Khamis, 6 Januari 2011

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Anas r.a. maksudnya:
“Dari keimanan itu terpancarnyahal-hal kebaikan”
(Riwayat Bukhari)

—————————————————————————
*(0609-M38-1)
Sabda Rasulullah s.a.w. dari Umar r.a. maksudnya:
“Semua amal perbuatan itu adalah berpunca dari niat dan
bagi setiap orang itu adalah menurut apa yang diniatkan”
(Riwayat Bukhari)

—————————————————————————
*(0609-M38-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Cinta terhadap dunia adalah sumber segala dosa”
(Petikan kitab Imam Ghazali)

—————————————————————————
*(0609-M39-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Dengki (hasad) itu dapat merosakkan segala kebaikan
sebagaimana api dapat menghanguskan kayu-kayan“
(Petikan kitab Imam Ghazali)

——————————————————————-
*(0609-M39-2)
Dari Abu Dzar r.a
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Sesiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan ‘Hai Kafir’,
padahal yang dipanggil itu tidak sedemikian,
maka akan kembali kepada diri sipemanggil itu sendiri“
(Riwayat Bukhari & Muslim)

—————————————————————————————————–
*(0610-M40-1)
Dari Abdullah bin Amru
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah membenci mereka yang berlagak fasih dalam
berkata-kata, yang mempermainkan lidahnya bagaikan lembu memainkan lidah“
(Riwayat Abu Daud & Tarmizi)

—————————————————————————————————–
*(0610-M40-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Nilai seseorang itu dapat diukur dari (tahap) agama yang dipegang
oleh sahabat karibnya, oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat dalam pergaulan“
(Petikan Kitab Imam Ghazali)

—————————————————————————————————-
*(0610-M41-1)
Dari Abdullah Ibnu Mas’ud r.a
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Baragsiapa yang bertakziah kepada orang yang tertimpa musibah,
maka ia mendapat pahala seperti yang diperolehinya“
(Riwayat Tarmizi, Ibnu Majah & Hakim)

—————————————————————————————————-
*(0610-M41-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
“Aku belum pernah melihat sesuatu permandangan yang lebih
mengerikan dan lebih menakutkan daripada pemandangan alam kubur“
(Riwayat Tarmizi)

—————————————————————————————————-
*(0610-M42-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
“Sesungguhnya kamu kelak di akhirat akan dipanggil dengan nama
kamu dan nama bapa kamu, kerana itu perindahkanlah nama kamu“
(Riwayat Abu Daud)

—————————————————————————————————-
*(0610-M42-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
“Barangsiapa yang semakin bertambah ilmunya tetapi tidak
bertambah hidayahnya, maka dia semakin jauh dari Allah“
(Petikan Kitab Imam Ghazali)

—————————————————————————————————-
*(0611-M44-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
“Yang paling berat menerima seksaan di hari kiamat ialah
orang alim yang ilmunya tiada bermanfaat“
(Petikan Kitab Imam Ghazali)

—————————————————————————————————-
*(0611-M44-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
“Barangsiapa membantu dalam kederhakaan walaupun hanya
melalui sepatah kata, ia termasuk turut terlibat di dalamnya”
(Petikan Kitab Imam Ghazali)

————————————————————————————————
(0611-M45-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
“Barangsiapa merendahkan diri di hadapan orang kaya yang salih
hanya kerana kekayaannya, maka dua pertiga dari agamanya hilang lenyap”
(Petikan Kitab Imam Ghazali)

————————————————————————————————
(0611-M45-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
“Ada lima perkara yang wajib dipenuhi oleh seorang muslim terhadap
saudaranya iaitu menjawab salam, mendoakan orang yang bersin,
memenuhi undangan, menjenguk orang sakit dan menghantar jenazah”
(Riwayat Khamsah)

————————————————————————————————
(0611-M46-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
“Seseorang di antara kamu pasti diperkenankan (doanya) selagi
dia tidak terburu-buru dengan mengatakan “Aku telah
berdoa tetapi belum juga dimakbulkan”
(Riwayat Arba’ah)

————————————————————————————————
(0611-M47-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya:

“Orang yang memulakan memberi salam adalah
terlepas dari sifat sombong dan takabbur“
(Riwayat Al-Baihaqi &
Al-Khatib

)

————————————————————————————————
(0611-M47-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
“Siapa yang benar beriman kepada Allah dan hari kemudian maka janganlah
mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran”
(Riwayat Bukhari)

————————————————————————————————
(0611-M48-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
“Keimanan itu mempunyai enam puluh lebih cabangnya.
Adapun perasaan malu melakukan maksiat adalah salah satu dari
cabang keimanan”
(Riwayat Bukhari)

————————————————————————————————
(0611-M48-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
“(Meninggalkan rasa dengki) merupakan sunnahku, barangsiapa yang
menghidupkan sunnahku maka sesungguhnya ia mencintaiku,
dan barangsiapa yang mencintaiku, maka ia bersamaku di dalam syurga”
(Riwayat Tarmizi)

————————————————————————————————
(0612-M49-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
“Orang yang paling berbahagia di hari kiamat kelak kerana mendapat
syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah
Laa ilaaha illallah dengan ikhlas dari lubuk hatinya atau dari dalam jiwanya”
(Riwayat Bukhari)

————————————————————————————————
(0612-M49-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
“Orang yang paling ku utamakan kelak di hari kiamat ialah
orang yang paling banyak berselawat kepadaku”
(Riwayat Tarmizi & Ibnu Hibban)

————————————————————————————————
(0612-M50-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
“Bukanlah dari umatku barangsiapa yang merosakkan seorang
isteri iaitu menghasutnya supaya menderhakai suaminya”
(Riwayat Abu Daud)

————————————————————————————————
(0612-M50-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba
sebelum nyawanya sampai di kerongkong”
(Riwayat Tarmizi, Ahmad & Hakim)

————————————————————————————————
(0612-M51-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
“Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum
terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya”
(Riwayat Muslim)

————————————————————————————————
(0612-M51-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
“Dosa-dosa besar itu ialah menyekutukan Allah, berani menentang
orang tua, membunuh seseorang bukan pada haknya dan bersumpah palsu”
(Riwayat Bukhari)

————————————————————————————————
(0612-M52-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
“Termasuk dalam golongan dosa-dosa besar ialah jika
seseorang memaki-maki kedua ibubapanya sendiri”
(Muttafaq’alaih)
BIODATA RASULLULLAH S.A.W
Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Demikianlahsikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambutkelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW,seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiranpaderi ‘ St. Valentino ‘ daripada mengingati Rasulullah SAW, lebihmengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikahkecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itukita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologihidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebihmencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.
BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajahAbrahah yang menyerang kota Kaabah).· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hambaperempuan bapa Rasulullah SAW).· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenaliHalimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikatuntuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusanperniagaan..· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentangpengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masaitu.
USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ ,jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari danberperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja..· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberipertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijahbinti Khuwailid Al-Asadiyah.· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranyayang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untukmeminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan pendudukMakkah.· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakanbatu tersebut.
USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasulakhir zaman.
USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu BakarAl-Siddiq.· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.§ Saudah Binti Zam’ah.§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).§ Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).§ Zainab Binti Jahsy.§ Maimunah Binti Harith.§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim2. Abdullah3.. Ibrahim4. Zainab5. Ruqaiyah6. Ummi Kalthum7. Fatimah Al-Zahra ‘
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada SaidatinaKhadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN1. Thuwaibah 1. Hamzah2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza3. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza4. ‘ Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith2. Muqawwam3. Zubair4. Hamzah ***5. Al-Abbas ***6. Abu Talib7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)8. Abdul Ka ‘ bah9. Hijl10. Dhirar11. Umaimah12. Al-Bidha (Ummu Hakim)13. Atiqah ##14. Arwa ##15. Umaimah16. Barrah17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintaiaku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalamsyurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Nabi Muhammad SAW – Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikalBaginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersuamuka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaranapa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..- Aku melihat cahaya dari lidahnya.- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahariterbit.- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.- Wajahnya seperti bulan purnama.- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasamarah.- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan aslidi bahagian sudut.- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekalipertama kali melihatnya.- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.- Janggutnya penuh dan tebal menawan.- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.- Rambutnya sedikit ikal.- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecahbahu tapi disisir rapi.- Rambutnya terbelah di tengah.- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjurdari dada ke pusat.- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunyalebih drpd biasa.- Seimbang antara kedua bahunya.- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besardan tersusun dgn cantik..- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat danputih.- Warna putihnya lebih banyak.- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.- Warna kulitnya putih tapi sihat.- Kulitnya putih lagi bercahaya.- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.- Badannya tidak gemuk.- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuransederhana lagi kacak.- Perutnya tidak buncit.- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramaibaginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULANNYA :Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contohsepanjang zaman.Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
NB:
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untukmencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kitakerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin…
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimudi dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yangmengasihmu di akhirat kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin