Ahad, 31 Mac 2013

AL MAHANI

Secangkir kalimah syukur dipanjatkan kehadrat ilahi dengan limpahan nikmat iman dan islam yang dianugerahkan oleh-Nya.Semoga nikmat-nikmat tersebut dapat mengajar kita erti syukur.
Firman Allah Taala : ( 90/4 )

Maksudnya : Sesungguhnya kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan kesusahan dan kesulitan.Ayat ini jelas menerangkan hakikat kehidupan manusia.Sesiapa yang berjaya merungkaikan satu masalahnya maka dia telah berjaya menyelesaikan salah satu daripada masalah-masalahnya di dunia ini.Sesungguhnya manusia sentiasa menghadapi masalah sepanjang hayatnya hatta disaat rohnya dicabut dari jasad , masalah tetap bertandang.
Secara umumnya , masalah terbahagi kepada 2 jenis , iaitu masalah sebagai salah satu daripada ujian-ujian Allah dan masalah sebagai bala daripada Allah Taala.Bercakap mengenai bala, penulis teringat satu hadis rasul(SAW) yang bermaksud bahawa apabila sesuatu bala diturunkan ke sesuatau daerah maka semua penduduknya akan menerima akibatnya tanpa mengira darjat.
Bercakap mengenai masalah ini, penulis teringat tanahair tercinta.Sungguh kasihan ! Pelbagai masalah bertimpa-timpa jatuh ke dada bumi tercinta. Alangkah kasihannya pemimpin-pemimpin negara bertungkus-lumus, berhempas-pulas, bersengkang mata siang dan malam demi menyelesaikan masalah negara.Walaupun penulis berada beribu-ribu kilometer dari tanahair, tetapi bahang kepanasan masalah di negara tetap dirasai.Bahangnya terasa sepanas ibukota yang mencatat kepanasan kedua tertinggi di dunia.
Cuma, apa yang penulis cuba kaitkan di sini ialah adakah segala masalah yang menimpa negara itu adalah ujian Allah atau bala kerana kemurkaannya?Kalau ianya ujian, mengapa setiap masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan dengan baik?Sebenarnya semua fenomena yang menimpa negara ini patut diambil iktibar oleh semua umat Islam sebagai tanda keinsafan.
Sepanjang pengamatan yang dibuat ,segala masalah yang berlaku di Malaysia bukan lagi ujian tetapi adalah bala untuk rakyat Malaysia sendiri.Tetapi siapakah mereka-mereka yang berani menjolok kemurkaan Allah sehingga turunnya bala-bala tersebut ???
Hakikatnya bala mula menyerang Malaysia setelah tercapai kemerdekaan.Tetapi masyarakat Islam terus leka untuk mengingati amaran Allah Taala itu.Pada hari ini, dengan turunnya bala yang terbesar(setakat ini) iaitu runtuhnya ekonomi negara, hanya beberapa kerat orang Islam tersentuh dan menyedari hakikatnya.Siapakah yang merasai kesannya kalau bukan rakyat bawahan.Tetapi sayang, di sana beribu-ribu orang Islam terus leka dan lalai dengan bala-bala yang bakal berkunjung tiba lagi.
Lebih sepuluh tahun dahulu Malaysia telah diberi amaran yang kesekian kalinya.Ketagihan dadah dan penyakit AIDS seolah-olah datang beriringan.Sekarang , penagih dadah sahaja melebihi ½ juta orang.Pesakit AIDS pula melebihi 200 ribu orang.Peruntukan telah disediakan sebanyak puluhan juta untuk membanteras masalah-masalah ini.Tetapi mengapa peruntukan tidak disediakan untuk membanteras akar umbi yang menyebabkan mekurkaan Allah? Yang lebih menghairankan ,pihak kerajaan terus berdiam diri untuk meracuni akar umbi tersebut.Kedai-kedai arak dan judi terus tumbuh bagai cendawan di musim tengkujuh.Pelacur-pelacur terus dibiarkan berkeliaran mencari mangsa untuk menyebarkan virus AIDS.Arak yang menjadi agen ke raha penyebaran segala masalah sosial terus dijual di tepi-tepi jalan setaraf dengan air mineral sahaja.Malahan tidak hairanlah jika kita mendengar pemimpin-pemimpin negara sendiri, meminum air yang haram tersebut.Sehingga sekarang sudah beribu-ribu pengedar dadah digantung dengan kejam tretapi bilangan penagih terus juga meningkat.(Penulis merasakan bahawa hukuman gantung kepada pesalah tersebut adalah menyeksanya kerana ia melambatkan proses kematian .Yang terbaik ialah hukumna pancung)
Belumpun selesai isu penagihan dadah dan AIDS pelbagai bala terus menimpa rakyat Malaysia .Sehinggalah kita melangkah ke era 90an, umat Islam terus leka dengan bala-bala Allah.Pemuda serta pemudi Islam tidak lagi dibekalkan dengan asas-asas agama dengan baik.Kewajiban-kewajiban Islam diabaikan. Sembahyang yang merupakan tiang agama terus tidak diendahkan.Anak-anak muda terus disumbat dengan material dan RM sahaja. Malahan budaya-budaya Barat diimport semata-mata inginkan hiburan sementara. Puluhan ribu pemuda-pemudi Islam tidak lagi mengenal syahadah.tidak hairanlah ada yang tidak mengenal Allah lagi.Hasilnya meletuslah isu gejala sosial.Disana-sini kedengaran kalimat songsang seperti bohsia, bohjan, sumbang mahram, berzina , rogol , bunuh anak dan sebagainya. Sekali lagi Allah menunjukkan kemurkaannya.Umat Islam yang peka mengetap gigi memikirkannya tanda kepekaan terhadap punca masalah ini.Tetapi di sana terdapat berpuluh ribu lagi umat Islam yang terus leka dengan kemewahan duniawi.Kemurkaan Allah tidak lagi diendahkan. Tetapi sehingga sekarang tiada jalan penyelesaian terbaik yang dibuat. Program Rakan Muda yang dianjurkan tidak boleh diharapkan lagi. Program yang diharapkan dapat menyelesaikan masalah itu sebenarnya menambahkan lagi masalah dengan mencambahkan lagi golongan bohsia dan bohjan. Malahan ajaran-ajaran agama tidak diendahkan langsung sebagai satu jalan penyelesaian. Gadis Islam terus mendedahkan aurat mereka untuk diratah-ratah oleh si mata keranjang. Rentetan dari itu , timbullah golongan bohsia, bohjan , penzina dsb. Seperti yang disebut tadi.
Sekiranya disoal setiap pelacur, bohsia dan bohjan adakah mereka ingin menjadi baik ? Tidak akan ada yang mahu menyatakan yang mereka mahu jadi jahat. Sudah menjadi fitrah manusia inginkan kebaikan. Tetapi siapa yang ingin memulihkan mereka ? Sebenarnay inilah tanggungjawab kerajaan. Pusat-pusat pelacuran hendaklah dihapuskan terus.Arak , dadah serta judi mesti diperangi.Semua hukum-hukum Islam mesti dilaksanakan.Diwaktu yang sama rumah-rumah pemulihan perlu disediakan untuk golongan tersebut.Ilmu agama serta aqidah disalurkan secara sistematik.
Tetapi, adakah semua ini akan dilaksanakan oleh kerajaan ? Apa yang dilihat , tindakan pihak kerajaan umpama mencabut daun lalang. Akarnya dibiarkan terus mencengkam bumi.Sehelai daun lalang dicabut, sepuluh pokok bercambah.
Beberapa tahun yang lepas, Malaysia terus ditimpa malang. Penyakit Cocksackie yang sebenarnya tidak terlalu merbahaya itu terus menjadi sesuatu yang amat membahayakan kesihatan.Ramai kanak-kanak meninggal dunia akibatnya.Bermula dari Sabah dan Sarawak, penyakit tersebut terus menyerang Semenanjung Malaysia. Tetapi tiada sebarang muhasabah dan penilaian dibuat. Golongan yang bongkak terus dengan kebongkakannya, sehinggalah datangnya bala jerebu. Kebakaran yang dianggap punca kepada masalah jerebu bermula dari Kalimantan , Sumatra , Sulawesi dan yang terakhir di Pahang. Perdana Menteri Malaysia yang suatu ketika dahulu pernah mengkritik hukum Islam mengenai pemakaian tudung dan berpurdah terpaksa berpurdah sepanjang peristiwa jerebu tersebut.Sekali lagi kemurkaan Allah tidak dinilai.Bala bencana tidak langsung dijadikan iktibar. Apa yang cuba diketengahkan ialah bala tersebut hanyalah sekadar bencana alam.
Belumpun habis isu jerebu, kerajaan cuba membawa masuk musuh Islam iaitu Israel ke tanahair.Bangsa yang terkutuk itu dijemput bertandang ke Malaysia. Pandangan serta sensiviti umat Islam tidak diendahkan. Malahan diperangi pula golongan yang cuba berdemonstrasi di ibukota. Akibatnya 300 umat Islam ditangkap dan sebahagiannya dihadapkan ke mahkamah hanya semata-mata membenci Yahudi.Belumpun isu tersebut selesai , Allah menunjukkan lagi sekali kemurkaannya. Bala yang dianggap terbesar di dunia telah diturunkan ke Malaysia, iaitu kejatuhan ekonomi negara. Malahan orang yang menjahanamkan ekonomi Malaysia ialah orang yang dijemput sendiri oleh kerajaan, iaitu Yahudi.Lihatlah betapa permaidani merah dibentangkan kepada mereka , tetapi duri-duri merah yang dilemparkan kepada kita. Inilah balasannya untuk mereka yang cuba menjolok kemurkaan Allah Subhanahu waTaala.
Di dalam bergelut memangku ekonomi Malaysia, yang sudah hendak runtuh , satu lagi bala telah menimpa. Ibu kota diserang kemarau.Beribu-ribu warga kota tidak mandi , tidak memasak , tidak minum air dan sebagainya. Didalam waktu yang sama darjah kepanasan Malaysia meningkat.Kemurkaan Allah tidak dinilai juga.Kepanasan api neraka langsung tidak terbayang. Sekarang , cuaca di Malaysia adalah kedua terpanas di dunia . Sepanas-panas gurun sahara di negara arab , panas lagi ibukota Malaysia.Adakah ini fenomena alam ataupun bala? Ataupun kedua-dua sekali?
Cuba kita fikirkan sejenak, mengapa bala-bala ini melanda Malaysia ketika mana negara sedang hampir mencapai memegahan dunia. Marilah sama-sama kita merenung kembali ketika mana bala-bala ini menghempap Malaysia, ketika itu Islam semakin dihina. Hukum Islam semakin diperlekehkan oleh para pemimpin negara. Hukum-hakam Syariat dikritik(umpama mengkritik Allah).Para ulama difitnah. Mereka disekat daripada tampil ke dalam masyarakat. Mufti-mufti ditohmah. Dan yang lebih parah lagi, aqidah Islam dilihat umpama baju yang boleh ditukar-tukar.Lihatlah! 5000 orang Islam telah murtad tetapi apakah tindakan serius yang telah dibuat?Sememangnya tiada apa-apa tindakan yang telah dibuat.Malahan anak-anak Melayu yang murtad itu pula bebas menyebarkan agama Kristian dikalangan masyarakat Islam.Namun sebarang tindakan tidak diambil sehingga sekarang.Kerajaan umpama harimau yang kehilangan taring di hadapan Kristian dan Hindu.Tetapi umpama serigala menyalak bulan apabial berdepan dengan Islam.
Kesimpulannya, bala dan kemurkaan Allah yang menghempap negara terjadi apabila Islam dihina . Negara akan terus ditimpa bala selagi mana Kerajaan tidak kembali kepada Islam ynag syumul. Kita sebagai rakyat Malaysia , tidak sepatutnya terus leka mengharapkan perubahan kepada mereka yang tidak mahu kepada Islam. Kitalah yang patut merubahnya dari sekarang. Berilah fahaman serta didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak supaya masa depan mereka gemilang bersama Islam. Anda akan bahagia dunia dan akhirat apabila hanya bersama dengan Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin