Isnin, 17 Jun 2013

PERKEMBANGAN AGAMA BUDDHA DI NEGARA MALAYSIA



1. Membentuk Buddhisme Malaysia
Buddhisme ialah agama yang tiada batasan negara dan kaum. Walau bagaimanapun, untuk menghadapi masalah taraf pemikiran dan budaya manusia setempat, Buddhisme muncul dalam rupa bentuk yang telah diubahsuaikan tetapi dasar Ajaran Buddha yang sama . Sifat fleksibilitinya telah menyebabkan Buddhisme yang disebarkan di pelbagai tempat muncul dengan rupa bentuk yang berlainan akibat persekitaran, kaum serta latar belakang kebudayaannya yang berlainan, di samping itu pula mereka dapat mengekalkan Ajaran Buddha. Buddhisme yang mempunyai banyak ciri tempatan merupakan sifat Buddhisme yang unik dalam sejarah penyebarannya.
Malaysia ialah negara yang merdeka, maka Buddhisme yang disebarkan di tempat ini mestilah mempunyai identiti yang bercorak Malaysia.
Malaysia ialah negara bersifat majmuk, begitu juga halnya dengan Buddhisme yang disebarkan di negara ini. Sebahagian besar penganut Buddha di negara ini berketurunan Cina, maka aliran utama Buddhisme banyak dopengaruhi oleh Buddhisme dari sistem Bahasa Cina. Sementara itu Negeri Thai dan Sri Lanka, akibat kedudukan geografinya yang dekat dengan Malaysia, telah mempengaruhi Buddhisme Malaysia dengan Buddhisme sistem Bahasa Pali. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat pula pengaliran masuk Buddhisme sistem Bahasa Tibet dan hasil-hasil kajian akademik Buddhisme yang dilakukan oleh Jepun.
Penyerapan bahagian-bahagian penting dari Buddhisme berbagai sistem bahasa dan membuangkan mana-mana ciri yang tidak sesuai dengan suasana di Malaysia, akan menjadikan Buddhisme Malaysia berbentuk majmuk.

2. Melatih pendakwah Buddhis tempatan
Perkataan tempatan bermaksud negara kita, negeri ini atau persatuan Buddhis masing-masing. Kita amat memerlukan pendakwah Buddhis tempatan untuk menjalankan tanggungjawab penyebaran agama Buddha. Pada masa ini, Buddhisme di Malaysia berada di peringkat perkembaangan yang awal, kadar pertumbuhan dalam pengeluaran pendakwah terlatih adalah rendah jika dibanding dengan perkembangan luaran Buddhisme, ini akan menimbulkan banyak masalah kepada Buddhisme.
Pengundangan pensyarah luar negeri ke Malaysia adalah perlu untuk meninggikan taraf kajian akademik dan pengaliran kebudayaan duahala, walau bagaimanapun, usaha melatih pensyarah tempatan adalah lebih diperlukan. Selain daripada itu, kita harus memikirkan keupayaan kita dari segi kewangan. Hanya kita yang paling memahami keadaan majmuk negara ini, dan Buddhisme yang kita perlukan ialah Buddhisme yang paling difahami oleh kita sendiri, lagipun kita harus berdikari dalam mengembangkan Buddhisme.
Pada ketika ini, pandangan negatif bahawa segala- galanya yang berasal dari luar negeri adalah lebih baik berbanding dengan yang di sini. Pandangan ini mesti dikikis. Kita mesti memberi lebih banyak peluang dan galakan kepada para pensyarah tempatan.

3. Meningkatkan taraf kajian akademik
Kita tidak boleh berhenti lama di suatu taraf kajian akademik. Jika ditinjau dari pelbagai sudut, kita harus mengakui bahawa taraf kajian akademik Buddhisme kita adalah rendah, dan kita bertanggungjawab untuk meninggikannya.
Peningkatan taraf kajian akademik merupakan cara penting untuk meninggikan kedudukan Buddhisme, ia juga cara asas untuk menegak dan menguatkan kedudukan Buddhisme di sesuatu rantau da dunia ini. Kita harus menubuhkan pusat penyelidikan dan kajian Buddhisme serta melatih penyelidik- penyelidik sepenuh masa. Pada masa yang sama, individu- individu yang mempunyai keinginan untuk membuat penyelidikan dan kajian Buddhisme, haruslah sentiasa menjalani pendidikan kendiri untuk meningkatkan tarafnya sendiri.

4. Meninggikan kualiti kultivasi (cultivasion)
Sifat keseluruhan Buddhisme dapat ditunjukkan dalam konsep penyatuan teori dan amali. Teori dan amali adalah saling bergantungan dan saling menggenap antara satu sama lain. Hasil daripada penyelidikan, kita memperolehi pengetahuan secara teori, ia dapat memandu kultivasi. Dari segi amali pula, kita dapat mengetahui kebenaran sesuatu teori. Maka, teori dan amali mestilah digabungjalinkan. Peningkatan dalam kualiti kultivasi sudah semestinya penting. Kita harus menganjurkan lebih banyak kursus kultivasi umpamanya kem yang melakukan meditasi dan sebagainya. Persatuan-persatuan Buddhis di pelbagai tempat juga harus mementingkan amalan memberi penghormatan kepada Buddha sebagai satu cara kultivasi umpamanya perbuatan menyujud imej Buddha. Puja dan amalan mengaku kesilapan serta keinginan untuk memperbaiki kesilapan berkenaan harus selalu diadakan. Pusat Kultivasi harus ditubuhkan dengan mengundang seorang guru yang berpengalaman untuk menjalankan kursus-kursus kultivasi bagi jangka masa panjang dan pendek.

5. Mengadakan aktiviti terancang
Pada masa sekarang, banyak aktiviti telah dijalankan oleh persatuan-persatuan Buddhis, tetapi, kita harap agar aktiviti-aktiviti yang hendak dijalankan itu, sama ada di peringkat kebangsaan, daerah, ataupun persatuan-persatuan masing-masing, akan mempunyai perancangan yang rapi. Hanya aktiviti-aktiviti yang terancang dengan rapi akan mencapai matlamat atau hasil yang dikehendaki.
Kita mempunyai pengalaman dalam menganjurkan aktiviti- aktiviti, kita tidak seharusnya berhenti di sesuatu peringkat atau tahap tertentu. Pihak penganjur harus menyerap pengalaman orang lain serta menimbang keupayaan dan kehendak sendiri, seterusnya membuat perancangan rapi. Jika perlu, kita boleh mengadakan khemah kerja sebelum sesuatu aktiviti atau projek diadakan bagi melatih ahli-ahli jawatankuasa kerja, ini dapat membantu sesuatu aktiviti itu dijalankan secara terancang dan berjaya.

6. Kursus Latihan Yang Sistematik
Kursus latihan Buddhisme di Malaysia telah m,engalami kepelbagaian; dari pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi ke guru, pelajar-pelajar sekolah menengah, dari penganut biasa ke pendakwah Buddhis, dari tahap rendah ke tahap tinggi, dari penyelidikan ke kultivasi, dari peringkat awal ke peringkat yang lebih mentap, semuanya kita perlu menyediakan kursus latihan tertentu untuk tujuan tersebut.
Walaupun kita mempunyai pengalaman dan kepelbagaian aktiviti, tetapi dapat diperhatikan bahawa kursus-kursus yang kita adakan tidak diselaraskan secara sistematik. Ini perlu diperbaiki;terutamanya untuk meningkatkan taraf kajian akademik dan kualiti kultivasi.
Kita perlu menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaraskan kursus-kursus secara sistematik supaya ia dapat menunjukkkan ciri-ciri kesinambungan. Kursus-kursus itu juga perlu diubahsuai mengikut keperluan dan perubahan masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin