Sabtu, 24 Oktober 2015

IMAM MAHADI AKHIR ZAMAN.


Musuh-musuhnya (YAHUDI) amat percaya masa KEBANGKITANNYA sudah dekat. Mereka berusaha sedaya mungkin menjejaknya. Persoalan yang amat pelik kenapa mereka percaya ramalan yang disebut di dalam alQuran dan Hadis padahal mereka tidak beriman kepada kedua-duanya? Memang benar mereka adalah golongan yang paling tegar menentang Allah swt

Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda: “Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman”. Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.

Dengan jelas Hadis di atas menceritakan perihal Iman Mahadi. Pertama, lelaki dari keturunan Baginda Rasulullah SAW, keduanya namanya Muahammad dan nama bapanya ialah Abdullah. Secara logiknya tentulah mudah bagi kita mengenalinya asalkan ia bernama Muhammad bin Abdullah. Keturunan Rasulullah yang kita tahu ialah mereka yang bergelar Syed atau Syarif, tentulah namanya ialah Syed Muhammad Bin Syed Abdullah.

Diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud , “Telah berkata Ali sambil memandang puteranya Hassan,” Sesungguhnya Puteraku ini ialah syed (sayyid) sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SAW. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.”

Adakah semudah itu kita mengesannya padahal kita tahu Dajjal dan talibarutnya berusaha sedaya mungkin menjejaknya sejak ratusan tahun dahulu. Di dalam sejarah begitu ramai keturunan nabi Muhammad yang menunjukkan ciri kepimpinan dan lebih menonjol telah dibunuh dan kebanyakannya mati diracun walaupun apa nama mereka sekalipun (tidak semestinya Muhammad Bin Abdullah).

Bagaimana hendak mengenali Imam Mahadi jika ia benar-benar telah muncul atau ada di persekitaran kita? Persoalan ini nampak remeh tetapi amat sukar untuk dijawab. Kenapa demikian? Bagi yang berhujah berdasarkan tafsiran alQuran dan Hadis semata-mata tentu sekali akan mengatakan 'telah jelas' tanda-tanda yang disebut dalam banyak nas yang telah dibukukan dan tak perlu bersusah payah menyelidik dan mencari-cari "siapa dia". Ada pula akan mengatakan persoalan ini tak wajar dibangkitkan kerana dikhuatiri akan menjejaskan aqidah dan iman.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (HR. Abu Dawud dan al-Hakim)

Lagi pula Imam Mahadi akan bangkit dan akan menyeru manusia ke jalan tauhid, bagi kaum Muslimin sudah tentu akan bertemu dengannya dan bersenang hati menerima ajakannya itu. Apakah benar begitu?

Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; “Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan hasil darinya. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di Baitul Maqdis”.Hadith riwayat At-Tabarani.

Bersandarkan kepada Hadis di atas, bahawa Imam Mahadi akan muncul dan berdakwah menyeru umat manusia kembali mengamalkan sunah Rasulullah SAW.  Apabila muncul pendakwah sedemikian tentulah tidaklah sukar untuk kita mengenalinya. Akan tetapi jika kita perhitungkan apa yang sedang berlaku sekarang, ia agak janggal kerana musuh-musuhnya sudah mengetahui peristiwa kebangkitan ini dan berusaha sedaya upaya untuk menghalangnya usahanya.

Cuba kita perhatikan kata-kata Baginda dalam hadis di atas, "berada di Baitul Maqdis", agaknya bilakah peristiwa ini akan berlaku?  Keadaan pada waktu itu berlaku huruhara yang amat menggerunkan dan suasananya tidaklah aman seperti hari ini. Jadi jawapannya yang paling munasabah ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa as dan negara Israel ditawan baharulah Imam Mahdi bebas melaksanakan dakwah. Sebelum daripada waktu itu, amat mustahil Imam Mahadi dapat berdakwah di sana kerana Baitul Maqdis dibawah kekuasaan musuhnya, Dajjal dan tentera-tenteranya.

Kemungkinan besar kekacauan dan kekejaman yang berlaku adalah unjuran dari peperangan dunia ketiga (WWIII). Bumi telah dirosakkan dengan teruk dan manusia ketika itu pula hanya tinggal sedikit sahaja. Peperangan ini menular hingga ke Madinah, sebuah bandar yang aman damai selama ini. Malah ada diantara mereka juga cuba menyerang Makkah.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Seorang laki-laki akan datang ke Baitullah (Kaabah), maka diutuslah suatu utusan (oleh penguasa) untuk mengejarnya. Dan ketika mereka telah sampai di suatu gurun pasir, maka mereka terbenam ditelan bumi." (HR. Muslim)

Aisyah Ummul Mukminin RA telah berkata, "Pada suatu hari tubuh Rasulullah s.a.w. bergetar dalam tidurnya. Lalu kami bertanya, 'Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahai Rasulullah?' Rasulullah s.a.w. menjawab, 'Akan terjadi suatu keanehan, iaitu bahwa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju baitullah ( Kaabah) untuk memburu seorang laki-laki Quraisy yang pergi mengungsi ke Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai ke padang pasir, maka mereka ditelan bumi.' Kemudian kami bertanya, 'Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?' Beliau menjawab, 'Benar, di antara mereka yang ditelan bumi tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeda-beda. Kemudian Allah s.w.t. akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit, menurut niat mereka masing-masing.'" (HR. Bukhary, Muslim)

Telah bersabda Rasullah s.a.w, "Sungguh, Baitullah ini akan diserang oleh suatu pasukan, sehingga apabila pasukan tersebut telah sampai pada sebuah padang pasir, maka bagian tengah pasukan itu ditelan bumi. Maka berteriaklah pasukan bagian depan kepada pasukan bagian belakang, dimana kemudian semua mereka ditenggelamkan bumi dan tidak ada yang tersisa, kecuali seseorang yang selamat, yang akan mengabarkan tentang kejadian yang menimpa mereka." (HR. Muslim, Ahmad, Nasai, dan Ibnu Majah).

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Akan dibaiat seorang laki-laki antara maqam Ibrahim dengan sudut Kaabah." (HR. Ahmad, Abu Dawud)

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejar seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka." (HR. Ahmad)

as-SYUFYANI

Jika Imam Mahadi muncul sekarang atau sebelum berlakunya peperangan dan huruhara, tentu ia akan mudah dikenali dan musuh-musuhnya dan mereka tidak akan teragak-agak untuk menghapuskannya. Hadis tersebut hanya menceritakan secara am peribadi Imam Mahadi dan membayangkan bahawa Imam Mahadi hanya akan muncul bila keadaan telah selamat dari gangguan musuh-musuhnya.

Ada hadis yang menyebut "ia disembunyikan" oleh Allah swt, tetapi lebih sesuai jika dikatakan "ia dipelihara" oleh Allah sehinggalah tiba masanya. Ia di islahkan dalam satu malam sahaja. Dari rangkaian hadis akhir zaman, kita temui seorang dari musuhnya adalah beragama Islam kerana dia dapat menjejakkan kakinya ke Mekah dan Madinah. Rasulullah saw juga menyebut manusia ini dari kaumnya (umat). Namanya as-Syufyani atau as-syufiani.

Siapakah as-Syufyani ini? Adakah dia seorang pemimpin kaum arab atau dari bangsa ajam dan kenapa dia memusuhi manusia yang masih belum dibaiat itu? Pemimpin Islam mengejar untuk membunuhnya? (Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejar seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka - hadis di atas'

Dari satu hadis lain. ".........maka mereka membai’at paksa lelaki itu di antara Rukun dan Makam Ibrahim padahal ia tidak suka dengan hal itu, kemudian suatu pasukan diutus dari ahli Syam (untuk menangkap orang-orang yang berbai’at itu), maka mereka dibenamkan ke dalam bumi di suatu tempat bernama Al-Baida antara Mekkah dan Madinah."

Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari menerangkan di dalam kitabnya Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS bahawa Al-Mahdi dilahirkan di Madinah Al-Munawwarah serta dibesarkan di sana. Sebelum umat Islam berbai’at dengannya, berlakulah satu peperangan yang besar di antara penduduk Madinah dengan tentera-tentera As-Syufiani. Dalam peperangan tersebut, penduduk Madinah mengalami kekalahan dan mereka lari bersama-sama Al-Mahdi ke Makkah. Di Makkah datanglah orang dari berbagai-bagal negeri kerana berbai’at dengannya di suatu tempat iaitu di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim

As-Syufyani ini dari daerah Syam (Damsyiq, Syiria). Dialah yang menyerang Madinatul Munwwarah yang menyebabkan penduduknya melarikan diri ke Makkah, termasuklah Imam Mahadi. Pada waktu itu tiada siapa pun yang tahu bahawa dia adalah Imam Mahadi termasuklah dirinya sendiri.

Jika ada sesiapa yang mendakwa dirinya adalah Imam Mahadi, dakwaan tersebut akan tertolak dengan sendirinya. Imam Mahadi sebenar, tidak mengetahui bahawa dirinya adalah Imam Mahadi, jauh sekali membuat pengakuan (sebelum berlakunya peristiwa "baiah" seperti yang disebut dalam sabda baginda junjungan). Telah ramai Imam Mahadi palsu muncul dan mungkin ada lagi selepas ini, oleh itu berhati-hatilah jangan sampai terpedaya. Begitu juga manusia yang mendakwa dirinya ialah Pemuda Bani Tamim. Tiada siapa pun yang mengenali PBT ini sehinggalah Imam Mahadi di "baiah" nanti. Harus diingat bahawa alMahadi dan Pemuda Bani Tamim itu hanyalah gelaran bukan nama mereka.

Rasulullah saw bersabda: “Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Mekkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Mekkah, lalu mereka membai’at Imam Mahadi secara paksa, maka ia dibai’at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Ka’bah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Mekkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud 3737)

Imam Mahadi mempunyai ramai musuh termasuk dikalangan pemimpin Islam sendiri. Mungkin pemimpin Islam ini sudah menjadi sahabat Dajjal. Seolah telah tahu waktu kebangkitan Imam Mahadi dan berusaha menghapuskannya sebelum tarikh pembai'atannya lagi (di Madinah). Kita lihat as-Sufyani tahu perkara ghaib ini (peristiwa bai'ah), dari mana sumbernya?

Begitulah cara Rasulullah menyampaikan maklumat kepada kita. Huruhara berlaku gara-gara perebutan kuasa, apabila 3 putra "raja" Arab Saudi bertelingkah dan berperang merebut takhta. Ditambah pula dengan serangan tentera as-Sufyani.

Bagi "jentera" Dajjal pula, Imam Mahadi adalah musuh nombor satu kepada "BOSS" mereka, beliau (Imam Mahadi) akan menjadi penghalang utama terhadap rencana jahat mereka menyesatkan seluruh manusia di muka bumi. Imam Mahadi akan bertindak tegas dalam menjaga dan menyelamatkan kaum Mukminin dari gangguan dan pengaruh Dajjal Laknatullah. Menyerukan kebenaran untuk menghapuskan pembohongan Dajjal. Penipuan Dajjal sememangnya licik dan sukar untuk dikesan kecuali oleh mereka yang mendapat perlindungan dan petunjuk Allah. Orang Mukmin sendiri tidak terjamin selamat dari godaannya, apa lagi gulungan yang menjadi orang Islam melalui keturunan.

Ia akan mendakwa dirinya adalah Nabi Isa almasih yang ditunggu-tunggu dan selepas itu mendakwa pula sebagai tuhan. Sesuai dengan konsep trinity pegangan umat Kristian, Katholik terutamanya. Yesus (Jesus) adalah salah satu dari tiga tuhan mereka.

Konsep TRINITY itu disediakan oleh mereka yang bekerja untuk Dajjal dengan memesongkan ajaran Nabi Isa as. Kelihatan seolah menyediakan laluan mudah untuk Dajjal mengaku sebagai TUHAN pada akhir zaman. Adakah ia satu kebetulan atau telah dirancang? Hanya Allah yang tahu segala rahsia mereka. Biasanya kerja-kerja seperti ini dilakukan oleh berbagai pertubuhan dan badan sulit yang beroperasi secara tersembunyi yang digelar "The Hidden Hand" ringkasnya THH. Rahsia ini telah dibongkar dan diulas mendalam di banyak laman2 web dan blog seperti Mistisfiles, Sangtawal, dan Efairy (sekadar beberapa nama). Jika ianya benar seperti yang didakwa, perancangan mereka bermula sejak 1700 tahun yang lalu. Orang Kristian tentu dengan mudah menerima Dajjal sebagai" Isa almasih" seterusnya memujanya sebagai "tuhan". Ia amat berbeza dengan Islam yang memegang kukuh kalimah "TAUHID" yang terang dan jelas seperti dalam surah al Ikhlas.

Amatlah ganjil jika mereka menyambut kedatangan Nabi Isa as kelak, apa lagi menerima seruannya untuk mengimani Syariat Nabi Muhammad, iaitu Islam yang amat mereka musuhi dan pandang hina selama ini. Saya tidak akan membincangkan soal trinity dan THH ini kerana perkara pokok yang akan diperkatakan ialah mengenai Imam Mahadi.

PANDANGAN PENGANUT KRISTIAN

Adakah pembaca maklum bahawa para penganut Kristian juga telah membuat kajian mendalam mengenai Hadis akhir zaman ini dan mereka membuat kesimpulan yang sungguh menghairankan. Iaitu keterbalikan fakta (Islam) hanya kerana tidak dapat menerima agama Islam sebagai agama yang benar. Mereka juga tidak dapat menerima kenyataan: Nabi Isa as. akan menghapuskan "salib". Bagi mereka mana mungkin Nabi Isa as. (Jesus) akan bersekongkol dengan orang Islam, Imam Mahadi. Akhirnya mereka berkata Hadis ini dari sumber "syaitan".

Mereka membuat satu ketetapan sebagai jalan untuk mententeramkan perasaan gusar mereka dengan mengatakan, Imam Mahadi ialah "ANTI CHRIST" yakni "Dajjal" sementara Nabi Isa as. pula dikatakan sebagai "NABI PALSU" (false Prophet).

Maklumat ini diperolehi dari beberapa rencana yang ditulis oleh mereka (penganut Kristian) dan juga bebera siri perbincangan dalam forum-forum berbincangan dikalangan penganut Kristian. Mereka membolak balikkan kitab mereka mencari fakta untuk menguatkan hujah mereka. Adakalanya saya kesihan melihat gelagat mereka. Yang pasti mereka sedang mempersiapkan diri untuk menerima Dajjal sebagai "Jesus" yang juga "tuhan" mereka. Lihat petikan di bawah:

"Therefore, the church's need for a healthy and sound end-time theology has never been greater. And those of us who believe we are living in the 'last of the last' days, Jesus' words to 'watch' for his coming carry with it a great responsibility. I am now going to expound on a teaching that has permeated the Muslim faith over the centuries, but with a great intensity over the last few decades. It is a very intriguing teaching that parallels the Biblical teaching of Antichrist in many ways."
Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menyesuaikan atau memadankan pandangan mereka dengan apa yang tertulis dalam kitab-kitab mereka.
"Yes, the holy books of Islam (Quran, the Hadith) contain many prophecies concerning the future. As a Christian, I believe these Islamic prophecies to be satanically inspired, but that is beside the point. All branches of Islam (Sunni, Shiite...) maintain a teaching that in the 'last days,' an Islamic savior, known as Al-Mahdi, will rise to great power and conquer the world for Islam. He will annihilate Christians and Jews, will conquer Jerusalem, and will fill the world with Islamic justice"
Mereka telah membaca dan mengkaji Hadis-Hadis yang menceritakan kebangkitan al Mahdi dan Jesus Christ, sayangnya mereka menganggap alQuran dan Hadis sebagai ayat-ayat syaitan dan mengalihkan perhatian kearah kepalsuan dalam membuat keputusan. Walaupun begitu terdapat tanda, (saya kira) bahawa mereka masih ada rasa ragu untuk menafikan kebenaran isi alQuran dan Hadis. Dalam keadaan keraguan itu, disebabkan taksub kepada kepercayaan mereka, dengan nada sinis mereka menyatakan Nabi Isa as yang akan turun itu (disebut dalam alQuran dan Hadis) sebagai NABI PALSU (false prophet) kerana ia tidak disebut sedemikian di dalam kitab-kitab mereka:
"According to the Quran, Islam's holiest book, and the Hadith, a collection of Islamic holy writings that supplement the Quran, a messianic figure will arise in the last days of history known as Al Mahdi. He, along with the 'Prophet Jesus,' (False Prophet) will lead the Muslim believers to victory over the infidels (Christians and Jews)."
Jelas bahawa mereka tidak akan menerima orang yang mereka anggap sebagai "NABI PALSU" sebagai "penyelamat" (Jesus Christ) yang mereka nanti-nantikan sejak sekian lama. Lihat betapa kelirunya mereka dan sia-sia sahaja mereka menunggu dengan penuh semangat (Jesus akan turun menyelamatkan mereka).
"Islam teaches that Jesus was born of Mary and was a great prophet but that he is not the Son of God. Muslims teach that it is not possible for God to have a son. This opposing view of who Jesus is one of the greatest distinctions between Islam and Christianity."
Sememangnya konsep TRINITY telah menyesatkan mereka begitu jauh sehingga sukar mereka menerima kebenaran. Islam menolak dan menafikan Jesus itu anak tuhan bertentangan dengan doktrin gereja Kristian. Jika tidak kerana TRINITY itu tidaklah begitu susah mereka mencari jawapan terhadap persoalan yang memeningkan kepala mereka.

Mereka berusaha untuk mengenali Imam Mahadi melalui beberapa kajian terhadap Hadis-Hadis seperti yang yang di "ketengahkan":

"Quotes from the Hadith:"al Mahadi will return at the head of the forces of righteousness and do battle with the forces of evil in one, final, apocalyptic battle. When evil has been defeated once and for all, the al Mahadi will rule the world for several years under a perfect government and bring about a perfect spirituality among the peoples of the world. After the al Mahdi has reigned for several years, Jesus Christ will return"
"al Mahadi: His forehead will be broad and his nose will be high. He will fill the world with justice and fairness at a time when the world will be filled with oppression. He will rule for seven years."
"Allah will give Al-Mahdi the ability to righteously rule the Muslim nation in the span of a night. He will fill the earth with justice, as it was filled with injustice. He will lead the Muslim nation to the second conquering of Constantinople and possibly Rome."
Bagi menyesuaikan apa yang tercatit pada kitab mereka (Bible) mereka menuduh Nabi Isa as adalah nabi palsu. Sukar bagi mereka menerima hakikat Nabi Isa akan membawa syariat Islam dan membuang salib. Nabi Isa as tidak membela mereka sepertimana yang mereka percaya dan harapkan, bahkan menidakkan ajaran Kristian dengan membuang salib, tindakan ini seolah-olah "memusuhi" mereka:
"According to the Quran, Islam's holiest book, and the Hadith, a collection of Islamic holy writings that supplement the Quran, a messianic figure will arise in the last days of history known as Al Mahdi. He, along with the 'Prophet Jesus,' (False Prophet) will lead the Muslim believers to victory over the infidels (Christians and Jews).
1) The word, Mahdi, means 'The Guided One.'
2) According to Islam's holy writings, one day the entire world will be converted to Islam. Leading this revival will be the Mahdi, who will assume the role as the Islamic Messiah.
3) Islamic tradition teaches that Jesus will return from heaven in the last days and follow the Mahdi into Jerusalem, where Jesus will deny he is the Son of God.
4) Then, together the two will destroy the 'Cross'(Christianity) and kill the Jews who will be 'hiding behind rocks.' Afterwards Islamic justice will prevailand the world will submit to the rule of Mahdi, and Jesus.
5) All branches of Islam teach on the Mahdi. All Muslims believe this!
In addition, Islam's holy writings describe the Islamic messiah's lineage, name, facial features, etc. in great detail. "
He will be tall
He will be fair complexioned
His father's name will be Abdullah
His mother's name will be Aamina
He will speak with a slight stutter and occasionally this stutter will frustrate him causing him to hit his hand upon his thigh.
Kita tinggalkan dahulu kaum Kristian dengan gelagat mereka.

Yahudi Zionis

Zionis terus menerus mengkaji rahsia dan petunjuk yang disebutkan di dalam alQuran dan Hadis malah lebih gigih berbanding kebanyakan orang Islam sendiri. Siapakah Zionis adakah sama dengan Yahudi lainnya? Sila rujuk artikel sebelum ini mengenai bangsa terlaknat ini. Mereka juga induk kepada YAKJUJ dan MAKJUJ.

Mereka adalah ejen kepada Dajjal laknatullah. Mereka mengumpul sebanyak-banyaknya emas untuk menguasai perekonomian dunia, (sila kaji siapa ' Illuminati bloodline"). Semua keuntungan adalah untuk "boss" mereka Dajjal laknatullah, semua emas dan dana yang dikumpulkan kini sedang disalurkan ke Israel iaitu tempat bersemayamnya "raja" mereka (Dajjal). Mereka akan aturkan kejatuhan semua matawang kertas termasuk negara Malaysia dan USA juga tak terkecuali. Hanya emas dan mungkin perak sahaja akan bernilai. Wang baru berserta CHIPs akan dilancarkan oleh mereka ini. Ada kisah tentang chips dengan lambang "beast" iaitu 666. Saya tidak akan bicarakan hal tersebut.

Lawati laman web zionis – “ Temple institute”. Di sana kita akan lihat betapa gigihnya kaum Yahudi mahu membina biara suci untuk menyambut kedatangan "Raja" mereka yang mereka nanti sebagaimana yang tercatat dalam kitab mereka.

The Temple Institute is Founded
Archeological Devastation
Jews return to the Mount
Dajjal mampu menguasai sebilangan besar penduduk bumi ini melalui pertolongan Iblis (Lucifer). Kumpulan yang dinaungi oleh Dajjal ini tidak pernah lalai dan berhenti mengesan Imam Mahadi di serata pelusuk dunia terutama di lokasi yang disyaki seperti "khorasan", Indonesia dan Malaysia selain negara-negara Timur Tengah.

Apakah Imam Mahadi akan dibiarkan jika ditemui oleh Dajjal? Pembaca sendiri tentu sudah maklum jawapannya.

Adakah kita tidak percaya dengan kenyataan ini ataupun tidak ambil peduli dan hanya mengatakan "hanya Allah yang Maha Mengetahui" tanpa perlu mengkajinya? Ramai diantara kita tidak mengambil berat soal ini kerana telah tergoda oleh "fitnah Dajjal" yang diatur sekian lama tanpa disedari. Berbeza dengan kelompok kaum yang menjadi hamba Dajjal. Mereka akan terus mengkaji tanpa jemu.

Mereka (ejen Dajjal) begitu yakin Imam Mahadi tidak akan muncul dalam bentuk personaliti sebagaimana yang kita bayangkan selama ini. Mereka mendakwa dapat merasakan wujudnya "keganjilan" dan "helah" penceritaan mengenai Imam Mahadi ini. Baik dari segi perwatakan, peribadi atau tempat kelahirannya. Inilah perkara yang amat menyusahkan dan membimbangkan musuh-musuhnya. Begitulah kebenaran Islam dan kebijaksanaan Allah swt, Maha Perancang.
PERSONALITI Imam Mahadi

Secara logiknya akan berlaku penyamaran sebagai pelindung dan ini akan berterusan sehingga masanya yang sesuai. Ia akan selamat dari bencana manusia. Oleh itu sesiapa sahaja yang mengaku dan mendakwa dia "Imam Mahadi" adalah seorang pendusta dan pembohong. Tiada siapa akan mengenalinya walaupun kita telah bertemu atau bergaul dengannya setiap hari. Orang Islam juga akan terkeliru, apa lagi mereka yang bukan Islam. Sila renung kembali kisah Uwais al-Qarni ra yang hanya dikenali oleh Rasulullah sahaja, para sahabat pun tidak mengenalinya sehingga diberitahu.

KHALIFAH (King)

Imam Mahadi adalah seorang pemerintah (raja) yang memerintah "umat ini" selama 7 tahun. Jelas bahawa beliau bukan orang kebanyakan kerana sifatnya seperti sifat Rasulullah, bukan juga dari kalangan seorang raja yang sedia ada kerana sifatnya dan keteguhannya kepada tauhid dan adil. Adakah wujud pemerintah yang ada sekarang ini zuhud, warak dan adil? Jadi timbul pula pertanyaan baru, bagaimana caranya Imam Mahadi mendapat sokongan untuk menjadi pemerintah kerana dimana-mana tempat di dunia ini sudah ada pemerintah tersendiri (yang dilantik melalui demokrasi). Jawapan yang boleh kita agak ialah beliau hanya memerintah selepas Dajjal dihapuskan dan pusat pemerintahannya di Pelestin (Baitul Maqdis). Dari sinilah bermulanya era baru yang penuh keadilan dan kesaksamaan seperti yang disebut di dalam Hadis Rasulullah SAW.

Persoalan lain pula timbul, adakah dia sudah menjadi RAJA atau khalifah Daulah Timur sebelum memerintah di Baitul Maqdis itu ? Ada bukti bahawa beliau adalah "raja" dari timur (King of the East) yang menyerang tentera Dajjal. Didalam kitab2 agama terdahulu termasuklah Bible menceritakan pasukan dari Timur ini akan tiba sebaik sahaja sungai Furat kering. King of the East inilah yang bergabung dengan tentera Kristian dan membawa kemenangan menentang tentera Anti Christ (Dajjal). Negara manakah Daulah Timur tersebut? Ada hadis yang menyebut "dari Khorasan". Di manakah terletaknya Khorasan ini? Pada masa ini Khorasan ialah satu daerah di negara Iran. Kita lihat peta Khorasan lama dimana ia meliputi satu kawasan yang luas berbanding yang wujud pada hari ini.

KHORASAN (zaman keagungan Parsi)
Ramai juga pengkaji meramalkan dan tidak kurang juga yang amat yakin bahawa pemuda Bani Tamim itu adalah dari Khorasan (Khurasan) yang asalnya ialah kawasan yang luas meliputi sebahagian dari negara Parsi, Afghanistan, Tajikistan, Uzbekistan, Turkmenistan dan utara Pakistan.

Pendokong kuat Imam Mahdi ialah Pemuda Bani Tamim yang sekaligus menjadi 'tulang belakang' kepada kekuatan Imam Mahdi. Pemuda Bani Tamim berasal dari Timur dan mengikut pandangan Syeikh Dr Walid al-'Ani yang dimaksudkan dengan Timur itu ialah Afghanistan. Namanya ialah Syuaib Bin Soleh. Beliau ialah seorang pemimpin tentera yang hebat. Pada waktu malam beliau terkenal sebagai seorang yang amat kuat dan khusyuk beribadah, manakala pada waktu siang pula, pula digeruni oleh musuh dengan ketangkasannya dalam medan perang.

Logiknya kemungkinan ini adalah kerana rekod perjuangan kental para Mujahideen Afghanistan terbukti amat digeruni pihak lawan walaupun dari negara kuasa-kuasa besar seperti Rusia dan USA. Keimanan mereka tinggi dan mereka berjuang kerana Allah bukan kerana habuan dunia.

Dari beberapa kajian yang dibuat juga menunjukkan bangsa Phatan/Phastun mempunyai pertalian darah dengan Bani Israel (Bani Ishaq) tetapi tiada kaitan dengan orang Yahudi Khazar yang menduduki negara Israel sekarang. Sebab itu Afghanistan di "tawan" oleh tentera USA yang menjadi alat ILLUMINAT yang kini berpusat di Israel. Secara mudahnya, pihak Yahudi akan mengambil kesempatan mencari pemuda Bani Tamim ini sambil menghalang kebangkitan tentera al Mahdi. Petikan artikel "Black Banner from the East" Research Paper by Bilal Khan.
"the army of Mehdi will consist of Muslims from Bani-Israel from Khurasan holding black flags. No power in the world will be able to stop them till they reach Jerusalem and erect their flags where there is Aqsa Mosque standing today."
"The older Persian province of Khorasan (also known as the Greater Khorasan) included parts which are today in Iran, Afghanistan, Tajikistan, Turkmenistan and Uzbekistan. Some of the main historical cities of Persia are located in the older Khorasan: Nishapur and Tus (now in Iran), Merv and Sanjan (now in Turkmenistan), Samarkand and Bukhara (both now in Uzbekistan), Herat and Balkh (now in Afghanistan), Khujand and Panjakent (now in Tajikistan). In its long history, Khorasan knew many conquerors and empires: Greeks, Arabs, Seljuk Turks, Safavids, Pashtuns (ethnic Afghans) and others."
Sementara DAJJAL (ANTI-CHRIST) adalah NABI PALSU dan MENDAKWA dirinya sebagai ISA ALMASIH yang dinantikan oleh penganut Kristian. Persediaan awal telah dilakukan dengan baik menaikkan imej Jesust Christ (Yesus) berwajah Eropah, berkuli cerah berambut ikal warna kuning mayang. Dari penyelidikan sumber sejarah telah terdapat fakta bahawa Nabi Isa as berkulit sedikit gelap dan berambut hitam kerinting sesuai dengan perwatakan Bani Israel. Lukisan pada dinding-dinding bangunan purba dan piramid di Mesir telah membuktikannya.

Bayangkan apabila Nabi Isa muncul nanti dan memperkenalkan dirinya sebagai "Yesus" kepada penganut kristian. Apa pandangan mereka terhadapnya? Adakah mereka (penganut Kristian) akan mempercayai kata-katanya? Tentu sekali mereka akan mendustainya kerana perawakannya tidak sama dengan wajah yang ada pada lukisan dan ukiran patung yang telah di"sogok" oleh pengikut Dajjal kepada mereka. Betapa bijaknya pengikut Dajjal ini mengelirukan berjuta-juta manusia kristian ini. Tambahan pula Nabi Isa as akan membawa akidah Islam yang selama ini amat mereka musuhi.

Dajjal pula akan berjaya menjadi al Masih dan akan diterima sebagai Yesus, penyelamat mereka. Konsep trinity juga mirip pegangan masyarakat Yahudi sekarang (zionis) yang mengamalkan fahaman Kabbalah berformat paganisma Mesir purba. Memang trajis fenomena ini.

Bagaimana bentuknya Dajjal ini. Adakah serupa dengan apa yang kita fikirkan? Siapakah sebenarnya dia? Dari beberapa keterangan, dia munculkan diri lebih awal dari Imam Mahadi dan Nabi Isa.

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:"Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa".

Dia tidak akan muncul sehingga manusia (sebahagian besar) meninggalkan agama dan penghuni dunia asyik memikirkan kepuasan nafsu dan keseronokan. Fitnah Dajal adalah "besar dan serius". Ini bukan masalah hidup atau mati tetapi kesengsaraan, mereka yang terpengaruh dengan sihir Dajjal akan jadi kafir, Na’uzubillah. Sabda Rasulullah saw mahfumnya, sejak zaman Nabi Adam, tidak ada Nabi yang tidak mengingatkan umat mereka tentang fitnah Dajal. Sedarlah dan sedarkanlah seluruh kaum muslimin tentang peristiwa paling dahsyat yang bakal berlaku. Jika kita perhatikan fenomena semasa, mungkin sebahagian darinya telah dan sedang berlaku.

Sebelum Dajjal muncul akan berlaku "kemarau" selama 3 tahun. Manusia akan menderita dalam kepayahan hidup yang cukup menyiksakan disamping peperangan dan pembunuhan yang tak terkawal. Kita harus bersedia jika ingin selamat dari fitnah "terbesar" Dajjal (menawarkan "syurga" kepada siapa yang mengakuinya sebagai tuhan) ketika dunia dihimpit kesengsaraan yang amat perit.

BERITA YANG MENGGERUNKAN ....

Jangan mengambil mudah dan hayatilah setiap peristiwa berlaku berlaku, kerana ia menjurus kepada satu mala petaka yang akan meruntuhkan iman. Perangkap durjana telah lama menjerat kita tanpa disedari.
layari blog rakan seperjuangan saya, ada sesuatu yang mengejutkan..

http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/12/pope-roman-peter-ii-cantus-benedictine.html#comment-form

SAYANG SEKALI BLOG INI TELAH DIGODAM DAN DITAMATKAN RIWAYATNYA . Namun saya ada menyimpan salinan artikel tersebut, KLIK sini atau sila ke ABATASA II

Kita kembali kepada Imam Mahdi atau Al Mahdi. Telah dijelaskan, beliau adalah dari keturunan cucu Rasulullah SAW, Saidina Hassan bin Ali Bin Abi Thalib. Bernama Muhammad Bin Abdullah.

Dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW telah mengambil tangan Saidina Ali ra dan bersabda: “Akan keluar dari sulbi ini pemuda yang akan memenuhi dunia dengan keadilan (Al Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim itu, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang bendera Al Mahdi“ dari Al Hawi Lil Fatawa oleh Imam Suyuti

Kemunculannya menjadi tajuk bualan hangat sejak kebelakangan ini. Kenapa? Kerana semua tanda-tanda kecil kiamat telah nyata dan hanya menanti tanda-tanda besar sahaja. Samaada ia akan muncul sekarang atau kemudian nanti tidak menjadi soal, apa yang jelas dari Hadis di atas ialah - ia (Pemuda Bani Tamim) akan datang dari "TIMUR". Bukan dari tanah Arab. Adakah pemuda Bani Tamim ini Imam Mahadi sendiri? atau orang lain,  apa sahaja yang berlaku nanti, tanggung jawab kita ialah "..... maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim itu".  Untuk itu kita perlu membuat kajian mengenainya.

Diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud dalam, “Telah berkata Ali sambil memandang puteranya Hassan,” Sesungguhnya Puteraku ini ialah syed sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SAW. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.”

Adakah dia seorang Raja atau Pemerintah (Perdana Menteri, Presiden atau Khalifah) ?

Bahawa Al Mahdi ini mempunyai dua ciri-ciri besar iaitu akan mendapat daulah di sebelah Timur dan akan memegang pedang Zulfaqor (Dhu al-Faqar) sebagai bukti bahawa ia membawa kebenaran.

Malangnya tiada sesiapa yang mengetahui dan mengenali Imam Mahadi ini termasuk "dirinya sendiri" sehinggalah di islahkan dalam satu malam. Dalam keadaan kacau bilau kerana kemangkatan raja, Imam Mahadi dilantik untuk menjadi pemimpin.

Sabda Rasulullah saw ”Akan terjadi perselisihan (kekacauan) setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari ahli Madinah mencari perlindungan menuju ke Mekkah, lalu lelaki itu didatangi oleh sekumpulan manusia dari ahli Mekkah, maka mereka membai’at paksa lelaki itu di antara Rukun dan Makam Ibrahim padahal ia tidak suka dengan hal itu, kemudian suatu pasukan diutus dari ahli Syam (untuk menangkap orang-orang yang berbai’at itu), maka mereka dibenamkan ke dalam bumi di suatu tempat bernama Al-Baida antara Mekkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud)

Sajauh mana keyakinan anda setakat ini?

TIGA KELOMPOK MANUSIA SEDANG MENANTI ORANG YANG AKAN MUNCUL SEBAGAI "PENYELAMAT". ISU INI MENJADI TAJUK PERBINCANGAN HANGAT OLEH PENGANUT ISLAM, KRISTIAN DAN YAHUDI.  Masing-masing mendakwa merekalah di pihak yang benar.

Apa yang pasti, Al Mahdi tetap akan muncul, hanya masa menentukannya. Beliau bukanlah manusia sembarangan tetapi yang terpilih dikalangan penghuni dunia akhir masa. Kehebatannya sehebat hulubalang agung Saidina Ali ra dan pekertinya pula halus selunak pekerti Baginda Rasulullah SAW.

Pihak illuminati zionis amat gerun kepada berita kemunculan lelaki pilihan ini. Mereka menggelar dan memanggil Imam Mahdi ini sebagai Muhammad kedua dan menamakan Rasulullah saw sebagai Muhammad pertama. Apakah maksudnya, sama-samalah kita cuba fikirkan. Muslimin yang soleh dan patuh mengikut sunnah Nabi pula (benar-benar bertaqwa) dianggap sahabat Muhammad (kedua) ini..

Segalanya masih menjadi rahsia. TIDAK AKAN DIKETAHUI sehinggalah bai'ah (perlantikan) di makam Ibrahim - penjuru Kaabah.

Jumaat, 23 Oktober 2015

BARISAN NASIONAL DAN PAKATAN RAKYAT ADALAH CELAKA DAN HARAM JADAH PENIPU KEPADA SEMUA PENGUNDI NEGARA MALAYSIA CELAKA.

Saya sebagai rakyat malaysia berketurunan thai berdoa semoga parti BN atau di gelarkan sebagai Babi Najis kalah pada piliharaya yang akan datang.Kita sebagai rakyat malaysia lihatlah parti BN Babi Najis selama mana pun memerintah negara malaysia celaka pasti ada semua pemimpin makan duit rakyat sebagai contoh 1MDB samalah dengan Tun Mahathir di gelarkan sebagai Dajal Musibat dia sudah kaya zaman dia memimpin dahulu seperti mana kezaliman maha firaun yang di laknat oleh allah swt.Jangan ingat kita baik sangat semuanya ada kejahatan sepertimana pemimpin yang memerintah negara malaysia.Bagi saya apa yang saya lihat sekarang era najib banyak bala dan musibah di turunkan bala oleh allah swt di negara malaysia celaka dan haram jadah ini dengan adanya cas cukai kepada rakyat GST,merampas harta benda orang awam dan lain-lain lagi.Kita sebagai rakyat malaysia lihat sekarang apa sudah jadi negara malaysia celaka ini dengan ada pesawat mas dua kapal terbang yang telah musnah iaitu Mh 370,Mh 17 di tembak jatuh oleh puak pemisah Ukraine dan air asia yang jatuh di lautan sulawesi indonesia.Sebagai umat islam kita lihat sendiri apa yang berlaku di negara malaysia celaka ini.Apa yang saya lihat sekarang pemimpin barisan nasional memakan duit rakyat samalah dengan Tun Mahathir pada era zamannya sepertimana maha firaun tidak boleh bersuara dan barang siapa yang bersuara di tangkap ke dalam ISA apabila zaman era Najib Razak sekarang semua di persalahkan pada hal sama juga era tun mahathir seperti firaun yang di laknat oleh allah swt.Saya tidak masuk mana-mana belah pihak pun tapi cara pemerintahan barisan nasional adalah zalim dan tindas rakyat malaysia kita lihatlah sendiri dengan mata kita semua,apa yang di perintah oleh kerajaan Babi Najis adalah zalim dan tidak memikir masa depan rakyat malaysia mahupun pihak pakatan rakyat apabila menang suara rakyat di ketepikan dan tidak di endahkan lagi.

BIARKANLAH RAKYAT MALAYSIA MEMBERI KEPUTUSAN.

Semua media hari ini membawa mesej yang disampaikan oleh YAB Dato` Seri Najib Tun Razak `Tidak Perlu Ubah Kerajaan` semasa beliau di Kuantan. Ini bukan permintaan kali pertama dari Perdana Menteri agar BN diberi peluang kembali memerintah, tetapi telah berkali-kali. Hujah Najib bahawa sejak 4 tahun yang lepas telah banyak berlaku transformasi membawa perubahan. Empat tahun bermaksud Najib merujuk kepada era pemerintahannya sejak dilantik menjadi Perdana Menteri. Point yang penting yang disedari Najib dan banyak pihak bahawa rakyat mahukan perubahan ! Perubahan yang dapat dilakukan oleh pimpinan yang dinamik, kreatif dan inovatif.


Meminta rakyat memberi mandate  memerintah Negara selama sepenggal – 5 tahun, bukan masa yang pendek, melibatkan dasar, polisi dan perancangan sebuah Negara dan negeri. Sebab itu keputusan memilih pemimpin dan pemerintahan hendaklah dibuat dengan teliti – bukan secara rayuan, permohonan dan kasihan belas. Pimpinan pula hendaklah bermaruah, tidak meletakkan dirinya sebagai pengemis politik, tidak melepaskan cakap sembarangan, tetapi secara teliti, berstrategik dan berwawasan.


Untuk mengekal atau merubah kerajaan ada produk dan bahan, ada neraca dan pertimbangan untuk dinilaikan. Kini parti-parti politik dalam tahap-tahap perlumbaan mengejar kesempatan dan peluang bagi menarik sokongan rakyat bagi menghadapi Hari Penamaan Calon (20 April) dan seterusnya Hari Mengundi (5 Mei). Hari Mengundi adalah Hari Penentuan yang kuasanya berada pada tangan rakyat. Walaupun untuk membuat penentuan dan pemilihan calon yang mewakili mana-mana parti sudah ada di dalam minda rakyat, tetapi peluang bagi mempengaruhi dan mengubah pendirian terutama bagi pengundi-pengundi yang diistilahkan sebagai `Atas Pagar` masih terbuka.
Penilaian yang dibuat adalah berdasarkan kepada Prestasi Lepas dan Janji Masa Depan yang diistilahkan kepada Manifesto. Pada dasarnya parti-parti politik di Negara ini dikelompok kepada dua yang mengarah kepada system dua parti yang dikenali sebagai Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PKR) dan kedua-dua parti terutama BN mempunyai peluang menunjukkan prestai BN sesudah parti itu memerintah sudah lebih dari 50 tahun dan PKR berpeluang menunjukkan prestasinya sejak memerintah bagi negeri-negeri yang diperintah dan menjadi pembangkang di Parlimen sejak 5 tahun yang lepas. Kelamaan bagi BN memerintah dari satu segi mungkin menguntungkan bagi BN kerana dapat menunujukkan prestasi pemerintahan dalam masa yang panjang, tetapi dari segi realitinya menjadi beban dan tekanan. BN dengan tempoh yang begitu lama, melebihi setengah abad memerlukan alternative perubahan. Lantaran itu barangkali mengapa Najib tidak begitu gemar menyebut dengan merujuk kepada tempoh pemerintahan lepas partinya yang lama, tetapi merujuk kepada tempoh masa pemerintahannya, iaitu seolah-olah dalam jangka yang sama dengan zaman pemerintahan Pakatan Rakyat. Dalam tempoh yang hampir sama ini kedua-dua pihak mengambil pendekatan tersendiri masing-masing. Dalam hal ini BN lebih memperlihatkan kesatuan pendekatan, kerana terletak di bawah teraju yang sama bagi peringkat Persekutuan dan negeri-negeri, tetapi bagi pihak negeri adanya kesatuan pada peringkat kepimpinan parti, tetapi tidak sedemikian pada peringkat negeri di bawah Pakatan yang masing-masing mungkin mempunyai pendekatan, keistimewaan-keistimewaan dan mungkin pula kekurangan-kekurangan.


Pada peringkat Persekutuan khususnya pada era pemerintahan dan kepimpinan Najib masa yang dilalui lebih memperlihatkan era yang dilaluinya sebagai era pencarian, bukan kemantapan, Dia seolah-olah dipandu dari belakang dan bukan dari ideanya sendiri, iaitu bermula dari slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Slogan ini nampaknya terlalu panjang dan kekok untuk disebutkan, lantas kemudiannya dikemukakan slogan yang lain, iaitu `Satu Malaysia` yang kemudian kecoh ada yang mengatakan ada kesamaan dengan slogan dari Yahudi yang disogokkan kepada pimpinan BN – dengan bayaran. Dalam penggunaan Satu Malaysia ini, walau berterusan, nampaknya Najib terpaut dengan cadangan istilah yang agak Islamic dari kalangan orang-orang agama dalam BN bagi menarik dokongan orang-orang Melayu-Islam, lantas ditonjolkan istilah `Wasatiyyah` yang diterjemahkan sebagai `Kesederhanaan` dan kadang-kadang mengelirukan dari segi falsafah dan tafsiran yang dikaitkan dengan Islam. Dengan tambahan slogan yang mungkin masih tidak memuaskan hati ini ditambah dengan slogan yang lebih Melayu dan Malaysia, ialah Janji Ditunaikan/ Ditepati. Dalam kesebokan mencari kemantapan, Najib menyedari bahawa tempoh masa yang dilalui begitu cepat dan selain dari pemerintahan berjalan secara normal, tiada program-program menonjol yang identik dengan zamannya. Misalnya tiada pembangunan fizikal yang nyata, Cadangan Perubahan Dasar Pelajaran yang dibawa oleh Tan Sri Muhyiddin yang tidak ke mana – Kecuali ada tekanan untuk kembali menggunakan bahasa Inggeris bagi Pelajaran Sains dan Metamatik dan ada kejayaan wajib lulus peperiksaan bahasa Inggeris dalam SPM. Kita merasakan dalam keadaan yang kalut dan tidak terancang dikemukakan apa yang diistilahkan dengan BRIM, sebagai bukti tidak terancangnya ditambah dengan BRIM 2, kemudian dirasakan kesannya tidak seberapa ditambah dengan janji – selepas berbilion ringgit digunakan, bahawa BRIM akan diteruskan, sekiranya BN kembali memerintah. Demikian penggunaan wang secara `Taburan & Sewenang`, iaitu cara memikat hati rakyat secara mudah dan tak terancang secara rapi yang dibaratkan memberi ikan bukan jorang.


Dengan pendekatan pada peringkat negeri dengan identiti tersendiri, maksudnya negeri-negeri di bawah Pakatan seperti Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah yang mempunyai keistimewaan dan juga kelemahan-kelemahan, kelihatan pada peringkat Pusat Pakatan Rakyat lebih teratur dan terselaras dari segi penawaran program dan manifesto kepada rakyat. Misalnya Pakatan Rakyat berani membentangkan blueprint bagi manifesto mendatangnya yang dikenali dengan `Buku Jingga` yang banyak dikecam oleh pihak BN, tetapi dalam diam-diam ditiru dan dilaksanakan. Demikian pihak Pakatan dengan lebih berani dan lebih awal mendedahkan Manifestonya yang melibatkan 24 tawaran kepada rakyat yang dikategorikan di bawah aspek persaudaraan, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat, tetapi BN baru mengemukakan Manifestonya jauh lebih lewat dari Pakatan, iaitu pada 6 April 2013 yang melibatkan apa yang dikatakan `Aku Janji` itu. Menurut saudara Rafizi Pengarah Strategi PKR bahawa,
``Ternyata apa yang dikatakan Aku Janji sebahagian daripadanya 15% atau 23 Janji merupakan cedokan dari Manifesto Pakatan Rakyat. Menurutnya daripada 157 janji hanya 22 sahaja merupakan perkara baru.`` Menurut Rafizi, ``Antara dasar yang diceduk dari Pakatan Rakyat ialah menurunkan harga kereta, memberi permit teksi individu,, membina rumah rakyat dan bantuan yang adil kepada semua jenis Sekolah. Bagaimana sebuah kerajaan yang lama memerintah tidak mampu merangka manifesto yang original dan tersendiri ?

Dalam hal ini Pakatan Rakyat lebih terkedepan di dalam mengemukakan manifesto dan pendekatan-pendekatan yang bersifat kreatif dan inovatif. Pada peringkat negeri dapat dicontohi dari apa yang dilakukan oleh negeri Selangor yang kejayaannya lebih dari janji seperti peningkatan dari segi reserve negeri, pertambahan Bajet Tahunan, penawaran program-program kepada rakyat melalui Skim Merakyatkan Ekonomi dan berbagai kemudahan yang dapat dinikmati rakyat. Sedangkan pihak BN selain dari meniru dan menceduk dari Manifesto Pakatan, mereka mencari peluang menghentam Kerajaan Pakatan Rakyat. Di Selangor ada sindiket yang  mengeluarkan umpan kepada ibu tunggal elaun RM5,000 bagi menyaman Kerajaan Negeri yang sebenarnya tidak pun menjanjikan untuk memberi elaun kepada semua ibu tunggal. Noh Omar sebok menentang Menteri Besar Selangor dari diberi peluang kali kedua, pada hal jasa Menteri berkenaan begitu terserlah dalam memajukan negeri Selangor. Kita menjangka dengan prestasi yang ditunjuk pada peringkat negeri dan jika peluang diberi untuk memerintah pada peringkat Persekutuan dengan idea-idea yang bernas dan segar selama ini ditunjukkan, maka satu kelainan dan perubahan yang positif akan berlaku di Malaysia.

Walau bagaimana terpulang kepada rakyat membuat keputusan, kerana  mereka diberi hak mengundi dan membuat keputusan.

BALASAN ORANG YANG BERZINA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

Rasulullah SAW memberitahu bahwa berzina akan dibalas oleh Allah ketika penzina masih hidup didunia.
Rasulullah SAW bersabda:
" Dua (2) kejahatan akan dibalas oleh Allah ketika di dunia : zina dan durhaka kepada ibu bapak. (HR Thobaroni)
Antara hukuman atau balasan yang akan diterima oleh para penzina ketika masih berada di dunia dan akhirat adalah :
1. Sabda Rasulullah SAW:
Wahai kaum Muslimin! Jauhilah perbuatan zina krn padanya ada 6 macam bahaya,
- Tiga di dunia
- Dan tiga di akhirat.
Adapun bahaya yang akan menimpanya di dunia ialah:
1. Lenyapnya cahaya dari mukanya
2. Memendek- kan umur
3. Mengekalkan kemiskinan.
Adapun bahaya yang bakal menimpa di akhirat kelak ialah:
1. Kemurkaan Allah Ta’ala
2. Hisab (perhitungan) yang buruk
3. Siksaan di neraka.
(HR Baihaqi)
2. Sabda Rasulullah SAW:
Berhati-hatilah kamu tentang zina. Sesungguhnya pada zina itu ada enam (6) hukuman.
- Tiga semasa di dunia
- Dan tiga lagi di akhirat.
Adapun di dunia ialah:
1. rezekinya akan berkurang.
2. hilang keberkahan hidup, dan
3. ruhnya akan keluar dari badan dalam keadaan tertutup dari Allah Ta’ala. Allah tidak akan melihat kepada ruhnya.
Adapun nasib yang akan menimpanya di akhirat ialah:
1. Allah akan melihat kepadanya dengan pandangan kemurkaan, yang menyebabkan mukanya akan menjadi hitam.
2. Dia akan ditarik mukanya dengan rantai ke neraka (api) yang paling besar.
3. Kiranya amalannya akan dilakukan dengan teliti dan ketat.
Selain dari balasan dunia dan juga siksaan di akhirat, ada juga hukuman azab ketika berada di dalam kubur bagi mereka yang berzina ketika di dunia.
3. Rasulullah SAW bersabda:
Barang siapa yang memenuhkan (menggunakan) matanya kepada yang haram, Allah akan memenuhkan matanya dengan bara api neraka Jahanam. Barang siapa yang berzina dengan wanita
yang haram baginya, Allah akan meletakkannya di dalam kubur dengan penuh kehausan, menangis, dan sedih. Wajahnya akan dihitamkan seperti gelap gelita. Di tengkuknya akan digantung dengan ikatan rantai dari neraka. Dia akan dipakaikan dengan baju dari api neraka pada tubuhnya.
Allah tidak akan berbicara dengannya pada hari kiamat.
Dia juga tidak akan disucikan (dimuliakan) dan bagi mereka azab yang amat pedih.
Balasan-balasan serta hukuman lain ketika berada di akhirat kelak ialah:
4. Sabda Rasulullah SAW:
Tiga golongan manusia Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat, tidak akan memandang kepada mereka, dan tidak akan mensucikan mereka, sedang mereka akan ditimpa
siksaan yang pedih, yaitu:
1. Orang tua yang berzina
2. Seorang raja yang pendusta
3. Orang miskin yang sombong.
(HR Muslim dan Nasa’I)
Hadis ini menerangkan bahwa balasan yang akan diterima oleh orang tua yang berzina pada hari kiamat kelak ialah Allah tidak akan berbicara dan memandang kepada mereka, sedang mereka tidak akan disucikan (diampunkan dosa) dan akan ditimpakan azab siksa yang pedih.
5. Sabda Rasulullah SAW:
Ahli neraka akan menjerit akibat bau yang terlalu busuk dari kemaluan orang yang berzina. Antara balasan yang akan diterima oleh para penzina di akhirat kelak ialah mereka akan dilemparkan ke dalam neraka dan kemaluan mereka akan mengeluarkan bau yang terlalu amat busuk sehingga menyebabkan para penghuni neraka yang lain menjerit-jerit kemarahan dan merasa tertekan dengan bau yang kuat dan busuk itu..!
Wa na’uzu bi Allahi min zalik!
6. Rasulullah SAW bersabda :
Penzina, pada hari kiamat, akan datang dalam keadaan kemaluan mereka bernyala dengan nyalaan api.
Semua makhluk mengenali mereka krn bau kemaluan yang terlalu busuk. Muka-muka mereka akan ditarik ke neraka.
Apabila mereka memasuki neraka, malaikat Malik akan memakaikan mereka dengan sepasang baju besi dari api neraka. Sekiranya baju besi tersebut diletakkan di atas sebuah gunung, nescaya ia akan lebur menjadi abu.
Malaikat Malik berkata : “Wahai sekalian malaikat, tancapkan mata-mata mereka dengan paku-paku besi sebagaimana mereka melihat kepada yang haram."
Ikatkan tangan-tangan mereka dengan ikatan api neraka sebagaimana mereka melakukannya (memeluk) kepada perkara yang haram.
Ikatkan kaki-kaki mereka dari ikatan api neraka sebagaimana mereka berjalan kepada tempat yang haram.
Malaikat Zabaniah berkata : “Ya…Ya…!
Malaikat Zabaniah mengikat tangan-tangan serta kaki-kaki mereka, dan mata-mata mereka ditancapkan dengan paku neraka.
Mereka semua menjerit dan berkata :
“Wahai sekalian malaikat Zabaniah! Kasihanilah kami …! Ringankanlah kami dari azab siksa buat seketika.
”Malaikat Zabaniah berkata: “Bagaimana kami hendak mengasihi kamu sedangkan Allah Yang Maha Pengasih begitu amat memurkai kamu.”
Demikianlah nasib yang buruk bagi orang yang melakukan zina semasa didunia. Rayuan demi rayuan tidak diindahkan.
Hukuman dan siksaan tetap diteruskan untuk menghukum mereka.
Semasa Isra’ dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW menyaksikan balasan yang diterima oleh orang- orang yang berzina

AZAB SEKSAAN ORANG YANG SUKA BERZINA.

Gambaran azab kerana zina. Baca dan hayati keadaan sebenar seksa dosa zina di akhirat. Nauzubillahiminzalik. Moga menjadi satu peringatan buat kita, dan dijauhkan kita daripadanya. amin amin amin ya rabb~
Zina adalah suatu pekerjaan yang kotor dan keji. Satu perbuatan terkutuk, dan bagi yang melakukannya adalah besar sungguh dosanya. Satu pekerjaan laknat, pekerjaan syaitan dan perbuatan sesat.
Firman Allah di dalam Al-Quran:
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (Al-Israa' 17:32)
Berbuat zina (jahat), adalah perbuatan keji sekali, kerana dari kejahatan itu terjadi bencana dan kemelaratan, seumpama "penyakit perempuan", Aids dan lain-lainnya. Dan akibat dari berzina itu, bilamana lahir anak dari perbuatan itu, maka tidak dapatlah dibangsakan kepada siapa anak itu dan nyatalah akan merosakkan pewarisan yang sebenarnya.
Sememangnya perbuatan zina itu tersangat kotor, sehingga Tuhan memerintahkan kepada Kejayaan Islamiyah supaya yang berzina itu dijalankan hukuman 00 dera (pukulan) sebagaimana tersebut dalam kitab suci Al-Quran:
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (An-Nuur 24:2)
Di dunia ini sahaja sudah begitu hebat kutuk dan dera yang akan diterima oleh penzina itu, apatah lagi hukuman dan balasan Allah kelak di Hari Akhirat. Menurut yang sering dijelaskan oleh mubaligh-mubaligh dalam pandangan yang diperlihatkan kepada Nabi saw sewaktu baginda Isra', iaitu baginda melihat beberapa kumpulan manusia laki-laki dan perempuan di hadapan dua piring yang berisi daging. Satu piring berisi daging biasa manakala satu lagi berisi daging juga tetapi bangkai yang busuk dan keji. Tetapi manusia-manusia itu otomatis tangannya mengambil dan meratah pada bngkai daging busuk itu sahaja, dan daging biasa sedikit pun tidak disentuhnya.
Ini sebagai simpulan bagi orang-orang yang melakukan zina, ia ada mempunyai isteri yang halal, tetapi masih suka bernafsu mencari perempuan pelacur dan haram. Bagi yang belum kahwin, masih ada jalan ang baik iaitu bernikah, tetapi tidak mahu, lebih suka bergaul bagaikan kambing sahaja keduanya. Dan juga dalam perjalanan Isra' itu, Nabi melihat suatu gerombolan manusia terdiri daripada lelaki dan perempuan yang sangat hebat penyeksaan dan azab yang ditimpakan ke atas mereka.
Mereka digantung pada buah dadanya (payu dara) dengan rantai api Nereka, sedang faraj mereka keluar nanah dan danur yang sangat busuknya, sehinggakan ahli Neraka sendiri mengeluh dan mengharapkan agar mereka-mereka (penzina) itu dijauhkan dari mereka. Inilah manusia-manusia sewaktu hayatna gemar melacur dan berzina. Demikianlah dipertontonkan kepada Nabi sebagai perumpamaannya.
Menurut hadis yang diperolehi mengenai bagaimana hebatnya seksa bagi orang-orang yang berzina adalah tersebut dibawah ini:
Menurut satu riwayat daripada Rasullullah saw, beliau bersabda: "Takutlah kamu akan berbuat zina, kerana bagi yang berzina itu akan diberikan 6 macam bala seksaan - tiga seksa sewakti di dunia, iaitu dengan berbuat pekerjaan terkutuk itu, Allah akan mengurangkan rezekinya dan menghilangkan keberkatan umurnya dan sewaktu dicabut nyawanya kelak, dengan tiada rahmat dan belas kasihan sedikit pun kepadanya"
"Jauhlah oleh kamu akan zina, kerena kecelakaannya 4 macam: Hilang kebaikan pada mukanya disempitkan rezekinya, dan kemurkaan Allah ke atasnya, dan menyebabkan kekekalannya di dalam Nereka," (Riwayat At-Thabranii an Ibni Abbas)
Dan di hari akhirat keak, sangatlah murka Allah ke atasnya sangatlah berat pertanggunggan seksa ang ditimpakan ke atasnya da akan diseret ke Neraka dengan rantai.
Sabda Nabi saw: "Dan siapa-sapa yang berzina dengan seorang perempuan, sekwatu berbangkit dari kuburnya kelak, sesungguhnya ia merasai sangat kehausan"
Berdasarkan kepada hadis-hadis Nabi tersebut, sesungguhnya tersangatlah ngeri azab dan seksa yang akan diterima oleh orang yang melakukan perbuatan durjana itu.
Dari itu, hendaklah dan wajiblah bagi kita menjauhi benar0benar, kalau kita betul mempercayai Al-Quran serta hadis Nabi, supaya haruslah kita mengelak dari sebab-sebab yang boleh menjatuhkan kita menghampiri kepada perbuatan zina itu. Kelakuan-kelakuan yang mengakibatkan zina itu salah satu diantaranya ialah pergaulan bebas.
Pergaulan bebas diantara pemuda dan pemudi atau antara laki-laki dan perempuan itu sungguhlah sangat merbahaya, dan boleh mengakibatkan tertimbunya perbuatan durjana zina. Patut benar kita insaf mendengar apa yang disebutkan oleh salah seorang ulama, Sheikh Mustafa Al-Hammami yang pernah berkata:
"Sesungguhnya kebebasan pergaulan laki-laki dan perempuan di dalam dan di luar rumah itulah sebab yang utama menyebabkan jatuhnya kejahatan (zina) ini. Dan itulah ang menyebabkan zina itu berkembang dengan seluas-luasnya. Sesiapa yang hendak menghapuskan dan mencabut dari akarnya, maka hendaklah ia melarang ahli keluarganya daripada pergaulan yang tiada berbatas itu"
Itulah salah satu kata-kata dari seorang ualam kita, dan sememangnya dalam agama pun hal ini dilarang keras, sebagaimana sabda Nabi saw yang telah diriwayatkan oleh Thabranii:
"Jauhilah oleh kamu bersunyi-sunyi dengan perempuan. Demi Allah, tiada bersunyi antara seorang lelaki dengan seorang perempuan, melainkan masuklah syaitan di antara keduanya."
Demikianlah larangan mengenai perjaulan bebas antara laki-laki dan perempuan, atau antara pemuda dan pemudui. Apatah lagi bertari antara pemuda dan pemudi mahupun laki-laki dan perempuan, sungguh sangatlah larangan dan kutuk serta azab yang akan diterimanya kelak.
Ada hadis nabi yang mengatakan, sabdanya:
"Dicucuk kepala kamu dengan harum daripada besi adalah lebih baik daripada menyentuh kulit perempuan yang tidak halal bagimu"
Demikianlah halnya, sedang menyentuh sahaja sudah hebat seksanya, dan apakah waktu berdansa itu tidak menyentuh satu dengan yang lain? Rasanya lebih dari menyentuh lagi, dan memegang peluk dan meraba lagi antara kedua jenis manusia ini.
Berdasarkan hadis tersebut, berdosalah orang-orang yang suka bersentuhan dengan perempuan, juga berjabat tangan antara keduanya. Nabi ada menjelaskan dalam salah satu hadis yang maksudnya:
"Barang siapa berjabatan tangan (bersalaman) dengan seorang perempuan yang haram, maka kelak di Hari Akhirat, dirantai ia dengan rantai api Neraka. Dan jikalau diciumnya, maka kelak di Hari kemudian, digunting kedua bibirnya dengan gunting dari api Neraka. dan jika dizinainya, maka kedua pahanya akan menyaksikan kelak di Hari Kemudian mengenai pekerjaannya yang terkutuk itu, dan Allah akan sangat murka kepadanya"
Ini adalah sebahagian firman Allah yang menjelaskan, bagaimana persaksian anggota tubuh kita kelak di Hari Kemudian.
Firman Allah di dalam Al-Quran:
"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan." (Yaa Siin 36:65)
Sungguh hebat benarlah apa yang ditanggung oleh manusia-manusia yang melakukan zina itu kelak di Hari Kemudian, dan ditimpa dengan hebat dan pedih seksa itu, sesuai dengan perkara yang dilakukan masing-masing. Dan kalau menzinai perempuan uang sudah bersuami, maka berlainlah pula dosa dan seksanya, sebagaimana menurut sebuah hadis juga di mana pernah Nabi mengatakan yang bermaksud:
"Barangsiapa berzina dengan perempuan yang telah bersuami adalah bagi lelaki dan perempuan yang berzina itu, seksa yang sangat hebat sekali. Nanti pada Hari Kiamat, Alah memberikan segala kebaikan lelaki (penzina) itu kepada suami perepuan itu, dan segala dosa (yang telah dlakukan oleh si suami) ditanggungkan (dibebankan) kepada lelaki tersebut itu.
Bilamana si suami mengetahi pekerjaan isterinya yang sesat itu (berzina) dengan lelaki lain sedang ia tiada ambil peduli sahaja dalam hal itu, maka Allah mengharamkan akan dia itu masuk syurga,"
Demikian serba ringkas bagaimana azab dan seksa bagi orang-orang yang berzina dan sesungguhnya wajiblah bagi kita menjauhi sejauh-jauhnya. Dan kepada keluarga dan anak-anak kita, hendaklah kita didik agar jangan mereka bergaul bebas antara pemuda dan pemudi, kerana itu adalah salah satu sebab yang mengakibatkan zina.
Dan perlulah dimaklumi bahawa hendaklah kita sebgai orang muslim yang beriman, menjaga dan memelihara diri dari berzina, jangan sekali-kali dihampiri zina itu kerana sugguh besar mudarat dan dosanya, sedapnya hanyaah seketika tetapi dosanya berkepanjangan dan sungguh berat seksa yang akan diterima.
Allah telah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah kepada orang-orang yang beriman, supaya ia menutup pandangannya daru nelihat apa yang terlarang dan enjagan kehormatannya dari kejahatan (jangan berzina), demikianlah yang sebaik-baiknya, Allah maha mengerti apa-apa ang mereka lakukan,"
Dan seterusnya lagi firman Allah yang bermaksud:
"katakanlah kepada orang-orang yang beriman (wanita) supaya ia merendah pemandangannya dan menjaga kehormatannya, jangan ia memperlihatkan hiasannya selain yang sudah biasa nyata kelihatannya."

Khamis, 22 Oktober 2015

UMAT ISLAM SEKARANG BERJANGKIT DAN MENGHASUT.


عَنْ اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ يَقُوْلُ: سمَعِْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: سَيُصِيْبُ أُمَّتِي دَاءُ اْلأُمَمِ فَقَالُوْا : يَا رَسُوْلَ اللهِ وَمَا دَاءُ اْلأُمَمِ قَالَ : اَلْأَشَروَاْلبَطَرُ وَالتَّكَاثُرُ وَالتَّنَاجُشُ فِي الدُّنْيَا وَالتَّبَاغُضُ وَالتَّحَاسُدُ حَتَّى يَكُوْنَ اْلبَغْىُ
 (رواه الحاكم)

Maksud:
Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu berkata: "Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu. Sahabat bertanya, “ Apakah penyakit-penyakit umat–umat terdahulu itu? Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam menjawab : “Penyakit-penyakit itu adalah terlalu banyak berseronok, terlalu bermewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam usaha merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi antara satu sama lain”. ( Hadith riwayat al-Hakim )

Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam di dalam hadith tersebut bukanlah satu perkara yang baru kerana telah banyak kita lihat berlaku di kalangan kaum Muslimin pada hari ini. Bahangnya telah mula dirasai sejak zaman dahulu lagi. Ini jelas kita dapati, di sana sini penyakit ini sudah mula merebak dan menjalar dalam masyarakat Islam dengan begitu parah sekali. Inilah antara kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan Allah kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam yang dapat mengetahui peristiwa  yang akan berlaku pada masa akan datang ke atas umatnya. Apabila manusia menolak sistem hidup yang disyariatkan dalam Islam, lantas mengambil dan memilih sistem cara hidup rekaan manusia maka inilah padahnya.

Dunia umat Islam pada hari ini terus-menerus dilanda krisis demi krisis sama ada dalam semua segi baik dari aspek politik, ekonomi, pendidikan, sosial kemasyarakatan yang sangat kritikal dan meruncing. Umat Islam diserang dari semua segi. Dengan kata lain, penyakit yang berlaku di kalangan umat Islam pada hari ini diibaratkan seperti sejenis penyakit barah yang tidak mampu dirawat oleh doktor pakar. Semua penyakit kronik yang berlaku kepada umat Islam pada hari ini hanya dapat dipulihkan dengan satu kaedah rawatan sahaja ternyata dapat memberi jaminan sebagai penawar yang mujarab kepada penyakit-penyakit tersebut iaitu penyelesaian dengan hanya tidak dapat tidak mesti kembali mengambil Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna dan menyeluruh.

Umat  Islam pada hari ini tidak ada pilihan lain melainkan dengan hanya kembali mengambil Islam sebagai satu cara hidup yang syamil dan kamil. Ini kerana umat Islam yang ada pada hari ini hanya ada Islam pada nama sahaja. Mereka mengambil Islam hanya dengan membasahi bibir mengucap dua kalimah syahadah, berzikir, beribadat di atas tikar sejadah di dalam masjid, berpuasa pada bulan Ramadhan dan pergi menunaikan haji sahaja. Bagi mereka sudah memadai Islam yang mereka fahami dengan hanya melakukan ibadat-ibadat tersebut. Di dalam kamus pemikiran mereka tidak ada istilah untuk beribadah kepada Allah setelah melangkah keluar dari masjid, setelah bulan Ramadhan berlalu dan setelah pulang dari mengerjakan ibadah haji.

Malang, begitu sempitnya fahaman mereka mengenai cara hidup Islam yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam yang sudah lama disarankan kepada kita. Ini kerana sikap merendah diri, bersyukur kepada Allah yang semakin terhakis dalam diri manusia semakin menjadi-jadi. Tidak kurang juga sifat ego manusia pada hari ini mengatasi segala-galanya. Inilah natijahnya apabila menolak apa yang disyariatkan oleh Allah dan berbangga dengan sistem rekaan manusia. Justeru tidak hairanlah fenomena yang Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam gambarkan kepada kita telah banyak berlaku seperti manusia yang terlalu banyak berseronok, terlalu bermewah-mewahan, berlumba-lumba menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam usaha merebut harta benda dunia, sikap saling memarahi, umpat-mengumpat, hasut menghasut sudah menjadi amalan sehingga sikap  zalim menzalimi antara satu sama lain dan amalan rasuah, pecah amanah  sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan mereka”.

Sepatutnya bagi mereka yang faham Islam sebagai satu cara hidup hendaklah kembali untuk mengambil Islam dalam setiap aspek kehidupannya bukan hanya di tempat-tempat atau pada masa-masa tertentu. Kita hendaklah mengamalkan cara hidup Islam yang disarankan oleh Nabi Muhammad  Sallallahu 'alaihi wasallam dalam setiap aspek kehidupan iaitu melakukan sesuatu niat ikhlas kerana Allah semata-mata dan hendaklah kita menghubungkan diri kepada Allah di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja, sama ada ketika duduk, berdiri dan sebagainya. Dengan erti kata lain, setiap amalan dan perbuatan kita hanya dikira sebagai satu ibadah sekiranya niat kita ikhlas kerana Allah. Sebenarnya dalam Islam setiap perbuatan dan amalan kita seperti makan minum, tidur, sebagainya semuanya adalah merupakan satu ibadah kepada Allah.

Kita perlu berhati-hati dengan musuh-musuh Islam yang tidak jemu-jemu berusaha untuk menghancurkan umat Islam. Sejarah telah merakamkan, mereka sudah lama merancang untuk menghapuskan umat Islam dengan cara mengasingkan Islam dalam kehidupan umat Islam, memisahkan Islam dengan politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Ia juga berpunca dari salah faham di kalangan orang Islam terhadap Islam sendiri dan meluapnya sentimen politik  yang saling bertentangan. Selain itu, rasa tidak puas hati ini mengheret sebilangan kaum yang bertelingkah ke dalam kancah pertikaian dan prasangka yang akhirnya membawa kepada perselisihan pendapat umat Islam.

Bagi kita yang kasih dan sayang kepada Nabi Muhammad  Sallallahu 'alaihi wasallam tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh mengamalkan apa yang disarankan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam. Di tengah–tengah kebangkitan semula Islam pada abad yang ke-20  ini umat Islam terus diuji dengan pelbagai cubaan dan perbuatan yang menggugat kesucian Islam. Gejala ini muncul akibat dari ketidaksefahaman umat Islam sendiri dalam fahaman tentang Islam  serta momokan idea dari musuh Islam yang sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan Islam. Justeru menjadi kewajipan kita mempertahankan kesucian Islam daripada dicerobohi oleh musuh-musuh Islam.

Rabu, 21 Oktober 2015

NAJIB AKAN KALAH DALAM PILIHANRAYA UMUM KE 14.

Tun Dr Mahathir Mohamad percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan berdepan risiko tindakan undang-undang kerana menyembunyikan skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Dr Mahathir berkata, terdapat banyak bukti menunjukkan ahli politik dan kakitangan awam yang diselindungkan berhubung hutang RM42 bilion 1MDB.
"Terdapat banyak bukti menunjukkan penyelindungan oleh ahli politik dan penjawat awam.
“Apabila Najib tewas dan saya percaya beliau akan tewas, dalam pilihan raya akan datang, tiada tindakan undang-undang yang dapat dihalang," katanya, dalam tulisan bertajuk "1MDB Restructure" dalam blog popularnya chedet.cc hari ini.
Bekas perdana menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun itu berkata, pembayaran hutang itu tidak membebaskan 1MDB daripada tanggungjawab kehilangan wang tersebut pada mulanya.
"Menteri kewangan II membentangkan kepada Kabinet dengan pelan penstrukturan untuk 1MDB yang mana akan menyelesaikan masalahnya.
"Sekali lagi saya ulangi, pembayaran hutang tidak bermakna peminjam terlepas daripada tanggungjawab kehilangan dana itu.
"Wang itu tidak hilang kerana perniagaan yang teruk tetapi lesap begitu sahaja," katanya.
"Seseorang mengetahui bagaimana wang itu lesap dan siapa mengambilnya. Tetapi ada yang tidak membuka mulut."
Ramai pihak mengharapkan Dr Mahathir dan Najib akan bersama-sama menghadiri forum anjuran pertubuhan bukan kerajaan SukaGuam, yang akan dijalankan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menyaksikan kedua-dua pihak bertukar pendapat berhubung isu 1MDB.
Najib setakat ini sudah menyatakan persetujuannya untuk menghadiri forum bertajuk "Nothing to Hide", dan Dr Mahathir dikhabarkan "berkemungkinan besar" akan turut menyertai forum yang akan berlangsung pagi esok. – 4 Jun, 2015.

KERAJAAN MALAYSIA CELAKA PATUT DI NAIKAN TARAF LALUAN KHAS KENDERAAN BERAT DI LEBUHRAYA.

Saya sebagai rakyat malaysia yang berkerturunan thai memberi cadangan saya kepada kerajaan malaysia celaka ini supaya lebuhraya patut di naikan taraf laluan khas untuk kenderaan berat seperti lori,bas dan jentera berat boleh melalui laluan khas untuk semua kenderaan berat.Apa yang saya lihat kerajaan malaysia ini memang tidak bertanggungjawab kepada semua pengguna lebuhraya kita lihat baru-baru ini kerap berlakunya tragedi kemalangan jalanraya di lebuhraya pada setiap tahun .Sepatutnya kerajaan malaysia celaka patut menyediakan khas laluan kepada semua kenderaan berat seperti lori treller,tangki minyak,jentera berat dan bas dan manakala kereta,van dan motorsikal laluan seperti biasa kecuali lori,jentera berat dan bas boleh melalui laluan yang telah di sediakan oleh kerajaan malaysia.Pada pendapat saya sepatutnya kerajaan malaysia celaka dan haram jadah patut menyediakan laluan khas kepada semua kenderaan berat disebabkan lebuhraya banyak di gunakan oleh kenderaan ringan seperti kereta,motorsikal dan van.Apa yang saya lihat sekarang pihak pemerintah negara tidak ambil perhatian yang serius kepada pengguna lebuhraya,Cuba anda semua lihat perkembangan sistem di negara malaysia tidak teratur dengan baik sebagai contoh jalan raya yang rosak teruk dan berbahaya kepada pengguna jalanraya terutamanya motorsikal sepatutnya jalan yang rosak patut di baiki bukan hanya semata-mata menampung jalan raya yang rosak.Apa yang saya lihat kerajaan malaysia celaka dan haram jadah ini memang tidak menitik berat kepada pengguna jalanraya demi keselamatan kepada semua pengguna jalanraya atau lebuhraya.Bagi saya tuan-tuan dan puan-puan boleh menilai tahap kerajaan malaysia memerintah negara malaysia ini hanya semata-mata kepentingan sendiri sahaja.Pada pendapat saya sekiranya raja firaun dan perdana menteri malaysia semua jalan elok dan kemas sekiranya rakyat biasa jalan pun tidak elok dan rata semuanya ada lopak dan berlubang serta membahayakan kepada pengguna jalan raya.Pada pendapat saya negara malaysia patut di sokong sekiranya pemerintahan beraja di hapuskan dan di mansuhkan dan di tadbir presiden sebagaimana negara-negara lain menggunakan sistem presiden.

AZAB SEKSAAN ALLAH SWT

Allah SWT menciptakan manusia untuk beriman kapadaNya. Allah SWT mengurniakan akal fikiran untuk kita membezakan diantara keburukan dan kebaikan serta membuat pilihan dengan memberi kehidupan sementara didunia. Setelah itu kita akan mati dan dibangkitkan semula dihari kiamat kelak untuk dibicarakan tentang amalan yang kita lakukan semasa hidup didunia. 

Setiap amalan yang baik akan diberi ganjaran syurga dan amalan yang buruk akan dibalas dengan seksaan api neraka. Allah SWT telah menyatakan dalam hadisNya yang bermaksud, 

“hai orang-orang yang beriman, peliharakanlah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkaNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan” (at-tahrim:6) 

Pada pemahaman saya, manusia yang dimaksudkan ialah orang-orang yang melanggar perintah Allah dan melakukan perkara yang dilarang olehNya ketika hidup didunia yang sementara. Batu yang dimaksudkan ialah berhala-berhala yang disembah oleh umat manusia sebagai tuhan semasa hidup didunia walaupun telah diingatkan oleh para nabi-nabi dan rasul-rasul supaya tidak menyembah batu-batu berhala. Para malaikat yang menjaga neraka itu tidak akan sesekali ingkar dengan suruhan Allah yakni menyeksa hambaNya yang tidak beriman kepadanNya. 

Bukti kewujudan syurga dan neraka telah diterangkan dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Apabila seseorang mati, akan ditunjukkan kepadanya tempatnya pagi dan petang dan jika ia termasuk penduduk syurga, (dia akan ditunjukkan tempatnya) di kalangan penduduk syurga dan jika dia termasuk penduduk neraka, (dia akan ditunjukkan tempatnya ) di kalangan pendududk neraka” (Bukhari) 

Neraka terdiri daripada tujuh pintu masuk yang setiap satunya untuk golongan-golongan tertentu mengikut dosa-dosa yang telah dilakukan. Pintu neraka akan tertutup buat selama-lamanya setelah penghuni-penghuninya masuk kedalam tempat tinggalnya yang abadi. Api neraka akan membakar penghuni-penghuni neraka dan pintu-pintu neraka ditutup untuk mengurung mereka didalamnya. 

Neraka juga mempunyai beberapa nama iaitu jahannam, latha, al-hutamah, sa’ir, saqar, al-jahim, dan al-hawiyah. Ia juga mempunyai penjaga-penjaga yang terdiri daripada malaikat-malaikat yang sangat patuh pada perintah Allah. Al-quran ada menyebut bahawa jumlah penjaga neraka adalah sembilan belas dan salah seorang daripadanya ialah malaikat Malik. 

Pada hari kiamat para penghuni neraka akan melihat tempat tinggal mereka dihadapan mereka dan akan menyedari segala kesalahan yang telah mereka lakukan, tetapi segala penyesalan mereka sudah terlambat. Ia diterangkan dalam al-quran yang bermaksud;

“jangan (berbuat demikian) . apabila bumi dogoncangkan berturut-turut, dan datanglah Tuhanmu, sedang malaikat berbaris-baris. dan pada hari itu diperlihatkan nereka jahannam, dan pada hari itu ingatlah manusia akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya. ” (al-Fajr: 21-23) 

Apabila tiba hari kiamat, Allah akan menunjukkan neraka jahannam dan manusia akan sedar akan kesilapan mereka dan ketika itu tiada gunanya segala sesalan mereka itu. Pada hari itu neraka akan ditanya adakah ia telah berpuas hati dengan penghuninya namun demikian ia menjawab bahawa ia masih boleh menerima orang-orang yang akan mendudukinya. hadith ada menerangkan tentang muatan neraka dan ukurannya yang sangat besar dan ia memerlukan malaikat-malaikat yang sangat ramai untuk membawanya pada hari kiamat kelak. 

Sesungguhnya neraka itu sangat dalam hinggakan jika sebiji batu dilemparkan ke dalamnya, ia akan mengambil masa selama tujuh puluh tahun untuk sampai kedasarnya. Walaubagaimana pun meskipun dengan muatan dan dalamnya, neraka tidak akan penuh hinggalah Allah meletakkan kakaiNya di atasnya. Neraka akan terus meminta agar penghuninya sentiasa bertambah sehingga Allah meletakkan kakaiNya barulah ia berhenti meminta. 

Neraka mempunyai banyak tingkat dan darjat bergantung kepada jenis dan banyaknya dosa yang telah dilakukan para penghuninya. Orang-orang munafik merupakan penghuni neraka yang mendapat tempat di bawah sekali dan tidak ada seorang pun yang dapat membantu mereka. 

BAHAN BAKARNYA

Neraka merupakan api yang sangat dahsyat dan tidak sama dengan api yang kita lihat didunia yang boleh membakar kayu, kain dan bahan-bahan lain. Bahan bakar neraka ialah manusia jahat yang berhati batu. Batu-batu juga menjadi bahan bakarnya termasuk patung-patung berhala yang telah dijadikan sembahan selain daripada Allah ketika hidup didunia. 

1. Manusia
• Terdiri daripada orang-orang kafir, orang yang menyembah sesuatu selain daripada Allah, orang yang malakukan perkara yang dilarang, dan mereka yang amalan buruk melebihi kebaikan yang dilakukan. 
• FIR’AUN- ingkar kapada perintah nabi musa supaya menyembah Allah walaupun telah ditunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah dan mukjizat yang nyata. 
• ISTERI-ISTERI NUH DAN LUTH- kedua-duanya tidak mahu mengikut suruhan suaminya yang menjadi nabi dan hamba Allah yang paling soleh supaya menyembah Allah. Kedua-dua suaminya tidak dapat membantu mereka dihari kiamat. 
• ABU LAHAB DAN ISTERINYA- binasalah kedua-dua tangan abu lahab. isterinya akan menjadi pembawa kayu bakar yang dilehernya ada tali dari sabut. 
• ‘AMR BIN ‘AMIR AL-KHUYA’I- orang pertama yang mempertuhankan binatang-binatang dan akan mengheret usus-ususnya didalam neraka kelak. 
• ABU TALIB- mendapat hukuman yang paling ringan dineraka iaitu memakai sepasang kasut daripada api yang menyebabkan otaknya mendidih. 

2. JIN
• SYAITAN- ingkar dengan perintah Allah, dan menjadi penghuni tetap neraka. 

3. BATU-BATU
• BERHALA- disembah oleh manusia. 

ISI DAN SAIZ PENDUDUK NERAKA

Manusia pertama yang akan dipanggil pada hari kiamat ialah Adam, beliau akan ditunjukkan keturunannya dan diminta untuk membawa penghuni neraka dari keturunannya itu. Dari setiap seratus orang, Sembilan puluh Sembilan adalah penghuni neraka. Adam bertanya kepada Rasulullah, jika Sembilan puluh Sembilan daripada kami adalah penghuni neraka, kemudian apa lagi yang tinggal dari kami. Nabi Muhammad SAW bersabda :

“Umatku dikalangan (umat yang lain ) adalah seperti sehelai rambut putih di atas seekor lembu yang hitam”

Ini menunjukkan betapa ramainya penghuni neraka yang terdiri daripada manusia-manusia iaitu umat-umat Nabi Muhammad SAW itu sendiri. Hanya seorang sahaja yang diibaratkan terselamat daripada api neraka bagi setiap seratus orang. 

Saiz penghuni-penghuni neraka akan ditambah dari saiz asal mereka. Tubuh mereka akan membesar supaya mereka akan lebih terdedah kepada siksaan. Gigi geraham atau gigi taring seorang penghuni neraka sama seperti bukit uhud, dan tebal kulitnya sama seperti tiga malam perjalanan. 

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud jarak diantara dua bahu penghuni neraka sama seperti tiga hari perjalanan untuk seorang penunggang yang tangkas. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda;

“sesungguhnya tebal kulit seorang penghuni neraka sama dengan panjang empat puluh dua lengan gergasi, gigi gerahamnya seperti (bukit) uhud, dan tempat duduknya di neraka (jaraknya) di antara mekah dan madinah” (Tirmizi dan al-Hakim - sahih) 

KATEGORI PENGHUNI NERAKA

Terdapat golongan-golongan manusia yang berbeza yang akan masuk kedalam neraka, bergantung kepada berat dan banyaknya dosa ynag mereka lakukan ketika di dunia. Mereka terdiri daripada orang-orang yang tidak bertaubat ketika masih hidup di bumi. Terdapat beberapa kategori manusia yang akan masuk dan tinggal selama-lamanya di dalamnya. 

1. Orang-orang kafir

• mereka mati dalam keadaan kafir mereka mendapat laknat Allah, para malaikat, dan manusia seluruhnya. Mereka kekal didalam neraka dan tidak akan diringankan siksaannya dan tidak akan ditangguhkan. 

2. Golongan munafik

• Ditempatkan ditempat yang paling bawah dari neraka dan tidak ada seorang pun yang dapat membantu mereka. penghuni kekal neraka jahannam. Mereka adalah golongan yang kafir setelah beriman dan termasuk dalam golongan orang fasik

3. Ahli kitab yang menolak islam

• terdiri daripada orang-orang yahudi dan kristian. Tanggungjawab ahli-ahli kitab adalah lebih besar daripada orang-orang kafir kerana mereka telah pun terdedah kepada ajaran agama yang betul. Namun apabila nabi SAW menyampaikannya, mereka menolaknya. 

4. Orang yang menyembunyikan ayat-ayat Allah

• Tidak mahu menyampaikan apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada orang lain yang tidak mengetahui. firman Allah SWT ;

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas ) dan petunjuk, setelah kami menerangkan kepada manusiadalam al-kitab, mereka itu dilaknat Allah dan dilaknati (pula ) oleh semua (makhluk ) yang dapat melaknati. ”

5. Pembunuh

• Orang yang membunuh umat islam dengan sengaja tanpa sebab maka nerakalah tempatnya. Allah SWT berfirman :

“Dan barangsiapa yang membunuh seorang mu’min dengan sengaja, maka balasannya ialah jahannam, kekal ia didalamnya dan Allah murka kepadanya, mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya. ”

6. Orang yang membunuh diri

• Siapa yang membunuh dirinya sendiri dengan senjata, dia akan sentiasa membawa senjata tersebut dan akan mengulangi apa yang telah dilakukannya. 
• Siapa yang membunuh diri dengan meminum racun, akan meminumnya didalam api neraka selama-lamanya. 
• Siapa yang membunuh diri dengan terjun dari bangunan akan terjun di dalam api neraka selama-lamanya. 

7. golongan yang syirik

• mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Mempercayai benda lain seperti tangkal, bomoh, dan lain-lain selain daripada Allah. 

8. Penduduk neraka yang lain

• Ada lima penduduk neraka iaitu :
i. Orang lemah yang tidak menahan diri, yang mengikut secara membuta tuli dan tidak mempedulikan keluarga atau harta. 
ii. Pengkhianat yang tamak dan sering melakukan tipu daya walaupun untuk perkara-perkara yang kecil. 
iii. Orang yang mengkhianati keluarga dan harta benda orang lain. 
iv. Orang-orang yang kedekut (bakhil) atau penipu. 
v. Orang yang suka mencaci orang lain dengan kata-kata lucah dan bahasa kesat. 


MAKANAN DAN MINUMAN PENGHUNI NERAKA

Penghuni neraka akan diberi makan, walaubagaimana pun makanan mereka tidak mengenyangkan dan tidak juga mengurangkan rasa lapar mereka. Makanan ahli neraka itu terdiri daripada buah-buahan dari sepohon pokok yang dipanggil sebagai Zaqqum. Pokok yang sangat buruk dan pahit ini tumbuh di dasar neraka, dan tangkai buahnya tidak kuat dan berbentuk seperti kepala-kepala syaitan. 

Para penghuni neraka memakan buah dari pokok ini dengan begitu rakus sekali. Ini kerana mereka tidak mempunyai makanan lain selain daripada makanan tersebut. Mereka akan memenuhkan perut mereka dengan buah yang panas seperti minyak yang mendidih didalam perut. kepanasan dan kedahsyatan buah zaqqum itu dapat dibayangkan dengan sabda rasulullah yang bermaksud

“jika setitik dari zaqqum jatuh kedalam sebuah rumah di dunia ini, ia akan menghancurkan (semua) bekal makanan manusia di dunia ini. Lalu bagaimana ia menjadi makanan seseorang ?” (Tirmizi – sahih ) 

Apabila mereka merasa dahaga, mereka akan meminum minuman bercampur dengan air yang sangat panas. mereka juga akan menjadikan darah dan nanah sebagai makanan di neraka. Api juga merupakan salah satu daripada makanan yang akan diberikan kepada penghuni neraka. Orang yang memakan harta anak yatim, mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk kedalam api neraka yang manyala-nyala. 

1. Hamim (air yang mendidih ) 

• Penghuni neraka akan meminum air yang mendidih sehingga memotong usus mereka apabila diminum. Meskipun begitu merka akan minum seperti unta yang kehausan. 

2. Ghassaq

• Mereka akan minum nanah dan darah yang keluar dari kulit mereka sendiri dan hampir tidak dapat menelannya. 

3. Sadid

• Nanah yang cair. Mereka akan diberi minum dengan air nanah, diminumnya air nanah itu. 

TEMPOH MENDIAMI DAN SEKSAANNYA

Sebahagian ulama berpendapat bahawa seksaan yang akan diterima di neraka adalah sementara dan tidak kekal selama-lamanya, ini kerana langit dan bumi yang kita tahu adalah tidak kekal dan akan musnah pada hari kiamat, dan begitulah dengan perbuatan yang kita lakukan di dunia yang sementara pasti tidak kekal. 

Walaubagaimana pun, sebahagian besar ulama muslim menolak pendapat ini dan menyatakan bahawa langit dan bumi yang dinyatakan dalam al-Quran adalah tidak sama dengan yang kita lihat hari ini, sebaliknya ia adalah langit dan bumi yang kekal selama-lamanya. pendapat yang menyatakan bahawa tempat tinggal dan seksaan di neraka adalah kekal disokong oleh ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith, seperti;

“sesungguhnya barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa, maka sesungguhnya baginya neraka jahannam. Ia tidak akan mati di dalamnya dan tidak (pula) hidup. ” (Ta Ha :74) 

Sesungguhnya orang-orang berdosa akan kekal dineraka selama-lamanya dan seksaan mereka tidak akan dikurangkan walaupun sedikit. Sebahagian manusia akan tetap di dalam neraka untuk satu tempoh masa bagi menghadapi seksaan mengikut dosa yang telah dilakukan, kemudian mereka akan dikeluarkan dari neraka, seperti hadith Rasulullah SAW. 

Barangsiapa yang mengakui bahawa ‘ tiada tuhan yang disembah melainkan Allah ‘dan melakukan kebaikan walau sebesar biji barli akan dikeluarkan dari api neraka, dan mereka yang berkata demikian dengan yakin dan mempunyai amalan kebaikan walau seberat biji gandum akan keluar dari neraka. 

Para penghuni neraka tidak akan dapat bertahan dengan seksa neraka yang mereka hadapi, kesakitan, kesengsaraan dan penderitaan. Oleh itu mereka merayu agar dapat diakhiri penderitaan tersebut, malahan mereka lebih sanggup dimusnahkan dari terus terseksa. Namun satu kemusnahan tidak dapat menghapuskan penderitaan yang mereka hadapi, lalu mereka meminta untuk dimusnahkan beberapa kali. Tetapi sudah pasti rayuaan mereka tidak akan didengar dan dipenuhi oleh Allah

Orang-orang kafir akan menjadi penghuni tetap neraka dan mereka tidak akan dimasukkan kesyurga kerana tidak mempercayai kewujudan Allah. 

Kulit para penghuni neraka akan dibakar dan setiap kali kulit ituhangus dibakar, ia akan digantikan dengan kulit yang baru, dan begitulah seterusnya dimana seksaan itu akan berterusan selama-lamanya. penghuni neraka juga akan menerima azab api di muka mereka, dan tangan mereka akan diikat dengan rantai. Oleh itu mereka tidak dapat menggunakan tangan untuk melindungi diri mereka sendiri daripada api neraka itu. 

Orang yang sesat di dunia, muka mereka akan diseret di atas api neraka dan dibakar dalam api yang panas. Api akan mengelilingi mereka di setiap penjuru, dan akan membakar mereka setiap masa. Usus-usus akan keluar dari perut-perut mereka dan diseret oleh mereka sendiri seperti sabda rasulullah SAW ;

“Pada hari pengadilan seorang lelaki akan dibawa kehadapan lalu dicampakkan kedalam neraka. Akibatnya ususnya akan terkeluar dari perutnya, lalu dia memegang ususnya seperti keldai berlari berpusing-pusing, kawan-kawannya di neraka berkata kepadanya, ‘hai si pulan bin si pulan, apa ini?adakah engkau tidak menyuruh manusia melakukan kebaikan dan menolak kejahatan?’ lalu dia menjawab, ‘benar, aku menyuruh orang untuk melakukan kebaikan tetapi aku sendiri tidak melakukannya, dan aku melarang mereka melakukan kejahatan, tetapi aku sendiri melakukan kejahatan itu’” (Bukhari dan Muslim) 

Di akhirat penghuni neraka akan menyesali perbuatan mereka yang telah lalu, namun penyesalan itu telah terlewat. Orang-orang kafir di neraka akan mengaku bahawa mereka sengaja memekakkan telinga terhadap risalah-risalah yang dibawa oleh para rasul dan enggan menggunakan kebebasan yang diberikan oleh Allah menurut cara yang betul sebagaimana yang dikehendakinya. 

Kalaulah mereka memberi perhatian dan mengikut ajaran para nabi dan rasul, mereka pasti akan memahami dan mempercayai bukti-bukti yang tentang kewujudan Allah lalu beriman kepadaNya. Mereka pasti tidak akan diseksa di dalam api neraka. Mereka akan sentiasa memohon kepada Allah agar diberikan peluang untuk kembali ke dunia dan melakukan ibadah siang dan malam tanpa henti. Namun rintihan dan tangisan mereka tidak akan diendahkan kerana Allah telah memberi masa yang panjang untuk kita mengumpul sebanyak mana pahala sebagai bekalan di akhirat kelak, tapi kita mensia-siakan masa yang diberikan olehNya. 

CARA-CARA MENJAUHKAN DIRI DARI API NERAKA

Setiap orang akan mendatangi neraka. Namun hanya orang-orang yang beriman dan bertaqwa yang akan terselamat dari terjerumus ke dalam api neraka. Orang yang bertaqwa itu ialah orang yang takut kepada Allah, menahan dan menjaga dirinya dari melakukan perbuatan jahat dan maksiat, sentiasa berbuat kebajikan. Terdapat banyak amal perbuatan yang boleh menjauhkan dan melindungi seseorang dari seksaan api neraka. Antaranya ialah ;

1. iman

• Allah telah menyediakan syurga untuk orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepadanya dan mereka terselamat dari seksaan api neraka selama-lamanya. Mereka yang selalu berdoa memohon keampunan daripada Allah dan menjauhi mereka daripada api neraka, orang yang sabar, taat pada perintah Allah dan membelanjakan hartanya di jalan Allah akan dijauhkan dari seksaan api neraka. 

2. Cinta kepada Allah

• Allah tidak akan mencampakkan orang-orang yang dicintaiNya ke dalam api neraka. Mareka yang mencintai Allah lebih dari segala-galanya akan dikasihi dan dicintai oleh Allah. 

3. Takut kepada Allah

• Allah telah berfirman yang bermaksud bagi mereka yang takut akan saat menghadap tuhannya ada dua syurga. Barangsiapa yang menangis kerana takut kepada Allah tidak akan masuk ke neraka hinggalah susu kembali ke tempat asalnya. 

4. Siyam (puasa) 

• Puasa adalah perisai dari api neraka. Mana-mana hamba yang berpuasa sehari untuk mencari keredhaan Allah akan dialihkan mukanya dari api neraka dengan satu jarak tujuh puluh tahun.