Amalan onani atau juga dikenali sebagai melancap merupakan amalan turun-temurun yang kekal sehingga kini. Amalan ini boleh dikatakan sebagai amalan semula jadi kepada kita sebagai permulaan untuk mengenali tentang diri kita sendiri, naluri, rangsangan syahwat dan sebagainya. Amalan onani terjadi kerana nafsu syahwat yang berlaku secara langsung dan tidak langsung memberi rangsangan kepada individu itu untuk melakukan sesuatu semata-mata ingin merasai nikmat keseronokan, kelegaan, ketenangan dan kepuasan syahwat.
Kebanyakan individu yang melakukan onani adalah mereka yang suka keseorangan dan suka berkhayal. Mereka akan memikirkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan rangsangan kepada nafsu syahwat. Apabila senario ini berjaya merangsang nafsu, mereka akan mula menyentuh bahagian tubuh badan yang dapat merangsangkan syahwat, bagi menikmati kemuncak syahwat. Mereka akan rasa puas dan mendapat kelegaan dan jika itu sudah mencukupi mereka akan tidur atau melakukan perkara biasa. Jika nikmat kemuncak tersebut tidak mencukupi mereka akan melakukan sehingga mendapat kepuasan batinnya.
Mereka yang melakukan onani adalah untuk keseronokan kendiri sahaja. Malah, rata-rata tidak terfikir bahawa perbuatan mereka boleh menjejaskan kesihatan jika amalan tersebut di luar kawalan. Mereka yang suka melakukan onani tidak semestinya mereka yang suka membaca atau menonton cerita-cerita yang boleh mengundang kepada rangsangan syahwat. Khayalan perangsang utama mencetuskan kehendak untuk beronani. Satu kajian rambang yang dijalankan di kalangan remaja tentang amalan onani mendapati lelaki melebihi kaum perempuan di mana sebanyak 70 peratus lelaki berbanding 40 peratus perempuan. Amalan ini biasanya ditinggalkan apabila mereka mempunyai aktiviti sosial yang stabil. Didapati amalan melakukan onani tidak mengenal bangsa ataupun agama.
Mereka yang melakukan onani adalah orang yang mempunyai fantasi seks yang keterlaluan sehingga mereka tidak dapat mengawal diri dan tewas dengan godaan fantasi tersebut. Jika mereka dapat mengawal emosi dan perasaan, sudah pasti mereka tidak akan melakukan onani walaupun mereka terdedah dengan perkara yang merangsangkan syahwat. Remaja prabaligh adalah golongan orang yang paling banyak melakukan onani jika dibandingkan dengan golongan dewasa. Orang dewasa mempunyai fikiran yang matang dan dapat mengenal dirinya sendiri berbanding remaja yang masih dengan pemikiran yang kurang matang dan bertindak mengikut perasaan.
Kesan jangka masa panjang untuk seseorang yang melakukan onani akan menyebabkan mereka menjadikan onani sebagai satu tabiat yang biasa untuk dilakukan jika keinginan naluri mereka berada pada tahap yang tidak dapat dikawal lagi. Mereka akan ketagih melakukan tabiat tersebut jika mereka inginkan keseronokan tetapi pada mereka yang merasakan onani satu tabiat yang buruk, mereka mestilah cepat bertindak supaya keseronokan kendiri dapat dikawal dengan baik. Dari segi kesihatan pula, amalan onani boleh menekan kesihatan bagi mereka yang melakukannya. Ini tertakluk kepada amalan dan cara gaya onani yang dilakukannya.
Ada sesetengah mereka mengalami kecederaan alat kelamin sehingga luka berdarah, dengan batang zakar terasa sakit yang berpanjangan dan boleh juga menyebabkan kerosakan pada urat saraf zakar. Apa yang pasti kesan jangka masa panjang adalah menyebabkan seseorang itu mati pucuk jika mereka gemar beronani secara berterusan dengan cara yang ganas itu. Melakukan onani berpanjangan akan menyebabkan seseorang itu tidak akan mencapai keseronokan dan kepuasan apabila melakukan hubungan seks dengan pasangan, setelah berkahwin. Hakikatnya, banyak kesan sampingan yang dikaitkan dengan amalan onani seperti lemah tenaga batin dan kerosakan kemaluan seperti urat bersimpul, kemandulan dan masalah zuriat terencat.
Kesemua ini tidak ada kaitan dengan masalah yang biasa berlaku akibat amalan beronani selain daripada perkara yang telah dijelaskan awal tadi. Bagaimanapun, ada waktunya onani boleh dilakukan, iaitu jika perbuatan itu boleh menghalang lelaki terbabit daripada berzina. Mereka yang menghadapi masalah ini dinasihatkan supaya, meningkatkan daya kawalan diri atau jati diri. Ini boleh dilakukan dengan mengelakkan diri daripada berseorangan atau membaca buku yang mengghairahkan, menonton gambar yang merangsangkan, melayari laman web lucah dan sebagainya. Berikut adalah beberapa tips efektif untuk menghentikan ketagihan onani, iaitu:
1. Mulakan dengan berdoa, memohon dan bertaubat kepada Allah, untuk berhenti dari onani selamanya.
2. Harus memiliki tekad, kemahuan, dan motivasi yang kuat dari dalam diri sendiri.
3. Terapkan sistem “reward and punishment” yang tegas dan disiplin untuk diri sendiri. Misalnya:jika satu hari saya tidak beronani, maka saya akan “menghadiahi diri sendiri” dengan membeli makanan yang saya gemari atau berjalan-jalan ke pantai. Jika saya beronani satu kali saja, saya harus “menghukum diri sendiri” dengan membaca satu buku tentang ilmu pengetahuan.
4. Katakan tidak pada onani dan seks sebelum nikah.
5. Elakkan daripada duduk bersendiriani, melamun, atau menonton filem yang “memberahikan”.
6. Bergaullah dengan orang-orang yang alim, cerdas, soleh, beriman, bertakwa. Hindarilah pergaulan dengan kumpulan yang membawa anda menuju “lembah maksiat” atau “dunia hitam”.
7. Perbanyaklah beribadah sesuai dengan agama dan keyakinan anda. Jika anda beragama Islam, maka seringlah berpuasa sunah, solat berjamaah, solat malam, berzikir, membaca Alquran, dsb.
8. Jika anda amat gemar beronani, berhati-hatilah atau waspadalah dengan kanser prostat! Sebab, hasil kajian yang dilakukan oleh Universiti Nottingham, England, menyatakan bahawa lelaki berusia antara 20-30 tahun yang “gemar beronani” memiliki risiko lebih tinggi untuk terkena kanser prostat. Juga, sebanyak 34% atau 146 dari 431 orang yang terkena kanser prostat sering melakukan onani mulai usia 20 tahun. Sekadar tambahan, kanser prostat adalah penyakit kanser yang berkembang di kelenjar prostat, disebabkan kerana sel prostat bermutasi dan mulai berkembang di luar kendali.
9. Sibukkanlah diri anda dengan hal-hal yang positif dan bermanfaat, misalnya: berolahraga, pecinta alam, membaca buku, menulis, bernyanyi, memasak, berkebun, dsb.
10. Ingatlah bahawa hukum onani adalah haram, dan onani itu merupakan “zina tangan”.
11. Hindari bergaul dengan rakan atau sahabat yang juga suka beronani. Sebab seseorang itu dapat dinilai; salah satunya dengan siapa (saja) ia bergaul.
12. Mandilah secepat mungkin. Hindari untuk berlama-lama di kamar mandi.
13. Hindari melihat tontonan, tayangan, gambar, video, yang menghairahkan atau porno, baik di internet, televisyen, VCD, DVD, dsb. Elakkan juga daripada membaca majalah atau buku-buku berbaur seks kerana ianya akan mendorong anda untuk melakukan onani.
14. Perbanyak aktiviti fizikal, terutama jika sedang stres atau diri anda sedang dalam keadaan tertekan.
15. Lakukan semua hal, aktiviti, atau kegiatan yang anda sukai, sepanjang tidak melanggar aturan agama dan norma.
16. Temukan, kembangkan, dan salurkan semua bakat, hobi, dan kreativiti anda semaksima mungkin.
17. Sedarilah bahawa onani hanya akan menghabiskan tenaga dan waktu anda yang sepatutnya dapat anda gunakan untuk melakukan perkara-perkara lain yang bermanfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan