KHALIFAH SYARIF ABU BAKAR SYAH
YANG DI PERTUAN YANG MAHA MULIA BENUA ISLAM SIAM KEDAH
BERGELAR
BOROMORAJA V EKATAAT MAHA DAMMAIYAZA
“Boromoraja”
di dalam terjemahan bahasa Siam Islam Kedah bermaksud “puak
berpengetahuan penyebar dakwah agama Islam” dan ekataat bermaksud, “beta
taat kepada allah dan rasul”. Gelaran
Raja Siam Cau Pija Sitammarat Maha Tammaraja (Boromokot) Raja Siam
Islam Dinasti Ayutia Ke-31 pula telah diberikan pada tahun 1758 selepas
kemangkatan ayahandanya di Pulau Langkawi Kedah iaitu Sultan
Maulana Muhiyuddin Mansor Syah (rujuk
UUK ms16,17) suami kepada Puteri
Raja China Hang Li Poh.
“Maha Dammaiyaza” pula bermaksud “pembesar
darah dari berlainan raja”. Ini adalah disebabkan ayahanda
Syarif Yang Di Pertuan Kedah adalah raja siam Islam dan ibunya pula
adalah berlainan darah dek kerana bondanya adalah Puteri Raja China
Hang Li Poh berasal dari Dinasti
Yuan yang
berketurunan Raja China Khaisar Indo-China tahun 1294.
Baginda digelar Dammaiyaza sewaktu
menjadi Raja
Siam Toung Oo di
Burma (Myanmar) dan pada masa itu baginda tinggal di Istana
Mandalay (rujuk
artikel kami sebelum ini mengenai nama Raja Mandalika, tercatat pada
Batu Bersurat Trengganu).
Terdahulu, Istana Mandalay ini telah
dibina oleh nenek baginda yang bernama Aishah
Begum Puteri Siputeh Bawinnoung, Puteri kepadaRaja
Siam Dinasti Ayutia Rama Tibodi II Parameswara Melaka Sultan
Rijaluddin (ibni) Mohammad Syah. Aishah Begum adalah
permaisuri kepada Khalifah
Zahiruddin Mohd Bahador Syah Babur India Monghul yang
bergelar Maha
Tammaraja Chief Dinasti Ayutia 1559.
Istana Aishah Begum diperbuat keseluruhannya dari kayu masih ada di
Myanmar hingga ke hari ini.
Inilah peta Empayar Islam Benua Siam Kedah dalam tahun 1686 masihi
(Ayuthia diserang Sukhothai tahun 1767) menurut rekod Perancis yang
membuat perhubungan perdagangan dengan Siam di zaman Narai
Tun Saaban memerentah
di Ayuthia sebagai Syah Alam Yang Maha Mulia. Narai Tun Saaban
menurut waris adalah adinda Khalifatullah
Akhirul Zaman Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Syah Melaka.
Kalau harapkan Inggeris atau kerajaan Thailand hari ini jangan mimpi
mereka akan mendedahkan peta sebegini kepada umum.(click untuk
besarkan)
“As to history, the
Malays had occupied a lot of land in Southeast Asia since time
immemorial. Today, much
of our land has become part of neighbouring countries,
having been conquered
or because of treaties entered into by the British. We
should really go to war to regain our land especially as there are
Malays living there.” Tun
Dr Mahathir Mohammad,dari Blog Che Det, perkara 9, jawapan kepada
Saudara Hanan.
Selepas serangan keatas Mandalay,
baginda Maha Dammaiyaza telah diusir oleh tentera penjajah Raja
Buddha Aluang Phraya Burma Chakri Sokho Thai yang mana pada masa itu
telah mula menubuhkan Kerajaan Buddha Lanna Thai di Luang
Phra Bang, dalam negeri Siam sekitar tahun 1736.
Baginda telah berpindah bersama pengikut-pengikutnya dari Istana
Mandalay Toung Oo Siam ke Kota
Ayuthia Shahrul Nuwi. Bukti pengusiran dapat dilihat di
dalam buku sejarah “A history of South East Asia; 1995; DGE Hall”.
Manakala gelaran Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam
Islam Kedah pula boleh dilihat catatannya dalam buku transliterasi
Teks Undang- Undang Kedah yang diselenggarakan oleh Mariyam Salim
Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2005 pada muka surat 42 dan 43
dan Sejarah Kerajaan Melayu Patani dimana baginda disebut sebagai
Raja Bakar @ Raja Nambang.
Raja
Bakar @ Raja Nam-bang bermaksud air telok jelas disebut sebagai
penguasa yang melantik beberapa orang raja daerah di Patani dalam
Hikayat Patani.
Pada tahun 1767 pula,
Boromoraja V Ekataat Raja Siam Islam Dinasti Ayutia Ke-33 telah
diserang kali kedua oleh tentera Raja Buddha Burma Aluang Phaya dari
Kota Ayuthia dan baginda berundur ke Istana
Kota Raja Siam Cau Pija Si Tamrat Na Khun Si Tamrat Kota Ligur
Nambang Siam di
Semenanjung Melaka. Beribu-ribu tentera telah terkorban dalam
serangan ke atas Ayuthia yang dikepung selama beberapa hari untuk
memutuskan bekalan makanan. Terdahulu, Kota Istana Cau Pija Si
Tammarat di Ligur Nambang Na Khun Si Tamrat ini telah dibina oleh
Raja Siam Cau Pija Si Tamrat Mahatamaraja (Boromokot) Dinasti Ayutia
Ke-31, Maulana
Sultan Muhiyuddin Mansor Syah.
“Dalam tahun Masehi 1767 Kota
Ayuthia pusat pemerintahan Siam pada masa itu telah dapat ditawan
oleh orang-orang Burma menyebabkan sentisa berlaku kacau-bilau yang
hebat dan orang-orang Burma telah masuk memerintah Kota Ayuthia
itu.” di petik dari Sejarah Kerajaan Melayu Patani.
Di Nambang Na Khun Si Tammrat baginda Boromoraja Ekataat V di kenali
dengan nama sebenarnya iaitu Raja
Bakar @ Raja Nambang (bermaksud
air telok). Ayahanda baginda, Maulana Syah Alam Sultan Muhiyuddin
Mansor Syah juga pernah tinggal di Istana
Kota Palas Gunung Raya Pulau Langkawipada tahun 1668 Masihi.
Catitan yang berkaitan boleh dilihat di dalam Buku Undang-Undang
Kedah di muka surat 16 dan 17.
“Sekalian kerabat diraja dan orang-orang besarnya telah bermesyuarat
mencari persetujuan untuk memilih siapa yang patut dan layak menaiki
takhta kerajaan. Pada masa itu telah ada seorang pembesar yang
tertua bernama Raja Bakar duduknya di kampung Teluk yang layak
sekali menjadi pemerintah itu. Di dalam permesyuaratan yang tersebut
masing-masing telah bersetuju melantik Raja Bakar ini menjadi
pemerintah lalu dijemputnya menaiki takhta kerajaan Patani tetapi
tiada berapa tahun sahaja Raja Bakar memerintah di atas takhta
kerajaan itu pun mangkat.”
Sila rujuk di sini,
History Of Patani
tapi awas Siam Islam di sebut sebagai thai
Buddha,
Kota Palas hari ini telah ditukar namanya ke Padang
Madsirat bertempat
di Pulau Langkawi Kedah. Istana Kota Palas ini asalnya dibina oleh
Raja Siam Islam Dinasti Ayutia Khun Wara Wangsa (1548) Sultan
Yaakob Jalil Syah yang
dikenali juga sebagai Raja
Siam Langkasuka Benua Siam Islam Kedah. Hari ini, Makam
Almarhum Sultan Yaakob Jalil Syah ini berada di Kepala Titi Limbung
Kapal (pejabat TDC) Bandaraya Alor Setar Kedah Darulaman dalam
keadaan terbiar. Nama Almarhum Sultan Yaakob Jalil Syah ini ada
tercatit di dalam Buku Undang-Undang Kedah pada muka surat xi iaitu
di bahagian pendahuluan. Ketika Sultan Rijaluddin Mohammad Johan
Syah menetap di Kota Naga, Raja
Jalil Putera menjawat
jawatan Syahbandar di Kota Setar Kedah. Catatan Naka dalam UUK Kedah
sebenar nya adalah Naga dan sekali gus mengesahkan bahawa Bandaraya
Alor Setar telah pun lama wujud dari yang telah diwartakan.
Sebagai tambahan di sini, di dalam peta semenanjung Siam Melaka pada
tahun1754 dari
Perancis, ada ditandakan tiga Kota Siam Melaka yang telah dibina
oleh Raja Siam Islam Cau Pija Sitamrat Maulana Sultan Muhiyuddin
Mansor Syah. Kota yang pertama adalah Kota
Ligur Na Khun SiTamrat (asalnya
Tammaraja), kota kedua adalah Kota
Kuala Kedah dan
yang ketiga adalahKota
Pagoh di Johor
yang berada didalam wilayah Johor Riau Lingga, Empayar Islam benua
Siam Kedah.
Berdasarkan bukti catitan dari Buku Undang-Undang Kedah pada muka
surat 43 dan 44, ianya menunjukkan bahawa Syarif Yang Dipertuan Yang
Maha Mulia Benua Islam Siam Kedah adalah penguasa di Semenanjung
Siam Melaka. Pemerintah Raja Siam Islam muthlak kemudiannya telah
bertitah kepada semua jemala Datuk Bendahara agar bermuafakat dengan
semua pegawai serta mengatur adat pada fasal aduran @ aduan hamba
allah iaitu pada hijrahnya Nabi Muhammad s.a.w 1199 bersamaan 1778 Masihi
bertempat di Kota Istana Ligur Nambang Na Khun Si Tamrat. Kota
Istana ini masih wujud lagi di Na
Khun Sitammarat (asalnya
tammaraja) berdekatan Segenting
Kra, Thailand.
Datuk Bendahara pula pada ketika itu adalah Raja Siam Islam Negeri
Champa @ Kemboja Pho
Chan Koya Long Sultan Mad Zafar Syah III Kedah yang mana juga adalah
anak lelaki sulung Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia.
Paduka Seri Maharaja Jalil Raja Siam Negeri Bangkok Koya Ngah
Sultan Megat
Terawis pula
anak lelaki kedua Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Anak ketiga
baginda ialah Raja Siam Negeri Chang Mai Koya Shuib Sultan Megat
Shuib Syah.
Datuk Paduka Maharaja Koya Nai Chau Megat
Manja Abu Kasim
Raja Siam Negeri Tenasirim pula adalah anak lelaki keempatnya.
Negeri Tenasirim yang dimaksudkan di sini sekarang ini berada di
dalam Negara
Burma (Myanmar).
“Keturunan Megat menguasai jawatan Orang besar Empat, diantara nama
penyandang gelaran Bendahara ialah Megat
Terawis, Megat Shuib, Megat Manja, Megat Iskandar,…”. Rujuk
Cempaka Sari, Sejarah Kesultanan Negeri Perak, M.A Fawzi
Basri,ms140.
Datuk Paduka Maharaja anak lelaki keempat Syarif Yang Dipertuan Yang
Maha Mulia ini dan Datuk Ku Raja Cenak Raja Siam bagi Negeri
Songkhla Sultan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang (anakanda
Datuk Bendahara Sultan Mad Zafar Syah III Kedah). Datuk Paduka Raja
Sultan Raja Siam Negeri Johor Riau Koya Fai Sultan (Megat
Iskandar)Iskandar pula adalah anak lelaki kelima baginda Syarif Yang
Dipertuan Yang Maha Mulia. Manakala Raja Seri Bongsu adalah adik
ipar kepada Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia ini. Gelaran
untuknya adalah Raja Seri Bongsu Sultan Mohammad Jiwa Nainal Adil
Perdana Menteri Benua Siam Islam Kedah. Datuk Seri Raja Putera ialah
Raja Siam Negeri Legeh Sultan Tengku Long Putera Ibni Sultan
Mohammad Jiwa Nainal Adilin.
Bentara Seri Dewa Raja Siam Negeri Perlis pula adalah Nai Ta Syed
Mohammad Hatta Ibni Datuk Bendahara Sultan Mad Zafar Syah III Kedah
iaitu anak lelaki kedua kepada Syed Alang Alauddin (keturunan Raja
Perlis sekarang). Bentara Seri Indera Raja Siam Kota Setar Kedah
Sultan Syed Yahya Tajuddin Syah pula adalah anak lelaki ketiga
kepada Datuk Bendahara. Sejarah diputar belitkan dengan mengatakan
bahawa Ahmad Tajuddin Halim Syah (marhum Melaka) adalah Sultan
Kedah, mungkin tercelaru dengan nama Syed Yahya Tajuddin Syah
seperti diatas. Pada muka surat 40 dan 47 Buku Undang-Undang Kedah,
jika diteliti dengan jelas, Datuk Paduka Seri Bongsu hanyalah Datuk
Paduka Seri Perdana Menteri Anak Bukit. Paduka Seri Sultan Mohammad
Jiwa Nai Nal Adilin jelasnya, bukanlah Sultan Negeri Kedah (Paduka
Seri Sultan adalah gelaran bagi raja-raja daerah). Siapa pula yang
menjadi raja ketika itu kalau sudah ada Perdana Menterinya? Tak lain
tak bukan ialah Yang Di Pertuan Kedah, Khalifah Syarif Abu Bakar
Syah.
Sebagai penambahan lagi di sini, Tun Pekerma Dewa Raja Siam Albani
Australia Nai Long Ena Sultan Dili Tengku Ali Ibni Sultan Mad Zafar
Syah III Kedah adalah Tun Pekerma Dewa Putera yang keempat. Sang
Setia Lela Raja Siam Manila Filipina Sultan Ismail Ibni Sultan Mad
Zafar Syah III Kedah adalah Sang Setia Lela Sultan Ismail Manila
Filipina Putera yang kelima.
Mengikut rujukan di muka surat 26 dan 27 Buku Undang-Undang Kedah,
jelas dikatakan bahawa Perdana Menteri Kedah iaitu Sultan Mohammad
Jiwa Nai Nal Adilin telah menghantar bunga emas kepada Raja Siam
Dinasti Ayutia Ke-33 iaitu Boromoraja V Ekataat Syarif Yang
Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Islam Kedah di Benua Siam Kota
Ligur Nambang Na Khun Sitamrat pada tahun1778 Masihi.
Empat tahun selepas itu iaitu pada tahun 1782,
Kota Raja Ligor Nambang Na Khun Sitammarat telah diserang oleh Raja
Buddha Burma Aluang Phraya yang diketuai oleh General Chula Luak
Rama I Dinasti Chakri Sokho Thai iaitu selepas mereka berjaya
merampas kuasa daripada General Taksin di Ayutia Siam.
Serangan tentera musuh Chakri Sukho Thai tersebut telah ditewaskan
tentera Islam siam yang diketuai oleh Panglima Bukit Gantang Datuk
Ku Raja Cenak Syed Alang Alauddin, Raja Siam Songkhla. Kawasan
tentera Islam siam yang terkorban telah digelar “cherat” dalam
bahasa siam yang bermaksud “tanah
perkuburan para syuhada di Na Khun Sitamrat Thailand”
dalam bahasa siam. Makam-makam mereka masih ada lagi hingga ke hari
ini.
Pada tahun 1782 Masihi
pula, Raja Siam Islam Kota Ligur Na Khun Sitammarat telah membina Kota
Meang Kuang @
Kota Negara Luas Benua Siam Kedah di mukim Wang Tepus daerah Kubang
Pasu Kedah Darulaman Malaysia. Pada tahun 1788 Masihi
pula, tentera penjajah inggeris telah menyerang Raja Siam Albani
Australia iaitu Sultan Nai Long Ena Tengku Ali @ Sultan Dili Ibni
Raja Siam Kamboja Pho Chan Koya Long Sultan Mad Zafar Syah III
Kedah.
Disebabkan peristiwa itu, Sultan Dili berundur bersama- sama umat
Islam Albani Australia ke Pulau Timor, Timor Leste Benua Siam Islam
Kedah. Australia Benua Siam Islam Kedah telah dijajah oleh penjajah
inggeris bermula pada tahun1788 dan
Australia itu seperti dinyatakan sebelum ini adalah sebagai tempat
buangan banduan dari England, juga pada zaman Raja Siam Dinasti
Ayutia Ke-33 Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Dipertuan Yang Maha
Mulia tinggal di Istana Benua Siam Kedah Kota Meang Kuang mukim Wang
Tepus daerah Kubang Pasu Kedah Darulaman Malaysia.
Jelas dari bukti peta Tallis bertarikh 1851 di
atas, puak sukhothai yang menjajah negeri Siam tidak menguasai
Selatan Thailand hari ini. Ketika itu dari Sergenting Kra ke bawah
masih berada di bawah jajahan Raja Siam Islam, Yang Di Pertuan Kedah
Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang (1825-1862).
Peta di atas telah mula menyebut BANGKOK sebagai ibu negeri Siam
kerana setelah menawan Ayuthia mereka tidak lagi menjalankan
pemerentahan dari situ. Sekiranya begitu, raja siam manakah yang
berjaya ditipu muslihat oleh Tunku Anum kalau bukan raja siam Islam.
Kenapa pengkhianat kepada Raja Maha Besar diakui dan dikatakan wira
dalam Sejarah Kedah?, dinamakan sekolah atas namanya?, di mana
pengiktirafan kita hari ini terhadap Khalifah Syarif Abu Bakar
Syah?(click untuk besarkan)
Peta tahun 1851 ini
membuktikan bahawa mereka ketika itu sibuk merampas semula wilayah
siam Islam di Champa yang enggan bernaung di bawah Raja thai Buddha.
Mereka menangkap, menyiksa dan membunuh raja-raja Islam yang enggan
tunduk kepada mereka dan berjaya berkuasa di sana sahaja, tidak di
selatan Siam. Wilayah di Champa, Laos ini kemudiannya dirampas oleh
Perancis. Manakala Inggeris pula sudah menguasai Semenanjung Melaka
dan menukar nama semenanjung ini kepada Semenanjung Tanah Melayu
atau Malaya. Proses memelayukan pelbagai masyarakat di sini pun
bermula. (click untuk besarkan).
Pada tahun 1819 pula,
pihak tentera raja inggeris telah menyerang Timor Leste dan
kemudiannya membunuh Sultan Riau Lingga Sultan Dili dan juga
membunuh adik Sultan Riau Lingga iaitu Sultan Manila Filipina yang
mana mereka berdua ini adalah cucu kepada Raja Besar Benua Siam
Kedah Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Pada tahun 1819 ini
juga, penjajah inggeris telah bekerjasama dengan pengkhianat untuk
mengusir Sultan Iskandar dari Istana Raja Pagoh, Johor.
Selain itu, di dalam Buku Undang- Undang Kedah di muka surat 27 dan
28 telah tercatat “maka pada zaman Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin
Halim Syah Ibni Sultan Abdullah Mukaram Syah naik kerajaan pada
tarikh 1222 tahun
alif, dilebihkan tinggi bunga emas dan bunga perak sebab baginda
sendiri mengadap Raja Maha Besar Benua Siam”. Dari catitan tersebut,
ia telah membuktikan Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah
telah diberikan pangkat di dalam kerajaan oleh Raja Maha Besar Benua
Siam Kedah Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia iaitu pada tahun 1812.
Beliau telah dilantik sebagai Pemerintah Angkatan Laut Kedah yang berjawatan
Laksamana dan
(bukanlah sebagai Sultan Kedah) bertugas di Kota Kuala Kedah untuk
memungut cukai perdagangan.
Berkenaan dengan cukai perdagangan ini, cukai tersebut telah
disampaikan sendiri oleh Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim
Syah ke Benua
SiamKota Meang Kuang mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu
Kedah. Ini adalah disebabkan kedudukkan Kota Kuala Kedah dan Kota
Meang Kuang melalui jalan sungai dan laut adalah berdekatan. Malah
nama-nama tempat seperti Tanjung Pauh, Pedu, Anak Bukit, Naga yang
disebut dalam UUK di ms 25 masih ada lagi hingga ke hari ini di
Kedah.
Pada tahun 1821,
Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah telah belot dan membawa
masuk tentera-tentera musuh Chakri Sokho Thai Raja Buddha Rama II
secara senyap dan menyerang Kota Meang Kuang Benua Siam Islam Kedah
secara serang hendap. Khalifah Syarif Abu Bakar Syah telah dibunuh
di Istana Kota Meang Kuang. Dek kerana itulah tahun serangan tahun 1821 digelar
“tahun musuh bisik”, ibaratkan musuh dalam selimut. Ini juga ada
dicatit sebagai bukti oleh ahli sejarah inggeris iaitu Robert
Adison. Tentera-tentera Thai telah mencuri harta khazanah
Syarif Yang Di Pertuan seperti Bunga Emas dan membawa balik ke
Bangkok. Dengan itu, hari ini sejarah kita mengatakan bahawa Bunga
Emas di hantar kepada mereka di Bangkok, pada hal ia di rampas di
Istana Kota Meang Kuang dalam tahun 1821.
Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah telah mengikut jejak
langkah ayahnya Sultan Abdullah Mukarram Shah iaitu Raja Pulau
Pinang (bukan Sultan Kedah) menjadi pembelot Syarif Yang Di Pertuan
Kedah. Terdahulu, Sultann Abdullah telah membuat perjanjian sulit
dengan penjajah Inggeris untuk menyerahkan Pulau Pinang kepada
penjajah Inggeris Francis Light pada tahun1786 Masihi.
Dia berbuat demikian adalah kerana tamak dan inginkan pihak penjajah
inggeris mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Kedah iaitu di zaman
Raja Maha Besar Benua Siam Islam Kedah masih ada dan tinggal di Kota
Meang Kuang Benua Siam Islam Kedah di mukim Wang Tepus daerah Kubang
Pasu Kedah.
Antara yang menjadi mangsa musuh bisik oleh tentera Raja Buddha
Chakri Sokho Thai Rama II pada tahun 1821 adalah
seperti Raja
Maha Besar Benua Siam Islam Kedah Boromoraja V Ekataat Dinasti
Ayutia Ke-33 Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia yang
dimakamkan di Makam Diraja Siam Kampung Tualang mukim Tualang Kota
Setar Kedah bersama anak lelaki keduanya iaitu almarhum Raja
Siam Negeri Bangkok Koya Ngah Sultan Megat Terawis. Kedua,
makam Permaisuri
Maha Raja Siam Tengku Suria Ibni Sultan Tengku Marin Langkat
Sumatera Pasai(makamnya digelar makam Tok Jame berada di
Alor Rambai Kota Meang Kuang Kubang Pasu Kedah).
Ketiga adalah makam Sultan
Marin Langkat Sumatera Pasai yang
makamnya berada di Jeti Kuala Kedah yang digelar makam
Tok Pasai. Sultan Marin ini adalah cucu kepada Tun
Saaban yang
bergelar Iskandar
Mahkota Alam semasa
menjadi Raja Acheh (sebagai Laksemana ketika muda bergelarHang
Tuah dan ketika
menjadi Raja Ayuthia baginda bergelar Narai).
Kemudiannya makam Sultan Johor Riau iaitu Sultan
Iskandar Koya Faiyang berada di Kota Meang Kuang mukim Wang
Tepus Kubang Pasu Kedah. Makam Raja Siam Tenasirim Burma (Myanmar)
iaitu Sultan
Koya Nai Chau Abu Kasim @ Sultan Datuk Maharaja Megat Manja Abu
Kasim yang
berada di Kampung Kubang Lintah Langgar Kedah pun menjadi mangsa
musuh bisik. Antaranya termasuk makam Raja
Siam Chang Mai Sultan Koya Shuib @ Megat Shuib yang
berada di Alor Raja Langgar mukim Langgar Kota Setar Kedah.
Seterusnya, makam Raja Legeh Kok Nanas Jeli Kelantan Sultan
Tengku Long Taha Ibni Sultan Tengku Long Putera yang
berada di Kampung Kota Sarjana Alor Ganu Anak Bukit Kedah. Antara
lain lagi adalah makam Raja Bang Nara Yala Sultan
Tunku Nong Chik Ibni Sultan Tunku Long Putera yang
berada di Kampung Kota Sarjana juga. Makam Raja MindanaoSultan
Koya Tunku Ali Ibni Sultan Tunku Long Putera berada
di Kampung Kubang Besar mukim Tualang Kedah juga menjadi mangsa dan
juga makam Perdana Menteri Benua Siam Islam Kedah Sultan
Tunku Long Putera Laksemana Datu Ibni Sultan Mohammad Jiwa Nainal
Adilinyang berada di Kampung Kepala Bendang mukim Tualang
Kota Setar Kedah.
Selain itu ialah makam Laksamana
Mad Sirat Tunku Mohammad Chan Keramat Tok Tekai Ibni Sultan Legeh
Tunku Long Taha yang
berada di Permatang Harimau mukim Lesong Kedah. Kemudiannya makam
cucu Sultan Idris Jammu Patani Almarhum Radin
Megat Mad Ibni Radin Megat Tam Tunggal dan
makam isterinya Tunku
Puteri Dayang Ibni Sultan Tunku Long Putera Laksemana Datu.
Terdapat juga lain-lain yang terlibat dalam perang dan mati syahid
seperti makam Putera Sultan Idris Jammu Patani Radin
Megat Tam Tunggal yang
berada di Tanjung Inggeris Pekan Langgar Kedah, makam Raja Siam
Perlis Nai
Ta Sultan Syed Mohd Hatta Ibni Sultan Mad Zaffar Syah III Kedahyang
turut berada di Tanjung Inggeris Langgar juga dan makam Sultan
Idris Jammu Patani dan Puteri
Majapahit yang
berada di Masjid Kampung Sena Mukim Tobiar Pendang Kedah serta makam
Raja Siam Kota Setar Sultan
Syed Yahya Tajuddin Syah yang
berada di Kampung Alor Siam, Mukim Tajar.
Pada tahun 1821 ini
lah juga tentera Raja Buddha Rama II Chakri Sokho Thai telah
diserang balas dan diusir keluar dari Negeri Kedah oleh Panglima
Bukit Gantang Datuk Ku Raja Chenak Sultan Syed Alang Alauddin Panglima
Bukit Gantang yang mana ketika itu baginda menjadi Raja Siam
Songkhla. Baginda telah mendapat bantuan tentera china Manchu
memandangkan baginda adalah menantu kepada Maharaja itu. Kemudiannya
angkatan tentera China Manchu ini telah belayar ke Istana Bukit
Chandan Perak untuk menjemput Raja Champa Kamboja Pho Chan Koya Long
Sultan Mad Zafar III Kedah (juga disebut Putera Raja Siam Ligor)
untuk datang bersemayam ke Kota Sarjana Alor Ganu Kedah.
Sultan Mad Zafar Syah III Kedah adalah ayahanda kepada Datuk
Panglima Bukit Gantang Raja Siam Songkhla Sultan Syed Alang
Alauddin. Selepas itu Sultan Mad Zafar Syah III Kedah telah
ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah.
Wilayah pemerentahan baginda adalah seperti peta semenanjung di
atas. Pada ketika inilah Ahmad Tajuddin Halim Syah melarikan diri ke
Pulau Pinang dan dihantar oleh Inggeris ke Melaka. Di sana sebagai
penaung penulisan sejarah dan dengan bantuan kewangan dari penjajah
Inggeris (mereka membawa agenda freemason), Ahmad Tajuddin Halim
Syah telah bertindak menulis semula Sejarah Melayu (agenda inggeris,
tanpa pengarang), Hikayat Hang Tuah dll. Beginilah kita semua
mengetahui sejarah bangsa melayu hari ini, tersasar dari hakikat
sejarah Islam sebenarnya.
Antara senarai nama-nama bagi raja- raja negeri yang dilantik oleh
Sultan Mad Zafar Syah III Kedah adalah Ku
Din Ku Meh bagi
menjadi Raja Negeri Setoi (atau negeri Satun, bersebelahan Perlis
hari ini). Kedua adalah Tunku
Mohammad Diah Kerabat Tok Bai yang
dilantik menjadi Sultan Kelantan dan Terengganu atau dikenali
sebagai Raja Legeh Kok Nanas Jeli Kelantan dengan gelaran Sultan
Mohammad I Kelantan. Antara lainnya adalahSyed
Harun Ibni Sultan Syed Mohd Hatta yang dilantik menjadi Raja Negeri
Perlis, Nai
Doi Ibni Sultan Datuk Maharaja dilantik
menjadi Raja Kubang Pasu, Nai
Moreh (Tok Moreh) Ibni Sultan Syed Mohd Hatta yang
dilantik menjadi Sultan Kota Setar, Tunku
Ibrahim Tunku Meh dilantik
menjadi Raja di Kuala Muda, Nai
Long Abu Taha Ibni Sultan Syed Alang Alauddin Raja
Siam Songkhla dilantik menjadi Raja Selama termasuk Pulau Pinang, Nai
Long Jaafar Ibni Sultan Syed Alang Alauddin Raja
Siam Songkhla yang dilantik menjadi Raja Siam di Larut Matang.
Kemudiannya Nai
Long Ismail @ Sultan Ismail Kinta Ibni Sultan Syed Mohd Hatta yang
dilantik sebagai Raja di Kinta dan Raja
Lumu anak saudara kepada permaisuri baginda Puteri Raja Bugis Sri
Andalas pula telah dilantik sebagai Raja Negeri Selangor.
Sultan Mad Zafar Syah III Kedah telah mangkat pada tahun 1825 di
Berahman Indera Balai Besar Alor Setar Kedah setelah memerentah
selama 4
tahunsahaja. Jenazah baginda telah dimakamkan di Makam
Diraja Siam Kampung Tualang mukim Tualang Kota Setar Kedah. Kemudian
selepas kemangkatan baginda, anak lelaki baginda iaitu Sultan Syed
Alang Alauddin Datuk Ku Raja Chenak Syed Alang Alauddin Panglima
Bukit Gantang ketika itu menjadi Raja Siam Songkhla ditabal menjadi
Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Islam Kedah. Baginda
menetap di Istana Kuning Berahman Indera Alor Setar Kedah pada tahun 1825 dan
memerentah sehingga tahun 1862 dan
dimakamkan di Makam Diraja Siam Kampung Tualang Mukim Tualang Kota
Setar Kedah. Anak lelaki baginda Nai
Long Jaafar kemudiannya
kembali dari menjadi Raja Larut Matang dan ditabal menjadi Raja
Besar Benua Siam Islam Kedah bergelar Sultan
Jaafar Mad Azam Syah dan
baginda pula melantik Che Ngah Ibrahim menjadi menteri di Larut
Perak pada tahun yang sama menggantikan tempatnya.
Pada tahun 1875,
penguasa penjajah inggeris, J.W.W. Birch yang mula menguasai negeri
Perak telah dibunuh di Sungai Pasir Salak oleh Datuk Maharajalela.
Fikirkan lah saudara pembaca budiman, arahan siapakah yang
menyebabkan Datuk Maharajalela berani bertindak sedemikian rupa?
Penguasaan Inggeris di Perak bermula semenjak Perjanjian
Pangkor 1874yang mengenepikan peranan Yang Di Pertuan
Kedah. Penjajah kemudiannya telah memohon bantuan tentera penjajah
Raja Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang Khun agar menyerang Nai
Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah yang pada masa itu berada di Istana
Pulau Tiga Sungai Merbuk Kuala Muda Kedah. Istana ini asalnya adalah
istana lama milik Raja Iskandar Zulkarnain Raja China Siamen.
Selepas itu pada tahun 1876 Masihi,
Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah telah dibunuh oleh tentera Raja
Rama V Chakri Sukho Thai Chula Luang Khun di Gurun Kedah. Makam
almarhum kini berada di Makam Diraja Siam Kampung Tualang mukim
Tualang Kedah.
Mayat baginda telah dibawa di dalam dulang besar (dalam keadaan
berkecai dipijak gajah) oleh tentera China Manchu dari Gurun ke
Kampung Tualang untuk dikebumikan. Penglibatan tentera China Manchu
yang beragama Islam adalah disebabkan ibu kepada Nai Long Sultan
Jaafar Mad Azam Syah adalah Puteri Raja China Manchu Siamen China
dan tentera Manchu Islam ini dihantar oleh Maharaja Cina Manchu
untuk mengawal baginda. Merekalah yang mengorek terusan Alor Cina di
Kg Tualang Kedah untuk tujuan pengairan air ke sawah padi. Keturunan
tentera China Manchu Islam hari ini masih ada di Kedah, tetapi hari
ini mereka dikenali sebagai Melayu kerana berkahwin dengan orang
tempatan, dengan paras rupa berwajah bujur sireh, berkulit putih
kemerah-merahan. Kekecohan yang dilakukan oleh Inggeris di China
untuk menjatuhkan Maharaja China Manchu itu kemudiannya tidak
memungkinkan lagi Maharaja itu menghantar bantuan ke Benua Siam.
Ahli sejarah Inggeris Colonel
James Low diminta
menjadi pencatat sejarah fantasi (dia bukan pakar) dengan bayaran
lumayan atas arahan Raja Thai Rama V Chakri Sokho Thai Thailand
Chula Luang Khun supaya tentera buddha Thailand dapat memusnahkan
bahan bukti Empayar Islam Benua Siam Kedah. Raja Thai ketika itu
telah menjalankan pemerintahan Tentera Buddha Thai dibawah seorang
Raja Perempuan Thai, Mak
enche Manjalara di
negeri Kedah selama lima tahun dari 1876 sehingga 1881. Mak
Enche Manjalara ini kemudiannya berkahwin dengan Sultan
Abdul Hamid dan
beliau pun dilantik menjadi Sultan Kedah.
Tentera-tentera thai telah ditempatkan di seluruh negeri kedah untuk
memastikan tiada siapa yang berani membuat penentangan terhadap
wakil Raja Thai, Sultan Abdul Hamid dan Mak Enche Manjalara. Pada
masa ini waris Raja-raja Siam Islam terpaksa mendiamkan diri bimbang
ditangkap dan dibunuh oleh tentera thai, hinggalah ke hari ini
mereka bangun menyuarakan wasiat yang dituntut oleh agama Islam.
Keturunan tentera thai ini masih ada di Kedah dan dikenali sebagai
orang siam (beragama Buddha) kerana orang siam Islam di Kedah sudah
di Melayukan oleh penjajah Inggeris. Lagi pun tentera-tentera ini
datang dari negeri Siam yang tidak ditukar namanya setelah dijajah
oleh raja Thai dengan sebab itu mereka masih lagi dipanggil
orang-orang siam. Malahan di Kedah dan Malaysia amnya, rakyat negara
ini masih memanggil Thailand sebagai Siam. Situasi yang sama berlaku
di Patani di mana orang-orang Melayu Patani begitu marah dengan
tentera siam (pada hal mereka ini thai) kerana mereka pun sudah pun
di melayukan sepertimana kita yang berada di Malaysia.
Antara yang dimusnahkan tentera thai sewaktu zaman penjajahan ini (1876-1881)
adalah istana-istana Ayutia Raja Siam Islam Kedah, makam-makam dan
juga masjid-masjid yang bersejarah dan tinggalan sejarah di sekitar
Lembah Bujang, Kedah. Kebijaksanaan orang-orang kedah dahulu pula
antara lainnya mereka telah bertindak menimbus makam Sultan Syeikh
Abdul Kadir ibni Hussein Syah Alirah bertarikh 904
masihi di
Tanjong Inggeris, makam Maulana Sultan Muhiyuddin Mansur Syah di
Kota Palas Pulau Langkawi.
Malangnya, makam Maulana Sultan Muhiyuddin Mansur Syah kini dikenali
sebagai “makam purba milik seorang perempuan” walaupun nama baginda
ada disebut dalam Undang-Undang Kedah dan dimaklumkan kedudukkan
makam tersebut oleh warisnya hari ini melalui penulisan di blog ini.
Terkini, saudara pembaca sakelian para penyelidik dari USM, Pulau
Pinang menjumpai lagi 3 tapak kesan tinggalan bangunan sejarah yang
diterbalikkan dan dikambus di zaman dahulu oleh penjajah Inggeris
dan thai sewaktu Kedah dijajah. Lokasinya hanya 2-3km saja dari
makam Raja Merong Mahawangsa yang bergelar Sultan
Madzaffar Syah I.
Istana Ayutia dan masjid- masjid yang dibina di zaman Raja Iskandar
Zulkarnain Raja China Saimen di Pulau
Tiga Sungai Merbuk daerah
Kuala Muda Kedah Darulaman telah diletupkan dan dicampak ke dalam
Sungai Merbok. Yang tinggal hanyalah candi kubu tentera China Siamen
Raja Iskandar Zulkarnain (lihat artikel kami sebelum ini) yang
dikelilingi gok membuat arang daripada kayu-kayu bakau dari zaman
Raja Maha Besar Benua Siam Kedah Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam
Syah untuk kegunaan kapal- kapal. Tempat-tempat bersejarah lain yang
hanya tinggal nama di Kedah antaranya, Kota Sarang Semut, Kota Meang
Kuang, Kota Sarjana, daerah Kota Kuala Muda, Kota Aur dll.
Pembaca yang dihormati semua, bukan lah tujuan kami untuk mengaibkan
sesiapa. Sejarah harus diceritakan semula dengan niat kebenaran
mengatasi segalanya. Sejarah realiti ini hanya boleh diriwayatkan
semula oleh waris-warisnya yang menanggung pelbagai kesusahan,
siksaan, dihina dan dikeji, tohmahan termasuk dipadam langsung dari
sejarah bangsa Melayu hari ini, mereka hilang pengiktirafan oleh
sejarawan dan pentadbiran kerajaan Malaysia semenjak negara kita
mula merdeka lagi.
Kami sebagai waris tidak perlu takut disebut derhaka kerana kami
kini ada manuskrip Undang Undang Kedah, kami dari golongan yang
melantik mereka-mereka dahulu sebagai raja-raja daerah walaupun
kemudiannya mereka belot dan bersubahat dengan penjajah untuk
mendapatkan kuasa dan kekayaan lantas mengenepikan undang-undang
Islam. Orang kebanyakkan tidak menerima wasiat dan kefahaman sejarah
mereka amatlah terhad (dengan maaf) jadi amat sukar untuk mereka
meriwayatkan semula sejarah realiti, mungkin dituduh derhaka dsbnya.
Raja-raja daerah zaman dahulu telah bertindak megenepikan Maharaja
Benua Islam Siam yang bergelar Khalifah, Kaifa dan Maulana
sepertimana tercatat dalam Undang-Undang Kedah. Sehingga hari ini,
sejarah negara kita masih ditulis dalam acuan penjajah dan
mereka-mereka yang engkar terdahulu. Jadinya, sejarah bangsa Melayu
hari ini hanya mengikut betul mereka sajalah.