Ahad, 30 Jun 2013

CARA-CARA KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA



Kebahagiaan Perkahwinan Anda
Cara-cara Kekalkan Kebahagiaan Perkahwinan Anda | Seperti kita semua maklum, ketika sedang ‘hangat’ bercinta sebelum kahwin dulu, pasti hari-hari anda dan pasangan anda dipenuhi dengan saat-saat bahagia. Bak kata pepatah Inggeris “love is in the air”. Tapi selepas kahwin, lama-kelamaan, anda rasakan hubungan anda pasangan semakin hambar.
Ke mana hilangnya gelak-tawa dan senda-gurauan seperti dulu?
Dalam blog post kali ini, saya akan kongsikan bersama anda cara-cara bagaimana anda boleh terus kekalkan kebahagiaan anda hidup dalam berumahtangga. Apa yang penting, cuba amalkannya sedikit-demi-sedikit dalam kehidupan seharian anda cara-cara berikut. Pasti hidup anda akan lebih tenang dan bahagia di samping insan tersayang.

Cara-cara Kekalkan Kebahagiaan Perkahwinan Anda

  • Hidup Saling Lengkap-Melengkapi
  • Melayari bahtera perkahwinan bukanlah seperti kehidupan ketika anda bujang dulu. Ia memerlukan komitmen dan perkongsian hidup dalam pelbagai aspek. Sentiasalah ingatkan dalam diri anda bahawa perkahwinan yang bahagia boleh dicapai dengan anda saling melengkapi hidup pasangan anda. Bantu pasangan anda jika dia mempunyai masalah dan cuba atasi kelemahan dia.
  • Suami Libatkan Diri Juga Dalam Urusan Rumahtangga
  • Sebagai suami, anda tidak boleh abaikan 100% urusan kerja rumahtangga dan hanya mengharap isteri anda. Sekali-sekala, ringan-ringankan tulang anda untuk membantu isteri di dapur atau mengemas rumah. Peruntukkan sedikit masa cuti hujung minggu anda membantu isteri.
  • Ringankan Mulut Memberi Pujian
  • Sentiasa beri pujian kepada pasangan anda. Tak kira samada anda seorang suami mahupun isteri. Mulakan dulu. Memberi pujian merupakan cara anda menunjukkan anda menghargai kehadiran pasangan anda dalam hidup anda serta ia boleh menggembirakan hati dia.
  • Jangan Sering Memperkatakan Kelemahan Pasangan
  • Elakkan suka memperkatakan kelemahan pasangna anda. Ini merupakan perkara yang sensitif di mana, kelak boleh menyumbang kepada berlakunya pergaduhan konflik dalam rumahtangga. Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan kelemahan dalam soal seks. Bincang secara baik bersama pasangan anda jika anda mengalaminya.
  • Elakkan Ungkit-Mengungkit
  • Satu lagi kesilapan yang harus anda elakkan ialah elakkan daripada mengungkit pekara-perkara yang silam. Jika sebelum ini anda pernah memberi pasangan anda sesuatu atau membantu dia, jangan ungkit-ungkit perkara tersebut. Ini menunjukkan anda tidak ikhlas dalam memberi bantuan.
  • Jaga Penampilan Setiap Masa
  • Sebagai isteri, ini merupakan salah-satu tanggungjawab anda. Sentiasa tampil dengan kemas dan menawan di mata suami anda. Ini boleh memberi mood yang baik kepada suami anda seterusnya dia akan lebih sayang anda. Suami juga harus jaga penampilan diri mereka. Cukur ‘bulu-bulu’ yang ada di muka anda.
  • Pelihara Kebersihan Kamar Beradu Anda
  • Bilik tidur anda merupakan tempat terpenting dalam hubungan suami-isteri. Inilah di mana kemuncak cinta anda berdua akan direalisasikan. Pastikan bilik tidur anda sentiasa bersih dan kemas. Jangan biarkan kain baju kotor bersepah. Adalah juga dinasihatkan anda cuci cadar, selimut dan sarung bantal anda sebulan sekali sekurang-kurangnya. Semburkan wangi-wangian yang boleh ‘membangkitkan’ ghairah anda berdua.
  • Beranikan Diri Untuk Mulakan Dulu
  • Sebagai isteri, anda tidak harus hanya bersikap menyerah diri dan tunggu suami anda mulakan aktiviti berbentuk seks. Sekali-sekala, anda mulakan dulu. Mulakan mencium dengan penuh ghairah suami anda. Jadi lebih aktif dalam hubungan seks. Pasti suami anda bertambah-tambah sayangnya kepada anda.
    Kebahagiaan dalam perkahwinan sangatlah penting, isteri perlu la pandai mengambil hati si suami. Jangan sampai perkara yang isteri tak ingin berlaku terjadi iaitu POLIGAMI.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan


















    KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

    Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

    LinkWithin