Sabtu, 15 Jun 2013

AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT



Alhamdulillah, dapat jugak kelapangan untuk share beberapa info buat anda di luar sana.. sedang sibuk membaca majalah PAMA, tiba-tiba terbaca satu tajuk “Pemakanan Persediaan Hamil”.. terus tergerak hati untuk berkongsi… sebab saya tahu, ramai teman-teman di luar sana, ada yang masih merancang, ada yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak..
Jom tengok apa PAMA beritahu mengenai 17 tips yang  sangat berguna untuk bakal ibu dan bakal ayah.
Pemakanan yang sihat bakal membantu anda menjalani fasa kehamilan yang sihat! Jadi, adalah penting bagi anda dan suami untuk memastikan pemakanan yang diambil setiap hari adalah sihat. Ini adalah kerana, kesuburan sering dikait dengan amalan pemakanan yang sihat.
Tips Pemakanan Persediaan Hamil
1. Perbaiki gaya makanan
  • ambil makanan kurang lemak tetapi banyak serat
  • amalkan memakan hidangan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, yogurt dan keju setiap hari
  • kekurangan sumber nutrien dalam tubuh boleh mempengaruhi kitaran haid yang mengakibatkan anda sukar meramal hari subur
  • sesetengah vitamin dan mineral seperti vitamin C dan E, zink dan asid folik penting untuk membentuk sperma yang sihat
2. Ambil supplemen tambahan
  • pengambilan supplemen tambahan sangat disarankan
  • ini kerana, ia dapat memastikan anda mendapat cukup asid folik dan nutrien lain yang boleh meningkatkan peluang kehamilan
3. Makan asid folik
  • Pengambilannya terbukti dapat mengurangkan risiko kecacatan saraf seperti spina bifida. 
  • Ia dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan kencing manis
  • penting di ambil dalam tiga bulan pertama kehamilan
  • memainkan peranan penting dalam meningkatkan peluang untuk hamil
  • disarankan mengambil sekurang-kuranya 4mg sehari, sebulan sebelum merancang kehamilan
  • jika mempunyai sejarah keluarga yang mengalami kecacatan saraf, anda dinasihatkan untuk mengambil asid folik dalam dos yang lebih tinggi (rujuk kepada doktor untuk jumlah dos)
  • merupakan vitamin larut air, jadi tubuh akan membuang asid folik yang diambil secara berlebihan
  • jika memasak sayur-sayuran yang kaya dengan folat, anda perlu menggunakan hanya sedikir air bagi mengelakkan pembaziran asid folik terlarut dalam air
4. Dapatkan berat badan yang ideal
  • mengurangkan sedikit berat badan bagi yang bersaiz besar atau menambahkan sedikit berat badan jika anda terlalu kurus
  • perlu dilakukan agar kandungan anda tidak bermasalah
  • golongan yang terlalu gemuk bakal menghadapi komplikasi kehamilan
  • jika terlalu kurus pula dikhuatiri akan melahirkan bayi tidak cukup berat badan atau kelahiran pramatang
  • bagi yang bersaiz besar, mulakan rutin senaman secara teratur dan cuba kurangkan berat badan setengah kilogram dalam tempoh seminggu
  • namun anda perlu ingat, penurunan berat badan secara drastik boleh mengakibatkan ovulasi tidak berlaku
5. Hindari tabiat buruk
  • tinggalkan tabiat meminum alkohol, pengambilan dadah dan ubat-ubatan melainkan dengan nasihat doktor
  • kurangkan pengambilan minuman berkafein
  • jauhi daripada perokok atau rokok, kerana ia memberi kesan jangka panjang terhadap kandungan anda kelak
Pemakanan Isteri
Kekurangan zat dan vitamin boleh mengganggu kitaran haid dan menyukarkan proses pengiraan hari subur. Jadi, ambil perhatian jenis makanan yang patut anda amalkan.
1. Asid Folik
  • boleh diperolei daripada sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan sitrus, kekacang, bijirin, beras perang, ayam, telur, susu, keju, daging kambing, daging  lembu, ikan salmon, ikan tuna, hati lembu dan hati ayam
2. Zat Besi dan Protein
  • Sayur bayam sangat kaya dengan zat besi. 
  • manakala untuk protein, anda boleh mengambilnya daripada makanan tenusu, telur dan soya
3. Makanan lain
  • Antara jenis makanan yang dipercayai mampu menggalakkan kesuburan wanita ialah tauge, kacang dal dan kacang botol
Diet Suami
1. Zink
  • Diet suami makanan mengandungi zink.. fungsi zink adalah untuk penghasilan sperma yang sihat
  • zink dapat membantu meningkat paras testoteron dan jumlah semen lelaki
  • jumlah keperluan harian adalah 11mg
  • makanan yang mengandungi zink ialah strawberi, kekacang, makanan laut, daging merah dan tiram
  • selain itu, terdapat juga vitamin yang mengandungi zink, antaranya asid amino, vitamin A, vitamin B6, vitamin B12, vitamin C, vitamin E dan folate
  • Jika suami mengambil supplemen zink, elakkan memakannya serentak bersama kalsium atau susu, kerana kalsium boleh mengurangkan penyerapan zink ke dalam tubuh
2. Betik
  • ia mengandungi vitamin C, baik untuk meningkatkan kualiti sperma
  • baik untuk mengamalkan vitamin C bagi pengeluaran sperma yang sihat
  • nutrien asid folik, kalsium dan vitamin D baik untuk meningkatkan penghasilan sperma
3. Kopi 
  • dipercayai dapat meningkatkan keaktifan sperma
  • namun jangan diambil secara berlebihan
Perlu dielakkan
1. Kafein
  • menurut kajian Amerika, pengambilan kafein lebih daripada 3 cawan kopi akan mengurangkan peluang anda untuk hamil sehingga 27% berbanding bukan peminum kopi
2. Alkohol
  • elakkan mengambil alkohol untuk tempoh tiga bulan sebelum anda cuba untuk hamil
  • di pihak suami, mengambilnya berlebihan akan menjejaskan sperma dengan merendahkan paras testosteron
  • untuk jangka masa panjang, buah zakar boleh menjadi lemah
3. Rokok
  • Kajian Finland, mendapati 41.9% lelaki yang merokok adalah mandul
  • malah, lelaki perokok mengeluarkan sedikit sperma apabila berlaku ejakulasi
  • si perokok perlu berhenti untuk tempoh tiga bulan sebelum anda cuba untuk hamil
4. Ikan mengandungi merkuri
  • terdapat beberapa jenis ikan mempunyai kandungan merkuri yang tinggi seperti jerung, todak dan makerel
  • merkuri boleh berkumpul di dalam tubuh dan boleh memudaratkan bayi yang bakal dikandung
  • amalkan makan ikan rendah kalori seperti salmon dan tuna
5. Makanan tertentu
  • daging yang diproses (daging dalam tin, rendang segera, daging salai)
  • sushi mentah
  • produk tenusu tidak dipasteur
  • berkemungkinan mengandungi bakteria merbahaya seperti listeria yang boleh mengakibatkan listeriosis
  • jangkitan ini boleh mengakibatkan keguguran dan kelahiran pramatang
  • pastikan makanan anda dipanaskan dengan betul bagi mengelakkan listeriosis

AMALAN-AMALAN IBADAT PUASA


Allah telah mewajibkan hambanya untuk berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan untuk kebaikan dan kesejahteraan hidup manusia itu sendiri. Ibadat puasa ini sebenarnya telah difardhukan kepada umat-umat yang terdahulu sebelum umat Nabi Muhammad s.a.w. Dalam agama Yahudi dan juga Nasrani ada syariatkan berpuasa, begitu juga dalam agama yang tidak ada kaitan dengan agama samawi seperti hindu dan Buddha juga terdapat amalan berpuasa. Tetapi puasa mereka tentulah tidak bersesuaian dengan fitrah bersih sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah S.W.T. Ada setengah agama yang menganjurkan umatnya berpuasa berhari-hari tanpa berbuka dan ada pula yang terlalu ringan anjuran puasanya seperti berpuasa hanya pada malam hari atau berpuasa terhadap makanan-makanan tertentu sahaja. Islam dengan kebenaran risalahnya menganjurkan satu puasa yang amat sesuai dengan fitrah manusia tidak terlalu memberat dan tidak terlalu ringan sehingga meremehkan.
ANDA HARUS TAHU MENGAPA ALLAH MEWAJIBKAN ANDA BERPUASA
Allah S.W.T mewajibkan hambanya berpuasa kerana kasih dan sayangnya kepada kita. Disiplin, kesabaran, kasih sayang, komunikasi yang baik, zikrullah adalah elemen-elemen yang penting untuk mencapai al-Falah. Kesemua elemen itu ada dalam puasa. Kemuncak kepada pencapaian kesemua itu adalah takwa kepada Allah S.W.T.
Tujuan Allah mewajibkan hambanya berpuasa adalah untuk mencapai takwa. Orang yang bertakwa akan dapat mengendalikan nafsu shahwat yang menjadi punca kepada segala keburukan, dengan itu ia taat dan patuh kepada segala perintah Allah S.W.T. Salah satu cara untuk menundukkan hawa nafsu ialah dengan berpuasa. Firman Allah S.W.T dalam ayat 183 Surah al-Baqarah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Ertinya: Wahai orang yang beriman diwajibkan ke atasmu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang sebelum kamu semoga kamu bertakwa.
BICARA RASULULLAH TENTANG KELEBIHAN, AMALAN AMALAN UTAMA DAN TIPS MENCAPAI TAKWA
A. KELEBIHAN BERPUASA
1. PUASA MENYIHATKAN TUBUHMU
عن ابي هريرة رضي الله عنه قال. قال رسول الله صلي الله عليه وسلم: أَغُدُّوا تَغَنَّمُوا وَصُومُوا تَصِحُّوا وَسَافَرُوا تَسْتَغنوا(رواه الطبرانى فى الأوسط ورواته ثقات)
Maksudnya:
Lakukanlah sesuatu perkara pada waktu pagi nescaya kamu akan untung, berpuasalah nescaya kamu akan sihat, bermusafirlah nescaya kamu akan kaya.
Dunia perubatan moden hari ini menunjukkan dengan jelas tentang faedah berpuasa dalam merawat berbagai-bagai jenis penyakit seperti diabetes, obbesiti, masalah penghadaman pencernaan dan sebagainya. Adalah biasa kita melihat di katil-katil hospital perkataan ‘BERPUASA’. Faedahnya kepada orang sakit sebagai rawatan manakala kepada orang yang sihat sebagai pencegahan daripada datangnya penyakit.
2. PUASA MENGUATKAN ROH DAN MENGALAHKAN NAFSUMU
Orang yang berpuasa akan ringan untuk melakukan ibadat diwaktu malam hari. Ini adalah kerana nafsu dapat ditundukkan dengan berlapar. Hakikat ini jelas dapat dilihat dimana pada bulan Ramadhan masjid-masjid akan dipenuhi oleh jemaah untuk solat terawih. Sabda Rasulullah s.a.w:
عن ابن مسعود رضي الله عنه قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يَا مَعْشَرَ الشَّبَابَ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ البَاءَة فَلْيَتَزَوَّج فَإنه اَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَاَحْصَنَ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَم يَسْتَطِع فَعَلَيْهِ بِالصَّوم فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ (رواه البخارى ومسلم)
Ertinya: Wahai para pemuda! Sesiapa yang mampu berkahwin antara kamu hendaklah ia berkahwin, kerana dengan itu terpelihara mata dan terkawal kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa kerana dengan berpuasa terkawal nafsu.
3. PUASA MELATIH DIRIMU MENGHARGAI NIKMAT ALLAH
Nikmat kesedapan sesuatu makanan sebenarnya hanya dapat dirasai secara maksimum oleh orang yang lapar. Orang yang sentiasa kenyang kurang menilai nikmat kesedapan. Sabda Rasulullah s.a.w:
عن ابي هريرة رضي الله عنه قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: للصائم فرحتان فرحة حين يفطر وفرحة حين يلقى ربه ( رواه الترمذي)
Ertinya: Orang yang berpuasa akan merasai dua nikmat kegembiraan, kegembiraan ketika berpuasa dan kegembiraan di saat bertemu Allah S.W.T.
4. MELATIH DIRIMU BERSIFAT SABAR
Sabda Rasululllah S.A.W:
روي عن ابر هريرة رضى الله عنه قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لِكُلِّ شَيئٍ زَكَاةً وَزَكَاةِ الجَسَدِ الصَّوم وَالصِّيَام نصف الصبر (رواه ابن ماجه)
Maksudnya: Setiap sesuatu mempunyai zakatnya dan zakat tubuh ialah berpuasa dan puasa itu adalah separuh dari kesabaran.
5. DOA MU DI KABULKAN ALLAH
Sabda Rasulullah s.a.w:
ثلاث حق على الله ان لايرد لهم دعوة الصائم حتى يَفْطُر والمَظْلُوم حَتَّى يَنْتَصِرُ وَالمُسَافِر حَتَّي يَرْجِع( رواه البزار)
Maksudnya: Ada tiga golongan yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, iaitu: orang yang doa orang yang berpuasa hingga ia berbuka, doa orang yang dizalimi sehingga ia ditolongi dan doa orang yang musafir hingga ia kembali
B. BICARA RASUL TENTANG KELEBIHAN AMALAN PADA BULAN RAMADHAN
1. PUASA PADA SIANGNYA DAN QIAMULLAIL PADA MALAMNYA DENGAN PENUH KEIMANAN DAN KEINSAFAN MENJADI SEBAB KEPADA MENDAPAT RAHMAT DAN KEAMPUNAN.
Sabda Rasulullah S.A.W:
عن ابي هريرة رضى الله عنه ان النبي صلى الله عليه وسلم قال: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ (متفق عليه)
Maksudnya: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keinsafan yang mendalam, maka Allah akan mengampuni dosanya yang telah lalu.
2. ALLAH MENAWARKAN TAWARAN MEGA DENGAN MELIPATGANDAKAN PAHALA YANG TIDAK ADA PADA BULAN LAIN.
عن سلمان رضى الله عنه قال خطبنا رسول الله صلى الله عليه وسلم فى آخر يوم من شعبان : يآأيها الناس قَدْ اَظَلَّكُم شَهْرٌ عَظِيْمٌ مُبَارَكٌ شَهْرٌ فِيْهِ لَيْلَةً خَيْرٌ مِنْ اَلْفِ شَهْرٍ، شَهْرٌ جَعَلَ الله صِيَامه فَرِيْضَة وقيام ليله تَطَوُّعًا مَنْ تَقَرَّبَ فِيْهِ بِخِصْلَةٍ كَانَ كَمَنْ اَدَّي فَرِيْضَةً فِيْمَا سِوَاهُ وَمَنْ اَدَّي فَرِيضَة فِيْهِ كَانَ كَمَنْ اَدَّي سَبْعِيْنَ فَرِيْضَة فِيْمَا سِوَاهُ وَهُوَ شَهْرُ الصَّبْر وَالصَّبْر ثَوَابَهُ الجَنَّة.... الحديث ( رواه ابن حزيمة والبيهقى وابن حبان)
Maksudnya: Daripada Salman r.a. katanya Rasulullah s.a.w telah berkhutbah kepada kami pada suatu hari di akhir bulan Syaaban katanya: Wahai manusia kamu akan menempuh bulan yang agung yang penuh dengan keberkatan. Bulan di mana di dalamnya ada satu hari yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar. Bulan dimana Allah mewajibkan siangnya untuk berpuasa dan qiam pada malamnya sebagai hadiah. Sesiapa yang mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan sunat sama seperti melakukan ibadat fardhu. Dan sesiapa yang melakukan satu ibadat fardhu pahalanya sama seperti telah melakukan tujuh puluh kali ibadat fardhu dalam bulan-bulan yang lain. Bulan ini adalah bulan kesabaran. Dan kesabaran itu balasannya adalah syurga.
3. TERDAPAT DI DALAMNYA SATU MALAM YANG DINAMAKAN MALAM LAILATUL QADAR.
Malam ini disebut oleh Allah S.W.T dalam surah al-Qadar sebagai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang melakukan ibadat dan berdoa pada malam ini seolah-olah ia telah beribadat kepada Allah selama 83 tahun iaitu seribu bulan. Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun kepadanya pada malam ini dan mengabulkan segala permintaan orang yang berdoa pada malam ini. Sabda Rasulullah s.a.w:
عن عائشة رضى الله عنها قالت قال رسول الله صلى الله عليه وسلم " تحروا ليلة القدر فى العشر الأواخر من رمضان"
Maksudnya: Daripada Aisyah r.a katanya Rasulullah S.A.W bersabda: Carilah malam Lailatul Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan.
1. BERSEDEKAH
Sabda Rasulullah s.a.w:
عن انس رضي الله عنه قال : يا رسول الله أي الصدقة افضل. قال صدقة فى رمضان ( رواه الترمذي)
Maksudnya: Daripada Anas r.a berkata beliau bertanya Rasulullah S.A.W: Wahai Rasulullah manakah sedekah yang lebih utama? Baginda menjawab sedekah pada bulan Ramadhan.
Rebutlah peluang untuk
2. MEMBACA AL-QUR’AN SECARA INTENSIF
Kedudukan seseorang disyurga ditentukan melalui banyak atau sedikit ayat-ayat al-Qur’an yang dibaca dan dihayati dalam hidupnya. Sesiapa yang paling banyak membaca dan menghayati isi kandungan al-Qur’an akan berada di kedudukan yang tinggi di syurga. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Nasa’i bahawa Rasulullah S.A.W banyak membaca al-Qur’an pada bulan Ramadhan, juga bertadarus dengan malaikat Jibril dan para sahabat. Sabda Rasulullah s.a.w:
عن عبدالله بن عمروا بن العاص رضي الله عنه قال قال رسول الله صلي الله عليه وسلم: من قام بعشر ايات لم يكتب من الغافلين ومن قام بمائة اية كتب من القانطين ومن قام بألف اية كتب من المقنطرين ( رواه ابو داوود وابن خزيمه)
Maksudnya: Sesiapa yang Qiamullail dengan membaca sepuluh ayat maka Allah tidak akan mencatatnya sebagai orang yang lalai, sesiapa yangmembaca seratus ayat maka Allah akan mencatatnya sebagai orang yang taat, sesiapa yang membaca seribu ayat maka Allah akan mencatatnya sebagai jutawan ( Dari sudut pahala dan kedudukannya di syurga).
Telah warid dalam beberapa hadis bahawa rumah yang di dalamnya ada didirikan solat dan dibacakan al-Qur’an oleh penghuninya akan dikunjungi oleh Malaikat yang mendoakan ketenangan dan kesejahteraan pada penghuni rumah tersebut. Manakala rumah yang tidak ada di dalamanya orang yang solat dan membaca al-Qur’an di sifatkan oleh Rasulullah sebagai kubur, tiada keberkatan di dalamnya dan penghuninya merasa sempit dan tiada ketenangan.
3. MENJAMU ORANG BERBUKA PUASA
Sabda Rasulullah s.a.w:
وروي عن سلمان رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من فطر صائما على طعام وشراب من حلال صلت عليه الملائكة فى ساعات شهر رمضان وصافحه جبريل ليلة القدر ومن صافحه جبريل عليه السلام يرق قلبه وتكثر دموعه..... الحديث ( رواه ابو الشيخ بن حبان فى كتاب الثواب و الطبرانى فى الكثير)
Maksudnya: Sesiapa yang menjamu orang berbuka dengan makanan dan minuman dari sumber yang halal maka dirinya akan diselawati oleh Malaikat pada setiap waktu dibulan Ramadhan dan akan di salam oleh Jibril pada malam Lailatul Qadar. Dan sesiapa yang disalami oleh Jibril pada malam tersebut tandanya ialah akan lembut hatinya dan banyak mengalirkan air mata kerana takut dan tamak kepada keredhaan Allah S.W.T.
4. IKTIKAF
Iktikaf ialah berada di Masjid dengan niat iktikaf dalam keadaan suci dari hadas besar dan kecil. Semasa iktikaf kita melakukan berbagai-bagai ibadat seperti berzikir, membaca al-Qur’an tafakkur, mempelajari ilmu dan sebagainya. Sabda Rasulullah S.A.W:
عن ابي هريرة رضى الله عنه كان النبي صلي الله عليه وسلم يعتكف فى كل رمضان عشر ايام ولما كان عام الذي قبض فيه اعتكف عشرين يوما ( رواه البخاري)
Maksudnya: Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah beriktikaf pada tiap-tiap bulan Ramadhan selama sepuluh hari tetapi pada tahun baginda wafat, baginda beriktikaf selama dua puluh hari.
5. MELAKUKAN SOLAT SUNAT TERAWIH DAN SOLAT SUNAT WITIR
Solat sunat terawih dilakukan selepas solat Isyak pada malam bulan Ramadhan. Ia boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian sama ada lapan atau dua puluh. Setiap dua rakaat satu salam. Kemudian diakhiri dengan tiga rakaat solat witir.
Cara Melakukan Solat Sunat Terawih
Lafaz Niat:
اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْح رَكَعَتَيْنِ لله تَعَالَى.
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat terawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
6. MELAZIMI QIAMULLAIL
Iaitu bangun diwaktu malam hari setelah tidur untuk beribadat kepada Allah dengan melakukan solat-solat sunat seperi solat sunat Tahajjud, solat sunat tasbih, solat sunat hajat, membaca al-Qur’an, berdoa dan berzikir. Paling minima sesorang itu Qiam pada bulan Ramadhan ialah dengan menunaikan solat Isyak dan solat subuh berjemaah.
7. MEMBANYAKKAN ZIKIR, ISTIGHFAR DAN DOA UNTUK DIRI SENDIRI, IBU BAPA ANAK-ANAK SERTA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT. ALLAH MENYURUH KITA BERDOA DAN IA BERJANJI AKAN MENGABULKANNYA.
DOA-DOA YANG SANGAT BAIK DIBACA DI SAAT HAMPIR BERBUKA PUASA (SEELOK-ELOKNYA MINTA SEMUA AHLI KELUARGA BERDOA BERSAMA-SAMA KERANA DISAAT ITU DOA AMAT MAKBUL
1. DOA MEMOHON RAHMAT (DOA UTAMA PADA 10 AWAL RAMADHAN)
رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Maksudnya:
Wahai tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ( surah al-Kahfi ayat 10)
2. DOA MEMOHON SUPAYA KETURUNAN KITA ORANG YANG MENDIRIKAN SOLAT SERTA DOA KESEJAHTERAAN MENYELURUH UNTUK SEMUA ORANG-ORANG BERIMAN: Ayat 40-41 Surah Ibrahim
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Wahai Tuhanku jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, Ya Allah perkenankanlah doaku. Wahai Tuhan ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan sekelian orang-orang mukmin pada hari terjadinya kiamat
3. DOA MEMOHON SUPAYA MENJADI ORANG YANG HIDUP CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT
اَللَّهُمَّ اَصْلِحْ لِى دِيْنِى الَّذِى هُوَ عِصْمَةُ اَمْرِى وَاَصْلِحْ لِى دُنْيَايَ الَّتِى فِيْهَا مَعَا شِى وَاَصْلِحْ لِى آخِرَتِى الَّتِى فِيْهَا مَعَادِى وَاجْعَلِ الحَيَاةَ زِيَادَةً لِى فِى كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلِ المَوْتَ رَاحَةً لِى مِنْ كُلِّ شَرٍّ اَللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ عُمْرِى آخِرَهُ وَخَيْرَ عَمَلِى خَوَاتِمَهُ وَخَيْرَ اَيَّامِى يَوْمَ اَلْقَاكَ فِيْه.
Ya Allah cemerlangkanlah urusan agamaku kerana ia akan menjaga urusan hidupku. Ya Allah perelokkanlah urusan duniaku kerana padanya aku menjalani kehidupan, Ya Allah cemerlangkanlah urusan akhiratku kerana padanya tempat kembaliku. Ya Allah jadikanlah kehidupanku didunia ini bertambah-tambah dengan kebaikan dan jadikanlah matiku nanti sebagai kerehatan daripada segala keburukan. Ya Allah jadikan sebaik-baik umurku ialah pada penghujungnya dan sebaik-baik amalanku ialah pada penutupnya dan sebaik-baik
hari bagiku ialah disaat aku berjumpa denganmu ya Allah.
4. DOA MENYELURUH MEMOHON
KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"Wahai Tuhan kami, berilah Kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah Kami dari azab neraka". (Surah al-Baqarah ayat 201)
5. DOA MALAM LAILATUL QADAR. DIBACA SETIAP MALAM PADA BULAN RAMADHAN
اَلَّلهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
6. DOA KETIKA BERBUKA PUASA
اَلَّلهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن
D. BICARA RASULULLAH TENTANG AMALAN YANG PERLU DIJAUHI DALAM BULAN RAMAADHAN
1. Berbuka puasa tanpa sebarang keuzuran. Ia adalah dosa besar kerana berpuasa adalah rukun dan wajib keatas setiap mukallaf Sabda Rasulullah s.a.w:
عن ابي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال من أفطر يوما من رمضان في غير رخصة رخصه الله لم يقض عنه بصيام الدهر وان صامه ( رواه البخاري والترمذي)
Maksudnya: Sesiapa yang berbuka puasa Ramadan sehari tanpa sebarang keuzuran. Dia tidak akan dikira menunaikannya walaupun dia berpuasa sepanjang masa
2. Bergaduh, bertikam lidah
عن ابي هريرة رضى الله عنه ان رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: قال الله عزوجل... فإن شاتمه احد او قاتله فليقل إنى صائم مرتين ( رواه احمد ومسلم والنسائي)
Maksudnya Allah S.W.T berfirman: Jika orang yang berpuasa dicaci atau dicabar untuk berkelahi maka hendaklah ia berkata “ Aku sedang berpuasa” sebanyak 2 kali
3. Menjaga lidah dari mengumpat, melaknat, berdusta kerana ia akan mengurangkan pahala puasa mu Sabda Rasulullah S.A.W:
الصيام جنة فإذا كان يوم صوم احدكم فلا يرفث ولا يصخب( رواه البخاري)
Maksudnya: Puasa itu adalah perisai. Apabila seseorang itu berpuasa maka janganlah ia mencaci, memaki dan menghasut.

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

apa khabar sahabat2 readers Ayu semua? Alhamdulillah, syukur dengan nikmat Allah..
Post kali ni ayu nak berkongsi serba sedikit mengenai 'SOLAT ISTIKHARAH' yang mana sering dikaitkan dengan individu yang berada dalam keadaan keliru atau mencari2 jawapan kepada sesuatu.. fikir punya fikir, masih jugak buntu.. Sama ada dalam mencari jodoh atau sebagainya.

Selalunye kita sebagai manusia selalu je mencari jalan lain, contohnye pegi jumpa bomoh la, tukang tilik la... sedangkan Yang Maha Berkuasa atas tiap sesuatu kejadian adalah ALLAH S.W.T. PadaNya lah seharusnya menjadi tempat pertama untuk kita mengadu.. Dia lah yang Maha Mendengar  rintihan hambaNya.. Dia lah  Yang Maha Mengasihani ke atas hambaNya.. Sedangkan manusia hanya gembira melihat kedukaan dan kejatuhan manusia lain.. kecuali orang2 yang menyayangi kita seikhlas hati.

Jadi apa kata, mulai hari ini, kita ubah cara kita. Dah x payah nak berhabis duit pegi jumpa bomoh bagai... sedangkan bomoh tu sendiri pon Allah yang tentukan untung rugi nasibnya kelak. Oklah, kat bawah ni ayu sertakan secara ringkas panduan mengerjakan 'Solat Sunat Istikharah'. Semoga bermanfaat, amin...


SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;
Rasulullah SAW bersabda: 
“Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”

---

"Apabila seseorang kamu berkehendak melakukan sesuatu, hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (sembahyang dua rakaat) selain daripada sembahyang fardhu."

la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.

Terdapat dua cara untuk melakukan Solat Istikharah Ini:

a.   2 rakaat, 1 salam
b.   12 rakaat, 6 salam


Cara Melaksanakannya:

1. Apabila hendak memulakan sembahyang, hendaklah meluruskan hati dengan menyerahkan segala urusan sepenuhnya kepada Allah S.W.T. Rehatkan akal fikiran daripada menimbang-nimbang sama ada pekerjaan ituelok dibuat ataupun tidak.

2. Setelah bersiap dengan wuduk, berdiri tegak serta menghadap kiblat, mulakanlah sembahyang dengan mengangkat takbiratul ihram dengan Lafaz dan Niat:

Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah taala."


3. Bacaan surah selepas Al-fatihah ialah:

Rakaat Pertama: Surah Al-Kaafiruun
Rakaat Kedua: Surah Al-Ikhlas

4. Dalam sujuk terakhir (sujud kedua pada rakaat yang kedua), bacalah tasbih berikut sebanyak 40 kali:

Ertinya: "Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami melainkan apa yang Engkau berikan pengetahuan kepada kami. Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana."


5.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

6.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah S.A.W, para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

7.  Membaca doa solat sunat Istikharah:

Ulangilah doa ini sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 


Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.

BALA DAN MUSIBAH DI TURUNKAN OLEH ALLAH SWT KE NEGARA MALAYSIA

Saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan thai bersyukur kepada Allah swt kerana memberi bencana di negara malaysia seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang dan Kedah baru-baru ini.Saya berasa bersyukur kehadrat iilahi kerana memberi musibah di pulau pinang dan kedah.Baru-baru ini kawasan yang di landa iaitu Teluk Bahang,Bagan Jermal,Balik Pulau,Bayan Baru,Gelugor,Paya Terubong,Butterworth,Bukit Mertajam,Perai,Bandar Perda,Kepala Batas,Kuala muda,Nibol Tebal,Sungai Bakap,Jalan Perak Dan lebuh Pantai Manakala di kedah pula jitra  dan sungai petani di kena ribut taufan.Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi musibah di negara malaysial seperti di bangunan umno macalister menara pencawang penebat petir yang jatuh ke bumi.Saya berdoa kepada Allah supaya malaysia di terima musibah alhamduliah dan syukur nikmat kepada tuhan yang maha esa.Padan muka kepada semua rakyat malaysia di terima musibah.Cuba anda lihat bangunan umno yang paling tinggi pun kena musibah tuhan sangat bencikan kepada UMNO kerana penipu kepada rakyat malaysia.Tambahkan pula kita sebagai hamba allah pun kena juga musibah.Saya berdoakan kepada Allah swt supaya malaysia di terima musibah atau perang seperti negara-negara lain.Biarlah rasa kepada semua rakyat malaysia dapat merasai kenikmatan perang seperti negara-negara lain yang menghadapi dalam kesusahan.Bagi saya alhamduliah dan syukur kepada Allah swt.

Khamis, 13 Jun 2013

PESANAN RASULULLAH SAW KEPADA UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN

Pejam celik begitu cepat masa berlalu rasanya baru semalam kita menyambut Maulidur Rasul memperingati hari kelahiran Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W kali ini sekali lagi Allah pinjamkan nyawa kita untuk memperingati kelahiran Rasulullah di tahun hijrah 1432. Kesedihan masih terasa ketika dapat menziarahi makam Baginda di Masjid Nabawi dan ada rasa rindu untuk menziarahi lagi.
Kali ini aku ingin berkongsi Khutbah haji yang disampaikan oleh Rasulullah dengan penuh syahdu di Padang Arafah ketika Baginda mengerjakan Haji Wida’ bersama dengan lebih kurang 124ribu para sahabat sebelum kewafatan Baginda. Berikut adalah petikan khutbah haji wida’ Baginda Rasulullah S.A.W yang menjadi pedoman hidup seluruh umat Islam akhir zaman.
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.
Banyak sungguh panduan yang ada dalam Khutbah Haji Wida’ yang semestinya menjadi panduan dan pedoman untuk seluruh umat Islam akhir zaman. Setelah mendengar khutbah haji wida’ hampir semua Para Sahabat telah bertebaran keseluruh pelusok  dunia untuk menyampaikan pesanan. Daripada 124ribu hanya sekitar 10ribu Para Sahabat yang kuburnya berada di Mekah dan Madinah selainnya berada bertebaran diseluruh dunia. Atas usaha dan pengorbanan para sahabat lah kita di Nusantara mendapat nikmat yang MAHA besar iaitu nikmat IMAN kepada ALLAH S.W.T.
Marilah kita berazam untuk taat perintah Allah dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk kejayaan di dunia dan akhirat.

15 SEBAB ALLAH SWT TURUNKAN BALA KEPADA HAMBANYA




15 SEBAB ALLAH TURUNKAN BALA
Mengapa Manusia Ditimpa Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ❝Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:
1.Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2.Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3.Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4.Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5.Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6.Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7.Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9.Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10.Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11.Apabila arak menjadi minuman biasa.

12.Apabila lelaki memakai sutera.

13.Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14.Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15.Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.❞

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.


*Majukan atau Tandakan peringatan ini kepada rakan atau orang yang anda tidak akan lupai. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah mula melupakan kawan-kawan anda.
Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, InsyaALLAH. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin