Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Yee Moh Chai yang juga merupakan
Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah pada
23 November 2012 membuat kenyataan menggesa Kementerian Penerangan.
Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) untuk segera menyelesaikan isu
berkaitan penggunaan cakera bola di Sabah. Beliau berpendapat kebebasan
dalam akses pada maklumat melalui satelit perlu diwujudkan secara
menyeluruh di Malaysia.
Terdahulu, Datuk Dr Yee mendakwa perkembangan ini sebagai langkah KPKK
mewujudkan monopoli untuk memperkayakan individu tertentu. Dakwaan Datuk
Dr Yee menggambarkan seolah olah kerajaan menyekat kebebasan rakyat di
Sabah untuk mendapat akses maklumat melalui cakera parabola. Timbalan
Menteri KPKK pernah membuat kenyataan balas kepada dakwaan Datuk Dr Yee
tetapi beliau tidak berpuashati kepada kenyataan balas itu.
Khabarnya, Datuk Dr Yee kecewa dengan statistik kadar penembusan
internet di Sabah yang masih jauh ketinggalan dari sasaran 50% yang
ditetapkan oleh KPKK di seluruh Malaysia.
CTS difahamkan Kerajaan sedang menyediakan kertas kerja mengenai
cadangan pengunaan cakera parabola di kalangan individu terutama di
Sabah dan Sarawak. KPKK dan SKMM akan mendapatkan pandangan daripada
semua pihak sebelum kertas kerja itu disediakan untuk diangkat kepada
Jemaah Menteri. Undang-undang sedia ada berkaitan pengunaan cakera
parabola masih terguna pakai sehingga ada sebarang keputusan untuk
mengubahnya oleh kabinet.
Mengikut undang-undang sedia ada, mana mana pihak yang mahu menggunakan
atau memasang satelit parabola perlu mendapatkan lesen dan dalam keadaan
tertentu pengecualian diberikan kepada pengguna parabola di kawasan
pedalaman Sabah dan Sarawak. Cakera parabola tergolong sebagai barangan
larangan dalam Jadual Kedua, Butiran 23 dan 24, Perintah Kastam
(Larangan mengenai import) 2008 dan memerlukan permit import daripada
SIRIM Berhad.
Ada sesuatu CTS rasakan tidak kena dengan dakwaan daripada Timbalan
Ketua Menteri Sabah ini. Dakwaan ini memberikan gambaran seolah-olah
kerajaan pusat khasnya KPKK meminggirkan kepentingan rakyat Sabah di
dalam soal mencapai akses maklumat. Timbalan Menteri KPKK yang berasal
daripada Sarawak digambarkan sebagai tidak memahami keadaan sebenar
keperluan pengunaan cakera parabola kepada penduduk Sabah dan
Sarawak. Pembangkang mampu memanipulasi isu ini untuk mendapat manfaat
dan sokongan politik daripada rakyat Sabah dan Sarawak.
Apa yang CTS dapat lihat adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah dilihat
sebagai keliru di antara maklumat yang boleh dicapai di antara cakera
parabola dan jalur lebar. Usaha berterusan yang dilakukan oleh kerajaan
ini memerlukan masa untuk lebih menyeluruh di seluruh negara khasnya di
Sabah dan Sarawak yang mempunyai bentuk mukabumi dan keadaan geografi
yang menyukarkan kerja-kerja penyediaan kelengkapan jalur lebar.
Kerajaan menerusi SKMM telah menjalankan pelbagai usaha berterusan untuk
meningkat kadar penembusan jalur lebar khasnya di Sabah dan Sarawak dan
ini membuktikan bahawa Sabah dan Sarawak tidak dianaktirikan di dalam
soal pembangunan jalur lebar negara. Berdasarkan kepada peruntukan yang
telah disediakan, Sabah mempunyai peruntukan yang lebih tinggi
berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan