Khamis, 17 Mei 2012

SEJARAH KEDATANGAN IMINGRAN KE TANAH MELAYU

Dalam abad ke-19, Malaysia telah mengalami perubahan komposisi etnik yang ketara.

Ini berlaku berikutan kedatangan penjajah British dan pemodenan ekonomi yang dijalankan oleh mereka.

Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah di Perak dan Selangor telah membawa kepada kedatangan beramai-ramai orang Cina dan India ke Malaysia.

Sultan Ali Iskandar Shah dan Sultan Abu Bakar Shah, Sultan Johor, juga amat bertanggungjawab membawa orang Cina dan India ke Malaysia untuk menjayakan perusahaan getah, gambir dan lada hitam di negeri Johor.

Orang Cina.

Sejak abad pertama, orang Cina telah datang ke Malaysia. Empayar Johor menjalankan hubungan perdagangan dengan negara China dan pedagang Cina telah menetap di Johor. Tetapi kemasukan orang Cina ke Malaysia menjadi ketara selepas British menjajah Pulau Pinang dalam tahun 1786 dan Singapura dalam tahun 1824.

Orang Cina berhijrah ke tanah besar Johor dari Singapura pada zaman pemerintahan Sultan Ali Iskandar Shah dan Sultan Abu Bakar Shah (1835-1895) untuk membuka ladang gambir dan lada hitam.

Orang Cina juga menjadi buruh lombong bijih timah di Perak dan Selangor.

Bencana alam di China seperti kemarau dan banjir menyebabkan penduduknya menderita. Pertambahan penduduk China yang mendadak menyebabkan kekurangan tanah pertanian untuk sekumpulan besar penduduk desa, dan mereka terpaksa berhijrah ke Malaysia untuk mencari kehidupan baru.

Kedatangan orang Cina telah menggalakkan perkembangan perusahaan bijih timah di Malaysia terutamanya di Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban.

Orang Cina juga telah menjayakan industri koko di Sabah, lada hitam di Johor dan Sarawak dan sayur-sayuran di Cameron Highlands, Ipoh, Johor Baru, George Town dan Kuala Lumpur.

Mereka turut terlibat dalam penanaman padi di Sabak Bernam dan perikanan di Pulau Pangkor, George Town dan Klang.

Buruh Cina dibawa masuk ke Malaysia melalui agen yang merupakan pedagang Cina yang kaya. Mereka terikat dengan perjanjian untuk bekerja di Malaysia sehingga hutang tambang perjalanan yang diberikan oleh agen berjaya dijelaskan.

Orang Hokkien - Orang Hokkien ialah golongan dialek Cina yang pertama dan teramai menetap di Malaysia. Mereka kebanyakannya menetap di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka dan menjadi pedagang, buruh dan pekebun kecil.

Kumpulan kecil Teochew (Swatow) iaitu Hokkien dari bandar Swatow di Kwangtung (wilayah orang Kantonis) kebanyakannya menetap di Pulau Pinang, Singapura, Melaka, Johor, dan pesisir Selangor dan Perak.

Kumpulan kecil Hainan iaitu Hokkien dari Pulau Hainan di Kwangtung membuka kedai kopi dan juga menjadi buruh ladang.

Orang Kantonis dan Hakka - Orang Kantonis dan Hakka bekerja di lombong bijih timah dan juga menjadi pedagang dan pekebun kecil. Mereka menetap di pedalaman Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Pada tahun 1921, orang Hokkien merangkumi 52 peratus orang Cina di Malaysia [termasuk Teochew 11 peratus dan Hainan 6 peratus] diikuti orang Kantonis (29 peratus) dan Hakka (19 peratus).

Pada tahun 1941, orang Cina merupakan kaum terbesar di Semenanjung Malaysia, dan membentuk 43 peratus penduduk Semenanjung berbanding orang Melayu yang membentuk 41 peratus penduduk Semenanjung.

Menjelang tahun 1921, 22 peratus daripada orang Cina di Semenanjung adalah anak kelahiran Semenanjung.

Dalam tahun 1957, 75 peratus daripada mereka adalah anak kelahiran Semenanjung.

Orang India.

Orang India datang ke Malaysia sejak abad yang pertama. Seperti orang Cina, mereka berdagang dengan empayar Johor serta negeri Kedah dan Kelantan.

Mereka berhijrah secara beramai-ramai pada abad ke-19 akibat perkembangan perusahaan getah.

Buruh India amat berjasa memajukan sistem jalan raya dan keretapi di Semenanjung Malaysia.

Kebanyakan penghijrah dari India berketurunan Tamil dan Punjabi.

Seperti di China, bencana alam dan pertambahan penduduk di India menyebabkan sebahagian besar orang India berhijrah ke seberang laut untuk memulakan kehidupan baru.

Ramai orang Tamil memasuki Malaysia sebagai buruh kontrak di ladang getah, tebu (di Pulau Pinang) dan kopi (di Johor). Mereka dibawa masuk oleh agen yang merupakan pedagang India yang kaya. Mereka bekerja di bawah seorang majikan di Malaysia untuk tempoh yang ditetapkan oleh kontrak.

Orang Tamil membentuk 82 peratus daripada penduduk India di Malaysia pada tahun 1931 dan mereka bekerja di estet getah dan kelapa sawit selain menjadi pegawai kerajaan dan golongan profesional seperti peguam dan doktor.

Orang Malayali membentuk 6 peratus daripada penduduk India di Malaysia pada tahun 1931 dan turut bekerja di bidang yang sama dengan orang Tamil.

Orang Telugu membentuk 5 peratus daripada penduduk India di Malaysia pada tahun 1931 dan kebanyakannya bekerja sebagai buruh estet.

Orang Punjabi (termasuk Gujarati, Bengali, Marathi, Orissa, Kashmir, dan Sindhi) membentuk 7 peratus daripada penduduk India di Malaysia pada tahun 1931 dan kebanyakannya menjadi peniaga, polis dan askar.

Pada tahun 1921, 12 peratus penduduk India dilahirkan di Semenanjung. Pada tahun 1957, 62.1 peratus penduduk India dilahirkan di Semenanjung.

Walaupun ekonomi moden (perladangan, perlombongan dan pembinaan) didominasi oleh orang Cina dan India, orang Melayu tidak menjauhkan diri darinya.

Ramai orang Melayu berketurunan Jawa bekerja di ladang kelapa sawit serta getah, serta menjaga kuda lumba dan berniaga di Singapura.

Orang Batak Mandailing iaitu sejenis Melayu Asli bekerja di lombong bijih timah di Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin