Khamis, 10 Mei 2012

SEJARAH CHE KASSIM BIN MANSOR BERPANGKAT KETUA PENGARAH BOMBA KEDAH/PERLIS.


Sejarah Dan Penubuhan Bomba Perlis


Perkhidmatan Bomba di negeri Perlis dimulai diawal tahun 1947 yang dianggotai oleh Encik Taha bin Talib, Encik Ahmad bin Hassan dan diikuti kemudiannya oleh Encik Abu Bakar bin Muhammad. Pada ketika itu Perkkhidmatan Bomba dibantu oleh anggota polis. Pada tahun 1960 Perkhimatan Bomba Negeri Perlis yang bergabung dengan Perkhidmatan Bomba Negeri Kedah diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar. Pada ketika itu, Balai Bomba berada berdekatan dengan bangunan mahkamah (sekarang ini tapak surau).
sejarah-bomba-bp-1sejarah-bomba-bp-2
          Pada tahun 1963 kakitangan Perkhidmatan Bomba Negeri Perlis ditambah seramai lima anggota menjadi lapan amggota semuanya. Pada tahun 1965 Balai Bomba Kangar yang terletak di Jalan Besar Kangar (Persiaran Jubli Emas) telah disempurnakan perasmiannya oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Tunku Syed Putra Jamalulail pada tanggal 22hb. September.
sejarah-bomba-bp-3sejarah-bomba-bp-4

Gambar no 3 dan 4 di atas dan di bawah adalah Allayarham Che Kassim Bin Mansor sebagai Pengarah Bomba Kedah/Perlis.
Pada tahun 1980 Perkhidmatan Bomba Negeri Perlis diletakkan di bawah pentadbiran Perkhidmatan Bomba Persekutuan. Sebagai menanggani kes panggilan kebakaran dan kecemasan yang semakin bertambah sebuah balai bomba yang bertaraf sementara didirikan di pekan Padang Besar Utara. Kedua-dua balai bomba ini diletakkan di bawah pentadbiran Perkhidmatan Bomba Negeri Kedah yang diketuai oleh seorang pengarah yang berpejabat di Alor Setar.
          Tanggal 1hb. September, 1996 satu sejarah besar telah tercatat apabila Jabatan Perkhidmatan Bomba Negeri Perlis diasingkan daripada pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Negeri Kedah, mulai daripada tarikh itu Jabatan Perkhidmatan Bomba Negeri Perlis telah beroperasi dengan sendirinya diterajui oleh seorang ketua yang bertaraf pengarah. Pada asalnya pejabat pentadbiran ibu pejabat Perkhidmatan Bomba Negeri Perlis terletak di Balai Bomba Kangar, Persiaran Jubli Emas, Kangar yang kemudiannya dipindahkan ke Tingkat 5, Bangunan Persekutuan, Persiaran Jubli Emas pada 20hb. Januari, 1998 bersama-sama dengan pejabat jabatan-jabatan persekutuan yang lain.
sejarah-bomba-bp-5sejarah-bomba-bp-6
          Senarai pengarah yang pernah berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Bomba Negeri Perlis ialah :
                                        Tuan Shaari bin Mien, 1hb Sept, 1996 hingga 16hb. Feb, 1997
                                        Tuan Haron bin Tahir, 17hb. Feb, 1997 hingga 1hb. Jun, 2000
                                        Tuan Zamri bin Che Din, 2hb. Jun, 2000 hingga 1hb. Ogos, 2003
                                        Tuan Pauzan bin Ahmad, 1hb. Ogos, 2003 hingga 24hb April 2008
          Bagi memantapkan lagi kemampuan dan kecekapan Perkhidmatan Bomba di Negeri Perlis, Balai Bomba Padang Besar yang bertaraf sementara telah dinaikkan ke taraf kekal pada tahun 1984. Sebuah balai bomba baru dua bay serta kuarters telah dibina bagi mengantikan bangunan balai yang sedia ada. Balai Bomba dan Penyelamat Padang Besar serta kuarters ini siap dibina dan mula diduduki pada tahun 2002.
sejarah-bomba-bp-7
          Bagi merialisasikan hasrat jabatan untuk membina sekurang-kurangnya sebuah balai bagi setiap daerah, sebuah Balai Bomba dan Penyelamat serta kuarters telah dibina di Arau. Balai ini siap dibina dan diduduki pada tahun 2003. Upacara perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Arau ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada hari Rabu 23hb. Jun, 2004.Sila layari blog www.myroschai.blogspot.com.Ada lebih banyak lagi mengenai latar belakang sejarah aruah tok saya semasa berkhidmat dengan perkhidmatan bomba kedah/perlis pada masa tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin