Sabtu, 15 Jun 2013

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

apa khabar sahabat2 readers Ayu semua? Alhamdulillah, syukur dengan nikmat Allah..
Post kali ni ayu nak berkongsi serba sedikit mengenai 'SOLAT ISTIKHARAH' yang mana sering dikaitkan dengan individu yang berada dalam keadaan keliru atau mencari2 jawapan kepada sesuatu.. fikir punya fikir, masih jugak buntu.. Sama ada dalam mencari jodoh atau sebagainya.

Selalunye kita sebagai manusia selalu je mencari jalan lain, contohnye pegi jumpa bomoh la, tukang tilik la... sedangkan Yang Maha Berkuasa atas tiap sesuatu kejadian adalah ALLAH S.W.T. PadaNya lah seharusnya menjadi tempat pertama untuk kita mengadu.. Dia lah yang Maha Mendengar  rintihan hambaNya.. Dia lah  Yang Maha Mengasihani ke atas hambaNya.. Sedangkan manusia hanya gembira melihat kedukaan dan kejatuhan manusia lain.. kecuali orang2 yang menyayangi kita seikhlas hati.

Jadi apa kata, mulai hari ini, kita ubah cara kita. Dah x payah nak berhabis duit pegi jumpa bomoh bagai... sedangkan bomoh tu sendiri pon Allah yang tentukan untung rugi nasibnya kelak. Oklah, kat bawah ni ayu sertakan secara ringkas panduan mengerjakan 'Solat Sunat Istikharah'. Semoga bermanfaat, amin...


SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;
Rasulullah SAW bersabda: 
“Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”

---

"Apabila seseorang kamu berkehendak melakukan sesuatu, hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (sembahyang dua rakaat) selain daripada sembahyang fardhu."

la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.

Terdapat dua cara untuk melakukan Solat Istikharah Ini:

a.   2 rakaat, 1 salam
b.   12 rakaat, 6 salam


Cara Melaksanakannya:

1. Apabila hendak memulakan sembahyang, hendaklah meluruskan hati dengan menyerahkan segala urusan sepenuhnya kepada Allah S.W.T. Rehatkan akal fikiran daripada menimbang-nimbang sama ada pekerjaan ituelok dibuat ataupun tidak.

2. Setelah bersiap dengan wuduk, berdiri tegak serta menghadap kiblat, mulakanlah sembahyang dengan mengangkat takbiratul ihram dengan Lafaz dan Niat:

Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah taala."


3. Bacaan surah selepas Al-fatihah ialah:

Rakaat Pertama: Surah Al-Kaafiruun
Rakaat Kedua: Surah Al-Ikhlas

4. Dalam sujuk terakhir (sujud kedua pada rakaat yang kedua), bacalah tasbih berikut sebanyak 40 kali:

Ertinya: "Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami melainkan apa yang Engkau berikan pengetahuan kepada kami. Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana."


5.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

6.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah S.A.W, para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

7.  Membaca doa solat sunat Istikharah:

Ulangilah doa ini sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 


Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin