Khamis, 7 Oktober 2010

PATTANI NEWS.

Penduduk Islam Selatan Thailand Mahu Penyelesaian Secara Aman
BANGKOK, 4 Jan (Bernama) -- Penduduk Islam di selatan Thailand berharap kerajaan mengurangkan tindakan berbentuk kekerasan tetapi mengamalkan pendekatan secara aman dalam menangani pergolakan yang melanda wilayah mereka. Pengerusi Jawatankuasa Islam Narathiwat Abdul Razak Ali berkata tindakan ketenteraan bukan cara terbaik bagi menangani masalah yang wujud di wilayah itu.

"Cara terbaik ialah agensi kerajaan lebih kerap mengadakan pertemuan dengan rakyat. Ini dapat mengurangkan salah faham dan membolehkan mereka lebih memahami budaya tempatan, masalah yang kami hadapi dan apa sebenarnya yang kami mahu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Rabu. Keadaan keselamatan di Selatan Thai terjejas teruk selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah kem tentera pada 4 Jan 2004 yang menyebabkan kematian empat anggota tentera dan lebih 300 pucuk senjata api hilang.Sejak itu, pembunuhan serta letupan bom berlaku hampir setiap hari dan telah meragut lebih 1,200 nyawa, termasuk orang awam, sami, tentera, polis dan pegawai kerajaan. Hari ini, ketika sembahyang dan majlis doa selamat mengikut cara Islam dan Buddha diadakan dikem berkenaan, keganasan terus berlaku apabila dua penduduk kampung yang menganggotai pasukan keselamatan sukarela mati ditembak. "Walaupun pembunuhan terus berlaku, tapi keadaannya lebih baik sedikit berbanding tahun lepas. Keadaan bagimanapun tidak begitu selamat dan penduduk masih takut untuk keluar," kata Abdul Razak.Hubungan antara pasukan keselamatan dan penduduk tempatan bertambah buruk selepas tentera menggempur penduduk Islam yang berkumpul di Masjid Krue Se pada April 2004 dan peristiwa pembunuhan 87 penunjuk perasaan di Tak Bai pada Oktober 2004. Keganasan yang melanda wilayah itu memberi kesan buruk terhadap kehidupan dan kedudukan ekonomi penduduknya serta menjejaskan sektor pelancongan di kawasan terbabit. Abdul Razak berkata antara langkah yang perlu diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah di wilayah itu ialah melaksanakan projek pembangunan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan. "Kerajaan perlu serius dalam menyelesaikan masalah ini. Banyak belia dan mereka yang berusia 30-an dan 40-an tidak mempunyai pekerjaan. Peluang pekerjaan tidak banyak dan penduduk takut untuk pergi jauh dari rumah kerana masalah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin