Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak
mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan
ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti
sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?
Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar
kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain
itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya
jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah
perlaksanaanya.
Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad
untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam
mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai
dan dicintai.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan
pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam
telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.
Memilih Pasangan Hidup
Memilih Pasangan Hidup
Memang sudah fitrah manusia tidak boleh hidup bersendirian. Walau sesibuknya atau bahagianya seseorang itu pasti ia akan sunyi tanpa ada pasangan.
Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan
dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya
lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan
niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka
terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya.
Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya.
Sedangkan ibu bapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu.
Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan,
mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan dan
yang lebih menyakitkan keluarga sudah mempunyai pilihan mereka
tersendiri.
Konsep Meminang Pasangan
Konsep Meminang Pasangan
Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda.
Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi
akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini
merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah
bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan.
“Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan.”
Namun begitu, bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua
pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk
saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta.
Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan
tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap
dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan
Islam. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan
ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah
diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Perigi Cari Timba
Ada pula yang berkata, Cara ini untuk lelaki bolehlah!! Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, “macam perigi mencari timba“, “wanita tidak bermaruah” dan macam-macam lagi.
Perigi Cari Timba
Ada pula yang berkata, Cara ini untuk lelaki bolehlah!! Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, “macam perigi mencari timba“, “wanita tidak bermaruah” dan macam-macam lagi.
Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam
masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu
sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah
untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sejarah perkahwinan nabi
kita.
Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad
s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan
keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh
Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai
sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda.
Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas,
agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah
keluarga Nabi menghantar rombongan meminang.
Jadi,
tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia,
menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda
Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat
kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan
soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi
pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita
cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka
pihak lelaki boleh masuk meminang.
Indahnya Cara Islam
Indahnya Cara Islam
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani.
Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan
bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan
mempermudah urusan itu.
Untuk mereka yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah
mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan
taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu
mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab
kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan
bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah
menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam
kehidupan kita.
Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul
tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka
bernikahlah. Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih
mulia daripada mereka yang ber’couple’, dan memuaskan nafsu mengikut
telunjuk syaitan. Bercinta sebelum berkahwin atau ber’couple’ adalah
menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan