Kadang-kadang kita tidak menyangka tentang kematian seseorang. Dan yang lebih utama kita sendiri tidak akan menyangka bilakah berlaku kematian pada kita. Tapi itulah ketentuan Allah. Seharusnya kita mengambil iktibar dari kematian mereka. Apakah persediaan yang harus kita lakukan sekiranya kematian mengejut berlaku pada kita? Di sini diringkaskan beberapa perkara yang wajib kita lakukan sebelum kematian datang menjemput kita dari perspektif perancangan kewangan peribadi.
CARI ILMU DAN SEGERA BERAMAL
Dalam kehidupan kita yang serba sibuk ini, kadang-kadang kita melupakan ilmu agama dan kurang beramal. Kita lupa janji pada Allah dan lupa tentang hisab akhirat. Sedangkan bekalan kita di akhirat adalah semua bentuk perbuatan yang direhdai Allah di dunia. Oleh itu segeralah mencari ilmu agama dan mengamalkannya
MEMBUAT SEBAHAGIAN SIMPANAN WANG YANG BOLEH DIAKSES OLEH WARIS
Sekiranya kematian mengejut berlaku kepada kita pastikan ada waris yang boleh akses tempat kita menyimpan wang atau akaun kita. Wang tersebut adalah untuk perbelanjaan dan pengurusan terhadap musibah yang telah menimpa kita. Sekiranya akaun kita tidak dapat diakses maka ia akan dibekukan dan menjadi harta pusaka.
MEMBUAT PELAN JAMINAN KEWANGAN UNTUK KETENANGAN WARIS
Inilah perkara yang sering kita lupakan. Sekiranya berlaku kematian / musibah, maka waris kita bukan sahaja kehilangan kita bahkan hilang punca pendapatan kita. Sedangkan dalam surah Al-Baqarah ayat 240 menyeru agar kita menyediakan waris kita bekalan makanan, pakaian dan tempat tinggal selama sekurang-kurangnya setahun setelah kita meninggal dunia. Katakan perbelanjaan sebulan keluarga kita RM4,000 maka kalau setahun ialah RM 48,000. Wajib bagi kita sediakan pelan ini kerana ini perintah Allah. Sebab itu kita wajib mengambil takaful untuk menyediakan bekalan secukupnya kepada waris yang kita sayangi.
MENYEDIAKAN PELAN MELANGSAIKAN HUTANG
Zaman ini memang tidak boleh kita mengelak daripada berhutang. Hutang pembiayaan peribadi, kad kredit, kereta, ansuran beli keperluan dan rumah. Bayangkan sekiranya berlaku kematian mengejut pada kita bagaimana caranya waris kita boleh melangsaikan segala hutang piutang tersebut. Sudah pasti menyusahkan mereka. Jadi disinilah kepentingan pelan takaful, Ia juga untuk tujuan melangsaikan hutang piutang kita sendiri.
MEMBUAT WASIAT / HIBAH
Sekiranya kita melihat dalam kita keluarga dan sanak saudara kita ada yang suka mengambil kesempatan dan hanya mementingkan diri dan wang maka wajib kita membuat wasiat / hibah. Ditakuti harta kita akan beralih pada mereka yang tidak amanah bukan pada orang yang kita sayangi. Ini biasa berlaku. Oleh itu buatlah wasiat untuk kebaikan semua waris kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan