Semoga anda ceria-ceria di hujung minggu ini dan beroleh kesempatan waktu bersama keluarga yang tersayang.Walaupun saya sebagai seorang cucu kepada allah swt berdoa kepada anda semua sihat dan walfiat.
Kebetulan bermula minggu ini, saya sebagai seorang cucu kepada allah swt akan mulakan diet dan kurus secara pantas, jadi saya terfikir untuk berkongsi dengan para semua pembaca setia blog ini tentang cara RAHSIA yang awesome ini. Tapi adalah diingatkan dari awal lagi bahawa badan tak ambil masa sehari untuk gemuk dan juga badan tak ambil masa sehari untuk kurus.
Biar lambat asalkan selamat. Jadikan SABAR sebagai tangkal utama untuk diet pantas ni. Jangan sekali-kali ingin turunkan kilo dalam seminggu hingga 10 kg. Jika ada cara atau supplement yang mampu lakukan sebegitu, pasti ada 'something wrong somewhere' pada keadah dan produk tersebut.
Jangan risau, tips hebat ini saya kongsikan bersama anda. Penurunan 3-5kg dalam sebulan tanpa gagal kerana ini yang saya lakukan kepada rakan-rakan yang bermain gym bersama saya dahulu dan pengalaman inilah yang saya gunakan bersama pelanggan istimewa bisnes saya sekarang.
5 RAHSIA TERBONGKAR
1. Jaga Pemakanan Terutamanya Sarapan!
Nampak senang je kan tapi akhirnya ke laut juga apabila kita tak fokus dan konsisten dengan apa yang kita inginkan. Fokus ok! Anda kan nak kurus pantas! The secret of change is to focus all of your energy, not on fighting the old but on building the new!
Di bawah ni adalah contoh menu makanan yang kebiasaannye kita biasa lihat dan juga jadi rutin kepada diri kita sendiri sebagai orang M'sia yang wajib makan nasi. Betul tak?
- Breakfast - nasi lemak + air nescaffe
- Lunch - nasi ayam + air sirap
- High tea - goreng pisang + kuih-muih + air kopi
- Dinner - nasi + lauk pauk kampung + air kosong
- Supper - minum teh + makan biskut
Haaaa, mesti ada yang jadual makannya seperti ini. Takmo...takmo ye kalau nak kurus pantas. Ni terbalik ni, ia untuk GEMUK pantas. So, berhati-hati.
Ni makannya jika kita tidak menjaga corak pemakanan yang seimbang. |
Kesilapan rakyat M'sia dalam mengambil sarapan pagi adalah mengambil makanan berminyak, bergoreng dan kurang nutrien.
Tahukah anda, liang-liang usus dalam badan mudah menyerap makanan dan mudah tersumbat jika selalu diberikan makanan yang berminyak seterusnya ia menyebabkan kandungan lemak dan kolestrol dalam badan meningkat secara perlahan-lahan tanpa kita sedari kerana ini semua berpunca daripada apa yang kita makan SEAWAL sarapan pagi.
Saya selalu cakap dengan customer "good breakfast give good day!". Jadi berikan yang terbaik kepada usus kita sebaik-baiknya seawal pagi dan hari anda seterusnya pasti lebih menggembirakan. Jika anda dapat kawal sarapan pegi anda, waktu pemakanan yang lain akan menjadi lebih mudah.
2. Cuci Usus Anda!
Untuk lose weight, mesti cuci usus terlebih dahulu! Nak tahu kenapa mesti kene cuci usus? Nak cuci macam mana tu?
Kita mesti melalui proses detox terlebih dahulu sebelum memulakan program penurunan berat badan. Tujuannya adalah untuk penyerapan nutrien dari sarapan itu manakala yang tidak diperlukan di'detox'kan secara baik.
Sebagai makluman, apa yang didetox oleh badan adalah tidak secara keseluruhan dan terdapat sisa-sisa kecil yang tidak boleh di detox secara terus maka pengambilan supplement seminggu sekali adalah penting untuk tujuan mencuci usus.
Ini rupa usus yang kotor (before) dan yang bersih (after) |
Jadi proses penurunan berat badan boleh jadi lebih cepat apabila usus telah bersih dan pemberian nutrisi yang sihat seawal pagi. Pilihlah supplement semulajadi yang semestinya selamat untuk usus tanpa menghakisnya secara 'halus'.
3. Meal Plan
Tadi tentang kepentingan sarapan pagi yang sihat dan usus yang bersih. Sekarang, bagaimana pula dengan makan tengahari dan malam?
Hah! inilah namanya 'meal plan'? Ia adalah tatacara pemakanan berdisiplin dan sihat yang mesti diikuti berdasarkan target penurunan yang dikehendaki.
Pesanan buat semua. Untuk turunkan berat badan biarlah logik targetnya. Jangan melampau-lampau dan secara mendadak pula dalam tempoh yang singkat kerana ia boleh memberikan effect kepada sistem tubuh dan organ dalaman badan untuk berfungsi. Organ jantung adalah yang paling terkejut hendak mengepam darah dalam arteri-arteri dalam badan jika penurunan berat badan adalah secara mendadak.
Biarlah logik, misalnya 1 bulan turun 5 kg, bukan 10 kg atau 15 kg sebulan. Walaupun penurunan berlaku tidak sepantas yang diingini tetapi yang penting, mesti reshape!
Apa itu reshape? Reshape adalah proses pembentukan semula badan setelah berat turun. Kemudian badan akan reshape menjadi bentuk tubuh yang lebih cantik dan 'kemas' serta tidak flebby. Caranya mestilah kena ambil makanan yang penuh protein untuk firmkan otot-otot bdn supaya lebih kental dan nampk cantik.
Bagaimana nak buat meal plan?
Ambil sekeping kertas dan tulis TARGET TURUN BERAT BADAN : 5 KG SEBULAN
Tulis juga berat badan asal dan berat badan yang hendak dicapai dalam tempoh yang ditetapkan.
Meal Plan:
a) Bangun Pagi: Minum air segelas/500ml (botol kecil) untuk tujuan aktifkan sistem dalam tubuh.
b) Breakfast: Ambil makanan berprotein seperti roti sekeping dua + Minum air kosong sebanyak 500ml + 500ml secara sikit demi sikit, bukan sekaligus.
c) Lunch: Makan macam muka 'Mickey Mouse' iaitu banyakkan sayuran dan protein kemudian kurangkan nasi atau karbohidrat. Makan buah-buahan yang berasaskan sumber air kerana air penting dalam tubuh badan. Contohnya tembikai + Minum air kosong sebanyak 500 ml + 500 ml secara sikit demi sikit bukan sekaligus.
d) High Tea: Ambil makanan yang ada fiber yang mengenyangkan. Contohnya: Bread yang ada fiber tinggi dalam 2 keping.
e) Dinner: Minum air segelas/500ml atau ambil makanan berprotien tinggi atau makan macam muka 'Mickey Mouse' (seperti lunch tadi).
Jadi apa-apa pun bijaklah apabila menyenduk atau mengambil makanan dalam menu seharian kita. Kita perlu bijak mengawal pengambilan kalori dengan betul yang bersesuaian dengan gaya hidup sendiri dan kita tidak terhalang untuk makan makanan kegemaran kita. Yang penting "we are what we eat!".
4. Belajar Minum Air Kosong
Ini adalah perkara wajib yang menjadi rahsia dalam semua slimming center, rahsia AIR. Hendak turunkan berat badan mesti kena belajar minum air kosong secara berterusan kerana ia boleh membantu menurunkan kadar kalori dalam badan yang dah berzaman disimpan dalam lapisan bawah kulit kita ini.
Air kosong juga berfungsi untuk menguraikan lemak-lemak lama yang akan didetoxkan melalui air kencing. Seterusnya untuk mencuci buah pinggang. Bila air kosong kurang diminum, buah pinggang kita akan berusaha bersungguh-sungguh keluarkan air kencing tetapi itu adalah cara yang tidak sihat kerana air kencing akan jadi kuning sangat dan kesian pada buah pinggang kita kerana bersusah payah dia 'mencari punca air' yang ada dalam tubuh badan kita untuk tujuan detox.
5. Supplement
Ramai sebenarnya mengetahui bahawa pengambilan supplement pada masa kini sangat perlu bahkan terdapat beberapa buah negara maju memberikan supplement percuma kepada penduduknya. Contoh terbaik adalah Jepun. Ia bukan sengaja diberikan tetapi sebagai mencegah sebarang penyakit kronik kepada penduduknya akibat pelbagai komplikasi kesihatan.
Dalam diet yang sihat untuk kurus dengan pantas, pengambilan supplement sangat penting untuk memberikan nutrien keperluan tubuh dan mengawal sistem pemakanan harian kita.
Sengaja saya ingin berkongsi dengan anda testimoni saya sendiri. 2 bulan yang lalu, Cinch Mix Shake, Omega, Lecithin dan Herb Lax adalah antara supplement wajib pengambilan saya. Yang bestnya, dengan modal yang sangat rendah, ia tahan pula selama hampir 2 bulan dan ketika itu berat badan saya turun kurang lebih 7kg. Alhamdulillah. Suka sangat ketika itu.
Cinch Shake Mix adalah protien penuh yang memberikan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan dan anda akan rasa kenyang tanpa perlu mengambil makanan secara berlebihan sepanjang 4-5 jam bekerja. Saya hanya ambil Cinch ini ketika breakfast dan tea break sahaja untuk tujuan tenaga sepanjang hari dan sepanjang malam.
Maklumlah, di siang hari saya pensyarah, di malam hari pula, saya seorang usahawan. Jadi, tenaga sangat penting untuk saya tapi TANPA MAKANAN.
Omega dan Lecithin pula adalah untuk membakar dan memecahkan lemak tepu dan kolesterol dalam darah. Kedua-dua supplement ini sangat hebat. Bukan sahaja untuk kurus dengan pantas tetapi juga memberikan positive side effect seperti rambut yang semakin kuat, kulit terasa halus dan lembut, fokus bekerja berganda dan badan terasa sangat cergas kerana saluran darah telah bersih serta badan terasa ringan sekali.
Kedua-dua supplement ini saya ambil setiap kali selepas waktu makan, 3 kali sehari tanpa skip.
Herb lax pula adalah campuran herba yang berfungsi mencuci toksik dan baki kotoran yang berada dalam usus. Pengambilannya dalam seminggu adalah 2 kali sahaja. tak boleh ambil banyak-banyak kerana nanti usus malas nak bekerja sendiri. Lemak-lemak dan kolesterol yang dipecahkan tadi akan di'pam' sehingga bersih oleh tubuh dengan bantuan supplement ini.
Yang lebih best adalah setelah berhenti menggunakan produk ini, badan saya hanya naik 1kg je selama hampir 2 bulan berhenti menggunakannya. Ini bermaksud untuk kurus yang pantas dan sihat serta kegemukan tidak berulang lagi, pembuangan toksik dalam tubuh secara sempurna adalah sangat perlu kerana ia ibarat karat yang tidak dibuang ketika proses pengecatan baru dilakukan pada sebatang besi. Jadi sia-sia ringkasnya!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan