Khamis, 6 Januari 2011

HUKUM ALLAH DI HINA.

Kita sudah tidak dapat menutup mata lagi dengan peningkatan kadar jenayah yang berlaku sekarang. Manusia sudah hilang sifat kemanusiaannya dan sistem yang ada terus gagal membendung segala masalah. Jenayah terhadap harta terjadi di mana-mana, dari wang yang di simpan di bank-bank, sehingga kepada motosikal yang di letak di kaki lima. Anggapan bahawa hanya orang yang tak berpelajaran sahaja yang melakukan jenayah sudah tiada lagi kebenarannya. Golongan profesional pun nampaknya tidak mahu alah di dalam perbuatan laknat ini. Kes pagar makan padi sudah menjadi kebiasaan. Mereka yang diamanahkan untuk menjaga wang/harta orang lain sudah tidak segan silu lagi menggelapkannya. Sejak 1995 hingga sekarang, polis menerima 249 aduan mengenai kegiatan pecah amanah membabitkan peguam dan 32 daripadanya berjaya diselesaikan. Tuntutan tertinggi ialah RM20 juta pada 2004 dengan 120 aduan diterima pada tahun yang sama dan 29 orang peguam digantung, manakala 51 orang dibuang dan terkini, 25 orang lagi dikehendaki untuk membantu 217 kes pecah amanah [UM 29/01/07].Kita tidak dapat lagi menafikan hakikat bahawa segala keburukan dan kezaliman sedang membelit kita. Selain kecurian dan pecah amanah, pembunuhan, rogol, rompakan, samun, ragut dan sebagainya sudah menjadi sajian utama berita-berita. Apa yang kita saksikan ini merupakan manifestasi yang jelas dari kegagalan dan kerosakan sistem sekular yang ada sekarang walaupun dibaluti oleh Islam Hadhari. Dengan segala keburukan yang ada, kita lalu mengharapkan golongan cendekiawan Islam khususnya golongan alim-ulama untuk membawa kita keluar dari kegelapan Jahiliyah ini menuju cahaya Ilahi. Ke mana lagi kita akan menggantung harapan jika tidak dengan Islam? Pemerintah kaum Muslimin pun menyedari akan hakikat ini, tetapi malangnya hawa nafsu mempengaruhi mereka. Mereka lalu menjadikan golongan yang mereka gelar dan iktiraf sebagai ulama bagi mengabui mata umat Islam. Para ‘ulama’ ini pula, kerana dilantik oleh pemerintah, maka mereka pun tidak akan bercakap kecuali demi kepentingan pemerintah dan mereka tidak akan berkhidmat kecuali semata-mata kepada tuan mereka, bukannya kepada Tuhan mereka. Justeru, tenggelamlah mereka dan umat ke dalam kesesatan. Na’uzubillah min zalik.Penguasa Dan ‘Ulama’ Menghina Hukum AllahWalaupun kita amat marah jika orang kafir menghina hukum-hukum Allah, tetapi ini adalah sifat semula jadi mereka sebagai musuh Allah. Tetapi jika orang yang diberi pengiktirafan sebagai ulama menghina hukum Allah, maka hal ini sudah tentu akan membuak-buakkan lagi perasaan amarah semua orang, kecuali para pengikut setia sekular yang memang bencikan hukum Allah. Sebagai seorang yang beriman, kita sekali-kali tidak boleh berdiam diri, walaupun sedikit sahaja hukum Allah itu dipermainkan oleh sesiapa sahaja. Wahai para pembaca yang ikhlas! Perhatikanlah akan hal ini dan perhatikanlah apa yang diucapkan oleh salah seorang tokoh agama ini:-“Orang tu mencuri, adakah kerja kita nak buat hudud potong tangan dia saja. Takpelah! dia mencuri tangan kanan, potong tangan kanan, dok esok dia mencuri lagi, potong tangan kiri, lepas tu dia mencuri lagi, nak potong apa pun tak tau, potong kaki pulak, (lepas tu) mencuri lagi, curi dengan mulut la dah takde tangan! Adakah kita nak melaksanakan hukum potong tangan tu ke ataupun kita nak bawa dia, bagi kerja kat dia? Kita bagi kat dia ruang macam mana dia boleh berniaga, bila dia sudah ada ruang-ruang kebaikan, maka dia tak mencuri la, macam tu lah...” [Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (http://www.youtube.com/watch?v=SmGoTY4TB2g)]. Kata-kata ini cukup jelas menggambarkan bagaimana Dr. Mashitah telah menghina hukum Allah dengan mempersoalkan hukum potong tangan bagi pencuri (sariqah) secara terang-terangan. Versi Islam apakah yang hendak diperjuangkan oleh ahli parlimen kawasan P16 Baling ini?Sebenarnya, petikan kata-kata Dr Mashitah yang mempertikaikan dengan jelas hukum yang qat’ie ini hanyalah satu dari banyak lontaran dan tuduhan negatif ke atas hukum-hakam Islam khususnya hudud. Antara kata-kata sinis seperti ini pernah dikeluarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan: “Apabila hukum rejam dengan batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja”. Tidak sekadar itu sahaja, malah kerajaan Kelantan yang ingin melaksanakan hukuman hudud turut dilempar dengan kata-kata seperti: "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu." (Dato’ Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992).Dahulu, media Barat pernah menuduh hukum Islam sebagai ‘barbaric’ apabila seorang wanita di Nigeria dikenakan hukuman rejam sampai mati di atas kesalahan zina. Seperti yang telah dinyatakan, jika yang menghina Islam itu adalah Barat, ini bukanlah sesuatu yang pelik, tetapi jika yang menghina itu adalah dari kalangan umat Islam sendiri, maka ini merupakan bukti betapa pemikiran kufur Barat telah mendominasi pemikiran umat Islam. Di antara pemikiran Barat yang didewa-dewakan oleh sebahagian dari kaum Muslimin sehingga membinasakan mereka sendiri adalah:-(i) Kebebasan Bersuara: Kebebasan bersuara (freedom of speech) yang terbit dari idea Hak Asasi Manusia (HAM) adalah antara intipati ajaran sekular-demokrasi. Idea yang dipelopori oleh ahli falsafah tersohor Perancis pada abad ke 18 iaitu Voltaire ini bukan sahaja dianuti oleh orang kafir, malah umat Islam sendiri turut mengagungkannya sehingga meyakini bahawa seseorang Muslim itu bebas berkata apa sahaja hatta walaupun perkara yang diperkatakan itu jelas-jelas bertentangan dengan Islam. Mereka bersuara atas dasar adanya ‘kebebasan’ ini, bukannya bersuara atas dasar mematuhi perintah dan larangan Allah dan untuk mendapat redhaNya.(ii) Menjadikan ‘realiti’ sebagai piawai: Sebahagian umat Islam meletakkan realiti (waqi’) sebagai tolok-ukur atau piawaian (miqyas) dalam menentukan sama ada sesuatu hukum itu boleh dilaksanakan atau tidak. Contoh paling ketara adalah isu poligami. Kewujudan individu yang terlibat dalam salah laku rumah tangga seperti pengabaian tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak telah dijadikan penyebab ‘hukum’ ini mesti dihapuskan, sedangkan salah laku seumpama ini tetap terjadi di kalangan mereka yang mengamalkan monogami. Mereka turut meyakini bahawa hukum berubah mengikut zaman, justeru ia wajar dipinda sesuai dengan keperluan semasa. Mereka ini jahil bahawa yang berubah adalah realiti, bukannya hukum, dan realitilah yang perlu mengikut hukum, bukan sebaliknya.(iii) Akal diletakkan di atas (lebih tinggi dari) hukum syarak: Kita mendapati tidak sedikit dari kalangan umat Islam sendiri yang meletakkan akal di atas hukum syarak. Mereka menggunakan logik akal untuk tidak menerapkan hukum Allah. Contohnya ucapan Tun Dr Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah, “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama”. Di sini akal mengatakan bahawa kewujudan masyarakat majmuk adalah penghalang kepada pelaksanaan hudud, sedangkan sewaktu Junjungan Besar Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mendirikan Negara Islam pertama di Madinah dan seterusnya di dalam Daulah Islam yang gah berdiri lebih dari 1300 tahun, hukuman hudud tetap berjalan sungguhpun Daulah Islam didiami oleh masyarakat majmuk. Tidak pula mereka menggunakan akal untuk memahami hal ini!(iv) Meletakkan Islam sebagai masalah, bukan penyelesaian: Gejala negatif dan salah laku membabitkan individu tertentu dan kelompok masyarakat dari kalangan umat Islam sering kali menjadikan umat Islam terkeliru. Islam diukur dari kaca mata ‘penganut/pengamalnya’, bukan dari ‘agama Islam’ itu sendiri. Contohnya, apabila ‘pengamal poligami’ gagal memenuhi tuntutan dan tanggungjawab, bukan ‘pesalah’ yang dihukum sebaliknya ‘hukum poligami’ yang dipersalahkan. Poligami dianggap sebagai satu masalah dan penyumbang kepada penderitaan yang dialami kaum hawa. Walhal setiap hukum Islam itu adalah penyelesai kepada setiap masalah. Jadi, sebagai salah satu dari hukum Islam, poligami juga sebenarnya adalah penyelesai atau jalan keluar kepada masalah. Dari sudut inilah hukum Islam itu sepatutnya dipandang, bukannya dari kaca mata Barat yang sememangnya sentiasa mencari jalan menyerang pemikiran Islam. Contoh lain, mereka yang memandang Islam sebagai masalah adalah seperti ungkapan “Kalau hukum potong tangan dilaksanakan maka macam mana mereka hendak bekerja untuk menyara keluarganya nanti?. Kan lebih baik diberi mereka kerja dari potong tangan mereka?”Hukum pencurian (sariqah) dalam IslamHukum mencuri di dalam Islam adalah termasuk di dalam hukum yang ma’lum minaddin bi dharurah. Hukuman bagi pencuri adalah dipotong tangannya, iaitu sampai batas pergelangan tangan kanan. Dalilnya adalah firman Allah, “Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [TMQ Al-Maidah (5):38] ‘Curi’ yang ditakrifkan dalam ayat di atas secara perundangan Islam adalah pengambilan harta secara sembunyi dari pemiliknya atau wakilnya, dengan syarat mencukupi nisab potong tangan, dan mengeluarkan dari tempat penjagaan atau seumpamanya, dan tidak ada unsur syubahat terhadap harta tersebut [Nizham Al-‘Uqubat, Abd Rahman Maaliki, hal. 60]. Hukum potong tangan tidak akan dijatuhkan kecuali memenuhi 7 syarat utama:-Pertama: Menepati definisi mencuri: makna mencuri di sini adalah mengambil harta secara sembunyi-sembunyi dan sorok-sorok. Tidak dikatakan mencuri jika merompak, menggelap wang (pecah amanah), merampas dan meragut. Oleh sebab itu peguam yang menggelapkan wang kliennya tidak termasuk dalam jenayah pencurian yang kena potong tangan. Walaupun mereka ini tidak dikenakan hukuman potong tangan, namun mereka akan dikenakan hukuman takzir, yang mungkin lebih berat dari potong tangan. Kesalahan ini tidak dikategorikan sebagai curi kerana ada hadis dari Jabir bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda “Tidak dipotong tangan orang yang pecah amanah, orang yang menipu dan perampas” [HR Abu Daud]Kedua: Barang yang dicuri mencukupi nisab: Cukup nisab adalah syarat minima nilai harta yang dicuri. Jumhur ulama di antaranya Al-Malikiyah, Asy-Syafi`iyah dan Al-Hanabilah sepakat bahawa nisab pencurian itu adalah seperempat dinar atau 3 dirham. Satu dinar adalah setara dengan 4.25 gram emas (24 karat). Dalilnya adalah sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dari Aisyah ra."Tangan pencuri dipotong untuk seperempat dinar atau lebih.” [HR Bukhari & Muslim]. Dari hadis ini dapat dibuat kesimpulan bahawa perkiraan nisabnya adalah ¼ x 4.25g = 1.0625g. Mengikut kiraan, harga semasa emas ialah RM86/g. Jadi, 1.0625g x RM86 = RM91.38. Oleh itu, nisab kecurian sekarang adalah RM91.38. Sekiranya seorang itu mencuri barangan berharga RM90.50 maka tangannya tidak dipotong kerana belum cukup nisab lagi, tetapi dia tetap akan dikenakan hukuman takzir.Ketiga: Harta yang dicuri adalah harta yang layak dimiliki: Layak (ihtiram) adalah di sisi hukum syarak. Jika seseorang Muslim menyimpan khamar atau khinzir di rumahnya kemudian dicuri, hal ini tidak akan menyebabkan pencuri dihukum potong tangan kerana harta tersebut bukanlah satu pemilikan yang layak untuk orang Islam. Sebaliknya jika dia mencuri harta tersebut dari orang kafir, maka pencuri akan dikenakan potong tangan.Keempat: Harta dicuri dari tempat penjagaan: Maksudnya barang yang dicuri itu mesti berada di dalam penjagaan, penyimpanan atau pengawasan pemiliknya. Bentuk penjagaan ini terdiri dari dua kategori, iaitu yang pertama, ia dibuat khas untuk menyimpan seperti peti besi untuk perhiasan dan wang, kandang untuk binatang, jelapang untuk padi dan sebagainya yang dimaklumi oleh masyarakat. Yang kedua, memang bukan media penyimpanan khusus namun termasuk cara umum di mana seseorang berada di situ dan orang lain tidak boleh menguasainya kecuali atas izinnya. Contohnya adalah seseorang yang duduk/tidur di masjid dan meletakkan beg di sisinya. Ini termasuk dalam penjagaan. Konsep ‘pengawasan’ terhadap harta ini adalah berbeza antara satu harta dengan harta lain. Ulama fiqih bersepakat mengatakan jika satu pintu stor atau kandang terbuka, atau bahagian dindingnya rosak maka ini akan menghilangkan sifat penjagaan, maka pencuri itu tidak dipotong tangan, namun mereka akan dikenakan hukuman lain. Dari Amru bin Syuaib dari bapanya dan dari datuknya berkata “Aku mendengar seorang lelaki dari Bani Muzainah bertanya kepada Rasulullah tentang sangkar yang ada lubang: Maka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Pencuri itu kena bayar 2 kali ganda harganya dan dipukul sebagai teladan balasan seksa, namun jika dia mencuri unta atau kambing dalam pengawasan untuk minum air maka tangannya akan dipotong jika harganya menyamai 8 mijan” [HR Abu Daud] Begitu juga dalam hadis lain yang menceritakan perihal orang yang mencuri buah semasa berada ditangkai, maka mereka ditakzir dengan nilai dua kali ganda, tapi jika mereka mencuri dari stor maka mereka akan dipotong tangan jika cukup nisabnya.Kelima: Bukan harta syubahat: Dalam harta yang dicuri tidak ada bahagian hak pencuri atau yang membolehkan pencuri itu memakannya. Ini bermakna tidak dikenakan hukuman potong tangan sekiranya siayah mencuri harta anaknya atau sebaliknya kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda “Kamu dan harta kamu adalah milik bapa kamu” Rasululah juga bersabda “Sebaik-baik orang itu adalah orang yang memakan hasil usahanya sendiri, dan anaknya juga memakan hasil usahanya.” Seorang yang mencuri harta dari Baitul Mal juga tidak dipotong tangan kerana Baitul Mal adalah harta bersama di mana di dalamnya terdapat hak si pencuri sebagai rakyat meskipun kecil bahagiannya. Sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah bila seseorang ditangkap kerana mencuri khumus (1/5 dari rampasan perang yang dikhaskan kepada Rasulullah). Ibn Abbas menceritakan bahawa kes ini dibawa kepada Rasulullah, tetapi baginda tidak memotong tangannya, sebaliknya bersabda “Harta Allah dicuri di kalangan sendiri” [HR Ibn Majah]. Semasa pemerintahan Umar dan Ali juga terjadi kecurian di Baitul Mal namun mereka tidak memotong tangan, kerana kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) di atas harta itu. Begitu juga kalau salah seorang suami-isteri mencuri harta pasangannya, maka hukum potong tangan tidak dijalankan kerana mereka saling berkongsi di dalam pemilikan harta.Keenam: Pencuri itu akil-baligh dan terikat hukuman dalam Islam. Taklif ini terkena kepada semua orang termasuk kafir zimmi. Ini kerana hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menyebut dengan jelas bahawa, "Diangkat pena (dosa) dari 3 pihak, orang yang tidur sehingga dia bangun, kanak-kanak sehingga dia baligh, dan orang yang gila sehingga dia berakal”[HR Muslim]. Ini bermakna taklif hukum terkena kepada orang yang berakal dan baligh. Pencuri kanak-kanak atau orang gila tidak akan dipotong tangan. Adapun kafir zimmi maka tangan mereka dipotong sebagaimana Muslim juga.Ketujuh: Sabit kesalahan mencuri dengan pengakuan atau disaksikan oleh saksi yang adil: Pengakuan mencuri dalam sidang penghakiman akan menyebabkan seseorang itu boleh disabit dengan pencurian. Dari Abu Umaiyah Makhzumi menceritakan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memerintahkan potong tangan seorang yang datang mengaku mencuri walaupun benda yang dicurinya tidak ada ditangannya. [HR Ahmad]. Manakala jika kes dibawa dan bayyinah (pembuktian) diperlukan, nisab saksi mata untuk kes pencurian adalah 2 orang lelaki atau 1 lelaki dan 2 wanita berasaskan nas umum saksi dalam surah 2:286.Inilah tujuh syarat hukum potong tangan di dalam Islam. Walaupun hukum potong tangan dijalankan, terdapat syarat lain bahawa si pencuri perlu mengembalikan semula harta yang dicurinya kepada pemiliknya Ini berasaskan hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam “Apabila dicuri dari seseorang bekalannya, maka harta itu ditemui pada orang lain (pembeli), maka dia berhak mengambilnya, manakala penjual akan mengembalikan wang harganya kepada pembeli itu” Ini menunjukkan wajib harta yang dicuri dikembalikan kepada tuannya. Jika barangan itu binasa atau hilang maka kewajipan keatasnya membayar harga yang setimpal. Dan apa-apa kerugian yang diakibatkan oleh kecurian itu akan dikira dan pencuri wajib menggantikannya.Mematahkan Logika Lapuk SekularisMenurut pemuja sekular, apabila undang-undang yang wujud dianggap dapat menyelesaikan masalah, ia tidak perlu dipinda, jauh sekali untuk dihapuskan. Jika ia gagal, barulah pindaan akan dibuat. Datuk Dr.Yusuf Nor di dalam temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994 pernah mengatakan bahawa "Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam." Pihak sekularis juga sering mengetengahkan hujah dangkal mereka bahawa jika dipotong tangan pencuri, ini akan menyebabkan kita rugi dari segi ekonomi kerana orang yang kudung tidak dapat bekerja dengan sempurna dan tidak dapat menyara keluarga mereka.Sampai bilakah golongan yang mengagung-agungkan undang-undang buatan manusia (man-made laws) ini akan sedar dari pemikiran kufur dan kejahilan yang ada pada mereka? Kami bentangkan di sini sedikit fakta agar terbukalah tempurung pemikiran mereka. Berdasarkan statistik pada tahun 2006, perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan untuk mengurus banduan adalah sebanyak RM1,274,490 (RM1.27 juta). Berdasarkan jumlah banduan pada ketika itu yang seramai 42,483 ribu orang [Bernama 14/09/06], dari sini kita dapat mengira kos purata untuk setiap banduan iaitu 1,274,490 x 30 / 42,483 = RM900 sebulan seorang. Katakan seseorang dijatuhkan hukuman atas kesalahan mencuri besi paip bernilai RM300 dan dipenjarakan selama 3 tahun (mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan), maka selama tempoh hukuman di penjara, secara purata, kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja sebanyak RM32,400 (RM900 x 12 x 3). Jika diukur dengan ‘nilai’, ini adalah tidak memadai kerana kerugian barangan sebanyak RM300 terpaksa ditanggung dengan kerugian wang rakyat sebanyak RM32,400, lebih kurang 100 kali ganda. Manakala jika hukum Allahlah yang dijalankan, tiada langsung wang rakyat yang akan dibazirkan dan yang lebih utama, pemerintah itu akan dikasihi oleh Allah dan juga rakyatnya. Maha Suci Allah! Alangkah jahilnya pemikiran mereka yang menolak hukumMu.Para penganut sekular dan juga Dr Mashitah beranggapan bahawa penyelesaian bagi kes mencuri adalah dengan memberi peluang pekerjaan kepada si pencuri dan bukannya menjatuhkan hukuman potong tangan. Logiknya, jika si kudung mencuri lagi, maka akan kudunglah kedua-dua tangannya yang membawa natijah dia tidak akan dapat bekerja untuk menyara keluarga. Yang anehnya, tidakkah mereka ini memikirkan bahawa jika si pencuri masuk penjara, siapakah yang akan memberikan nafkah kepada keluarganya sepanjang dia di penjara? Tidakkah mereka juga terfikir bahawa tempoh penjara yang lama di samping pergaulan dengan ‘rakan sejawat’ yang lebih ‘senior’ dan berpengalaman memburukkan lagi keadaan. Buktinya, terdapat banyak kes di mana sejurus selepas dibebaskan, mereka menjadi pencuri yang semakin ‘expert’ dan profesional. Rompakan dilakukan dalam skala lebih besar dan rangkaian mereka juga yang semakin melebar.Apa pun alasannya, sebagai seorang ‘ulama’ dan seorang Islam, Dr Mashitah sepatutnya sedar dan insaf bahawa hukum Allah tidak boleh dipandang dari segi logik. Hukum Allah bukan diterapkan berdasarkan logik atau tidak logik, hukum Allah diterapkan kerana ia adalah wajib! Kewajipan menerapkan hukum potong tangan datangnya dari Al-Quran dan ia lahir dari akidah Islam itu sendiri. Haram bagi umat Islam untuk mempertikaikannya, apatah lagi menukar ganti dengan yang lain. Hanya mereka yang berpemikiran sekular sahaja yang akan sanggup mempertikaikan hukum yang datang dari Zat Yang Maha Kuasa ini.KhatimahWahai kaum Muslimin! Sedar dan bangkitlah dari segala kehinaan ini. Sampai bilakah kalian akan berdiam diri dengan apa yang kalian dengar dan saksikan? Jika benar kalian adalah golongan yang membaca Al-Quran, maka sanggupkah kalian hanya berpeluk tubuh mendengar Kalamullah ini dipermainkan? Apakah kalian ingin bersama dengan mereka yang mempersoalkan hukum Allah yang mana kalian nanti akan dipersoalkan oleh Allah kerananya? Atau apakah kalian ingin memilih untuk bersama-sama dengan golongan yang berjuang menegakkan hukum Allah dan kalian akan meraih kemuliaan dengannya? Ya Allah, Engkau adalah Rab yang Maha Mendengar dan Maha Berkuasa! Berikanlah kemuliaan kepada orang yang memuliakan agamaMu dan Berikanlah kehinaan kepada orang yang menghina hukumMu. Ya Rabbul Izati! Berilah kekuatan kepada kami di dalam menegakkan agamaMu sebagaimana Engkau telah memberi kekuatan kepada kekasihMu Muhammad dan pengikut-pengikut baginda dari kalangan sahabat yang mulia. Ya Allah! Engkau telah kurniakan kepada para sahabat baginda akan Daulah Khilafah ‘ala minhaj nubuwwah yang dengannya Engkau telah memuliakan orang-orang yang terdahulu dari kami. Wahai Zat Yang Maha Mendengar! Kami memohon kepadaMu agar Engkau memuliakan kami dengan kembalinya Daulah Khilafah ‘ala minhaj nubuwwah ke pangkuan kaum Muslimin buat kedua kalinya, yang dengan ini tertegaklah semula segala hukum-hukumMu dan tidak ada lagi yang berani menghinanya. Amin ya Rabbal ‘alamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin