Al-Fadhil ustaz,
Saya
seorang gadis berusia awal 20-an dan belum berkahwin. Sebelum ini saya
tidak tahu untuk membezakan antara mazi dan mani. Tetapi, alhamdulillah
baru-baru ini setelah saya terbaca ruangan ini, saya tidak ragu-ragu
lagi untuk membezakan antara kedua "cecair" tersebut.
Bagaimanapun,
saya ingin meminta pendapat.. Oleh kerana awal Ramadhan tempoh hari
saya masih "jahil" mengenai mazi dan mani, apabila saya terangsang, saya
menganggap cecair yang keluar ialah MANI.
Tetapi, jauh disudut hati saya mengatakan ianya bukanlah mani, jadi saya tetap teruskan berpuasa.
Setelah
berbuka puasa, saya mandi wajib untuk keluar dari belenggu ragu-ragu.
Perkara ini berlanjutan sehinggalah beberapa hari. Siangnya saya
berpuasa, apabila keluar "sesuatu" saya menganggapnnya mani dan
mengambil keputusan untuk mandi wajib setiap kali selepas berbuka.
Perkara
ini membuatkan saya betul-betul tertekan apatah lagi bila memikirkan
jumlah puasa yang perlu saya GANTI @ QADA' yang semakin meningkat HANYA
kerana perasaan ragu-ragu tersebut.
Jadi,
saya terdetik untuk "mencari jawapan" kepada masalah saya ini
sehinggalah saya terbaca PERBEZAAN ANTARA MAZI & MANI yang terdapat
dalam ruangan ini.
Sekarang
saya yakin sedikit untuk membezakan antara keduanya. Hasil pembacaan
dan pemahaman saya, saya dapati cecair yang keluar pada awal Ramadhan
dahulu bukanlah mani, tetapi hanya mazi.
Soalan
saya, apakah saya perlu mengQada' puasa-puasa yang saya ragui tempoh
hari ? Bagaimana pula jika sekarang saya sudah PASTI yang keluar ketika
itu memang bukan mani?? Saya harapkan jawapan.. Tolonglah.. Terima
kasih !!!
- Soalan Melalui Ruangan Komentar -
Jawapan
Wa'alaikumussalam,
1)
Puasa anda adalah sah dan tidak perlu di qadha ( ganti) kerana ia tidak
batal hanya kerana keluar air mazi akibat terangsang.
2)
Walaubagaimanapun, pahala puasa sdri sudah tentu tergugat dan
berkurangan jika air mazi itu keluar akibat rangsangan syahwat. Jika
seseorang terangsang sehingga keluar mazi, ini bermakna dia sedang
melakukan satu dosa (kecualilah jika di antara suami dan isteri), kerana
menurut kebiasaannya sesorang tidak boleh terangsang tanpa sebab, sudah
tentu rangsangan itu datang sama ada kerana melihat gambar lucah atau
bersembang dengan lelaki melalui telefon, berdepan atau 'chatting' secara bersyahwat...
Untuk makluman, AIR MAZI adalah sejenis cecair jernih sedikit melekit dan kurang berbau yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita setiap kali ada rangsangan syahwat. Ia berbeza dengan AIR MANI
pula cecair melekit dan berbau kuat seperti klorok, yang keluar hanya
di kemuncak syahwat semasa persetubuhan atau ia juga boleh keluar di
kemuncak syahwat apabila seseorang melakukan kesalahan mastubarsi
(onani).
Air
MANI adalah sejenis cecair pekat, yang biasanya keluar dengan rasa
kenikmatan. Berbeza dengan AIR MAZI yang keluar tanpa sedar, hasil
peningkatan syahwat. Air mazi adalah najis dan perlu dibasuh untuk
menunaikan AIR MANI, pula berbeza kerana jika keluar, seseorang itu
perlu mandi hadas ( MANDI WAJIB) untuk kembali menyucikan diri bagi
melaksanakan ibadah khusus seperti solat dan membaca al-Quran.
Kembali
kepada kes yang bertanya, jika benar ia adalah air mazi yang keluar
disebabkan syahwat dari aktiviti tidak elok, tidak syak lagi ia adalah
satu dosa dan apabila ia berlaku dalam bulan mulia ini, sudah tentulah
kesannya amat besar. Allah s.w.t menyebut dalam hadis Qudsi :-
يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ من أَجْلِي الصِّيَامُ لي وأنا أَجْزِي
Ertinya
: "Dia meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya hanya kerana Ku (
Allah ), sesungguhnya puasanya adalah untuk Ku dan Aku lah yang akan
membalasnya" ( Riwayat Al-Bukhari, no 1795, 2/670 )
Amat
jelas lagi terang Allah s.w.t inginkan dari puasa kita penahanan dari 3
aspek fizikal iaitu tahan makan minum dan keinginan syahwat iaitu
seksual.
Dalam
hal di atas, jika rangsangan benar kerana syahwat, ia menunjukkan sdri
telah melakukan suatu dosa sehingga tidak dapat menjaga syahwat dengan
baik sehingga keluarnya mazi semasa berpuasa. Kaffarah yang berat bagi
mereka yang bersetubuh di siang hari Ramadhan sudah cukup membuktikan
kemurkaan Allah s.w.t bagi mereka yang melanggar displin syahwat tatkala
berpuasa.
Jika syahwat antara suami isteri pun perlu dikawal, apatah lagi dengan lelaki atau wanita luar yang bukan mahram.
Jika
benar, ia adalah mazi yang ekluar dengan syahwat, saya nasihatkan
saudari agar segera berhenti dan menjauhkan diri dari semua perbincangan
dan perbuatan yang boleh menaikkan syahwat kerana ia kelak boleh
menjatuhkan seseorang dalam kumpulan hina iaitu penzina yang tidak
bertawbat.
Semoga diampuni Allah s.w.t di bulan pengampunan ini.
BEZA MAZI DENGAN KEPUTIHAN
Jika
cecair yang keluar itu tidak keluar disebabkan syahwat, maka ia mungkin
pula adalah cecair keputihan yang kerap berlaku kepada beberapa
kumpulan wanita. Cecair jenis ini adalah najis dan perlu dibasuh sebelum
solat, namun ia tidak membatalkan puasa. Tiada dosa juga atas keluarnya
cecair tersebut.Tetapi cecair jenis ini TIDAK keluar kerana syahwat
terangsang. Ia keluar pada waktu-waktu biasa.
Cecair
'keputihan' ini biasanya keluar dengan sedikit kekuningan atau
mempunyai bau yang busuk, berbeza dengan air mazi yang tidak berbau.
Justeru, saudari perlu tentukan cecair apakah yang dimaksudkan. Jalan
mudah adalah dengan bertanya kepada ibu saudari. Harapnya sang ibu
mempunyai kejelasan fikiran tentang perbezaaannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan