Khamis, 30 Ogos 2012

WAJIB MENGAMBIL TAHU MENGENAI TAYAR KENDERAAN ANDA

Berasa terpanggil untuk ajar semua perempuan bagaimana untuk tukar tayar. Walaupun perempuan never ever akan tukar tayar sendiri kalau ada kehadiran lelaki sekali, dan even kalau takde lelaki, still never ever tukar sendiri sebab akan mengada dan terus call siapa-siapa (kebarangkalian tinggi jantina lelaki juga) untuk datang dan tolong. Tapi still, haruslah belajar menjadi independent woman. Kalau taknak belajar kerja lelaki, takyah sibuk minta hak sama rata apa jadah.

Walaupun diri sendiri takde kereta takde lesen dan tak pernah drive sendirian (eh ye ke? heh), tapi telah dibaling ke dalam situasi di mana tayar kereta pancit, sebanyak dua kali. Kali pertama adalah bernasib baik kerana ada Daddy, Khairi dan diri ini. Sudah tentu dua yang terlibat merupakan Daddy dan Khairi. Namun nasib tidak selalu menyebelahi diri kita.. Jadi kini saya akan ajar langkah senang nak tukar tayar. Sematkan dalam hati, nanti suami pulang, anda dah boleh berlagak I dah pandai tukar tayar. Suami: Eh bila tayar you pancit? Isteri: Tak lah, I belajar kat belog Hanis. Hoh.

Mari Belajar Cara Tukar Tayar!
Gambar-gambar dari website ini.


1. Langkah pertama, anda perlukan tayar yang pancit. Tiada tayar pancit tidak perlulah anda bersusah payah nak tukar. Ini bukan macam spender nak kena tukar selalu. Untuk memancitkan tayar bolehlah susun kulit durian di atas jalan raya dan gerakkan kereta ke arahnya. Lagi satu cara untuk pancitkan tayar ialah jadi seorang guru dan buat anak murid bengang. Boleh cuba juga.
2. Langkah dua, setelah dapat bentuk tayar yang diidamkan, anda perlukan Jack dan juga Jill. Keropok untuk makan sambil tengok suami anda tukar tayar. Kalau takde suami, anda perlukan jack sahaja.
3. Langkah ketiga, loose the screws for your tyre dulu (guna wheel brace), kemudian masukkan jack bawah kereta berdekat dengan tayar. Pusing batang jack tuh clockwise supaya kereta ternaik. Kena estimate ketinggian sehingga anda rasa, tayar baru (yang bulat dan penuh angin) muat untuk direplace.
4. Langkah empat, buka terus semua skru dan keluarkan tayar. Ambil tayar spare dan pasang.

5. Langkah lima, untuk memasang tayar spare anda perlukan pertolongan orang lain, kalau tak bersenamlah anda kat situ sorang2 sebab nak kena balance tayar dan pada masa yang sama nak kena ketatkan skru. Gigih.

6. Langkah 6, dah habis ketatkan skru, habislah proses pemasangan tayar. Tapi jangan eksaited sangat sampai terus drive nak blah dari situ bagi melupakan kenangan pahit. Anda kena cabutkan jack dan simpan peralatan dulu. Selesai semua, make your way to the nearest kedai tayar untuk beli tayar baru atau tampal tayar.

7. Kini anda sudah boleh open table dan gebang pergh aku pernah tukar tayar kereta sendiri pergh pergh dah tak perlukan lelaki dalam hidup perghh.




* Dengan common sense, skru takleh ketatkan masa kereta masih tinggi dijackkan ya. Kalau tak selitkan info ini orang cam ingat saya taktau sebab tak percaya saya pernah tukar tayar sendiri plak -_-



Warning! Bila tayar pancit jangan cuak, drive perlahan-lahan ke bahu jalan. Bahaya sebenarnya duduk melepak kat bahu jalan, jadi anda kena letak menatang tiga segi merah reflect cahaya tuh sejauh 50 meter dari belakang kereta, anda. Kalau takde benda tuh, gunalah dahan2 pokok ya.




Macam yang terjadi pada saya kali kedua pengalaman tayar pancit. Waktu itu keluar dengan Daddy dan Mama. Dua orang terlibat pastilah saya dan Daddy. Memang derhaka kalau anak ada, tapi mak yang kena tolong tukar T_T

MANUSIA SEMAKIN BERANI MELAKUKAN MAKSIAT TIDAK TAKUT KEPADA AJARAN ALLAH SWT


Meneliti berita terbaru beberapa hari lepas berkenaan janin yang dibuang dan kepalanya pecah terhantuk di longkang kerana dibawa oleh aliran air yang deras, menguris hati ini. Janin yang berusia empat bulan itu dibuang bagaikan sampah, tiada harga bagi satu nyawa manusia oleh manusia lain yang bersifat kehaiwanan.
Bukan mudah untuk membaca bait-bait laporan tentang berita yang menyayatkan hati itu walaupun sudah dihidangkan dengan mungkin ratusan laporan seumpamanya kerana ianya melibatkan nyawa manusia yang sepatutnya menjadi perkara yang paling dihargai oleh manusia, akan tetapi disia-siakan begitu sahaja oleh tangan-tangan yang
tidak takut akan janji hukuman dari Allah atas dosa membunuh. Begitulah apabila agama dibakulsampahkan oleh masyarakat. Amat sukar untuk hati menerima ajaran agama apabila hati telah dipenuhi dengan kekotoran dosa dan noda. Tiada lagi rasa takut kepada Allah. Kejahatan masyarakat ini adalah hasil dari perbuatan tangan-tangan manusia.Benarlah firman Allah dalam surah ar-Rum yang menyatakan bahawa

“Telah timbul kerosakan dan bala bencana di darat oleh dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan tangan-tangan manusia”

Pernah diwar-warkan dahulu untuk digubal akta bagi memperuntukan hukaman yang berat berkaitan kesalahan kes pembuangan bayi ini oleh kabinet. Cetusan idea itu turut dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Maka telah dipersetujui oleh kabinet untuk menetapkan kes pembuangan bayi akan disisasat dibawah akta 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mandatori jika sabit kesalahan. Kelulusan oleh kabinet itu telah dilakukan kira-kira hampir dua tahun lalu iaitu pada bulan Ogos 2010. Setelah itu, sehingga kini, masih belum kedapatan walau seorangpun pesalah yang dikenakan dengan hukuman berat seperti yang dijanjikan. Apakah maknanya dengan hukuman berat yang dijanjikan, sedangkan kes pembuangan bayi masih terus-terusan berlaku?

Statistik yang diambil bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan, manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun 2010 sehingga Kabinet membuat keputusan itu. Kes yang dicatat tahun ini saja hampir menyamai jumlah 65 kes yang berlaku di seluruh negara pada 2006. Malah, dikatakan dalam tempoh 24 jam selepas keputusan Kabinet itu diumumkan, empat lagi kes buang bayi dilaporkan. Ini tidak termasuk kes kelahiran anak luar nikah yang jumlahnya mencapai ratusan ribu. Menurut statistik Jabatan Pendaftaran Negara, sejumlah 257,411 sijil pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf, dicatat dalam tempoh 2000 sehingga Julai 2008, sebahagian besarnya Melayu. Statistik ini hingga tahun 2010 sahaja. Bagaimana 2011 dan 2012?

Apa yang sangat jelas disini ialah ada dua perkara yang tidak seiring perjalanannya dalam hal ini iaitu hukuman berat yang bakal dikenakan dengan perlaksanaan kepada hukuman itu. Laungkanlah seberat mana sesuatu hukuman itu, tapi sekiranya tidak disertakan dengan perlaksanaan hukuman sebenar, maka manusia tidak akan takut.Inilah tanda gagalnya undang-undang jenayah masa kini. Apa ada pada ugutan tanpa disertakan perlaksanaannya? Kes pembuangan bayi ini adalah bermula daripada pergaulan bebas, bermesra-mesra dengan pasangan berlainan jantina dan kemudiannya berzina. Adakah remaja yang masih muda dan bertenaga dan masih mencari-cari nikmat dunia itu akan meninggalkan zina yang penuh kenikmatan itu hanya kerana diugut?

Lihat sahaja kes penari tiang di Seremban baru-baru ini. Kes-kes sebegini adalah diantara penyebab permulaan kepada zina dengan mempertontonkan aksi-aksi ghairah demi sedikit wang. Atas kesalahan menari tiang dan berpakaian menjolok mata, mereka didenda sebanyak RM25 seorang oleh mahkamah. Denda yang dibayar sambil tersenyum oleh mereka sepertimana gambar mereka di muka depan sebuah akhbar yang melaporkan kes tersebut baru-baru ini. Ada diantara mereka seperti GRO sanggup berbuat lebih dari itu sepertimana pendedahan-pendedahan kerja-kerja “pintu belakang” mereka dibongkar oleh pihak berkuasa apabila membuat serbuan di tempat-tempat sebegitu. Inilah kegagalan kepada sistem undang-undang yang ada sekarang ini. Mengugut dengan hukuman yang berat, kemudian apabila ada kes yang boleh dikaitkan atau permulaan kepada kes yanglebih berat (seperti tarian tiang ini yang menghala kearah zina) maka hukuman ringan dikenakan. Lebih mencengkam jiwa apabila ada komen dari menteri yang mengatakan bahawa janganlah lihat hanya kepada denda RM25 itu sahaja akan tetapi kaunseling yang diberikan kepada pesalah itu yang lebih penting. Kenyataan yang sungguh merentap dan menghiris hati bila dibaca.

Berbeza dengan undang-undang Islam. Islam mengugut akan mengenakan hukuman berat dan Islam mewajibkan manusia melaksanakannya, tiada pilihan hukuman ringan. Apabila disebut hudud, maka ianya dari Allah dan tiada manusia yang boleh membuat tawar menawar. Tersebut dalam satu kisah ketika salah seorang perempuan dari kalangan Bani Ma’zum didapati bersalah kerana mencuri, maka rasulullah s.a.w memutuskan hukuman potong tangan ke atas wanita itu. Maka bermesyuaratlah orang-orang penting dari Bani Ma’zum bagi mencari jalan penyelesaian yang lebih ringan untuk wanita itu. Kemudian diutuskan wakil mereka menemui Usamah bin Zaid, cucu angkat kesayangan baginda untuk menyampaikan hasrat mereka. Maka apabila dipersembahkan kepada rasulullah rayuan itu, merah padamlah muka baginda kerana marah. Antara lain sabda baginda ialah kaum sebelum ini telah dibinasakan oleh Allah kerana apabila mereka dari kalangan kaya dan berpangkat melakukan kesalahan, maka hukuman yang ringan sahaja dikenakan.

Manakala apabila kaum yang lemah dan miskin melakukan kesalahan maka hukuman berat dijatuhkan dan baginda bersabda lagi bahawa jika sekiranya anak perempuan kesayangan baginda Fatimah binti Muhammad bersalah kerana mencuri, maka baginda akan memotong tangannya. Begitulah keadilan dan ketegasan Islam yang tidak memilih ‘bulu’. Tidak akan
berundur seincipun apabila diperintahkan Allah. Itulah ketinggian taqwa seperti yang selalu disebut khatib dalam khutbah Jumaat. Dek kerana ketegasan itulah maka manusia takut dengan hukuman Allah. Apa dikata, dikota.

Islam mengutamakan pencegahan dalam perkara dosa. Islam seboleh-bolehnya tidak mahu menghukum manusia. Oleh kerana itu diseru manusia agar mencegah diri dari melakukan dosa besar. Lihatlah apabila Allah berfirman dalam surah al- Isra’

“Dan janganlah kamu menghampiri zina”.

Dia tidak menyebut “melakukan” tetapi “menghampiri”. Apabila hampirpun jangan, maka apatah lagi melakukannya. Begitulah keindahan pencegahan yang Allah anjurkan kepada kita. Akan tetapi awas untuk manusia yang tetap juga berdegil untuk melakukan dosa besar, maka hukuman yang dijanjikan amatlah berat. Dan jika pemerintah tidak melaksanakannya maka pemerintah itu pula akan dikenakan azab oleh Allah diakhirat nanti. Maka tiada jalan lain lagi kecuali kita kembali kepada Allah dengan melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan semua laranganNya. Telah terbukti kegagalan sistem yang dibina oleh manusia untuk membentuk dan mengawal manusia. Kerana manusia tidak mencipta manusia. Hanya sistem yang terbaik adalah datangnya dari pencipta manusia itu sendiri iaitu Allah. Maka bersegeralah kita kembali kepada Allah.

Akhirnya saya menyeru kepada semua remaja-remaja, belia-belia dan muda-mudi yang sedang sibuk dengan mencari kenikmatan dunia agar segera meninggalkan perkara-perkara dosa yang bakal mengundang kemurkaan Allah. Kita bukannya tidak boleh berhibur dan mencari keseronokan, akan tetapi mestilah berpada-pada dan dalam lingkungan yang dibenarkan Allah. Ayuh pemuda-pemudi sekelian, jangan sia-siakan masa muda kamu dengan perkara yang bakal merugikan kamu sendiri. Kamulah generasi yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara dimasa depan. Ustaz mengharapkan diri ustaz dan kamu serta keluarga kita semua dilindungi Allah sentiasa insyaAllah.

ISU KEKEJAMAN BUANG JANIN

HUKUM MENGGUGURKAN JANIN

Sebagai tambahan dan lebih faedah untuk pembaca disertakan hukum Menggugurkan Janin dalam keadaannya yang berbeza :

1. JANIN mengidap Penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
Hukumnya : HARAM sebelum 4 bulan dan selepas

2. JANIN mengidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup. Seperti Buta, Cacat sebelah tangan, atau kedua-duanya, cata kaki, kurang jari dan sebagainya
Hukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.

3. JANIN mengidap Kecacatan yang Serius yang membawa kematian . seperti tiada kepala, tiada paru2 dan sebagainya
Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.

4. JANIN mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan.
Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama’

a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan.

b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, Keyakinan tinggi hasil analisa Doktor2 pakar.

5. JANIN menghidapi penyakit AIDS.
Hukumnya : HARUS sebelum 4 bulan , Haram selepas 4 Bulan.

6. JANIN yang terhasil akibat dirogol
Hukumnya : HARUS digugurkan hanya sebelum 4 Bulan.

7. JANIN yang sihat @ sakit @ cacat tetapi nyawa Ibu terancam kiranya janin dilahirkan.
Hukumnya : HARUS gugur janin samada sebelum atau selepas 4 bulan, kerana nyawa Ibu diutamakan dalam hal ini.

PERSOALAN : Mengapa umur Janin SEBELUM DAN SELEPAS 4 bulan membawa perbezaan hukum ?

Jawapan : Berdasarkan hadith Riwayat Muslim, titik hidup manusia bermula sebagai manusia dengan mempunyai hak2 kemanusian yang dikitiraf dalam Islam adalah dari umur 4 bulan dalam kandungan. Kerana berdasarkan hadith Nabi SAW, MANUSIA DITIUPKAN RUHNYA KETIKA SEKITAR UMUR 120 HARI. DEMIKIAN PANDAGAN MAZHAB YANG EMPAT DAN MAJORITI FUQAHA.

Maka apabila telah ditiup Ruh, janin tersebut dianggap sebagai seorang manusia yang mempunyai hak seperti manusia sempurna. Justeru, penggugurannya adalah dikira membunuh manusia atau nyawa. Ia diharamkan oleh Allah sbgmn FirmanNya : Ertinnya : “Dan janganlah kamu membunuh nyawa manusia yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasan yang benar (di sisi syarak).” (Surah Al-An’am : 151)

Walaupun majority fuqaha memfatwakan boleh menggugurkan janin sebelum 4 bulan dengan sebab2 yang konkrit, bagaimanapun terdapat sekumpulan kecil ulama yang mengharamkannya dalam semua peringkat umur janin, ia adalah pandangan Imam Abu Hamid Al-Ghazali (wafat 505 H), serta sebahagian Fuqaha’ Mazhab Maliki.

HUKUM PENGUGURAN KANDUNGAN DALAM BADAN

Soalan: Assalamualaikum wbt., saya ingin bertanya.  Apa hukumnya pengguguran kandungan dalam pandangan Islam?  Jika hukumnya harus, bilakah saat yang dibenarkan melakukannya?  Ini kerana ada yang berpandangan bahawa sejak sperma bercantum dengan ovum (sel telur), hukum menggugurkannya adalah haram.  Tetapi ada yang berpandangan bahawa sebelum janin berusia 40 hari, hukum menggugurkannya adalah mubah.  Mana satu pandangan yang benar? Mohon penjelasan.


Jawapan:
Pendahuluan
Pertamanya mesti difahami bahawa pengguguran kandungan bukanlah semata-mata merupakan masalah perubatan atau kesihatan masyarakat, melainkan ianya juga adalah masalah kemasyarakatan yang berhubungkait dengan fahaman kebebasan (freedom/liberalisme) yang dianuti oleh sesebuah masyarakat.

Fahaman asing ini tidak diragui lagi telah menjadi pintu masuk bagi berleluasanya amalan pengguguran kandungan, dalam mana-mana masyarakat sekalipun. Perangkaan rasmi telah membuktikannya. Di luar negara, khasnya di Amerika Syarikat, dua pertubuhan utama, iaitu Federal Centers for Disease Control (FCDC) dan Alan Guttmacher Institute (AGI), telah mengumpulkan data pengguguran kandungan yang menunjukkan bahawa jumlah nyawa yang melayang dalam kes pengguguran kandungan di Amerika — iaitu hampir 2 juta — lebih banyak dari jumlah mangsa perang mana pun dalam sejarah negara itu. Sebagai gambaran, jumlah mangsa perang tentera AS dalam tiap-tiap peperangan adalah: Perang Vietnam 58 151orang, Perang Korea 54.246 orang, Perang Dunia II 407 316 orang, Perang Dunia I 116 708 orang, Civil War (Perang Sipil) 498 332 orang. 

Secara keseluruhan, dalam sejarah dunia, jumlah kematian karena pengguguran kandungan jauh melebihi jumlah mangsa seluruh peperangan jika digabungkan keseluruhannya Data tersebut ternyata selari dengan perangkaan yang menunjukkan bahawa majoriti rakyat Amerika (62 %) berpendirian bahawa hubungan seksual dengan pasangan luar nikah lain, adalah boleh dilakukan.  Mereka beralasan ianya biasa diamalkan dan semua orang mesti melakukannya (James Patterson dan Peter Kim, 1991, The Day America Told The Thruth dalam Dr. Muhammad Bin Saud Al Basyr, Amerika di Ambang Keruntuhan, 1995, hal. 19).

Bahkan, kes kehamilan tidak dirancang ini di seluruh dunia mencecah 80 juta setahun dengan anggaran 58 peratus membabitkan pengguguran janin.  Data terkini juga menunjukkan kadar pengguguran paling tinggi di seluruh dunia membabitkan mereka yang berusia antara 20 hingga 24 tahun.

Oleh itu dapat disimpulkan bahawa pengguguran kandungan sememangnya adalah masalah sosial yang terkait dengan fahaman kebebasan (freedom/liberalisme) yang lahir dari fahaman sekularisme, iaitu pemisahan agama dari kehidupan (Abdul Qadim Zallum, 1998).

Walau bagaimanapun, hukum pengguguran kandungan itu sendiri memang wajib difahami dengan baik oleh kaum muslimin, sama ada dari kalangan pengamal perubatan mahupun masyarakat amnya.  Sebab bagi seorang muslim, syariat Islam merupakan kayu ukur bagi seluruh perbuatannya.  Selain itu mengikatkan diri dengan syariat Islam adalah kewajiban bagi seorang muslim sebagai bukti keimanannya terhadap Islam. Allah SWT berfirman:
“Maka demi Tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) sebagai pemutus perkara yang mereka perselisihkan di antara mereka.” [Qs. an-Nisaa` (4): 65].
“Dan tidak patut bagi seorang mu`min laki-laki dan mu`min perempuan, jika Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, kemudian mereka mencari pilihan (yang lain) dalam urusan mereka.
” [TQS. al-Ahzab (33): 36].

Sekilas Fakta Pengguguran Kandungan
Pengguguran di definisikan sebagai pembuangan embrio atau janin dari rahim disebabkan oleh kematiannya atau menyebabkan kematiannya.
Pengguguran kandungan secara umum adalah berakhirnya suatu kehamilan (oleh sebab-sebab tertentu) sebelum bayi tersebut mampu hidup di luar kandungan. Ensiklopedia Bahasa Malaysia mengatakan pengguguran merupakan penyingkiran atau pengeluaran embrio atau fetus dari uterus(rahim) ibu , dan mengakibatkan kematian embrio atau fetus itu.

Dalam dunia perubatan terdapat tiga jenis pengguguran kandungan, iaitu:
1.Pengguguran kandungan spontan/semulajadi atau Abortus Spontaneus

2.Pengguguran kandungan buatan/sengaja atau Abortus Provocatus Criminalis

3.Pengguguran kandungan Therapeutik/ Perubatan atau Abortus Provocatus Therapeuticum

Pengguguran kandungan spontan/ Abortus spontaneous berlangsung tanpa tindakan apapun. Kebanyakannya disebabkan karena kualiti sel telur dan sel sperma yang kurang baik.

Pengguguran kandungan buatan/sengaja/ Abortus Provocatus Criminalis adalah usaha mengakhiri kehamilan sebelum usia kandungan 20 minggu atau berat janin kurang dari 500 gram sebagai suatu akibat tindakan yang disengajakan dan disedari sepenuhnya oleh calon ibu maupun si pembantu pengguguran kandungan (contohnya doktor, bidan atau bomoh).

Pengguguran kandungan therapeutik / Abortus Provocatus Therapeuticum adalah pengguguran kandungan buatan yang dilakukan atas pertimbangan perubatan.  Sebagai contoh, calon ibu yang sedang hamil tetapi mempunyai penyakit tekanan darah tinggi kronik atau penyakit jantung yang ktitikal yang dapat membahayakan kedua-dua ibu mahupun bayi yang dikandungnya.  Tetapi ini semua atas pertimbangan perubatan yang matang dan tidak tergesa-gesa
Pelaksanaan pengguguran kandungan adalah seperti berikut.:
Untuk usia kehamilan yang lebih muda, lebih senang dilakukan.  Semakin dewasa bertambah  sukar untuk dilakukan dan risikonya juga bertambah besar bagi si ibu. 

Terdapat berbagai cara pengguguran yang dilakukan di klinik-klinik pengguguran kandungan dan pada kebiasaanya bergantung kepada usia dan saiz bayi di dalam kandungan ibu.

1. Pengguguran untuk kehamilan sehingga usia kandungan 12 minggu biasanya dilakukan dengan MR/ Menstrual Regulator iaitu dengan penyedutan (di gambarkan seperti alat penyedut debu yang biasa, tetapi berkekuatan 2 kali ganda).

2. Pada janin yang lebih besar (sehingga usia 16 minggu) dengan cara Dilatasi & Curetage.

3. Janin berusia sehingga 24 minggu, pada peringkat ini janin sudah cukup besar, oleh itu biasanya mesti dibunuh terlebih dahulu dengan memasukkan racun. Misalnya dengan larutan garam yang pekat seperti saline(sejenis air garam).  Dengan jarum khusus, larutan itu disuntik secara terus ke dalam rahim, sehingga menimbulkan kesan keracunan pada bayi, kulitnya terbakar, kemudian ianya mati.

4.Usia kandungan melebihi 28 minggu biasanya dilakukan dengan suntikan prostaglandin (sejenis hormon) sehingga berlaku proses kelahiran buatan dan bayi dipaksa keluar dari rahim ibu.

5. Ada juga yang menggunakan kaedah operasi Caesarian seperti pada kehamilan yang biasa
Dengan berbagai alasan seseorang melakukan pengguguran kandungan tetapi alasan yang paling utama adalah alasan-alasan yang tiada kena mengena dengan perubatan.  Di Amerika Syarikat alasan pengguguran kandungan antara lain ialah:

1. Tidak ingin memiliki anak karena khuatir mengganggu kerjaya, persekolahan, atau tanggung jawab yang lain (75%)

2. Tidak memiliki cukup wang untuk merawat anak (66%)

3. Tidak ingin memiliki anak tanpa ayah (50%)

Alasan lain yang sering dikemukakan adalah masih terlalu muda (terutama mereka yang hamil di luar nikah), aib keluarga, ataupun sudah memiliki ramai anak.

Data ini juga disokong oleh kajian Aida Torres dan Jacqueline Sarroch Forrest (1998) yang menyatakan bahawa hanya 1% daripada kes pengguguran kandungan disebabkan perkosaan atau incest (sumbang mahram), 3% kerana membahayakan nyawa bakal ibu, dan 3% kerana janin akan membesar dengan kecacatan yang serius.  Manakala 93% daripada kes pengguguran kandungan adalah disebabkan alasan-alasan yang bersifat mementingkan diri sendiri termasuk khuatir tidak mampu membiayai, takut dipencilkan masyarakat, malu, atau keinginan menjaga imej
Pengguguran Kandungan Menurut Hukum Islam
Dr. Abdurrahman Al Baghdadi (1998) dalam bukunya Persamaan hak, Adakah Dalam Islam ms.127-128 menyebutkan bahawa pengguguran kandungan biasanya dilakukan sebelum atau sesudah ruh (nyawa) ditiupkan.  Jika dilakukan setelah ditiupkannya ruh, iaitu setelah 4 (empat) bulan masa kehamilan atau 16 minggu, maka semua ulama ahli fiqih (fuqaha’) sepakat akan keharamannya.  Tetapi para ulama fiqih berbeza pendapat jika pengguguran kandungan dilakukan sebelum ditiupkannya ruh. Sebahagian membolehkannya dan sebahagian lain mengharamkannya.

Yang membolehkan pengguguran kandungan sebelum ditiupkan ruh, di antaranya adalah Muhammad Ramli (w. 1596 M) dalam kitabnya An Nihayah dengan alasan kerana belum wujud makhluk yang bernyawa.  Ada pula yang memandangnya makruh, dengan alasan kerana janin sedang mengalami pertumbuhan.

Yang mengharamkan pengguguran kandungan sebelum peniupan ruh antara lain Ibnu Hajar (w. 1567 M) dalam kitabnya At Tuhfah dan Al Ghazali dalam kitabnya Ihya` Ulumiddin. Bahkan Mahmud Syaltut, bekas Rektor Universiti Al Azhar Mesir berpendapat bahawa sejak bertemunya sperma dengan ovum maka pengguguran kandungan adalah haram, sebab sudahpun ada kehidupan pada kandungan yang sedang mengalami pertumbuhan dan persiapan untuk menjadi makhluk baru yang bernyawa yang bernama manusia yang harus dihormati dan dilindungi kewujudannya.  Semakin kejam dan besar dosanya, jika pengguguran kandungan dilakukan setelah janin bernyawa, dan akan lebih besar lagi dosanya kalau bayi yang baru lahir dari kandungan itu dibuang atau dibunuh. (Masjfuk Zuhdi, 1993, Masail Fiqhiyah Kapita Selekta Hukum Islam, ms. 81; M. Ali Hasan, 1995, Masail Fiqhiyah Al Haditsah Pada Masalah-Masalah Kontemporari Hukum Islam, ms.57; Cholil Uman, 1994, Agama Menjawab Tentang Berbagai Masalah Abad Moden, ms.91-93; Mahjuddin, 1990, Masailul Fiqhiyah Berbagai Kes Yang Dihadapi Hukum Islam Masa Kini, ms.77-79).

Pendapat yang disepakati fuqaha, iaitu bahawa haram hukumnya melakukan pengguguran kandungan setelah ditiupkannya ruh (usia kandungan empat bulan), didasarkan pada hakikat bahawa peniupan ruh berlaku setelah 4 (empat) bulan masa kehamilan.

Abdullah bin Mas’ud berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
“Sesungguhnya setiap kamu terkumpul kejadiannya dalam perut ibumu selama 40 hari dalam bentuk ‘nuthfah’, kemudian dalam bentuk ‘alaqah’ selama itu pula, kemudian dalam bentuk ‘mudghah’ selama itu pula, kemudian ditiupkan ruh kepadanya.” [HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ahmad, dan Tirmidzi].

Oleh itu, pengguguran kandungan setelah berusia 4 bulan adalah haram, kerana ini bermakna membunuh makhluk yang sudah bernyawa.  Maka ianya juga termasuk di dalam kategori pembunuhan yang diharamkan. 

Antara dalilnya adalah seperti berikut.:
Firman Allah SWT:
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena kemiskinan.  Kami akan memberikan rezeki kepada mereka dan kepadamu.” [TMQ al-An’aam (6): 151].

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut miskin.  Kami akan memberikan rezeki kepada mereka dan kepadamu.” [TMQ al-Isra` (17): 31]

“Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan (alasan) yang benar (menurut syara’).” [TMQ al-Isra` (17): 33].

“Dan apabila bayi-bayi yang dikubur hidup-hidup itu ditanya karena dosa apakah ia dibunuh.” [TMQ at-Takwiir (81): 8-9].

Berdasarkan dalil-dalil ini maka pengguguran kandungan adalah haram pada kandungan yang bernyawa atau telah berusia 4 bulan dan lebih, sebab dalam keadaan demikian bererti pengguguran kandungan itu adalah suatu tindakan jenayah pembunuhan yang diharamkan Islam.

Adapun pengguguran kandungan sebelum usia kandungan 4 bulan, seperti dihuraikan di atas, para fuqaha berbeza pendapat dalam masalah ini.  Walau bagaimanapun dalam pandangan Syaikh Abdul Qadim Zallum (1998) dan Dr. Abdurrahman Al Baghdadi (1998), hukum syara’ yang lebih rajih (kuat) adalah sebagai berikut.

Jika pengguguran kandungan dilakukan setelah 40 (empat puluh) hari, atau 42 (empat puluh dua) hari dari usia kehamilan dan pada saat permulaan pembentukan janin, maka hukumnya haram. Dalam hal ini hukumnya sama dengan hukum keharaman pengguguran kandungan setelah peniupan ruh ke dalam janin.

Manakala pengguguran kandungan yang usianya belum mencapai 40 hari, maka hukumnya boleh (ja’iz) dan tidak apa-apa. [Abdul Qadim Zallum, 1998, Beberapa Masalah Kontemporari Dalam Pandangan Islam: Kloning, Pemindahan Organ, Pengguguran Kandungan, Bayi TabungUji, Penggunaan Organ Tubuh Buatan, Definisi Hidup dan Mati, ms.45-56; Dr. Abdurrahman Al Baghdadi, 1998, Persamaan hak, Adakah Dalam Islam, ms.129 ].

Dalil syar’i yang menunjukkan bahawa pengguguran kandungan haram bila usia janin 40 hari atau 40 malam adalah hadits Nabi SAW berikut:

“Jika nutfah (gumpalan darah) telah melalui empat puluh dua malam, maka Allah mengutus seorang malaikat padanya, lalu dia membentuk nutfah tersebut; dia membuat pendengarannya, penglihatannya, kulitnya, dagingnya, dan tulang belulangnya.  Lalu malaikat itu bertanya (kepada Allah), ‘Ya Tuhanku, apakah dia (akan Engkau tetapkan) menjadi laki-laki atau perempuan?’ Maka Allah kemudian memberi keputusan…” [HR. Muslim dari Ibnu Mas’ud ra].

Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda:
“(jika nutfah telah melebihi)empat puluh malam…”

Hadits di atas menunjukkan bahawa permulaan penciptaan janin dan penampakan anggota-anggota tubuhnya, adalah setelah melebihi 40 atau 42 malam. Dengan demikian, penderaan terhadapnya adalah suatu penderaan terhadap janin yang sudah mempunyai tanda-tanda sebagai manusia yang terpelihara darahnya (ma’shumud dam). Tindakan penderaan tersebut merupakan pembunuhan terhadapnya.

Berdasarkan penjelasan di atas, maka pihak ibu si janin, bapanya, ataupun doktor, diharamkan menggugurkan kandungan ibu tersebut bila kandungannya telah berumur 40 hari.

Siapa saja dari mereka yang melakukan pengguguran kandungan, bererti telah berbuat dosa dan telah melakukan tindakan jenayah yang mewajibkan pembayaran diyat bagi janin yang gugur, iaitu seorang hamba lelaki atau perempuan, atau sepersepuluh diyat manusia sempurna (10 ekor unta), sebagaimana telah diterangkan dalam hadits sahih dalam masalah tersebut.  Rasulullah SAW bersabda :

“Rasulullah SAW memberi keputusan dalam masalah janin dari seorang perempuan Bani Lihyan yang gugur dalam keadaan mati, dengan satu ghurrah, iaitu seorang hamba lelaki atau perempuan…” [HR. Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah r.a.] [Abdul Qadim Zallum, 1998)].

Manakala pengguguran kandungan pada janin yang usianya belum mencapai 40 hari, maka hukumnya boleh (ja’iz) dan tidak apa-apa. Ini disebabkan bahawa apa yang ada dalam rahim belum menjadi janin karena dia masih berada dalam tahapan sebagai nutfah (gumpalan darah), belum sampai pada fasa penciptaan yang menunjukkan ciri-ciri minima sebagai manusia.

Di samping itu, pengguguran nutfah sebelum menjadi janin, dari segi hukum dapat disamakan dengan ‘azl (coitus interruptus) yang dimaksudkan untuk mencegah terjadinya kehamilan.  ‘Azl dilakukan oleh seorang laki-laki yang tidak menghendaki kehamilan perempuan yang digaulinya, sebab ‘azl merupakan tindakan mengeluarkan sperma di luar vagina perempuan.  Tindakan ini akan mengakibatkan kematian sel sperma, sebagaimana akan mengakibatkan matinya sel telur, sehingga akan mengakibatkan tiadanya pertemuan sel sperma dengan sel telur yang tentu tidak akan menimbulkan kehamilan.

Rasulullah SAW telah membolehkan ‘azl kepada seorang laki-laki yang bertanya kepada baginda mengenai tindakannya mempergauli hamba perempuannya, sedangkan dia tidak menginginkan hamba perempuannya itu hamil.  Rasulullah SAW bersabda kepadanya:
“Lakukanlah ‘azl padanya jika kamu suka!” [HR. Ahmad, Muslim, dan Abu Dawud].

Walau bagaimanapun, seandainya terdapat kes yang disahkan oleh seseorang doktor yang pakar bahawasanya dengan meneruskan kehamilan mahupun kewujudan janin di dalam perut seseorang ibu itu dikhuatiri akan mengakibatkan kematian ibu dan sekaligus janin yang dikandungnya, maka dalam keadaan seperti ini, pengguguran kandungan sama ada pada tahap usia penciptaan janin, ataupun setelah berlaku peniupan ruh pada janin, adalah dibenarkan menurut syarak sebagai satu usaha untuk menyelamatkan nyawa ibu.  Menyelamatkan kehidupan adalah sesuatu yang diperintahkan oleh Islam, sesuai firman Allah SWT:
“Barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” [TMQ al-Maa’idah (5): 32] .

Selain itu pengguguran kandungan dalam kondisi seperti ini dikira sebagai usaha rawatan kerana Rasulullah SAW telah memerintahkan umatnya untuk berubat.  Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla setiap kali menciptakan penyakit, Dia menciptakan pula ubatnya.  Maka berubatlah kalian!” [HR. Ahmad].

Kaedah fiqh dalam masalah ini menyebutkan:
“Idza ta’aradha mafsadatani ru’iya a’zhamuha dhararan birtikabi akhaffihima”

Bermaksud “Jika berkumpul dua mudharat (bahaya) dalam satu hukum, maka dipilih yang lebih ringan mudharatnya.” [Abdul Hamid Hakim, 1927, Mabadi` Awaliyah fi Ushul Al Fiqh wa Al Qawa’id Al Fiqhiyah, ms.35].

Berdasarkan kaedah ini, seorang wanita dibolehkan menggugurkan kandungannya jika kandungan itu akan mengancam hidupnya, meskipun ini bermakna dia mesti membunuh janinnya.  Memang menggugurkan kandungan adalah suatu mafsadat.  Begitu pula hilangnya nyawa sang ibu jika tetap mempertahankan kandungannya juga suatu mafsadat.  Namun adalah jelas bahawa menggugurkan janin didalam kandungan itu lebih ringan mudharatnya daripada menghilangkan nyawa ibunya, atau membiarkan kehidupan ibunya terancam dengan kewujudan janin tersebut. [Dr. Abdurrahman Al Baghdadi, 1998].

Pendapat yang menyatakan bahawa pengguguran kandungan diharamkan sejak pertemuan sel telur dengan sel sperma dengan alasan karena sudah ada kehidupan pada kandungan, adalah pendapat yang tidak rajih (kuat). Ini kerana kehidupan sebenarnya tidak hanya wujud setelah pertemuan sel telur dengan sel sperma, tetapi bahkan dalam sel sperma itu sendiri sudah ada kehidupan, begitu pula dalam sel telur,walaupun sejak kedua sel itu belum bertemu.  Kehidupan (al hayah) menurut Ghanim Abduh dalam kitabnya Naqdh Al Isytirakiyah Al Marksiyah (1963) ms.85 adalah “sesuatu yang ada pada organisma hidup.” (asy syai` al qa`im fi al ka`in al hayyi).  Ciri-ciri adanya kehidupan adalah adanya pembesaran, pergerakan, kepekaan, keperluan terhadap makanan, berkembangbiak, dan sebagainya.  Dengan pengertian kehidupan sebegini, maka dalam sel telur dan sel sperma (yang masih baik, belum rosak) sebenarnya sudah terdapat kehidupan, sebab jika dalam sel sperma dan sel telur tidak ada kehidupan, niscaya tidak akan dapat terjadi pembuahan sel telur oleh sel sperma.  Jadi, kehidupan (al hayah) sebenarnya terdapat dalam sel telur dan sel sperma sebelum terjadinya pembuahan, bukan hanya ada setelah persenyawaan.

Berdasarkan penjelasan ini, maka pendapat yang mengharamkan pengguguran kandungan setelah pertemuan sel telur dan sel sperma dengan alasan sudah adanya kehidupan, adalah pendapat yang lemah, sebab tidak didasarkan pada pemahaman fakta yang tepat akan pengertian kehidupan (al hayah).  Pendapat tersebut secara tak langsung menyatakan bahawa sebelum terjadinya pertemuan sel telur dan sel sperma, tidak ada kehidupan pada sel telur dan sel sperma. Padahal faktanya tidak demikian.  Andaikata pendapat itu diterima, niscaya segala sesuatu aktiviti yang menghilangkan kehidupan adalah haram, termasuk ‘azl. Ini kerana didalam amalan‘azl terdapat upaya untuk mencegah terjadinya kehidupan, iaitu maksudnya kehidupan pada sel sperma dan sel telur (sebelum bertemu).  Padahal ‘azl telah dibolehkan oleh Rasulullah SAW.  Dengan kata lain, pendapat yang menyatakan haramnya pengguguran kandungan setelah pertemuan sel telur dan sel sperma dengan alasan sudah adanya kehidupan, akan bercanggah dengan hadits-hadits yang membolehkan ‘azl.

Kesimpulan
Pengguguran kandungan bukan sekadar masalah perubatan atau kesihatan masyarakat, namun ianya juga adalah masalah masyarakat yang muncul kerana manusia dipengaruhi oleh Tamadun Barat.  Maka pemecahannya mestilah dilakukan secara komprehensif-fundamental-radikal, yang intipatinya adalah dengan mencabut sikap taqlid kepada tamadun Barat dengan menghancurkan segala nilai dan institusi peradaban Barat yang bercanggah dengan Islam, untuk kemudian digantikan dengan tamadun Islam yang manusiawi dan adil.

Hukum pengguguran kandungan dalam pandangan Islam menegaskan keharaman pengguguran kandungan jika umur kehamilannya sudah 4 (empat) bulan, yakni sudah ditiupkan ruh pada janin. 

Manakala bagi janin yang berumur di bawah 4 bulan, memang wujud khilafiyah/perbezaan pendapat di kalangan para ulama.  Namun menurut kefahaman kami, pendapat yang rajih (kuat) adalah jika pengguguran kandungan dilakukan setelah 40 (empat puluh) hari, atau 42 (empat puluh dua) hari dari usia kehamilan dan pembentukan janin, maka hukumnya haram.  Manakala pengguguran kandungan yang usianya belum mencapai 40 hari, maka hukumnya boleh (ja’iz) dan tidak apa-apa.
Wallahu a’lam [M. Shiddiq al-Jawi].

PERBUATAN BUANG BAYI ADALAH BERDOSA

Hukum seorang ibu menggugurkan janin atau kandungannya tidak disebut secara jelas dalam al-Quran dan hadis Nabi.  Namun apa yang jelas, al-Quran dan Hadis Nabi mengharamkan pembunuhan kerana Islam adalah agama yang sangat mementingkan kehidupan dan kesejahteraan manusia seluruhnya.


Antaranya Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan barang siapa membunuh seorang yang beriman dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka Jahannam, dia kekal di dalamnya. Allah murka kepadanya, dan melaknatnya serta menyediakan azab yang besar baginya” (an-Nisa’: 93). Malah, kejinya perbuatan membunuh juga dapat dilihat dalam sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Tidak halal darah seorang Muslim (haram membunuhnya) kecuali disebabkan berlakunya salah satu daripada tiga perkara: kafir setelah beriman (murtad), zina setelah berkahwin, membunuh jiwa tanpa jiwa (membunuh tanpa alasan yang benar)”.
Namun persoalannya, apabila seorang ibu terpaksa menggugurkan kandungannya, adakah ini bermakna, ibu berkenaan dalam kategori membunuh? Jadi, adakah pengguguran adalah jenayah yang sama dengan pembunuhan? Adakah kandungan atau janin sama nilainya dengan nyawa manusia yang sudah dilahirkan?


Bagi menjawab persoalan ini, ulama sudah membahagikan janin kepada dua peringkat; iaitu peringkat janin sebelum ditiupkan roh dan peringkat janin selepas ditiupkan roh berdasarkan dalil hadis Nabi SAW. Sabda Nabi yang bermaksud: “Sesungguhnya seorang kamu berada di dalam perut ibunya selama 40 hari sebagai nutfah (air mani), kemudian bertukar menjadi ‘alaqah (segumpal darah) selama itu juga (40 hari), kemudian bertukar menjadi mudhghah (seketul daging) selama itu juga (40 hari), lalu Allah SWT mengutuskan seorang malaikat, maka diperintahkan dengan empat kalimat, dan dikatakan kepadanya: tulislah amalnya, ajalnya, celaka atau bahagia, kemudian ditiupkan roh ke dalamnya (janin)”.
Peringkat pertama ini adalah peringkat ketika janin baru terbentuk sehinggalah ia berumur 120 hari yang bersamaan dengan empat bulan. Ketika ini, janin tidak dianggap sebagai benda hidup, malah janin masih dianggap sebagai benda yang tidak bernyawa kerana roh belum lagi ditiupkan ke dalamnya.
Justeru, jika seorang ibu terpaksa menggugurkan kandungannya atas sebab tertentu yang dibenarkan hukum syarak maka inilah waktu yang paling selamat untuk menggugurkan janin. Ia adalah pandangan, sebahagian ulama daripada Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi’iyyah, dan Hanabilah.


Namun sebahagian besar ulama tetap mengharamkan kecuali demi menjaga keselamatan ibu. Ada juga pandangan dari sebahagian ulama Syaffi’iyah yang membenarkan pengguguran pada peringkat ini walaupun janin itu adalah hasil daripada zina dan rogol. Asas kepada pandangan ini ialah pengguguran janin sebelum umurnya mencecah 120 hari tidak dianggap sebagai pembunuhan, kerana janin belum lagi bernyawa (Muhammad Naim Yasin, 1996 Ali Mahyuddin & Ali Yusuf. (2006).
Walaupun, pengguguran janin ketika peringkat ini tidak dikira sebagai pembunuhan, namun sebahagian ulama daripada Syafi’iyyah dan Hanabilah mengharamkannya, malah mereka makin melarang perbuatan menggugurkan janin apabila janin makin membesar. Dengan kata lain, dosa menggugurkan janin, walaupun tidak sama dengan dosa membunuh jiwa seorang yang hidup, namun perbuatan ini tetap berdosa, dan darjah dosanya semakin membesar dengan meningkatnya umur janin (Muhammad Naim Yasin, 1996).
Pada peringkat kedua pula, iaitu selepas janin ditiupkan roh (selepas 120 hari), semua ulama berpendapat bahawa hukum menggugurkan janin itu berubah menjadi haram dan berdosa kerana janin sudah pun dianggap hidup dan bernyawa (Muhammad Naim Yasin, 1996).
Oleh itu, Islam melarang dan mengharamkan ibu menggugurkan kandungannya ketika peringkat ini, kecuali dengan satu sebab saja; iaitu jika janin mengancam nyawa ibu berdasarkan pengakuan yang dibuat oleh pakar perubatan, dan pengguguran janin adalah satu-satunya cara dan jalan untuk menyelamatkan nyawa ibu. Asas kepada pendapat ini ialah nyawa ibu lebih berharga daripada nyawa janin. Justeru, nyawa janin terpaksa dikorbankan demi menjaga keselamatan ibu (Muhammad Naim Yasin, 1996).
Adapun alasan kerana malu, takut miskin, dan sebagainya tidak membolehkan seorang ibu menggugurkan kandungannya sebaik saja janin berusia 120 hari.
Menurut Imam Sayyid Qutb, terdapat pertalian yang amat erat antara larangan membunuh anak dan larangan mendekati zina kerana daripada zina lahirlah anak yang tidak diingini, lalu mereka dibunuh dan dibuang begitu saja. Malah, perbuatan berkhalwat antara seorang lelaki dan seorang wanita (berdua-duaan di tempat sunyi) dianggap sebagai muqaddimah (permulaan) dan pintu kepada zina.
Oleh itu, berkhalwat dan segala perbuatan yang boleh membawa seseorang kepada zina turut diharamkan dalam Islam. Asas kepada larangan ini ialah Allah amat menyayangi hamba-Nya. Justeru, Dia yang Maha Pengasih dan Penyayang melarang hamba-Nya daripada terbabit dalam zina yang hanya akan membawa bahaya yang besar kepada diri dan masyarakat seluruhnya (Sayyid Qutb, 2000).
Sayangnya, kebanyakan ibu yang terpaksa menggugurkan janin di Malaysia khasnya adalah hasil daripada hubungan haram (zina). Jika janin itu tidak digugurkan sudah menjadi rahsia umum bahawa bayi itu akan dibuang ke dalam tong sampah, diletakkan di hadapan rumah orang malah masjid tempat ibadat yang begitu suci juga pernah dijadikan sasaran tempat buangan bayi.
Perbuatan membuang bayi pada masa kini menyamai perbuatan Wadulbanat orang Arab pada zaman Jahiliyyah yang menanam hidup-hidup anak perempuan mereka sebelum datangnya pembimbing agung Nabi Muhammad SAW. Malah, perbuatan membuang bayi pada masa kini lebih jahiliah dari perbuatan jahiliah terdahulu kerana pada zaman itu bayi dibezakan jantinanya. Hanya anak perempuan yang ditanam dan bukan anak lelaki, namun sekarang bayi lelaki juga menjadi bayi buangan yang dibuang oleh ibu kandungnya sendiri.
Biasanya wanita yang terlanjur berada dalam dilema berhadapan dengan dua pilihan, membuang bayi atau melakukan pengguguran janin. Ada yang memilih pengguguran janin.
Walaupun pengguguran hasil zina sebelum janin berusia 120 hari dibolehkan oleh sebahagian ulama, namun pengguguran ini bukan menjadi suatu cara untuk mengharuskan atau menghalalkan zina. Wanita yang terbabit dengan masalah zina mesti menyedari bahawa hidup dalam kitaran dosa, zina dan pengguguran, adalah sebuah kehidupan yang penuh kegelapan, penderitaan, penyiksaan, dan penghinaan. Mahukah kita terus dibelenggu dengan dosa, kegelapan, dan penghinaan?
Bertaubatlah dan kembalilah ke pangkal jalan sebelum kematian datang menjemput sedangkan kita masih berada dalam kegelapan dan kealpaan. Berusahalah sedaya upaya untuk keluar daripada kepompong sempit yang penuh dengan najis dan kotoran jahiliah moden, dan carilah cahaya yang dapat melenyapkan kegelapan hati nurani.
Imam al-Shafiie ada menyebut ilmu itu cahaya, dan cahaya yang dapat menyinari kegelapan ini hanyalah dengan mencari ilmu pengetahuan yang berguna.
Pengguguran janin dan pembuangan bayi yang semakin membarah hari ini adalah punca daripada hilangnya rasa tanggungjawab dan rasa hormat terhadap wanita pada tahap yang sepatutnya, dan juga kesan daripada tandusnya penghayatan ilmu agama dalam masyarakat.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab bersama menangani isu keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang semakin mengancam keamanan masyarakat dan menjadi semakin parah seperti penyakit barah terutama isu-isu yang membabitkan penghinaan terhadap wanita seperti masalah zina dan rogol.
Sikap menuding jari ke arah orang lain tidak akan menyelesaikan masalah, malah sikap terpuji ialah setiap orang perlulah melaksanakan amanah dan tanggungjawab masing-masing serta bersama-sama berusaha dalam menyelesaikan masalah masyarakat dan sama-sama membangunkan masyarakat.
Antara sabda Nabi yang selayaknya menjadi pedoman orang beriman dulu, sekarang dan selamanya ialah: “Setiap kamu adalah pemimpin (yang mempunyai tanggungjawab masing-masing), maka setiap orang akan ditanya mengenai rakyatnya (orang atau tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya)�” (hadis muttafaq ‘alaih).

PEMAKANAN YANG SIHAT



“Banyak individu dan keluarga menderita kerana penyakit. Malah yang menyedihkan ialah, semakin ramai golongan muda menghidap penyakit kronik seperti obesiti, kencing manis, tekanan darah tinggi dan sesetengah jenis kanser, sedangkan ia boleh dicegah melalui penjagaan pemakanan harian,” kata aktivis kesihatan sosial yang juga Pegawai Penyelidikan Pusat Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr Lim Hin Fui.

Kajian membuktikan banyak penyakit hari ini disebabkan gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat. Dianggarkan 15 hingga 25 peratus rakyat Malaysia mungkin mendapat kanser dan setiap jam kira-kira enam orang diserang angin ahmar atau strok.

Lebih 50 peratus golongan dewasa berumur 40 tahun ke atas menghidapi sekurang-kurangnya satu penyakit dan antara penyakit kronik paling lazim ialah kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Meskipun jumlah pesakit kronik bertambah setiap tahun, ia belum dapat menimbulkan kesedaran masyarakat untuk berubah kerana ramai menganggap penyakit berbahaya itu hanya berlaku kepada orang lain dan tidak akan menimpa mereka.

Bahkan kita juga bangga dengan budaya menjamu yang semakin kukuh dalam masyarakat kita. Dalam sebarang aktiviti, termasuk perjumpaan mahu pun mesyuarat kecil, pasti dilengkapi dengan makanan; sekurang-kurangnya teh tarik serta kuih muih walaupun ia diadakan sejurus selepas waktu makan tengah hari.

Menurut Dr Lim, makanan mempunyai dua ciri iaitu positif (menyihatkan badan dan memulihkan penyakit) atau negatif (menyebabkan penyakit).

Sama ada membawa faedah atau padah, jangan salahkan makanan kerana kuasa memilih ada di tangan kita dan kita yang bertanggungjawab terhadap tahap kesihatan diri.

Kegemukan adalah hasil pertama daripada amalan pemakanan tidak sihat yang menjadi pencetus kepada pelbagai masalah kesihatan lain kerana mengandungi banyak toksik.

Beliau berpendapat, makanan tidak sihat ini mengandungi banyak bahan toksik yang akhirnya merosakkan badan dengan mengakibatkan masalah obesiti, kencing manis, tekanan darah tinggi, angin ahmar, sakit jantung, kanser dan lemah tulang.

Katanya, penyakit tidak menyerang mendadak tetapi datang perlahan-lahan dalam tiga peringkat iaitu badan menjadi kurang selesa, mengalami gangguan pada bahagian tertentu dan akhirnya menyebabkan masalah pada seluruh badan hinggalah ia disahkan doktor.

Kira-kira 90 peratus masalah kesihatan berpunca daripada makanan yang mengakibatkan sistem pertahanan badan menjadi lemah.

Badan kita membabitkan kira-kira 60 trilion sel kecil termasuk sel darah, lemak, otot dan kulit. Pengumpulan toksik menyebabkan sel ‘demam’ dan akhirnya berlaku pelbagai masalah kesihatan.

Antara sumber bahan toksik ini ialah:

# Makanan berasid

# Terlalu banyak mengambil ubat moden

# Terlalu banyak lemak

# Kolesterol

# Pencemaran alam sekitar

“Apabila ditimpa penyakit, orang berbeza pendapat. Ada yang menganggap ia disebabkan faktor cuaca atau genetik, daya ketahanan badan yang lemah, tekanan, konflik, kurang bersenam, tidak cukup tidur dan rehat atau pencemaran alam sekitar. Bahkan ada yang menerimanya sebagai takdir, sedangkan kita boleh berusaha mengurangkan risiko mendapat penyakit.

“Banyak jenis makanan boleh dikaitkan dengan penyakit, umpamanya makanan berlemak dan kolesterol tinggi menyebabkan penyakit jantung dan strok, manakala makanan mengandungi banyak garam boleh merangsang kenaikan tekanan darah yang akhirnya membawa kepada pelbagai masalah lain,” katanya ketika menyampaikan ceramah sempena sambutan Bulan Kesihatan anjuran FRIM.

Formula untuk sihat

Untuk menjadi sihat, Dr Lim menyarankan enam panduan iaitu:

# Bertukar kepada jenis makanan yang menyihatkan

# Buat perubahan secara perlahan-lahan; satu persatu

# Fahami kesan detoksifikasi (penyingkiran toksik dari badan)

# Laksanakan amalan pemakanan yang baru ini dengan yakin

# Mulakan bersenam

# Kuatkan pegangan rohani (keagamaan)

Untuk sihat, pemakanan kita harus mengandungi 80 peratus makanan bersifat alkali dan 20 peratus lagi makanan bersifat asid bagi meningkatkan daya ketahanan badan. Namun apa yang berlaku kini adalah sebaliknya iaitu 80 peratus makanan bersifat asid dan hanya 20 peratus makanan beralkali.

“Semua makanan yang dihadam dipecahkan kepada partikel kecil yang boleh bersifat asid, alkali atau neutral. Ia bergantung kepada kandungan galian di dalam makanan berkenaan.

“Individu yang mengambil banyak makanan bersifat asid lebih mudah jatuh sakit berbanding individu yang melebihkan makanan beralkali,” katanya.

Komposisi makanan yang disarankan ialah 60 peratus sayur-sayuran, 20 peratus buah-buahan, 10 peratus sumber karbohidrat dan 10 peratus lagi protein (lebih baik jika protein tumbuh-tumbuhan).

Walaupun tahu sayur dan buah itu penting, pengambilan serat harian kebanyakan rakyat Malaysia sekitar lima gram sehari. Komposisi ini membolehkan kita mencapai saranan pengambilan serat harian oleh sebanyak 20 gram sehari.

Makanan yang dianggap beralkali:

# Sayur-sayuran segar

# Buah-buahan segar

# Bijirin (milet)

# Kekacang dan produk kekacang

# Jus buah segar


Makanan yang dianggap berasid:

# Bijirin (beras perang, beras putih, gandum, oat)

# Daging

# Makanan laut

# Ayam

# Telur

# Sayur-sayuran dan buah-buahan awet

# Makanan dihasilkan daripada karbohidrat (roti, mi, biskut)

# Makanan yang banyak menggunakan gula putih (ais krim, coklat, makanan dalam tin, sos)

# Minuman contohnya susu diproses, dadih, kopi, minuman ringan dan berkarbonat

# Susu dan produk tenusu

# Bahan masak (bawang merah dan putih, halia, minyak haiwan dan lada)


Perubatan semula jadi

Bapa pakar perubatan moden, Hippocrates pernah berkata ‘makanan sihat adalah ubat paling baik’. Bagi Dr Lim, kata-kata ini terbukti apabila bapa mentuanya kini disahkan sembuh daripada kanser prostat selepas mereka sekeluarga mengubah corak pemakanan dengan melebihkan makanan beralkali dan mengurangkan semua jenis makanan mengandungi banyak bahan toksik.

Mereka sekeluarga juga lebih berhati-hati ketika memilih sayur di pasar. Pilihan mereka ialah sayur organik kerana kebanyakan sayur yang dijual di pasar menggunakan baja kimia dan racun serangga bagi memastikan ia kelihatan cantik dan bebas daripada dimakan serangga atau ulat.

Katanya, dua bahan ini boleh menambah beban pada badan, terutama hati yang berfungsi sebagai penapis bahan toksik.

Memahami kesan negatif daripada makanan yang dikelaskan sebagai berasid, Dr Lim berkata, secara perlahan-lahan mereka mengeluarkan daging, ayam, telur, makanan dalam tin dan semua makanan sejuk beku berproses daripada menu harian.

Ia digantikan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Dia sekeluarga juga memilih beras perang yang terbukti kaya khasiat dan ada banyak kelebihan berbanding beras putih.

“Menjaga makanan saja tidak cukup kerana perubatan semula jadi memerlukan pendekatan menyeluruh atau holistik yang membabitkan pembersihan badan, ketenangan minda dan rohani.

“Biasanya pendekatan holistik diambil apabila ubat moden tidak lagi berkesan atau tidak mahu mendapat kesan sampingan ubat moden. Namun kebanyakan orang menggabungkan rawatan moden dan tradisional.

“Pendekatan agama seperti bersembahyang juga penting untuk menenangkan fikiran dan jiwa. Ia secara tidak langsung mengurangkan tekanan dan meningkatkan tahap kesihatan seseorang,” katanya.


Kenali kesan detoksifikasi

Selepas tempoh tertentu mengamalkan pemakanan sihat, anda mungkin mengalami kesan detoksifikasi iaitu pengeluaran toksik dari badan. Namun jangan panik kerana ia bukan tanda penyakit, sebaliknya permulaan kepada kesihatan lebih baik.

Detoksifikasi boleh dilakukan dengan mengamalkan pemakanan sihat, minum teh hijau atau herba atau menggunakan kaedah penyingkiran toksik lain.

Menurutnya, kesan dialami mereka sekeluarga termasuk demam, hidung berair, batuk, sembap, perut terasa senak, sakit kepala (sedikit), najis menjadi cair dan badan menyingkirkan banyak lendir atau mukus.

Namun dalam tempoh ini anda tidak digalakkan mengambil ubat moden kerana ubat moden menghentikan proses detoksifikasi.

Sebagai permulaan untuk menyingkir toksik dari badan ialah meminum jus buah atau sayur (bersama seratnya) yang disediakan sendiri di rumah.

Permulaan pemakanan sihat

Dr Lim berkata, pemakanan sihat boleh dilakukan secara perlahan-lahan dan berperingkat. Antara perubahan mudah yang boleh dilakukan ialah:

# Makan beras perang menggantikan beras putih. Bukan semua orang boleh menerima rasa beras perang. Jadi, anda boleh memasukkan sedikit (segenggam) beras perang ke dalam beras putih. Tambah kuantiti beras perang selepas satu tempoh tertentu. Kaedah ini bertujuan membiasakan lidah anda sekeluarga dengan rasa beras perang.

# Ganti roti putih dengan roti gandum mil penuh (berserat)

# Guna garam laut untuk menggantikan garam putih

# Guna gula perang, madu atau molases bagi menggantikan gula putih. Gula putih dikatakan antara penyebab utama yang boleh melemahkan daya ketahanan badan.

# Elak penggunaan monosodium glutamat (MSG)

# Kurangkan penggunaan sos soya dan sebarang sos lain kerana ia mengandungi banyak garam

# Kurangkan pengambilan daging, ayam dan telur; lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Ini kerana ayam dan daging mengandungi terlalu banyak protein dan lemak. Ayam pula mengandungi banyak antibiotik dan hormon pembesaran supaya anak ayam yang diternak boleh dipasarkan dalam tempoh 32 hari saja!

# Hentikan mengambil makanan yang mempunyai pewarna dan perasa tiruan

“Orang Melayu sangat beruntung kerana secara tradisionalnya mereka mengambil banyak ulam. Ulam sangat baik kerana ia bukan saja kaya vitamin dan mineral (kalsium, fosforus, zat besi dan kalium) tetapi ia juga mengandungi antioksidan untuk melawan kesan radikal bebas yang merosakkan sel.

“Antara ulam yang kaya antioksidan ialah pegaga, selom dan ulam raja yang murah dan mudah diperoleh. Ia juga mengandungi enzim untuk menyihatkan sel.

“Selain itu banyak jenis sayur-sayuran kampung dan herba yang boleh membantu meningkatkan kesihatan seperti misai kucing, bunga kantan, daun kari, gajus dan jantung pisang.

“Amalan ini menjadikan kami sekeluarga jarang sakit dan tanpa disedari, berat badan kami turun perlahan-lahan tanpa perlu berdiet atau mengambil ubat. Lebih penting, ayah mentua saya sembuh walaupun tidak menjalani rawatan kemoterapi,” katanya.

Cari langkah pertama


Kita tidak perlu menjadi vegetarian, sebaliknya lakukan apa yang anda mampu untuk meningkatkan kesihatan. Anda masih boleh mengambil makanan kegemaran tetapi kurangkan kuantitinya dan lebihkan sayur dan buah. Selain itu ambil langkah pertama yang sesuai dengan anda seperti:

# Minum jus buah atau sayur sekurang-kurangnya segelas sehari. Sebaiknya sediakan jus tanpa gula, jika mahu masukkan gula perang atau madu

# Guna beras perang (campurkan segenggam beras perang setiap kali anda masak nasi. Ini untuk membiasakan lidah menerima rasa beras perang sebelum beralih sepenuhnya kepada beras perang)

# Kurangkan penggunaan sos, kicap, garam dan gula dalam masakan; gantikan dengan rempah dan herba

# Kurangkan daging, ayam dan telur

# Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak

# Guna kaedah memasak yang lebih sihat seperti mereneh, kukus atau bakar berbanding goreng

# Gantikan roti putih dengan roti gandum mil penuh (berserat)

# Makan buah-buahan sebagai pembuka selera atau pencuci mulut. Hidangkan ia selepas makan bersama keluarga untuk membiasakan anak dengan corak pemakanan ini

# Jadikan buah-buahan sebagai snek

# Jadikan ulam atau sayur-sayuran sebagai bahan yang wajib ada dalam pinggan anda setiap kali makan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin