Semua orang yang berkahwin menginginkan keluarga yang bahagia dan  kekal sepanjang umur mereka didunia ini. Namun bukan semua pasangan yang  berkahwin akan kekal sehingga ke anak cucu seperti selalu kita ucapkan  kepada pasangan yang baru berkahwin “semoga kekal ke anak cucu”.
Akhirnya perceraian menjadi jalan penyelesaian.
Artikel yang saya terima dari emel ini rasanya berguna untuk kita saya kongsi bersama “10 Asas Kebahagiaan Rumah Tangga”
1. Berkongsi tanggungjawab
Suami isteri masing-masing mempunyai peranan di dalam kehidupan  berumahtangga. Masing-masing perlu tahu dan faham makna sebenar  perkahwinan dan berbincang dari hati ke hati apabila wujud sebarang  masalah. Sebagai contoh, tugas untuk menguruskan rumah serta anak-anak.  Ini kerana kaum lelaki perlu sedar, berkahwin bukanlah bermakna melantik  isteri menjadi orang gaji
2. Pasangan teman teristimewa
Untuk mengekalkan  kebahagiaan rumahtangga, anggaplah pasangan sebagai teman yang terlalu  istimewa. Pasangan bukan sekadar tempat untuk memuaskan nafsu  semata-mata sebaliknya tempat untuk mencurah kasih dan mengadu masalah.  Cuba berkongsi hobi atau minat dengan pasangan masing-masing. Jika  mempunyai hobi atau minat yang berbeza pula, cuba memahami dan beri  ruang kepada pasangan untuk menghabiskan masa bersama hobi yang  disukainya itu apabila perlu.
3. Rancang masa depan
Ramai pasangan hari ini yang tidak tahu merancang masa depan. Akibatnya  mereka tiada sebarang persediaan apabila sesuatu masalah wujud. Sebagai  pasangan suami isteri, perlu saling mengingati dan menabung untuk  keperluan hari kemudian. Tidak salah jika sesekali pergi bercuti bersama  keluarga asalkan percutian tersebut mampu menghangatkan hubungan suami  isteri yang sudah sekian lama terbina.
4. Komunikasi yang baik
Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan amatlah penting untuk menjamin  kebahagiaan di alam rumahtangga. Berkomunikasi merupakan keperluan untuk  pasangan suami isteri merasai apa yang dikehendaki oleh pasangan  masing-masing. Namun komunikasi yang baik, ada caranya dan cuba elakkan  menyangkal kata-kata pasangan atau tidak memberi perhatian dengan apa  yang diperkatakannya. Beri ruang kepada pasangan untuk meluahkan  pandangan dan jadilah pendengar yang baik kepada pasangan anda.
5. Mengenal ‘bahasa cinta’ pasangan
Terdapat lima bahasa cinta yang perlu diberi perhatian iaitu kata-kata  yang memberi keyakinan, masa berkualiti, memberi hadiah, berbakti dan  memberikan sentuhan fizikal. Pasangan perlu memahami dan mengamalkannya  agar mereka dapar meluahkan perasaan kasih sayang di antara satu sama  lain.
6. Mengukuhkan kewangan
Tidak dinafikan  wang dan harta benda merupakan satu keperluan hidup pada masa ini. Oleh  itu, sebagai ketua ruamhtangga, suami perlu bijak dan berbincang dengan  isteri untuk menguruskan kewangan rumahtangga agar sentiasa berjalan  lancar. Rancang perbelanjaan dan elakkan pembaziran agar tidak  menyinggung perasaan atau menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana  pihak.
7. Selesaikan konflik
Hidup  berumahtangga memang tidak lepas daripada konflik dan perselisihan  faham. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula  suami isteri. Untuk kekal bahagia, luahkan segala masalah yang dihadapi  dan dan berbincang secara terbuka serta dewasa agar konflik dapat  ditangani dengan cara yang paling baik.
Selalunya segala  perselisan faham dapat diatasi dengan mudah, jika kedua-dua pihak  berfikir secara rasional dan dapat memaafkan pihak yang melakukan  kesalahan. Kenang kembali saat-saat manis di awal perkahwinan dahulu dan  renungkan wajah anak-anak yang tentunya masih mengharapkan belaian  kedua ibu bapa mereka.
8. Hubungan seks
Jangan sekali-kali mengabaikan hubungan seks dengan pasangan. Jika anda  mempunyai masalah di dalam perhubungan seks, jangan malu untuk  berbincang dan dapatkan rawatan yang sewajarnya. Hubungan seks yang  tidak sihat boleh menyebabkan sesebuah perkahwinan itu hancur.
9. Tabah & sabar
Di dalam melayari kehidupan berumahtangga sikap tabah dan sabar perlu  ada di dalam diri setiap insan. Ini kerana kehidupan berumahtangga amat  berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan semasa bujang dahulu. Suami  atau isteri juga perlu bersabar dengan kelemahan dan kekurangan pasangan  masing-masing dan sentiasa berikan sokongan antara satu sama lain.
10. Santai bersama
Tidak perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk meluangkan masa bersama  pasangan masing-masing. Cukup sekadar menghabiskan masa berdua di  halaman rumah sambil menghirup secawan kopi. Apa yang penting suasana  tenang yang diwujudkan di rumah. Namun, jika berkemampuan, apa salahnya  sesekali bawa insan tersayang melihat keindahan negara orang pula.
—-
Dalam  10 senarai tips yang dikongsi diatas saya tertarik dengan tip yang ke 6  (Mengukuhkan Kewangan). Faktor kewangan juga antara faktor utama  berlakunya masalah perceraian di Malaysia pada masa kini.
Dengan  kos hidup masa yang semakin meningkat dari hari ke hari duit adalah  perkara utama. Jadi cinta tanpa duit itu sesuatu yang sangat sukar.
KERAJAAN MALAYSIA MEMANG ZALIM KEPADA RAKYAT SATU MALAYSIA TIDAK MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT MALAYSIA MENGGUNAKAN PARABOLA TVRO DI UTAMAKAN KEPADA MAHARAJA FIRAUN,MENTERI,HOTEL DAN KEDUTAAN ASING.MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA CELAKA DAN HARAM JADAH.ALLAH SWT PATUT TURUNKAN BALA DAN LAKNAT DI NEGARA MALAYSIA HARAM JADAH.MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA SYAITAN DAN IBLIS PENGHISAP DARAH RAKYAT MALAYSIA.BENDERA MALAYSIA PATUT DI BAKAR DAN DI PIJAK.
Khamis, 7 Julai 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KETURUNAN SIAM MALAYSIA.
Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan