Khamis, 17 Mei 2012

PENTADBIRAN KERAJAAN SIAM KE TANAH MELAYU

Sejarah administrasi Thai di Kedah bermula dari Ogos 1943 hingga September 1945. Pentadbiran yang mengambil masa selama 25 bulan ini merupakan satu jangkamasa yang pendek. Pihak pentadbiran Thai sejak memegang kuasa di Kedah cuba mewujudkan suasana sebelum perang. Pentadbiran dijalankan secara British. Pegawai-pegawai yang ada meneruskan kerja-kerja mereka, semua jentera pentadbiran dihidupkan semula .
Kerajaan Thai lebih merupakan 'caretaker' sahaja. Tidak terdapat pembaharuan yang diusahakan. Tetapi dalam soal menyediakan makanan dan pakaian kepada rakyat pemerintah Thai lebih berjaya. Bahan makanan seperti beras dan gula dibawa dari Thailand. Oleh kerana bahan makanan senang didapati di Kedah, ramai penduduk dari negeri-negeri lain datang untuk mendapatkan makanan. Ramai di antara mereka datang dari Pulau Pinang, Perak dan dari selatan tanahair terus menetap di Kedah.

Gambar yang dirakamkan pada tahun 1906 di hadapan Balai Besar sempena perkahwinan Tunku Mahmud - bersama pembesar negeri Kedah dan jemputan dari Thai.
Pemerintah Thai tidak menjalankan apa-apa rancangan kemajuan di Kedah. Ini mungkin disebabkan jangkamasa 25 bulan itu terlalu pendek untuk mereka memulakan sesuatu rancangan. Kewangan tidak menjadi masalah di kala itu. Pejabat Kewangan Negeri Kedah mendapat lebihan belanjawan hasil dari kutipan cukai.
Mungkinkah pemerintahan Thai telah menyedari tentang kedudukan mereka di Kedah hanya sementara? Hal ini berkemungkinan kerana mereka dapat mengikuti kemenangan awal pihak berikat di Pasifik melalui siaran radio All-India. Pihak Thai telah mengagakkan kedudukan mereka tidak akan berpanjangan di Kedah. Berdasar pada hal ini mereka tidak begitu berminat untuk menjalankan rancangan kemajuan.
Pegawai-pegawai Thai yang dihantar ke Kedah tidak ramai yang berkelayakan dalam bidang pentadbiran. Setengahnya mengambil kesempatan dengan kedudukkan mereka itu bagi mendapatkan keuntungan diri sendiri. Walaupun pemerintah Thai tidak membawa apa-apa kemajuan di Kedah tetapi boleh dikatakan keseluruhan rakyat bersyukur dengan kedatangan mereka. Kedatangan Thai telah membebaskan mereka dari ketakutan lantaran pemerintahan tentera Jepun, suatu keadaan yang penuh prasangka dan was-was mungkinkah esok mereka akan diseret dan dihukum tanpa melakukan apa-apa kesalahan.
Kekalahan Pihak Berikat dalam Perang Dunia 11 telah dengan sendirinya menamatkan administrasi Thai di Kedah. Apabila Inggeris datang, mereka memulakan pemerintahan corak tentera iaitu B.M.A. (British Military Administration). Pentadbiran corak tentera ini tidak lama, setelah keadaan kembali aman pentadbiran awam British dimulakan kembali di Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin