Isnin, 16 Februari 2015

UCAPAN INNALILLAH BUKAN SEKADAR UNTUK MATI SAHAJA MALA MUSIBAH.

Ucapan “ INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN “
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Ertinya : “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “.

Diucapkan apabila ditimpa sesuatu yang tidak dikehendaki seperti banjir , kemalangan , kecurian dan seumpamanya .
( Walhal orang-orang kita hanya mengucapkannya tatkala mendengar berita kematian seseorang ) .

Firman Allah mengenai ucapan ini :

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Ertinya : “ Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata : Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “ ~ Surah al-Baqarah , ayat 155

Dengan itu apa yang saudara lakukan ( membaca INNA LILLAH ….) apabila mendapat berita kematian seorang yang bukan Islam TIDAKLAH SALAH dan TIDAKLAH DIANGGAP SEBAGAI DOA KEPADANYA serta TIDAKLAH PULA DIANGGAP MENDOAKAN RAHMAT KE ATAS ROH SI DIA ( Yang Bukan Islam itu ) .

Apa yang saudara ucapkan itu hanyalah sebagai TAZKIRAH ( Peringatan ) kepada diri sendiri dan kepada orang yang memahami perkataan itu bahawa ucapan itu membawa erti: “ Betapa hebat, sombong , megah , takbur , besar diri dan gagahnya kita , kita tidak akan “ menongkat langit “ , dan sebagai mana kita berasal daripada Allah Ta’ala ( lahir dengan taqdir-Nya ) maka begitulah juga kita akan pergi menemui-Nya kelak ( yang juga merupakan taqdir-Nya ) " .

Dan benar kata saudara : “ Orang bukan Islam yang mati itu pun adalah salah-satu makhluk Allah Ta’ala , dan tidak syak lagi dia juga mati dan “ kembali “ ke Allah Ta’ala “

Itulah dia niat saudara sebagai mana yang saya fahami daripada luahan saudara . Dan setiap amalan itu bergantung kepada niat dan niat saudara menyebut perkataan itu ternyata tidaklah salah . :yess


apa yang seorang cucu kepada allah swt nak cakap kepada anda semua adalah megenai kematian, mungkin ramai sebahagian dari kita masih tidak tahu tentang penggunaan innalillah . padahal yang sebenarnya telah lama kita gunakan selalu apabila mendengar kematian UCAPAN INinnalillah digalakkan diucapkan ketika menerima musibah . kalau dulu kita jahil , hari ni kita dah tahu , elok kita guna . lagi satu , sesetengah orang ucapkan innalillah tu innalillahiwainnalillahiroojiuun , salah tu . sepatutnya innalillahiwainnnailaihiroojiuun. dia xde  lillah 2 kali tau ! jadi dah paham kawan2 ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin