Organ Pembiakan
Organ Sistem Pembiakan Perempuan :
Fungsi-fungsi setiap organ sistem pembiakan perempuan :
Gamet Betina : OVUM
Fungsi-fungsi setiap organ sistem pembiakan perempuan :
Gamet Betina : OVUM
- Dikenali juga sebagai telur
- Berbentuk sfera dan mempunyai nukleus yang besar dan sitoplasma
- Ovum akan dihasilkan oleh ovari dan dilepaskan pada setiap bulan.
- Ovum adalah sel yang paling besar dalam badan
- Ovum boleh hidup selama 24 jam (1hari)
Fungsi-fungsi setiap organ sistem pembiakan lelaki :
Gamet Jantan : SPERMA
- Sperma dihasilkan selepas seorang lelaki mencapai akil baligh (puberty).
- Sperma terbahagi kepada 3 bahagian iaitu KEPALA, LEHER, dan EKOR.
- Bahagian kepala mengandungi nukleus yang berfungsi membawa maklumat genetik (baka) daripada ayah kepada anak.
- Bahagian leher pula berfungsi untuk menghasilkan dan membekalkan tenaga kepada ekor.
- Bahagian ekor pula membantu sperma untuk bergerak dan berenang.
- Sperma boleh hidup di luar badan selama 72 jam (3hari).
Proses Persenyawaan & Kehamilan
- Semasa pengovulan, ovari melepaskan ovum ke dalam tiub falopio
- Semasa ejakulasi, zakar (penis) memancutkan sperma ke dalam faraj (vagina)
- Beribu-ribu sperma memasuki uterus melalui serviks dan kemudian terus berenang memamasuki tiub falopio
- Di tiub falopio, persenyawaan berlaku apabila hanya satu sahaja sperma dapat bergabung dengan ovum. Nukleus sperma akan bercantum dengan nukleus ovum membentuk zigot.
- Zigot akan berkembang membentuk bebola sel yang dikenali sebagai embrio.
- Embrio akan bergerak sepanjang tiub falopio hingga ke uterus dan terbenam pada dinding uterus. Proses ini dikenali sebagai proses penempelan.
- Embrio akan terus berkembang dan membentuk fetus (janin). Fetus juga akan terus berkembang sehingga dilahirkan yang panggil sebagai bayi.
Gambar Fetus & Plasenta :
FUNGSI PLASENTA :
- Pertukaran bahan antara ibu dan fetus seperti makanan, bahan buangan dan oksigen
- Ibu memberikan makanan, antibodi, dan oksigen manakala bayi menyingkirkan bahan buangan seperti karbon dioksida dan urea
FUNGSI TALI PUSAT :
- Menghubungkan fetus dengan ibu
- Memindahkan bahan antara fetus dan ibu
FUNGSI CECAIR AMNION :
- Sebagai penyerap hentakan
- Memberi perlindungan kepada fetus daripada kecederaan
- Membenarkan embrio/fetus bergerak bebas semasa pertumbuhan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan