10,000 Rakyat Filipina Maut

Lebih 125,000 penduduk di kawasan berisiko sudah dipindahkan sebelum Haiyan melanda, demikian menurut pegawai pertahanan awam Filipina.
Pihak berkuasa berkata sekolah di kawasan yang bakal dilanda taufan sudah diarah tutup, manakala perkhidmatan feri dan nelayan diarah menyelamatkan bot mereka atau balik ke pantai.

Di ibu negara Manila, yang dijangka tidak mendapat kesan langsung dari taufan berkenaan bagaimanapun menyaksikan banyak sekolah ditutup hari ini.

SEJARAH MALAY DAN NEGARA THAI.


Disember 1941, fasis Jepun menceroboh Malaya. Selain dari mendarat di pantai Sabak, Kota Baharu, mereka juga mendarat di Pattani dan Songkla. Perdana Menteri Thai ketika itu Phibun Songkhram menjalankan polisi bekerjasama dengan Jepun. Melalui persekongkolannya dengan fasis Jepun, Phibun telah melaksanakan polisi Thai Raya dan memperluaskan penguasaannya hingga ke Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.



Phibun Songkhram naik takhta pada tahun 1938 melalui rampasan kuasa dan melaksanakan polisi cauvinisme "Thai Raya". Di bawah polisi ini bangsa-bangsa lain harus berbahasa dan berkebudayaan Thai, bahkan di segi agama juga dikehendaki beragama Budda. Polisi ini telah mencetuskan pertentangan hebat berbagai bangsa di Thailand.

Orang Melayu yang tinggal secara memusat di Selatan Thai berbahasa Melayu dan beragama Islam, mempunyai sejarah, kebudayaan, kesenian dan tradisinya sendiri. Akan tetapi mereka dipaksa mengikut cara Barat, misalnya makan dengan sudu dan garpu, lelaki diharuskan memakai topi, wanita diharuskan memakai gaun, dan lain-lain. Mereka juga dilarang menggunakan bahasa Melayu, menggunakan nama Melayu, pakaian Melayu, dilarang memakan sirih pinang dan menghisap rokok pucuk nipah. Sejarah orang Melayu Pattani diharamkan daripada diajar di sekolah-sekolah. Polisi ini mendatangkan ketidak puasan orang Melayu di Selatan Thailand.

Akan tetapi, kekuatan patriotisme dan demokrasi Thailand tetap tak tertundukkan. Pridi memimpin gerakan patriotik-demokratik bawah tanah Thailand melawan fasis Jepun dan bekerjasama dengan pihak Berikat. Gerakan ini mencapai perkembangan besar dan akhirnya dapat menumbangkan kerajaan Phibun. Pada tahun 1944, Pridi mendirikan kerajaan yang baru dan memulihkan kedudukan kekuatan patriotik-demokratik.

Kerajaan Pridi dapat bekerjasama dengan seluruh masyarakat. Seorang pemimpin terkemuka Selatan Thai, Hj. Sulung pernah mengemukakan tuntutan ke atas Kerajaan Thai dan pengaruhnya berkembang di kalangan masyarakat Islam Selatan Thai. Anjuran Hj. Sulung ialah:

1. Menggesa Kerajaan Thai melantik seorang anak tempatan yang dipilih oleh rakyat setempat dan mempunyai kuasa penuh dalam pentadbiran wilayah-wilayah selatan.

2. Cukai dan hasil pendapatan dari keempat-empat wilayah berkenaan mestilah dilaburkan untuk projek pembangunan ekonomi setempat.

3. Mengadakan pelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah hingga darjah 6 sebelum mempelajari bahasa Siam.

4. Pegawai-pegawai kerajaan yang mentadbir wilayah-wilayah ini mestilah terdiri daripada 80 peratus orang Melayu - Islam peranakan tempatan.

5. Bahasa Melayu dan bahasa Siam dijadikan bahasa rasmi.

6. Penubuhan Majlis Agama Islam Wilayah yang berkuasa penuh bagi menyelaraskan perundangan Islam bersabit dengan syarak dan kebudayaan Melayu di keempat-empat wilayah dengan persetujuan ketua dalam syarat no. 1.

7. Kerajaan Thai mestilah mengasingkan antara Mahkamah Syariah dengan mahkamah kerajaan wilayah serta memberikan kuasa kepada kadi membicarakan sesuatu kesalahan di Mahkamah Syariah.

Setelah penjajah British berkuasa semula di Malaya, Kedah, Perlis Kelantan dan Terengganu yang tadinya dicantumkan oleh Jepun ke dalam wilayah Thailand telah diambil balik oleh British berdasarkan perjanjian Inggeris - Siam 1909.

Tapi, kerajaan Pridi tak dapat bertahan lama. Pada tahun 1947 ia digulingkan oleh Phibun. Pridi terpaksa meninggalkan tanah airnya merantau keluar negeri.

16 - 17 Oktober 1945, PKMM mengadakan kongres penubuhannya di Ipoh, Perak. Kongres telah memilih Ketua PKMM Mokhtaruddin Lasso, Naib Ketua Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ahmad Boestamam. Saya hadir dalam kongres sebagai wakil PKM untuk menyampaikan tahniah kepada kongres. Wakil dari berbagai pihak hadir menyertai kongres itu, kira-kira 300 orang lebih.

Tengku Mahmood Mahyiddeen wakil dari Pattani (Selatan Thai) juga hadir. Dia berpakaian seragam tentera (force 136). Mahyiddeen membentangkan masalah kemerdekaan kawasan Selatan Thai dengan menggabungkannya dengan Malaya.

Kerana rancangan Tengku Mahmood Mahyiddeen itu adalah sebuah projek kolonial, maka kami menentangnya. Kami berpendapat, soal Selatan Thai haruslah ditentukan oleh rakyat Selatan Thai sendiri. Mokhtaruddin, Dr. Burhanuddin, Boestamam, saya, dan lain-lain dari PKMM menentang cara Tengku Mahyiddeen itu. Ucapan Mokhtaruddin yang berapi-api membantah rancangan itu mendapat tepukan yang bergemuruh oleh para wakil.

Mac 1946, diadakan kongres Islam di Gunung Semanggol dipimpin Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. Wakil berbagai pihak hadir. Dr. Burhanuddin wakil PKMM, Boestamam wakil API, saya wakil PKM. Yang pentingnya kami bertemu dengan Mohd. Amin, wakil rakyat Selatan Thai. Kami menyokong perjuangan kemerdekaan rakyat Selatan Thai jika ia benar-benar pilihan rakyat Selatan Thai sendiri. Dalam ucapan di dalam kongres itu saya menegaskan pendirian PKM yang menyokong perjuangan rakyat Selatan Thai untuk membela nasib bangsanya sendiri. Saya juga menegaskan PKM dengan tegas menentang sebarang bentuk kolonialisme.

Selepas majlis itu, saya dan Boestamam secara khusus bertemu dengan wakil dari Pattani itu. Kami menegaskan pendirian kami yang telah saya nyatakan di atas. Saya memberikan alamat pejabat PKM untuk mereka hubungi kemudiannya.

Dalam masalah ini, Boestamam mempunyai rancangannya sendiri. Atas dasar membantu rakyat Selatan Thai, Boestamam menghimpunkan 60 orang anggota API di Padang Rengas mengadakan long march ke kawasan sempadan Betong. Strategi Boestamam ialah terlebih dahulu membantu revolusi rakyat Selatan Thai kemudian dengan bantuan rakyat Selatan Thai melancarkan peperangan terhadap penjajah British di Malaya pula.

Akan tetapi rancangannya gagal. Rombongan Boestamam bertembung dengan pasukan askar Gurkha di tengah jalan. Mereka berpecah beberapa kumpulan balik semula ke kampung masing-masing. Boestamam sendiri pergi ke Balik Pulau, Pulau Pinang menulis buku dengan tajuk "14 hari".

Sebelum itu, ketika kongres API di Melaka, Boestamam juga pernah membuat rancangan long march ke Pahang. Pahang menjadi ilham kerana pernah melahirkan pahlawan bangsa menentang Inggeris yang dikenali sebagai Perang Bahaman. Kira-kira 60 orang pemuda API menyertai long march tersebut. Akan tetapi bila tiba di Negeri Sembilan, mereka disekat oleh polis. Para peserta long march lari bercempera. Antaranya ada yang mencari pejabat PKMM Negeri Sembilan untuk berlindung. Pejabat PKMM membantu menghantar mereka balik ke rumah.

Tahun 1947 - 1948, 2 orang wartawan British Miss. Bowo James dan Miss. Barbara pernah mengapi-apikan semangat nasionalisme orang Selatan Thai untuk bergabung dengan Malaya (kesatuan Malaya) tajaan penjajah British. Banyak akhbar membesar-besarkan perkara itu untuk mempengaruhi pendapat awam.

Pada masa itu, saya yang menjadi wakil PKM juga mengeluarkan kenyataan akhbar yang disiarkan oleh akhbar PKMM untuk menjawab propaganda tersebut. Dalam kenyataan itu saya menyerukan orang ramai supaya tidak termakan dakyah penjajah British yang mahu memperluas tanah jajahannya ke Selatan Thai dengan cara menggabungkan Selatan Thai dan Malaya. Saya juga membentangkan lagi pandangan kami iaitu menyokong perjuangan rakyat Selatan Thai untuk menentukan nasib bangsanya sendiri tetapi menentang sebarang bentuk penjajahan, atau kolonialisme. Kenyataan akhbar itu telah dikutip oleh wartawan-wartawan dan disiarkan di akhbar masing-masing. Tengku Mahyiddeen tidak senang hati dengan kenyataan saya itu. Dia menganggap saya telah mengganggu rancangannya untuk menguasai wilayah-wilayah Selatan Thai.

Selepas itu beberapa orang wakil dari Pattani datang untuk berhubung dengan pejabat PKM di Kuala Lumpur. Akan tetapi apabila wakil tersebut tiba di Kota Baharu, mereka disekat oleh Tengku Mahyiddeen. Tengku Mahyiddeen melarang mereka pergi ke pejabat PKM. Beliau membawa wakil dari Pattani itu ke Selangor untuk mempelajari ilmu kebal bagi membentuk pasukan parang panjang.

Dengan itu, wakil dari Pattani itu mengubah rancangan asal dengan belajar ilmu parang panjang. Setelah mendapat latihan singkat, mereka balik ke Selatan Thai untuk mengembangkan ajaran tersebut.

April 1948, meletus pemberontakan Dusun Nyor. Kumpulan pemberontak menawan balai polis dan lain-lain. Orang-orang Tionghua yang menetap di situ juga memberikan beras dan lain-lain tanda sokongan kepada pemberontakan tersebut.

Walau bagaimanapun, pemberontakan itu tidak dapat bertahan lama. Setelah beberapa hari, pemerintah pusat dari Bangkok telah menghantar askar untuk menumpas pemberontakan itu. Mengikut pengumuman akhbar ketika itu terdapat 400 hingga 600 orang terlibat dalam pemberontakan itu. 30 orang anggota polis terkorban. Selepas itu mereka terpaksa berundur, ada sebahagiannya berundur ke Malaya.

Selepas peristiwa itu Tengku Mahyiddeen dengan kerjasama penjajah British menghantar 400 orang gerilanya bergerak di kawasan Selatan Thai.

Selasa, 24 Disember 2013

TAUBAT

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/1460097_249497145208556_356283337_n.jpg
Segala puji bagi Allah Rabb alam semesta, shalawat dan salam semoga tetap tercurah kepada Nabi dan utusan yang paling mulia.
Risalah ini ditujukan kepada setiap muslim yang beribadah kepada Allah semata dan tidak mempersekutukan- Nya dengan sesuatu apapun. Tujuan utama yang sangat urgen bagi setiap muslim adalah ia keluar meninggalkan dunia fana ini dengan ampunan Allah dari segala dosa sehingga Allah tidak menghisabnya pada hari Kiamat, dan memasukkannya ke dalam surga kenikmatan, hidup kekal didalamnya, tidak keluar selama-lamanya.
Di dalam risalah yang sederhana ini kami sampaikan beberapa amalan yang dapat melebur dosa dan membawa pahala yang besar, yang kesemuanya bersumber dari hadist-hadist yang shahih. Kita bermohon kepada Allah yang Maha Hidup, yang tiada Tuhan yang haq selain Dia, untuk menerima segala amalan kita. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
1. TAUBAT
“Barangsiapa yang bertobat sebelum matahari terbit dari barat, niscaya Allah akan mengampuninya” HR. Muslim, No. 2703.
“Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla menerima tobat seorang hamba selama ruh belum sampai ketenggorokan” .
2. KELUAR UNTUK MENUNTUT ILMU
“Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, niscaya Allah memudahkan baginya dengan (ilmu) itu jalan menuju surga” HR. Muslim, No. 2699.
3. SENANTIASA MENGINGAT ALLAH
“Inginkah kalian aku tunjukkan kepada amalan-amalan yang terbaik, tersuci disisi Allah, tertinggi dalam tingkatan derajat, lebih utama daripada mendermakan emas dan perak, dan lebih baik daripada menghadapi musuh lalu kalian tebas batang lehernya, dan merekapun menebas batang leher kalian. Mereka berkata: “Tentu”, lalu beliau bersabda: (( Zikir kepada Allah Ta`ala ))” HR. At Turmidzi, No. 3347.
4. BERBUAT YANG MA`RUF DAN MENUNJUKKAN JALAN KEBAIKAN
“Setiap yang ma`ruf adalah shadaqah, dan orang yang menunjukkan jalan kepada kebaikan (akan mendapat pahala) seperti pelakunya” HR. Bukhari, Juz. X/ No. 374 dan Muslim, No. 1005.
5. BERDA`WAH KEPADA ALLAH
“Barangsiapa yang mengajak (seseorang) kepada petunjuk (kebaikan), maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun” HR. Muslim, No. 2674.
6. MENGAJAK YANG MA`RUF DAN MENCEGAH YANG MUNGKAR.
“Barangsiapa diantara kalian melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka dengan lisannya, jika ia tidak mampu (pula) maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman” HR. Muslim, No. 804.
7. MEMBACA AL QUR`AN
“Bacalah Al Qur`an, karena sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat untuk memberikan syafa`at kepada pembacanya” HR. Muslim, No. 49.
8. MEMPELAJARI AL QUR`AN DAN MENGAJARKANNYA
“Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al Qur`an dan mengajarkannya” HR. Bukhari, Juz. IX/No. 66.
9. MENYEBARKAN SALAM
“Kalian tidak akan masuk surga sehingga beriman, dan tidaklah kalian beriman (sempurna) sehingga berkasih sayang. Maukah aku tunjukan suatu amalan yang jika kalian lakukan akan menumbuhkan kasih sayang di antara kalian? (yaitu) sebarkanlah salam” HR. Muslim, No.54.
10. MENCINTAI KARENA ALLAH
“Sesungguhnya Allah Ta`ala berfirman pada hari kiamat: ((Di manakah orang-orang yang mencintai karena keagungan-Ku? Hari ini Aku akan menaunginya dalam naungan-Ku, pada hari yang tiada naungan selain naungan-Ku)) ” HR. Muslim, No. 2566.
11. MEMBESUK ORANG SAKIT
“Tiada seorang muslim pun membesuk orang muslim yang sedang sakit pada pagi hari kecuali ada 70.000 malaikat bershalawat kepadanya hingga sore hari, dan apabila ia menjenguk pada sore harinya mereka akan shalawat kepadanya hingga pagi hari, dan akan diberikan kepadanya sebuah taman di surga” HR. Tirmidzi, No. 969.
12. MEMBANTU MELUNASI HUTANG
“Barangsiapa meringankan beban orang yang dalam kesulitan maka Allah akan meringankan bebannya di dunia dan di akhirat” HR. Muslim, No.2699.
13. MENUTUP AIB ORANG LAIN
“Tidaklah seorang hamba menutup aib hamba yang lain di dunia kecuali Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat” HR. Muslim, No. 2590.
14. MENYAMBUNG TALI SILATURAHMI
“Silaturahmi itu tergantung di `Arsy (Singgasana Allah) seraya berkata: “Barangsiapa yang menyambungku maka Allah akan menyambung hubungan dengannya, dan barangsiapa yang memutuskanku maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya”
HR. Bukhari, Juz. X/No. 423 dan HR. Muslim, No. 2555.
15. BERAKHLAK YANG BAIK
“Rasulullah SAW ditanya tentang apa yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam surga, maka beliau menjawab: “Bertakwa kepada Allah dan berbudi pekerti yang baik” HR. Tirmidzi, No. 2003.
16. JUJUR
“Hendaklah kalian berlaku jujur karena kejujuran itu menunjukan kepada kebaikan, dan kebaikan menunjukan jalan menuju surga”
HR. Bukhari Juz. X/No. 423 dan HR. Muslim., No. 2607.
17. MENAHAN MARAH
“Barangsiapa menahan marah padahal ia mampu menampakkannya maka kelak pada hari kiamat Allah akan memanggilnya di hadapan para makhluk dan menyuruhnya untuk memilih bidadari yang ia sukai” HR. Tirmidzi, No. 2022.
18. MEMBACA DO`A PENUTUP MAJLIS
“Barangsiapa yang duduk dalam suatu majlis dan banyak terjadi di dalamnya kegaduhan lalu sebelum berdiri dari duduknya ia membaca do`a:
(Maha Suci Engkau Ya Allah dan dengan memuji-Mu aku bersaksi bahwa Tidak ada Ilah (Tuhan) yang berhak disembah kecuali Engkau, aku memohon ampun dan bertobat kepada-Mu) melainkan ia akan diampuni dari dosa-dosanya selama ia berada di majlis tersebut” HR. Tirmidzi, Juz III/No. 153.
19. SABAR
“Tidaklah suatu musibah menimpa seorang muslim baik berupa malapetaka, kegundahan, rasa letih, kesedihan, rasa sakit, kesusahan sampai-sampai duri yang menusuknya kecuali Allah akan melebur dengannya kesalahan-kesalahan nya” HR. Bukhari, Juz. X/No. 91.
20. BERBAKTI KEPADA KEDUA ORANG TUA
“Sangat celaka, sangat celaka, sangat celaka…! Kemudian ditanyakan: Siapa ya Rasulullah?, beliau bersabda: ((Barangsiapa yang mendapati kedua orang tuanya atau salah satunya di masa lanjut usia kemudian ia tidak bisa masuk surga))” HR. Muslim, No. 2551.
21. BERUSAHA MEMBANTU PARA JANDA DAN MISKIN
“Orang yang berusaha membantu para janda dan fakir miskin sama halnya dengan orang yang berjihad di jalan Allah” dan saya (perawi-pent) mengira beliau berkata: ((Dan seperti orang melakukan qiyamullail yang tidak pernah jenuh, dan seperti orang berpuasa yang tidak pernah berbuka” HR. Bukhari, Juz. X/No. 366.
22. MENANGGUNG BEBAN HIDUP ANAK YATIM
“Saya dan penanggung beban hidup anak yatim itu di surga seperti begini,” seraya beliau menunjukan kedua jarinya: jari telunjuk dan jari tengah.
HR. Bukhari, Juz. X/No. 365.
23. WUDHU`
“Barangsiapa yang berwudhu`, kemudian ia memperbagus wudhu`nya maka keluarlah dosa-dosanya dari jasadnya, hingga keluar dari ujung kukunya”
HR. Muslim, No. 245.
24. BERSYAHADAT SETELAH BERWUDHU`
(Barangsiapa berwudhu` lalu memperbagus wudhu`nya kemudian ia mengucapkan:
أشْهَدُ أنْ لاَّ إلهَ إلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأشْهَدُ أنَّ مُحَمَّداً عَبْدُهُ ورَسُوْلُُُهُ،
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِيْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ
(Saya bersaksi bahwa tiada Tuhan yang haq selain Allah tiada sekutu bagi-Nya, dan saya bersaksi bahwa Muhammad hamba dan utusan-Nya,Ya Allah jadikanlah aku termasuk orang yang bertobat dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang bersuci,” maka dibukakan baginya pintu-pintu surga dan ia dapat memasukinya dari pintu mana saja yang ia kehendaki”
HR. Muslim, No. 234.
25. MENGUCAPKAN DO`A SETELAH AZAN
“Barangsiapa mengucapkan do`a ketika ia mendengar seruan azan:
اَللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ والصَّلاَةِ القَائِمَةِ, آتِ مُحَمَّداً الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيْلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَاماً مَّحْمُوْداً الَّذِيْ وَعَدتَّهُ
((Ya Allah pemilik panggilan yang sempurna dan shalat yang ditegakkan, berilah Muhammad wasilah (derajat paling tinggi di surga) dan kelebihan, dan bangkitkanlah ia dalam kedudukan terpuji yang telah Engkau janjikan kepadanya)) maka ia berhak mendapatkan syafa`atku pada hari kiamat”
HR. Bukhari, Juz. II/No. 77.
26. MEMBANGUN MASJID
“Barangsiapa membangun masjid karena mengharapkan keridhaan Allah maka dibangunkan baginya yang serupa di syurga” HR. Bukhari, No. 450.
27. BERSIWAK
“Seandainya saya tidak mempersulit umatku niscaya saya perintahkan mereka untuk bersiwak pada setiap shalat” HR. Bukhari II/No. 331 dan HR. Muslim, No. 252.
28. PERGI KE MASJID
“Barangsiapa berangkat ke masjid pada waktu pagi atau sore, niscaya Allah mempersiapkan baginya tempat persinggahan di surga setiap kali ia berangkat pada waktu pagi atau sore” HR. Bukhari, Juz. II/No. 124 dan HR. Muslim, No. 669.
29. SOLAT LIMA WAKTU
“Tiada seorang muslim kedatangan waktu shalat fardhu kemudian ia memperbagus wudhu`nya, kekhusyu`annya dan ruku`nya kecuali hal itu menjadi pelebur dosa-dosa yang dilakukan sebelumnya selama ia tidak dilanggar suatu dosa besar. Dan yang demikian itu berlaku sepanjang masa” HR. Muslim, No. 228.
30. SOLAT SUBUH DAN ASAR
“Barangsiapa shalat pada dua waktu pagi dan sore (subuh dan ashar) maka ia masuk surga” HR. Bukhari, Juz. II/No. 43.
31. SOLAT JUMAAT
“Barangsiapa berwudhu` lalu memperindahnya, kemudian ia menghadiri shalat Jum`at, mendengar dan menyimak (khutbah) maka diampuni dosanya yang terjadi antara Jum`at pada hari itu dengan Jum`at yang lain dan ditambah lagi tiga hari” HR. Muslim, 857.
32. SAAT DIKABULKANNYA PERMOHONAN PADA HARI JUMAAT
“Pada hari ini terdapat suatu saat bilamana seorang hamba muslim bertepatan dengannya sedangkan ia berdiri shalat seraya bermohon kepada Allah sesuatu, tiada lain ia akan dikabulkan permohonannya”
HR. Bukhari, Juz. II/No. 344 dan HR. Muslim, No. 852.
33. MENGIRINGI SOLAT FARDHU DENGAN SOLAT SUNNAT RAWATIB
“Tiada seorang hamba muslim shalat karena Allah setiap hari 12 rakaat sebagai shalat sunnat selain shalat fardhu, kecuali Allah membangunkan baginya rumah di surga” HR. Muslim, No. 728.
34. SOLAT 2 (DUA) RAKAAT SETELAH MELAKUKAN DOSA
“Tiada seorang hamba yang melakukan dosa, lalu ia berwudhu` dengan sempurna kemudian berdiri melakukan shalat 2 rakaat, lalu memohon ampunan Allah, melainkan Allah mengampuninya” HR. Abu Daud, No.1521.
35. SOLAT MALAM
“Shalat yang paling afdhal setelah shalat fardhu adalah shalat malam”
HR. Muslim, No. 1163.
36. SOLAT DHUHA
“Setiap persendian dari salah seorang di antara kalian pada setiap paginya memiliki kewajiban sedekah, sedangkan setiap tasbih itu sedekah, setiap tahmid itu sedekah, setiap tahlil itu sedekah, setiap takbir itu sedekah, memerintahkan kepada yang makruf itu sedekah dan mencegah dari yang mungkar itu sedekah, tetapi semuanya itu dapat terpenuhi dengan melakukan shalat 2 rakaat dhuha” HR. Muslim, No. 720.
37. SELAWAT KEPADA NABI SAW
“Barangsiapa bershalawat kepadaku satu kali maka Allah membalas shalawatnya itu sebanyak 10 kali” HR. Muslim, No. 384.
38. PUASA
“Tiada seorang hamba berpuasa satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkannya karena puasa itu dari neraka selama 70 tahun” HR. Bukhari, Juz. VI/No. 35.
39. PUASA 3 (TIGA) HARI PADA SETIAP BULAN
“Puasa 3 (tiga) hari pada setiap bulan merupakan puasa sepanjang masa”
HR. Bukhari, Juz. IV/No. 192 dan HR. Muslim, No. 1159.
40. PUASA 6 (ENAM) HARI PADA BULAN SYAWAL
“Barangsiapa melakukan puasa Ramadhan, lalu ia mengiringinya dengan puasa 6 hari pada bulan Syawal maka hal itu seperti puasa sepanjang masa”
HR. Muslim, 1164.
41. PUASA `ARAFAT
“Puasa pada hari `Arafat (9 Dzulhijjah) dapat melebur (dosa-dosa) tahun yang lalu dan yang akan datang” HR. Muslim, No. 1162.
42. PUASA `ASYURA
“Dan dengan puasa hari `Asyura (10 Muharram) saya berharap kepada Allah dapat melebur dosa-dosa setahun sebelumnya” HR. Muslim,No. 1162.
43. MEMBERI HIDANGAN BERBUKA BAGI ORANG YANG BERPUASA
“Barangsiapa yang memberi hidangan berbuka bagi orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti pahala orang berpuasa itu, dengan tidak mengurangi pahalanya sedikitpun” HR. Tirmidzi, No. 807.
44. SOLAT DI MALAM LAILATUL QADR
“Barangsiapa mendirikan shalat di (malam) Lailatul Qadr karena iman dan mengharap pahala, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”
HR. Bukhari Juz. IV/No. 221 dan HR. Muslim, No. 1165.
45. SEDEKAH
“Sedekah itu menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api”
HR. Tirmidzi, No. 2616.
46. HAJI DAN UMRAH
“Dari umrah ke umrah berikutnya merupakan kaffarah (penebus dosa) yang terjadi di antara keduanya, dan haji yang mabrur tidak ada balasan baginya kecuali surga” HR. Muslim, No. 1349.
47. BERAMAL SOLIH PADA 10 HARI BULAN DZULHIJJAH
“Tiada hari-hari, beramal shalih pada saat itu lebih dicintai Allah daripada hari-hari ini, yaitu 10 hari pada bulan Dzulhijjah. Para sahabat bertanya: “Dan tidak (pula) jihad di jalan Allah? Beliau bersabda: “Tidak (pula) jihad di jalan Allah, kecuali orang yang keluar dengan jiwa dan hartanya kemudian ia tidak kembali lagi dengan membawa sesuatu apapun”
HR. Bukhari, Juz. II/No. 381.
48. JIHAD DI JALAN ALLAH
“Bersiap siaga satu hari di jalan Allah adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya, dan tempat pecut salah seorang kalian di surga adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya” HR. Bukhari, Juz. VI/No. 11.
49. INFAQ DI JALAN ALLAH
“Barangsiapa membantu persiapan orang yang berperang maka ia (termasuk) ikut berperang, dan barangsiapa membantu mengurusi keluarga orang yang berperang, maka iapun (juga) termasuk ikut berperang” HR. Bukhari, Juz.VI/No. 37 dan HR. Muslim, No. 1895.
50. MENYEMBAHYANGKAN MAYAT DAN MENGIRINGI JENAZAH
“Barangsiapa ikut menyaksikan jenazah sampai dishalatkan maka ia memperoleh pahala satu qirat, dan barangsiapa yang menyaksikannya sampai dikubur maka baginya pahala dua qirat. Lalu dikatakan: “Apakah dua qirat itu?”, beliau menjawab: ((Seperti dua gunung besar))” HR. Bukhari, Juz. III/No. 158.
51. MENJAGA LIDAH DAN KEMALUAN
“Siapa yang menjamin bagiku “sesuatu” antara dua dagunya dan dua selangkangannya, maka aku jamin baginya surga”
HR. Bukhari, Juz. II/No. 264 dan HR. Muslim, No. 265.
52. KEUTAMAAN MENGUCAPKAN LAA ILAHA ILLALLAH DAN SUBHANALLAH WA BI HAMDIH
“Barangsiapa mengucapkan:
((لاَ إلهَ إلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ)) sehari seratus kali, maka baginya seperti memerdekakan 10 budak, dan dicatat baginya 100 kebaikan,dan dihapus darinya 100 kesalahan, serta doanya ini menjadi perisai baginya dari syaithan pada hari itu sampai sore. Dan tak seorangpun yang mampu menyamai hal itu, kecuali seseorang yang melakukannya lebih banyak darinya”. Dan beliau bersabda: “Barangsiapa mengucapkan: (( سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ )) satu hari 100 kali, maka dihapuskan dosa-dosanya sekalipun seperti buih di lautan”
HR. Bukhari, Juz. II/No. 168 dan HR. Muslim, No. 2691.
53. MENYINGKIRKAN GANGGUAN DARI JALAN
“Saya telah melihat seseorang bergelimang di dalam kenikmatan surga dikarenakan ia memotong pohon dari tengah-tengah jalan yang mengganggu orang-orang” HR. Muslim.
54. MENDIDIK ANAK PEREMPUAN
“Barangsiapa memiliki tiga anak perempuan, di mana ia melindungi, menyayangi, dan menanggung beban kehidupannya maka ia pasti akan mendapatkan surga” HR. Ahmad dengan sanad yang baik.
55. BERBUAT BAIK KEPADA HAIWAN
“Ada seseorang melihat seekor anjing yang menjilat-jilat debu karena kehausan maka orang itu mengambil sepatunya dan memenuhinya dengan air kemudian meminumkannya pada anjing tersebut, maka Allah berterimakasih kepadanya dan memasukkannya ke dalam surga” HR. Bukhari.
57. MENINGGALKAN PERDEBATAN
“Aku adalah pemimpin rumah di tengah surga bagi siapa saja yang meninggalkan perdebatan padahal ia dapat memenangkannya” HR. Abu Daud.
58. MENGUNJUNGI SAUDARA-SAUDARA SEIMAN
((Maukah aku beritahukan kepada kalian tentang para penghuni surga? Mereka berkata: “Tentu wahai Rasulullah”, maka beliau bersabda: “Nabi itu di surga, orang yang jujur di surga, dan orang yang mengunjungi saudaranya yang sangat jauh dan dia tidak mengunjunginya kecuali karena Allah maka ia di surga”)) Hadits hasan, riwayat At-Thabrani.
59. KETAATAN SEORANG ISTERI TERHADAP SUAMINYA
“Apabila seorang perempuan menjaga shalatnya yang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, dan menjaga kemaluannya serta menaati suaminya maka ia akan masuk surga melalui pintu mana saja yang ia kehendaki” HR. Ibnu Hibban, hadits shahih.
60. TIDAK MEMINTA-MINTA KEPADA ORANG LAIN
“Barangsiapa yang menjamin dirinya kepadaku untuk tidak meminta-minta apapun kepada manusia maka aku akan jamin ia masuk surga”
Hadits shahih, riwayat Ahlus Sunan.

Selasa, 3 Disember 2013

PERJANJIAN ROH.


Sebelum ini, saya telah menyentuh sedikit mengenai Perjanjian Ruh di alam arwah. Ia merupakan sebuah perjanjian di antara kita semua dengan Allah s.w.t., Pencipta, Pemilik serta Pentadbir sekelian alam ini sebelum Ruh dimasukkan ke dalam jasad kita sebagai manusia. Perjanjian Ruh ini termuat di dalam beberapa tempat di dalam al Qur’an. Salah satu ayat yang menyentuh tentangnya ialah ayat yang menceritakan tentang ciri-ciri manusia yang Allah sebutkan sebagai layak memasuki Syurga ‘Adn. Syarat pertama seperti yang dinyatakan ialah manusia itu memenuhi janji tidak akan mempersekutukan Allah dengan apa jua pun sebagaimana dia pernah persaksikan di alam arwah.

Perjanjian ini ada disebutkan di dalam al Qur’an dan kitab-kitab agama lain termasuk kitab-kitab golongan sofis sejak zaman berzaman . Ia menunjukkan sejak zaman-berzaman, pengetahuan tentang terdapatnya satu perjanjian antara ruh manusia dan penciptaNya bukanlah sebuah subjek yang pelik untuk dibicarakan. Allah membenarkan tentang adanya perjanjian sedemikian rupa.  Terdapat penjelasan mengenai bila perkara itu berlaku serta apa intipati perjanjian tersebut yang sentiasa menjadi subjek yang dipertuturkan oleh golongan manusia yang berfikir sejak zaman berzaman. Pertama, biar saya jelaskan apa kata Allah di dalam al Qur’an mengenai Perjanjian Ruh ini.


Telah berlaku satu perjanjian antara Ruh dan Allah sebelum dari Ruh kita semua dimasukkan ke dalam jasad yang diciptakan kemudiannya di dalam turutan yang dijelaskan di dalam ayat 172 hingga 174 surah ar a’raaf seperti berikut :

Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka, iaitu anak cucu mereka, dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka, “Bukankah Aku ini Tuhanmu?”, mereka menjawab : “Betul, kami menjadi saksi,”, (ia diperingatkan supaya) tidak kamu mengatakan di hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami terhadap hal-hal ini (keesaan Allah) adalah orang-orang yang lalai,”. 172

Atau agar kamu tidak mengatakan : “Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedangkan kami ini adalah anak-anak keturunan yang datang sesudah mereka, maka apakah Engkau akan membinasakan kami kerana perbuatan orang-orang yang sesat dahulu?” 173

Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu agar mereka kembali. 174

Prof Dr. HAMKA, menjelaskan Perjanjian Ruh ini merupakan antara subjek yang seharusnya diberikan perhatian dan diberikan perhatian khusus. Ini kerana umumnya manusia terlupa. Akan terbit rasa tidak tenteram dan hilang ketenangan di dalam jiwa setiap manusia sekiranya mereka tidak kembali diperingatkan tentang butir utama perjanjian yang pernah dimeterai antara kita dengan Allah s.w.t.

Rumah, kereta, kemewahan serta keluarga yang besar tidak menjanjikan sebuah ketenangan kepada jiwa. Jiwa itu sentiasa meronta-ronta cuba mencari sebab kenapa rasa gundah serta tidak gembira itu masih hadir ketika kehidupan kita berterusan dikelilingi dengan segala apa yang ditafsirkan sebagai kemewahan.
Seolah-olah terdapat satu ruang kosong yang meruntun perasaan. Seolah-olah jiwa itu sedang mencari sesuatu tetapi tidak diketemukan. Ia sangat pelik, lalu segala yang dipandang sebagai nikmat-nikmat yang dikejar-kejar sebelum ini, mula kelihatan tidak memberikan kepuasan sepenuhnya terhadap remedi bagi kekosongan yang dicari. Pada sangkaan awal, pasangan hidup yang cantik, harta, rumah yang besar, kenderaan mewah, serta anak pinak yang disangka dapat mengubat resah di dalam jiwa itu gagal menghadirkan dirinya. Perasaan tersebut hadir seolah-olah ia mmberitahu kepada hati dan perasaan kita bahawa terdapat satu tanggungjawab atau tugasan yang masih belum diselesaikan.

Lalu kita cuba untuk mencari jawapan. Perlahan-lahan kita menyelidiki apa yang tidak kena dengan diri kita pada waktu tersebut. Secara zahir, segalanya kelihatan tidak bermasalah. Kemudian barulah terdetik, mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan sisi dalaman di dalam diri. Ia mungkin ada kena mengena dengan jiwa yang tidak tenang.

Lalu, barulah disedari bahawa jiwa itu terdiri dari tubuh yang dihidupkan dengan ruh. Kombinasi keduanya menjadikan tubuh itu berfungsi dan dapat menjalani kehidupan. Mana mungkin manusia itu mendapat ketenangan jikalau ruhnya tidak mendapat makanan yang tepat. Kehendak ruh atau rohani inilah yang menyebabkan ramai manusia merasakan diri mereka kosong walaupun hidup dikelilingi dengan pelbagai nikmat dan kemewahan.

Ruh berkehendakan supaya janji yang pernah dimeterai antara mereka dan Tuhan ditepati. Kehendak inilah yang mana jika tidak dipenuhi akan menghantui setiap jiwa manusia yang akan sentiasa dihambat rasa kekosongan kerana hidup bertuhankan segala perkara lain kecuali Allah. Manusia mengejar harta, kedudukan, publisiti dan pangkat seolah-olah itulah tujuan utama mereka hidup di dalam dunia. Itu merupakan trajektori pemikiran yang silap jika kehidupan bahagia menjadi destinasi yang ingin ditujui.
Tetapi Allah tidak pernah membiarkan manusia itu terkapai-kapai di dalam mencari jawapan. Lantas pada setiap kali umat manusia hilang panduan, Allah s.w.t. mengutuskan para nabi dan rasul untuk mengajak serta mengingatkan kembali dasar tauhid yang menjadi intipati utama perjanjian antara ruh kita dengan Allah s.w.t., Pencipta dan Pentadbir sekelian alam.

Itulah yang menjadi intipati kepada ayat 172 hingga 173 surah al A’raaf. Rasul dikirimkan kepada umat manusia supaya manusia tidak mengatakan kembali bahawa mereka tidak pernah diperingatkan tentang perjanjian untuk tidak menyekutukan Allah dengan segala sesuatu yang lain.
Menepati Perjanjian Ruh ini menjadi syarat utama bagi manusia-manusia yang dikira layak untuk layak memasuki syurga. Di dalam surah ar Ra’d ayat 19 hingga 26, Allah s.w.t. menyebut tentang penghuni Syurga ‘adn.

Adakah orang yang mengetahui bahawasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Rabb-mu itu benar sama seperti orang yang buta? Sesungguhnya yang mahu mengambil pelajaran itu hanyalah orang-orang yang berakal sahaja. 19

Iaitu orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merosakkan perjanjian. 20 

Dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan (iman, silaturrahim) dan mereka yang takut kepada Rabb mereka dan takut kepada hisab yang buruk. 21

Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Rabbnya, dan mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik. 22

Syurga ‘Adn, yang mereka masuk ke dalamnya dengan orang-orang yang saleh dari bapa-bapanya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedangkan malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari setiap pintu. 23

Kesejahteraan buat kalian berkat kesabaran kalian, maka alangkah baiknya tempat kesudahan ini. 24

Banyak mufassir serta ulama’ cuba mentafsirkan bagaimana perjanjian tersebut dimeterai. Perkara itu cuba dijauhkan dari penulisan ini kerana ianya diluar daripada bidang keupayaan manusia untuk mendapatkan gambaran sebenarnya. Malah cara bagaimana perjanjian itu dimeterai antara ruh dan Tuhan yang menciptakannya juga akan dijauhi sedapatnya. Yang penting, intipati kepada perjanjian itu diketahui dan bagaimana cara perjanjian itu boleh dipenuhi telah dijelaskan sepenuhnya di dalam al Qur’an.
“Mereka bertanya kepadamu tentang ruh. Katakanlah: ‘Ruh itu termasuk urusan Rabbku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit’.” (Al-Isra: 85)
Cuma penulisan ini digarapkan atas tujuanbagi menunjukkan bahawa perkara Perjanjian Ruh ini merupakan sebuah subjek yang turut menjadi sentuhan dan perbincangan manusia-manusia yang menamakan diri mereka manusia beragama sejak zaman berzaman.

Al Qur’an secara jelas menyatakan bahawa semua agama yang wujud dimukabumi ini pada hari ini sejak semalam jauh, berasal dari satu agama yang sama. Agama yang asal itu ialah Islam yang diperkenalkan kepada manusia semenjak zaman Nabi Adam a.s.

Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan syurga), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka) dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan. Dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka kitab-kitab suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan pertunjuk kepada orang-orang y ang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi pertunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang di kehendakiNya ke jalan yang betul-lurus (menurut undang-undang peraturanNya). (al Baqarah ayat 213)

Ruh, Pembalasan Akhirat dan Syariat Awal Manusia
Anak-anak Adam a.s. telah mengetahui mengenai beberapa syariat ringkas. Ia melibatkan beberapa hukum asas dan pengetahuan bahawa setiap perbuatan itu akan mendapat balasan yang setimpal diakhirat. Kerana itulah, apabila diugut untuk dibunuh dengan tindakan zalim oleh Qabil, Habil hanya menyatakan perkara berikut kepada saudara kandungnya. Surah al Maidah ayat 27 hingga 29 berikut.

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil) dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): Sesungguhnya aku akan membunuhmu!. (Habil) menjawab: Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.

Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam.
Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli Neraka dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim.

Pewaris nabi yang terawal, Habil, tidak mahu bertindak zalim di atas kezaliman yang bakal ditimpakan ke atasnya. Maka jadilah dia korban pertama demi mempertahankan prinsip yang dipegangnya bahawa semua perbuatan jahat itu akan mendapat balasan dari Allah. Tetapi untuk memaksanya bertindak zalim dan ganas sebagai balasan kepada perbuatan zalim yang bakal ditimpakan saudara kandungnya ke atasnya, ianya tidak menjadi pilihannya sama sekali. Sempurna mendapat didikan dari ayahandanya yang merupakan ayahanda kepada kita semua, dia menolak untuk mengambil jalan bermusuhan dengan saudaranya sekalipun saudaranya secara jelas menzalimi dirinya. Betapa kualiti ini, tidak kelihatan lagi di dunia ini kecuali pada pewaris nabi yang sedikit jumlahnya.

Melalui kisah yang cukup ringkas diceritakan di dalam Al Qur’an ini, terlalu banyak maklumat yang diperolehi mengenai kehidupan keluarga manusia terawal di dunia. Pertama, mereka telah bercucuk tanam dan memelihara binatang ternak sebagai makanan. Jelas mereka telah mempunyai sistem tugasan dan teknik bagi mencukupkan keperluan asas iaitu makanan.  Mereka telah mempunyai sistem hidup yang sistematik dan membahagi-bahagikan tugas sebagaimana manusia dengan pemikiran yang  bertamadun melakukannya. Mereka juga menyelesaikan perebutan dan konflik melalui sistem timbang tara yang pada waktu itu diadili oleh Allah s.w.t. dengan korban salah seorang dari mereka diterima Allah bagi menyelesaikan isu yang timbul sesama mereka. Mereka telah mempunyai pengetahuan tentang apa yang baik dan apa yang buruk untuk dikerjakan. Mereka telah mempunyai set undang-undang yang menunjukkan bahawa setiap perbuatan itu akan mendapat balasan yang setimpal. Mereka juga telah mengetahui mengenai kematian dan destinasi yang bakal dituju selepas kematian.

Mereka telah mengetahui mengenai aspek rohani bahawa setiap jiwa itu terdiri dari ruh dan jasad. Ia difahami apabila Habil berkata kepada Qabil, bahawa dia akan kembali membawa dosa-dosanya dan dosa dia membunuh Habil apabila berhadapan dengan Allah diakhirat nanti. Jelas di sini, Habil mengetahui bahawa apabila mati nanti, jasadnya mungkin akan disimpan bumi, tetapi ruh tetap hidup dan akan dibangkitkan kembali diakhirat nanti.

Itulah kehebatan al Qur’an, dapat menjelaskan pelbagai perkara hanya di dalam 3 ayat ringkas. Di dalam 3 ayat sebegini ringkas, hampir seluruh sistem hidup keluarga manusia yang terawal di dunia dijelaskan hampir sepenuhnya. Banyak mitos tentang aspek kehidupan manusia terawal yang seringkali dikaitkan dengan bidang arkeologi yang berkiblatkan barat menjadi tidak relevan dan dapat diperbetulkan hanya melalui 3 ayat ringkas dan mudah ini. Sebenarnya kisah Habil dan Qabil tidak berakhir pada ayat 29 surah al Maidah tersebut, tetapi ianya dilanjutkan sehingga ayat 31. Banyak lagi lapis pengetahuan yang boleh digali melalui penelitian ke atas dua ayat tambahan tersebut. Jika mula mengambil serius dengan al Qur’an, Allah s.w.t. akan membuka jalan-jalan pemahaman yang lebih dalam. Tahukah sahabat-sahabat pengunjung blog satuhala ini, di dalam kisah Adam a.s. dan keluarganya yang dicatatkan di dalam al Qur’an, terdapat pelbagai ilmu lagi selain  yang boleh dijadikan panduan kepada pelbagai bidang dari bidang serius seperti arkeologi hingga ke bidang glamor seperti fesyen. Tahukah sahabat-sahabat pengunjung bahawa al Qur’an dan Sunnah memberikan panduan bagaimana untuk membezakan yang mana satu antara beberapa tengkorak di bawah ini merupakan tengkorak manusia lampau dan mana satu yang bukan? Jika Nabi secara jelas dapat memberikan jawapan kepada setiap persoalan yang diberikan kepadanya melalui bantuan Allah, seharusnya pewaris nabi turut menjadi kemuncak pusat rujukan untuk semua umat Islam di dalam pelbagai bidang supaya mereka dapat menjalankan usaha mereka mengikut jalan yang betul dan tidak sia-sia membuang masa.



Tahukah sahabat-sahabat pengunjung blog bahawa Allah s.w.t. menjelaskan peringkat-peringkat ketamadunan manusia menggunakan keadah yang lebih spesifik berbanding kaedah pembahagian zaman yang longgar digunakan ahli arkeologi yang hanya membezakan zaman mengikut peralatan yang digunakan manusia seperti zaman Neolitik, Paleolitik, Logam, Besi dan sebagainya?

Tahukah sahabat-sahabat pengunjung blog, bahawa al Qur’an mengatakan imaginasi pengembaraan angkasa sebagaimana yang digambarkan James Cameron di dalam filem Avatar itu silap kaedahnya? Tahukah tuan-tuan bahawa kaedah pengembaraan angkasa serta perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian kepada manusia yang mengembara jauh diangkasa yang sedang diselidiki NASA itu sudah pun ada panduan jelasnya bagaimana untuk melakukannya di dalam al Qur’an? Tahukah sahabat-sahabat pengunjung, bahawa segala panduan yang sangat bermanfaat di dalam al Qur'an itu tidak akan memberikan sebarang untung kepada umat Islam selagi mereka tidak mengambil serius tentang al Qur'an dan selagi mereka tidak kembali bersatu atas satu jemaah yang bersatu atas satu persamaan iaitu kita semua mengucapkan dua kalimah syahadah dan kembali menjernihkan semua perselisihan yang diwujudkan musuh-musus agama kita ke atas kita?

Tahukah sahabat-sahabat kenapa ilmu-ilmu itu semua tidak kita ketahui ada di dalam al Qur’an selama ini sedangkan akses kepada semua pengetahuan hebat dan panduan kepada semua manusia yang mengejar segala bentuk ilmu sudah lebih seribu tahun diberikan kepada kita melalui al Qur’an? Ini kerana al Qur’an sudah lama berada di dalam tangan majoriti manusia-manusia yang hanya berminat untuk menggunakannya sebagai sarung tinju bagi menjatuhkan lawan. Mereka tidak mahu menggunakan al Qur’an sebagai panduan yang menguatkan tetapi semakin membinasakan. Tidakkah kita sebagai umat Islam semakin pelik apabila semakin ramai dihantar anak-anak muda kita keluar negara untuk belajar ilmu agama, majoriti daripada mereka pulang dengan tujuan untuk mengurangkan jumlah umat Islam di dalam negara. Pulang sahaja dari belajar, mereka sudah bersedia untuk menjadi algojo. Habis semua umat Islam dilabelkan mengikut kumpulan-kumpulan tertentu. Semakin hari semakin kecil jumlah umat Islam akibat dilabelkan dan dikelompok-kelompokkan. Semakin bertukar zaman, semakin banyak kumpulan umat Islam dilabelkan. Sehinggakan kini umat Islam dilihat tidak lebih dari jutaan buih-buih dipukul ombak ditepian pantai. Sampai bila semua ini akan berhenti?

Jika ada umur yang panjang, kesempatan serta keberkatan masa dan kelapangan ekonomi, InsyaAllah saya akan jelaskan semua perkara yang saya sebutkan di atas di dalam blog satuhala ini dan di dalam medium-medium yang saya rasakan sesuai.

Berbalik kepada Perjanjian Ruh antara ruh manusia dengan Allah, jelas prinsip kefahaman tentang kewujudan ruh yang akan dibangkitkan kembali bersama jasad sudah sedia wujud sejak zaman Adam a.s. lagi. Ia seperti yang disebut di dalam ayat yang menyentuh kisah Habil dan Qabil di atas.

Apabila manusia mula jauh dari jalan agama dan menuju jalan yang tersasar, Allah s.w.t. akan mengirimkan nabi dan rasul bagi membantu manusia kembali ke jalan yang sepatutnya. Variasi pelbagai agama yang wujud pada hari ini, semuanya berakar kepada Islam. Yahudi, Nasrani, Hindu dan sebagainya berakar kepada jalan tauhid yang asal yang membentuk agama Islam di zaman silam sebelum ia dilengkapkan semasa Muhammad s.a.w. diutuskan sebagai nabi dan rasul.

InsyaAllah, penulisan-penulisan seterusnya selepas ini saya akan menjelaskan butiran mengenai Perjanjian Ruh di dalam sebuah kitab agama yang didakwa pengikut mereka sebagai kitab agama yang tertua di dunia untuk agama yang masih wujud di dalam dunia kini. Ia berkenaan syarat perjanjian Ruh yang terdapat di dalam kitab Bhagavad Gita. Kemudian saya akan berkongsi tentang kisah perjanjian Ruh yang menjadi subjek bicara golongan ahli falsafah Greek dan dalam masa yang sama menjelaskan aspek perjanjian ini di dalam konteks Yahudi dan disempurnakan apabila Islam dilengkapkan.

InsyaAllah bahagian seterusnya akan dimuatkan pada 15 Oktober 2012, tepat jam 11:30 malam. Sebahagian penulisan tersebut di dalam bentuk ‘pra-matang’ telah saya muatkan di dalam akaun facebook saya. Bagi yang berminat, boleh ke sana untuk membaca penulisan yang belum diedit sepenuhnya. 



PANTUN SYAIR SEBAGAI KENANG-KENANGAN.


Bulan mengambang awan beredar
Bintang berkilau beralih pudar
Tersunyi senyap seluruh Bandar
Tengah terlena aku tersedar
Termangu-mangu terkejut jaga
Dilihat bulan di lindung mega
Awan berkisar berupa naga
Dengan bulan hendak berlaga
Sudah terjaga balik terlena
Apakah pula konon kerana
Akal berlari ke mana-mana
Dicapai kalam lalu rencana
Di rencana syair jadi ingatan
Sedihnya hati bukan buatan
Umpama perahu di tengah lautan
Terkena ribut angin selatan
Dengan bismillah aku bermula
Saksilah kuasa Allah Taala
Di seluruh alam api menyala
Ke dunia ini diturunkan bala
Mula berbangkit di sebelah barat
Ke sebelah timur bala melarat
Makin sehati bertambah berat
Langsung ke Malaya jadi darurat
Adat dunia sahaja begitu
Dengki khianat sudahlah tentu
Sama manusia tidak sekutu
Maka pun terjadi demikian itu
Berbangkit seorang kepala Jermani
Adolf Hitler gagah berani
Mendapat sahabat Musolini
Seluruh Eropah berjaya ditawani
Kedua pahlawan sangat takbur
Berbagai dakyah telah di hambur
Semangat ajaib sudah tersubur
Akhirnya kedua telah tercebur
Sedang kedua memegang teraju
Di negeri Eropah peperangan maju
Lalu berfikir Jeneral Tojo
Inilah masa menyingsing baju
Jangan menghilang peluang dan masa
Kita pun juga suatu bangsa
Gagah berani di timur angkasa
Turun temurun tiada binasa
Raja berasal dari kayangan
Tiada suatu apa kekurangan
Ribu tahun punya bilangan
Serba-serbi dapat kenangan
Raja tak boleh mudah di jumpa
Kerana takut daulat ditimpa
Selalu masa dalam bertapa
Duduk teringat negeri Eropah
Sangat diberati tiga perkara
Pertama raja kedua bendera
Ketiga matahari juga dikira
Disembah di sujud seisi negara
Semangat kasih sayang ke raja
Dari kecik sudah dipuja
Ketika sedang muda remaja
Itulah masa menabur baja
Kerana raja membunuh diri
Sebesar pahala konon dicari
Dengan berupa berhara kiri
Kematian begitu sangat digemari
Haloba tamak terkebur serupa
Menakluk dunia Tojo tak lupa
Ketika di barat masih bergempa
Ke pelabuhan Pearl Tojo menerpa
Sebelum putus mesyuarat di Amerika
Langgaran dilancar itu ketika
Tengah lena dicari jangka
Oleh Amerika supaya tak sangka
Dengan kerana tamak dah jadi
Tojo merupa tidak berbudi
Ke Pelabuhan Pearl mula di sudi
Di tengah laut putus kemudi
Lepas satu ke satu pulau
Asap bergembut api berkilau
Oleh Amerika balik dihalau
Putih mata Tojo terpelau
Sebab Tojo jadi begitu
Kerana diharap Jerman membantu
Dengan Itali pula sekutu
Tak sedarkan ajal menanti waktu
Peperangan dasyat tiada terkira
Di laut di darat juga di udara
Terus ke Malaya Jepun dah mara
Di sini akhirnya mereka terpenjara
Sabung-menyabung di timur lautan
Di mula langgar pantai Kelantan
Terus ke Kedah ikut daratan
Dirempuh masuk mengikut hutan
Setengah merempuh ikut utara
Mereka mendarat ikut Sanggora
Ke peperangan Kedah mereka pun mara
Di sini pula banyak dah lara
Dilanggar masuk ke Tanjung Pauh
Ke Tanah Merah mereka merempuh
Di sini sekian terkena sepuh
Setengah kekuatan sudah terlumpuh
British menanti tiada khuatir
Kedatangan musuh tidak digentar
Meriam disedia beratus butir
Peluru meletup seperti petir

PADAN MUKA RAKYAT SATU MALAYSIA DI TERIMA MUSIBAH.

Saya sebagai rakyat malaysia berketurunan thai berasa syukur kepada tuhan yang maha esa dan maha adil dengan limpahnya allah swt turunkan bala di malaysia terutamanya di negeri pahang,terengganu,kelantan dan johor.Alhamduliah syukur kepada allah swt kerana memberi musibah kepada semua rakyat negeri pahang,kelantan,terengganu dan johor yang dapat rasa menikmati bencana alam iaitu banjir.Padan muka kepada semua negeri pahang,terengganu,kelantan dan johor rasalah bagaimana dengan rakyat negara lain dapat rasa bencana alam.Saya lebih suka sekiranya kuala lumpur dan Putrajaya celaka dan haram jadah dapat menerima bencana seperti negeri-negeri lain yang menerima bala musibah .Padan muka negara malaysia celaka dan haram jadah ini allah swt turunkan bala kepada hamba-hambanya yang tidak sedarkan diri barulah rasa dan padan muka kepada semua rakyat satu malaysia dapat menerima musibah,segala harta benda rosak seperti kereta,perkakas dan lain-lain lagi.Ini baru allah swt turunkan bala musibah banjir tidak termasuk sekali bala musibah seperti mana negara filipina taufan haiyan habis semua rumah rosak dan penduduk semua kena berpindah,Tapi saya berdoa kepada allah swt supaya bumi celaka dan haram jadah ini di kiamatkan dengan secepat yang mungkin.

















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin