Selasa, 3 Mac 2015

MALAYSIA MENUJU BALA YANG SAMA SEPERTIMANA NEGARA-NEGARA LAIN.

Saudara-saudari Islam, berikut adalah ucapan saorang pelajar Islam, Najeeb Rahman dimajlis "Charity Lunch For Maluku" di University of Leeds. Majlis tersebut di anjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia University of Leeds (Saudara Taufik dan beberapa mahasiswa perubatan) Bacalah. Agak sedikit panjang tapi sangat menyentuh hati.

Assalamua'laikum warahmatullah, 

Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam semesta ini, Sejahtera keatas Rasulullah SAW dan Nabi-Nabi serta Rasul-Rasul, keluarga mereka, sahabat-sahabat mereka, dan kita semua yang hadir. 

Baru-baru ini pembunuhan dan penyembelihan umat Islam secara rambang
(massacres) telah berlaku di Maluku dan Ambon Indonesia. Gambar-gambar foto yang mengerikan ,gambar mayat kanak-kanak Islam yang dicincang serta orang-orang Islam yang dibunuh beramai-ramai
(massacre) boleh dilihat di internet. Lapuran
bergambar yang dilakukan oleh Dr Jemilah mengenai pembunuhan-pembunuhan tersebut apabila difikirkan boleh membuat kita menitiskan air mata. Dan kesemuanya ini benar-benar telah berlaku dan bukannya imaginasi sesaorang. 

Saudara-saudari Muslim ku, sebenarnya, ini bukan
insiden kekejaman keatas kaum Muslimin yang terpencil. Trajedi-trajedi atau bala yang serupa pernah berlaku di Bosnia dimana ratusan ribu orang-orang Islam dibunuh dalam kekejaman "cuci berseh" ( ethnic cleansing) oleh puak Kristian Serbs. Sama juga di Kosova dimana puluhan ribu orang-orang Islam juga telah 'dicuci berseh", dibunuh; juga oleh puak Serbs. Kanak-kanak dan kaum tua yang tiada berupaya untuk mempertahankan diri di bunuh begitu saja. Wanita-wanita Islam dirogol dan seterusnya dibunuh. Orang-orang Islam dipenggal dan dikelah anggota mereka. Ceritanya sama, berulang-ulang kali. 

Mengapa kekejaman ini terus menimpa umat Islam di merata dunia? Kita boleh persalahkan kekejaman ini kepada konspirasi antarabangsa terhadap Indonesia, atau rancangan jahat Barat terhadap kaum Muslimin, atau pun sebagai tindakan kebencian Yahudi dan Kristian terhadap kita, atau pun operasi cuci berseh puak Kristian Serbs. Tetapi adakah hanya ini SEBAB MUSABAB YANG SEBENARNYA? 

Dari pengalaman saya sebagai Sukarelawan Perubatan di Kosova, saya dengan sendirinya telah melihat kubur-kubur tanaman beramai (mass graves) orang-orang Islam yang dibunuh, mayat-mayat yang sedang reput dan busuk, keluarga-keluarga terutamanya kanak-kanak yang dalam ketakutan, rumah-rumah dan masjid-masjid yang telah hancur musnah. Memangnya suatu pengalaman yang kuat tamparannya. 

Dengan izin Allah SWT saya telah berpeluang tinggal bersama-sama suatu keluarga yang baik di Prizren, Kosova. Ketua keluarga itu, Imam Ismail dan anak sulungnya, Navahi, kedua mereka adalah imam, begitu juga dengan datok Navahi, juga saorang imam. Mereka mesra dan baik hati. Semasa satu dari perbualan kami di waktu petang kami telah berbual mengenai bala dan trajedi yang telah menimpa, bagaimana masyarakat Kosova sebelum ditimpa bala pembunuhan massacre itu. 

Navahi yang faseh berbahasa Inggeris telah
menceritakan dengan penuh rasa segan dan malu mengenai keadaan masyarakat Islam Kosova sebelum berlakunya genosid puak Kristian Serbs. 

Antara perkara yang beliau sebutkan adalah kaum
Muslimin di Kosova telah lupa daratan dan
membelakangkan Islam. Ramai tidak tahu sembahyang, tidak reti membaca Quran, telah lupakan syahadah, dan zina serta meminum arak (bir) berleluasa di merata pelusuk. Hanya kaum tua sahaja yang masih ke masjid. 

Di sebuah bandar kecil bernama Djakova, dimana berlaku pembunuhan massacre kaum Muslimin yang terdahsyat sekali, penduduk Islam disana telah berlaku syirik terhadap Allah SWT. Mereka menyembah kubur-kubur. Mereka memasang lilin (seperti Kristian lakukan dalam gereja) dan menyembah kubur-kubur orang-orang alim
(saints) yang dianggap keramat. Mereka mendakwa yang mereka bukannya menyembah "keramat-keramat" tersebut tetapi menghampiri Allah melaluinya. Ini adalah kepercayaan mereka yang nyata sesat. Tidak ada "inter-mediaries" atau perantaraan dalam Islam. Ini nyata perbuatan syirik. Imam Ismail adalah Imam di masjid Djakova sebelum berlakunya genosid pembunuhan orang-orang Islam beramai-ramai di bandar itu oleh puak Kristian Serbs. 

Di bandar Suhareka, lagi satu bandar di mana
pembunuhan secara massacre keatas orang Islam telah juga berlaku, penduduk bandar tersebut telah mengesa Bilal masjid supaya jangan melaungkan adzan untuk memanggil orang mengerjakan solat. Ini kerana adzan mengganggu tidor mereka. (Saya percaya ada dikalanganummah kita yang sama menaruh perasaan benci mendengar adzan, atau mereka akan kaleh memekakkan telinga dan mengabaikan solat. Ada yang langsung tidak bangun mengerjakan fardhu Subuh).


Di satu lagi bandar di Kosova, seramai 40 orang Islam (lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang-orang tua) telah dibawa ke dalam hutan dan diikat. Mereka kemudiannya ditembak mati oleh puak Kristian Serbs dengan senjata AK47. Di bandar ini hanya gulungan tua sahaja yang ke masjid. Semasa kami membuat lawatan rawatan medic kesana kami telah tiba sejurus sebelum masuk waktu Maghrib. Pemuda-pemuda disana memberitahu kami hanya orang tua sahaja ke masjid. Benar kata mereka kerana apabila kami sampai ke masjid hanya ada Imam dan saorang lelaki tua dan rombongan medic kami yang bersolat di masjid tersebut. Semasa kami sedang mengedarkan Quran, saorang pemuda yang mulutnya berbau arak bir meminta senaskah Quran untuk dibakar buat memanaskan rumah beliau (Bandar tersebut dikelilingi hutan. Oleh demikian tidak mungkin tiada cukup bekalan kayu untuk bahan api buat memanaskan rumah). 

Setelah membuat lawatan ke lelain kawasan di Kosova, kami lihat kebanyakan pembunuhan serta kemusnahan harta benda kaum Muslimin berlaku di kawasan utara Kosova dimana masjid-masjid jarang kelihatan walau pun majoriti penduduk terdiri dari orang Islam. 

Bukan niat saya hendak menjatuhkan air muka saudara/Islam kita di Kosova, tetapi untuk mengingatkan kita semua kepada penganjaran dan iktibar di Kosova agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama. Saorang lelaki tua yang kami temui, yang anak lelakinya telah dibunuh dan rumahnya dibakar, telah meminta kami memberitahu umat Islam yang lain apa yang sebenarnya telah berlaku. Oleh itu saya hanya menyampaikan yang diamanahkan oleh orang tua itu. 

Navahi juga memberitahu kami mengenai situasi di
Turkey. Datok beliau kerap ke Turkey kerana ramai
rakan kenalan disana. Turkey, bukannya negara Islam, walau pun menonjolkan imej sedemikian. Turkey diperintah gulungan sekular yang ekstremis dalam fahaman bahawa agama Islam tiada kena mengena langsung dengan pemerintahan negara. Ini sudah merupakan ideoloji kebanyakan orang-orang Islam moden masakini. Mereka mendakwa Islam dan politik itu berasingan dan tidak boleh dicampur. Gulungan sekular Turkey pernah berkata urusan pentadbiran negara hendaklah jangan "tercemar"oleh ajaran Islam (saolah-olah politik itu suci dan Islam itu kotor). Mereka mendakwa Islam itu perlu disekat amalannya kepada masjid dan rumah-rumah sahaja, dan dilarang digunakan di Parlimen, mahkamah dan sebagainya. Pemerintah sekular Turkey menganggap hukum-hukum Syariah itu kuno dan purba, sesuai hanya bagi puak-puak Arab zaman purba yang hidup di gurun dan menunggang unta. Bagi gulungan sekular Turkey undang-undang Syariah tidak lagi sesuai bagi masyarakat bertamaddun serba moden masakini, iaitu di zaman kereta, komputer dan internet; pro-kebebasan dan hak asasi manusia. Hukuman rejam ke atas penzina dan potong tangan yang mencuri dianggap oleh puak sekular Turkey sebagai kejam dan tindakan orang-orang yang tidak bertamaddun, dan dengan demikian tidak lagi sesuai dilaksanakan. (Tidak terlintas kepada mereka bahawa mereka berlaku syirik terhadap Allah SWT). TIDAK KAH SEMUA INI SAMA DENGAN KEADAAN KITA? 

Wanita di Turkey dilarang berhijab/bertudung menutup aurat. Usaha untuk mempelajari agama Islam dijadikan perkara yang susah oleh kerajaan Turkey. Pihak berkuasa yang sangat menindas Islam adalah tentera Turkey. Navahi mengatakan anggota tentera yang ditangkap mengerjakan solat dikenakan 'court marshal' (adalah suatu kesalahan mengikut peraturan tentera Turkey untuk mengerjakan solat). 

Saya menerima e-mail beberapa hari sebelum berlaku gempa bumi yang dahsyat di Turkey baru-baru ini. Beberapa hari sebelum berlaku gempa bumi tersebut, pihak Jeneral-Jeneral tentera Turkey mengadakan temasha keraian (party) di apartmen peranginan mereka di pantai Mediterranean. Mereka mengundang perempuan jalang dari Israel dan telah bersukaria sakan, meminum arak dan berzina. Seterusnya Jenera-Jeneral tersebut telah memanggil saorang anggota pangkat bawahan untuk membaca Al-Quran sambil mereka bersukaria, mabok dan berzina itu. Anggota pangkat bawahan enggan dan takut berbuat demikian, lalu saorang Jeneral merampas Al-Quran itu lalu memijak-mijak Al-Quran itu sambil mencabar," Mana dia Allah untuk selamatkan Quran ini". Mereka semua ketawa terbahak-bahak. Anggota tentera pangkat bawahan telah melihat suatu cahaya berwarna merah samar memancar di horizon laut. Beliau ketakutan lalu melarikan diri keluar dari apartmen 

Jeneral-Jeneral itu. Sejurus kemudian satu ombak yang begitu tinggi melanda pantai dan menelan apartmen dengan Jeneral-Jeneral Turkey tersebut kedalam laut. Yang berlaku sebijik semacam salah satu bala balasan Allah yang difirmankan di dalam Al-Quran. Wallahu 'alam. 

Di Palestine, saya terdengar dari saorang di sana
bahawa saorang Yahudi pernah berkata kepada saorang Arab, " Kami Yahudi tidak takut dan gentar selagikami tidak melihat bilangan kaum Muslimin yang menunaikan solat fajar berjemaah di masjid sama dengan bilangan kaum Muslimin yang menetap di dalam qariah ." 

Di Bosnia, kebanyakan orang Islam telah membelakangkan agama mereka sebelum berlakunya pembunuhan massacre disana. Mereka telah meniru cara hidup Eropah kafir. Zina, arak begitu berleluasa, dan perkahwinan antara Kristian dan Islam ( secara murtad) dibenarkan. Orang Islam yang menjaga keimanan mereka terlalu sedikit bilangan mereka berbanding dengan yang memilih hidup dalam keadaan kejahilan moden dan kesesatan. 

Saudara/i Islam, ini hanyalah contoh-contoh
kemungkaran dan keingkaran. Sekali lagi ditegaskan bukan niat saya mengaibkan mereka, tetapi suatu iktibar perlu di ambil. Saya pasti sudah jelas bagi anda semua SEBAB SEBENAR berlakunya bala bencana dan trajedi yang dahsyat tersebut. Seperti firman Allah SWT didalam Al-Quran : (Terjemahan): " Janganlah kamu jadikan seruan Rasul diantara kamu seperti panggillan sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain. Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang beransur-ansur pergi di antara kamu dengan berlindung (kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa ujian atau ditimpa azab yang pedih." (Surah An Nuur Ayat 63). 

Dan didalam satu lagi ayat Allah berfirman
(terjemahan) " Maka tatkala mereka membuat Kami murka, Kami menghukum mereka lalu kami tenggelamkan mereka semuanya (di laut)". (Surah Az Zukhruf Ayat
55) 

Amaran-amaran didalam Al-Quran itu snagat jelas. Dan Allah SWT tetap tidak akan mungkir janjiNya. Bukankah mereka-mereka ini (Bosnia, Kosovo, Turkey) telah tidak mematuhi perintah Allah dan RasulNya? Bukankah mereka telah mencabar Allah SWT? Ada lah perkara mudah bagi Allah SWT menimpakan azab keatas kita atau mengadakan dugaan bagi kita kerana Allah Maha Berkuasa atas segalanya. Bala dari Allah SWT itu kalau tidak dalam bentuk pembunuhan, Allah SWT boleh turunkan bala itu sebagai wabak penyakit, ribut taufan, gempa bumi dan banjir yang dahsyat seperti difirmankanNya didalam Al-Quran. 

Jangan pula kita mempersoalkan sifat Allah SWT yang maha pengasih, maha pengampun lagi maha adil kerana telah mengizinkan berlakunya pembunuhan massacre keatas orang-orang Islam dan kanak-kanak itu. Rahmat Allah SWT tetap ujud walau pun kita tidak dapat mengamatinya. Mithalnya, sesetengah yang dibunuh itu mungkin orang Islam yang lemah keimanan mereka, dan mungkin telah melakukan banyak dosa dan sekiranya mereka mati secara biasa bukan mati syahid, sudah pasti tempat bagi mereka adalah api neraka...Wallahu 'alam. Dan kanak-kanak yang terbunuh itu sebenarnya terselamat dari alam sekeliling yang berupa jahiliyah moden yang boleh merosakkan mereka dan mungkin apabila mereka dewasa kelak, mereka akan murtad atau berlaku syirik atau hidup bergelumang dengan dosa. Tetapi Allah SWT telah mengambil mereka kembali dari dunia di waktu mereka kecil lagi, dan dengan itu mereka terselamat dari membuat dosa, dan Insya Allah akanmasuk syurga di khirat nanti, dan sayugia diingatkan akhirat itu adalah kehidupan buat selama-lamanya . 

Bukankah ini berupa nikmat dan rahmat Allah jua. Kalau kita percaya hidup berakhir didunia ini sahaja maka kita akan melihatnya sebagai trajedi yang tidak adil. Tetapi kalau kita percaya kepada akhirat segala-galanya adalah ujian dan dugaan dalam perjalanan ke akhirat. Tetapi ini tidak sama sekali bermakna kita membiarkan sahaja ummah kita terus ditindas dan menderita begitu sahaja. Kita ummat Islam merupakan keluarga yang besar dan menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka dan melindungi mereka kerana meraka adalah saudara-saudari Islam kita. 

Oleh yang demikian apakah yang perlu kita lakukan
untuk mengelakkan bala dari Allah yang berupa bencana alam dan pembunuhan menimpa diri kita dan mereka yang kita sayang? Jawapannya sama seperti yang telah diturunkan zaman ke zaman. KITA PERLU kembali ke jalan yang diredhai Allah SWT. KITA PERLU memohon keampunan Allah SWT. Kita perlu bersatu dibawah panji dan kalimah 'lah ilaa ha illallah' dan bukan dibawah panji masing-masing. KITA PERLU berpegang pepenuhnya kepada HUKUM-HAKAM dan PERINTAH-PERINTAH Allah SWT dan berhenti melakukan segala yang dilarangNya. Ini tindakan-tindakan yang perlu kita lakukan. Nampaknya agak susah, tetapi ia sebenarnya mudah, Insya Allah. semuanya perlu bermula dari diri dan hati kita. Jangan tinggalkan solat fardhu, pelajari dan dalmi ilmu agama kita, dan berdoa memohon Allah SWT menguatkan iman kita, dan hentikan bertelingkah antara sesama sendiri mengenai perkara-perkara yang remeh. Kita boleh mengelakkan dari ditimpa dengan bala pembunuhan dan lain-lain bala keatas diri kita dan keluarga kita. Allah SWT telah berfirman bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum itu tidak terlebeh dahulu dengan sendiri berusaha untuk mengubahkannya. Kita perlu memulakannya dahulu, dan Allah SWT akan memberi kita pertolongan seperti yang dijanjikanNya. 

Sebagai bukti, satu keadaan di Kosova. Pada suatu
petang saya telah ke daerah Opoya, terletak di wilayah selatan Kosova, dan dari mana Imam Ismail berasal. Di kawasan itu bandarnya tidak mengalami apa-apa pun. Tiada berlaku pembunuhan massacre orang Islam , tiada pula kesan-kesan kemusnahan perang, dan tiada tanda-tanda bahawa puak Kristian Serbs telah ke tempat itu. Tetapi sebenarnya puak Kristian Serbs telah menetap di kawasan itu selama 8 tahun , sama seperti di lain-lain kawasan. Perbedzaan yang dapat kita lihat adalah diwaktu Maghrib, masjid di Opoya PENUH. Itu hanyalah waktu solat fardhu harian yang biasa. Di hari Jumaat ianya penuh berlimpahan, dan bukan hanya kalangan tua sahaja tetapi ramai pemuda sama berjemaah. Dan mereka telah beramal walau pun godaan dan pengaruh buruk puak Kristian Serbs telah ujud. Kami tidak melihat sesiapa dikalangan orang Islam yang meminum arak disana. Saya diberitahu hanya satu tempat sahaja yang dimusnahkan oleh bomb puak Serbs, iaitu sebuah kafe yang pernah mensajikan minuman arak. Pelanggannya datang dari kawasan lain. 

Bandingkanlah perbedzaan Opoya dengan bandar-bandar yang lain. Tidakkah jelas dan nyata bahawa kekuatan itu berada di tangan Allah SWT dan bukan bergantung sangat kepada tentera yang kuat untuk membalas serangan puak Kristian Serbs. Inilah maknanya "lah Haula wa lah quwata illa billah", tiada kekuatan atau daya kecuali dengan kehendak Allah SWT. Sekiranya Allah SWT tidak mengizinkannya, maka puak Kristian Serbs tidak akan dapat menyerang sesebuah bandar itu. Oleh itu jadikanlah ianya suatu pengajaran dan iktibar. 

Akhirnya mari kita sama-sama memohon doa' kepada Allah
SWT. 

Bismillahhir Rahmaanir Raheem 

Ya Allah Tuhan kami. Tingkatkanlah keimanan dan taqwa kami.kepada Engkau Ya Allah dan Akhirat. Ya Allah perkenankanlah taubat kami dan ampunkan dosa-dosa kami di masa lepas dan yang akan datang. Ya Allah, kami memohon taufik dan hidayah dari Mu kerana Engkau sahaja yang boleh memberikannya. Ya Allah, tolonglah ummat Muhammad SAW untuk bersatu, dan lindungi kami dari pertelingkahan sesama sendiri. Ya Allah kami berlindung dengan Engkau dari Syaitan, Dajjal, dan dari tamak haloba. 

Ya Allah! Hapuskanlah kekejaman dan penderitaan yang dihadapi oleh saudara-saudari Islam kami di Maluku, di Palestine, di Chechnya, dan diamana saja mereka ditindas. Dan jika ditakdirkan mereka gugur, tetapkanlah Ya Allah bagi mereka mati dalam syahid, mati dalam memperjuangkan agama Engkau Ya Allah, dan mati dalam beriman. Ya Allah! Musnahkan kaum yang kafir untuk kami kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Berkuasa. Pecah-belahkan mereka dan tanamkan ketakutan kedalam hati mereka. 

Ya Allah kami adalah makhlok Engkau yang lemah.
Tolonglah kami Ya Allah kerana tiada kuasa melainkan kuasa Engkau Ya Allah. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, pesuruh Engkau Ya Allah Tuhan semesta alam. Wa billaahit-tawfeeq wal hidayah. Subhanaka Wabihamdika wa ash-hadu allaa ilaaha illa anta. Wa nastaghfiruka wa na tuu bu ilaik Wasallallaahu 'alaa 
Muhammaddin Nabiyil Wa 'alaa aalihi wasahbihi
wassalam. Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh! 

CATITAN PENTING: 

Saya harap anda semua saudara-saudari Islam di
Malaysia akan membaca kesemua bahagian ucapan diatas dengan teliti. Ini bukannya perkara yang boleh diambil ringan. Bagi kita di Malaysia bukankah bukti-bukti dan tanda-tanda sudah jelas bahawa apa yang berlaku di Bosnia, Kosova, Turkey dan lain-lain yang mempelawa bala diturunkan oleh Allah SWT sudah pun berlaku di Malaysia dengan berleluasa? 

1) bilangan yang murtad di Malaysia semakin bertambah, dan pihak berkuasa saolah mengalakkannya 

2) zina dikalangan orang Melayu sudah berleluasa 

3) arak dijual di merata tempat (7 Eleven pun ada
menjualnya) dan ramai orang Islam minum arak -
lihatlah di Bangsar. 

4) Masjid/surau hanya satu dua saf untuk solat fardhu, kadangkala hampir kosong (hanya 10 orang solat Maghrib di Masjid Negara pada hari Black 14 pada Sabtu 15 April 2000) - suatu survey tidak berapa lama dahulu menunjukkan hanya 10% orang Islam yang lengkap sembahyang 5 solat fardhu sehari. Keadaan yang serupa ujud di Kosova sebelum berlakunya pembunuhan rambang kaum Muslimin oleh puak Kristian Serbs. Jangan ingat jiran kita yang Cina dan India yang bukan Islam itu tidak mungkin bertindak ganas seperti puak Kristian Serbs di Bosnia dan Kosova. Tanda-tanda dah pun ada. 

6) Undang-undang Shariah di ketepikan dan diambil
ringan, Shariah sudah tidak sesuai dengan zaman IT ini atau tidak boleh dilaksanakan oleh masyarakat berbilang kaum dan agama 

7) Ada segelintir orang Melayu yang tidak boleh
menyebut shahadah. Jangan terperanjat. 

8) Rasuah berleluasa, hinga ke peringkat bawahan. ). 

Senarai kemungkaran dan keigkaran ini begitu panjangsekali. Dan segala-galanya adalah tanda-tanda yang sama dilihat di Bosnia dan Kosova sebelum genosid dimana puak Kristian Serbs telah membunuh dengan rambang untuk mencuci berseh orang Islam telah berlaku. Dan jangan terperanjat kalau keadaan sama berlaku di Malaysia ini. Adakah kita memileh untuk berdiam dan menuggu sahaja tanpa berbuat sesuatu sekarang juga. Kita tunggu sehingga bencana menimpa, tunggu sehingga kita dapat melihat anak isteri kita dan kita sendiri disembelih, tunggu sehingga lain-lain bala dari Allah seperti gempa bumi,banjir besar , ribut taufan melanda Malaysia barulah kita sedar dan tergesa-gesa kembali ke jalan Allah ? Adakah bala dari Allah yang kita idamkan?? Gempa bumi dan ribut taufan tak berlaku di Malaysia? Kalau dikehendakki Allah gempa bumi yang dahsyat yang memusnahkan hampir kesemuanya rakyat boleh berlaku esok lusa. sama ada kita kembali ke jalan Allah atau kita mempelawa bala diturunkan oleh Allah ketas Malaysia adalah pilihan kita sendiri. Apa jua yang bakal berlaku, kita dan keluarga kita yang akan menanggungnya.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin