 Disember
 1941, fasis Jepun menceroboh Malaya. Selain dari mendarat di pantai 
Sabak, Kota Baharu, mereka juga mendarat di Pattani dan Songkla. Perdana Menteri Thai ketika itu Phibun Songkhram menjalankan polisi bekerjasama dengan Jepun. Melalui persekongkolannya dengan fasis Jepun, Phibun telah melaksanakan polisi Thai Raya dan memperluaskan penguasaannya hingga ke Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
Disember
 1941, fasis Jepun menceroboh Malaya. Selain dari mendarat di pantai 
Sabak, Kota Baharu, mereka juga mendarat di Pattani dan Songkla. Perdana Menteri Thai ketika itu Phibun Songkhram menjalankan polisi bekerjasama dengan Jepun. Melalui persekongkolannya dengan fasis Jepun, Phibun telah melaksanakan polisi Thai Raya dan memperluaskan penguasaannya hingga ke Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.Phibun Songkhram naik takhta pada tahun 1938 melalui rampasan kuasa dan melaksanakan polisi cauvinisme "Thai Raya". Di bawah polisi ini bangsa-bangsa lain harus berbahasa dan berkebudayaan Thai, bahkan di segi agama juga dikehendaki beragama Budda. Polisi ini telah mencetuskan pertentangan hebat berbagai bangsa di Thailand.
 Orang Melayu yang tinggal secara memusat di Selatan Thai berbahasa 
Melayu dan beragama Islam, mempunyai sejarah, kebudayaan, kesenian dan 
tradisinya sendiri. Akan tetapi mereka dipaksa mengikut cara Barat, 
misalnya makan dengan sudu dan garpu, lelaki diharuskan memakai topi, 
wanita diharuskan memakai gaun, dan lain-lain. Mereka
 juga dilarang menggunakan bahasa Melayu, menggunakan nama Melayu, 
pakaian Melayu, dilarang memakan sirih pinang dan menghisap rokok pucuk 
nipah. Sejarah orang Melayu Pattani diharamkan daripada diajar di sekolah-sekolah. Polisi ini mendatangkan ketidak puasan orang Melayu di Selatan Thailand.
 Akan tetapi, kekuatan patriotisme dan demokrasi Thailand tetap tak 
tertundukkan. Pridi memimpin gerakan patriotik-demokratik bawah tanah 
Thailand melawan fasis Jepun dan bekerjasama dengan pihak Berikat. 
Gerakan ini mencapai perkembangan besar dan akhirnya dapat menumbangkan 
kerajaan Phibun. Pada tahun 1944, Pridi mendirikan kerajaan yang baru dan memulihkan kedudukan kekuatan patriotik-demokratik.
 Kerajaan Pridi dapat bekerjasama dengan seluruh masyarakat. Seorang pemimpin terkemuka Selatan Thai, Hj. Sulung
 pernah mengemukakan tuntutan ke atas Kerajaan Thai dan pengaruhnya 
berkembang di kalangan masyarakat Islam Selatan Thai. Anjuran Hj. Sulung
 ialah:
1.
 Menggesa Kerajaan Thai melantik seorang anak tempatan yang dipilih oleh
 rakyat setempat dan mempunyai kuasa penuh dalam pentadbiran 
wilayah-wilayah selatan.
2.
 Cukai dan hasil pendapatan dari keempat-empat wilayah berkenaan 
mestilah dilaburkan untuk projek pembangunan ekonomi setempat.
3. Mengadakan pelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah hingga darjah 6 sebelum mempelajari bahasa Siam.
4.
 Pegawai-pegawai kerajaan yang mentadbir wilayah-wilayah ini mestilah 
terdiri daripada 80 peratus orang Melayu - Islam peranakan tempatan.
5. Bahasa Melayu dan bahasa Siam dijadikan bahasa rasmi.
6.
 Penubuhan Majlis Agama Islam Wilayah yang berkuasa penuh bagi 
menyelaraskan perundangan Islam bersabit dengan syarak dan kebudayaan 
Melayu di keempat-empat wilayah dengan persetujuan ketua dalam syarat 
no. 1.
7.
 Kerajaan Thai mestilah mengasingkan antara Mahkamah Syariah dengan 
mahkamah kerajaan wilayah serta memberikan kuasa kepada kadi 
membicarakan sesuatu kesalahan di Mahkamah Syariah.
 Setelah penjajah British berkuasa semula di Malaya, Kedah, Perlis 
Kelantan dan Terengganu yang tadinya dicantumkan oleh Jepun ke dalam 
wilayah Thailand telah diambil balik oleh British berdasarkan perjanjian
 Inggeris - Siam 1909.
 Tapi, kerajaan Pridi tak dapat bertahan lama. Pada tahun 1947 ia digulingkan oleh Phibun. Pridi terpaksa meninggalkan tanah airnya merantau keluar negeri.
16 - 17 Oktober 1945, PKMM mengadakan kongres penubuhannya di Ipoh, Perak. Kongres telah memilih Ketua PKMM Mokhtaruddin Lasso, Naib Ketua Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ahmad Boestamam.
 Saya hadir dalam kongres sebagai wakil PKM untuk menyampaikan tahniah 
kepada kongres. Wakil dari berbagai pihak hadir menyertai kongres itu, 
kira-kira 300 orang lebih.
 Tengku Mahmood Mahyiddeen wakil dari Pattani (Selatan Thai) juga hadir.
 Dia berpakaian seragam tentera (force 136). Mahyiddeen membentangkan 
masalah kemerdekaan kawasan Selatan Thai dengan menggabungkannya dengan 
Malaya.
 Kerana rancangan Tengku Mahmood Mahyiddeen itu adalah sebuah projek 
kolonial, maka kami menentangnya. Kami berpendapat, soal Selatan Thai 
haruslah ditentukan oleh rakyat Selatan Thai sendiri. Mokhtaruddin, Dr. 
Burhanuddin, Boestamam, saya, dan lain-lain dari PKMM menentang cara 
Tengku Mahyiddeen itu. Ucapan Mokhtaruddin yang berapi-api membantah 
rancangan itu mendapat tepukan yang bergemuruh oleh para wakil.
 Mac 1946, diadakan kongres Islam di Gunung Semanggol dipimpin Ustaz Abu
 Bakar Al-Baqir. Wakil berbagai pihak hadir. Dr. Burhanuddin wakil PKMM,
 Boestamam wakil API, saya wakil PKM. Yang pentingnya kami bertemu 
dengan Mohd. Amin, wakil rakyat Selatan Thai.
 Kami menyokong perjuangan kemerdekaan rakyat Selatan Thai jika ia 
benar-benar pilihan rakyat Selatan Thai sendiri. Dalam ucapan di dalam 
kongres itu saya menegaskan pendirian PKM yang menyokong perjuangan 
rakyat Selatan Thai untuk membela nasib bangsanya sendiri. Saya juga 
menegaskan PKM dengan tegas menentang sebarang bentuk kolonialisme.
 Selepas majlis itu, saya dan Boestamam secara khusus bertemu dengan 
wakil dari Pattani itu. Kami menegaskan pendirian kami yang telah saya 
nyatakan di atas. Saya memberikan alamat pejabat PKM untuk mereka 
hubungi kemudiannya.
 Dalam masalah ini, Boestamam mempunyai rancangannya sendiri. Atas dasar
 membantu rakyat Selatan Thai, Boestamam menghimpunkan 60 orang anggota 
API di Padang Rengas mengadakan long march ke kawasan sempadan Betong. 
Strategi Boestamam ialah terlebih dahulu membantu revolusi rakyat 
Selatan Thai kemudian dengan bantuan rakyat Selatan Thai melancarkan 
peperangan terhadap penjajah British di Malaya pula.
 Akan tetapi rancangannya gagal. Rombongan Boestamam bertembung dengan pasukan askar Gurkha di tengah jalan. Mereka
 berpecah beberapa kumpulan balik semula ke kampung masing-masing. 
Boestamam sendiri pergi ke Balik Pulau, Pulau Pinang menulis buku dengan
 tajuk "14 hari".
 Sebelum itu, ketika kongres API di Melaka, Boestamam juga pernah 
membuat rancangan long march ke Pahang. Pahang menjadi ilham kerana 
pernah melahirkan pahlawan bangsa menentang Inggeris yang dikenali 
sebagai Perang Bahaman. Kira-kira 60 orang pemuda API menyertai long 
march tersebut. Akan tetapi bila tiba di Negeri Sembilan, mereka disekat
 oleh polis. Para peserta long march lari bercempera. Antaranya ada yang
 mencari pejabat PKMM Negeri Sembilan untuk berlindung. Pejabat PKMM 
membantu menghantar mereka balik ke rumah.
 Tahun 1947 - 1948, 2 orang wartawan British Miss. Bowo James dan Miss. 
Barbara pernah mengapi-apikan semangat nasionalisme orang Selatan Thai 
untuk bergabung dengan Malaya (kesatuan Malaya) tajaan penjajah British.
 Banyak akhbar membesar-besarkan perkara itu untuk mempengaruhi pendapat
 awam.
 Pada masa itu, saya yang menjadi wakil PKM juga mengeluarkan kenyataan 
akhbar yang disiarkan oleh akhbar PKMM untuk menjawab propaganda 
tersebut. Dalam kenyataan itu saya menyerukan orang ramai supaya tidak 
termakan dakyah penjajah British yang mahu memperluas tanah jajahannya 
ke Selatan Thai dengan cara menggabungkan Selatan Thai dan Malaya. Saya 
juga membentangkan lagi pandangan kami iaitu menyokong perjuangan rakyat
 Selatan Thai untuk menentukan nasib bangsanya sendiri tetapi menentang 
sebarang bentuk penjajahan, atau kolonialisme. Kenyataan akhbar itu 
telah dikutip oleh wartawan-wartawan dan disiarkan di akhbar 
masing-masing. Tengku Mahyiddeen tidak senang hati dengan kenyataan saya
 itu. Dia menganggap saya telah mengganggu rancangannya untuk menguasai 
wilayah-wilayah Selatan Thai.
 Selepas itu beberapa orang wakil dari Pattani datang untuk berhubung 
dengan pejabat PKM di Kuala Lumpur. Akan tetapi apabila wakil tersebut 
tiba di Kota Baharu, mereka disekat oleh Tengku Mahyiddeen. Tengku 
Mahyiddeen melarang mereka pergi ke pejabat PKM. Beliau membawa wakil 
dari Pattani itu ke Selangor untuk mempelajari ilmu kebal bagi membentuk
 pasukan parang panjang.
 Dengan itu, wakil dari Pattani itu mengubah rancangan asal dengan 
belajar ilmu parang panjang. Setelah mendapat latihan singkat, mereka 
balik ke Selatan Thai untuk mengembangkan ajaran tersebut.
 April 1948, meletus pemberontakan Dusun Nyor. Kumpulan pemberontak 
menawan balai polis dan lain-lain. Orang-orang Tionghua yang menetap di 
situ juga memberikan beras dan lain-lain tanda sokongan kepada 
pemberontakan tersebut.
 Walau bagaimanapun, pemberontakan itu tidak dapat bertahan lama. 
Setelah beberapa hari, pemerintah pusat dari Bangkok telah menghantar 
askar untuk menumpas pemberontakan itu. Mengikut pengumuman akhbar 
ketika itu terdapat 400 hingga 600 orang terlibat dalam pemberontakan 
itu. 30 orang anggota polis terkorban. Selepas itu mereka terpaksa 
berundur, ada sebahagiannya berundur ke Malaya.
 Selepas peristiwa itu Tengku Mahyiddeen dengan kerjasama penjajah 
British menghantar 400 orang gerilanya bergerak di kawasan Selatan Thai.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan