Rabu, 18 Februari 2015

RAHIM WANITA DI CAKAR OLEH IBLIS.

Alhamdulillah masih diberi nikmat hidup saat ni..Wah, pagi2 dah ngadap blog.Hihi..Sebab time la ca senang nak update sebab line tengah ok.Kalau dah masuk tengah hari, line mula lah lembap macam sipot! Apa pon tak boleh..! 

Ok, terus kepada topik la keh. Tadi sambil dok sarapan, sambil layan tv9 rancangan Tanyalah Ustaz.Macam biasalah, akan ada penonton yang akan tepon ustaz dan bertanyakan.Sekali ada sorang makcik ni tepon dan bertanya pasala anak gadis dia yang bermasalah berkaitan PERIOD. Pada kaum lelaki yang baca ni, jangan nak malu2 la.Ni ilmu.Akan datang korang ada anak bini jugak.Kena tahu.Pada yang da kawen pon boleh ambil perhatian keh..


Ca akan ulas balik je apa yang ustaz sampaikan. Nak ulas dengan ayat Quran tu tak mampu la. Ustaz ada cakap, "satu bahagian daripada wanita yang digemari oleh syaitan ialah RAHIM " Kenapa?? Sebabnya syaitan tak nak umat nabi Muhammad berkembang. Bila ingat-ingat balik, umm...jarang nak tengok cina ke india yang kena senggugut sepanjang hidup ca. Camane boleh datangnya sakit perut, senggugut? Masalah ni semua ada juga kaitan dengan 'cakaran' syaitan laknatullah ni. Dia cakar rahim kita, ganggu masalah kesihatan kita.

Gambar dari inchek google ni memang kena tema la.


Selain rawat cara moden, jumpa doktor , makan ubat, jangan lupa yang ALLAH da sediakan penawar untuk hamba wanitanya. Ni cara nak ubat senggugut dari wahyu ALLAH..

  • Sediakan madu lebah ASLI 

  • Buat solat hajat 2 rakaat macam biasa (madu letak dihadapan kita la)

  • Dah selesai , bacakan surah An-Nahl (juzuk 14) , ayat 69 pada madu ASLI tu. 

  • Pastu madu tu dicampur dengan air, buat minum.

  • Amalkan




Meh ca bitau maksud ayat 69 surah An-Nahl tu..

" kemudian makanlah bermacam-macam buah-buahan dan laluilah jalan Tuhanmu denagn mudah.Keluar dari dalam perutnya minuman (madu) yang berlainan warnanya,untuk menyembuhkan (penyakit) manusia.Sesungguhnya pada demikian itu menjadi tanda (atas kekuasaan ALLAH) bagi kaum yang memikirkannya. "


Tips mengenalpasti madu ASLI :


Ambil sebatang mancis yang ada kabait (betul ke eja ni?) , ala mancis kayu tu.bukan lighter gas tu.Huhu.Pastu celup sikit hujung dia tu dengan madu. Pastu try gesek (nak nyalakan api). Kalau ada api @ letupan kecil, tu madu ASLI.Kalau xhidup2, tu madu TIRUAN. Ok?

Pada kaum ku, sesiapa yang selalu senggugut tu boleh la amalkan ye.Yang lelaki ada akak ke adik ke, bini ke yang selalu senggugut, ha, suruh mereka amalkan. InsyaALLAH, perubatan menggunakan ayat Quran tu sebaik2 penawar..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin