Rabu, 21 Oktober 2015

NAJIB AKAN KALAH DALAM PILIHANRAYA UMUM KE 14.

Tun Dr Mahathir Mohamad percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan berdepan risiko tindakan undang-undang kerana menyembunyikan skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Dr Mahathir berkata, terdapat banyak bukti menunjukkan ahli politik dan kakitangan awam yang diselindungkan berhubung hutang RM42 bilion 1MDB.
"Terdapat banyak bukti menunjukkan penyelindungan oleh ahli politik dan penjawat awam.
“Apabila Najib tewas dan saya percaya beliau akan tewas, dalam pilihan raya akan datang, tiada tindakan undang-undang yang dapat dihalang," katanya, dalam tulisan bertajuk "1MDB Restructure" dalam blog popularnya chedet.cc hari ini.
Bekas perdana menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun itu berkata, pembayaran hutang itu tidak membebaskan 1MDB daripada tanggungjawab kehilangan wang tersebut pada mulanya.
"Menteri kewangan II membentangkan kepada Kabinet dengan pelan penstrukturan untuk 1MDB yang mana akan menyelesaikan masalahnya.
"Sekali lagi saya ulangi, pembayaran hutang tidak bermakna peminjam terlepas daripada tanggungjawab kehilangan dana itu.
"Wang itu tidak hilang kerana perniagaan yang teruk tetapi lesap begitu sahaja," katanya.
"Seseorang mengetahui bagaimana wang itu lesap dan siapa mengambilnya. Tetapi ada yang tidak membuka mulut."
Ramai pihak mengharapkan Dr Mahathir dan Najib akan bersama-sama menghadiri forum anjuran pertubuhan bukan kerajaan SukaGuam, yang akan dijalankan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menyaksikan kedua-dua pihak bertukar pendapat berhubung isu 1MDB.
Najib setakat ini sudah menyatakan persetujuannya untuk menghadiri forum bertajuk "Nothing to Hide", dan Dr Mahathir dikhabarkan "berkemungkinan besar" akan turut menyertai forum yang akan berlangsung pagi esok. – 4 Jun, 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin