Perasaan
 merasa tidak puas hati dan kecewa dengan laporan akhbar yang disertakan
 di bawah. Terfikir, betapa menyelwengnya keputusan untuk menjadikannya 
tanahair kita sebagai pusat hiburan antarabangsa. Bilakah agaknya ingin 
kita mencontohi Brunei Darus Salam.? 
Berdasarkan dokumen laporan 'Program Transformasi Ekonomi : Halatuju Untuk Malaysia' ini. Sila buka bab 10, pada halaman 359-363. Laporan akhbar Malaysiakini terbukti benar.
Diwaktu kita bersyukur dengan tindakan bijak kerajaan menubuhkan TV Al-Hijrah, tiba-tiba usaha baik itu bakal dimalapkan oleh langkah sebegini.
Berdasarkan dokumen laporan 'Program Transformasi Ekonomi : Halatuju Untuk Malaysia' ini. Sila buka bab 10, pada halaman 359-363. Laporan akhbar Malaysiakini terbukti benar.
Diwaktu kita bersyukur dengan tindakan bijak kerajaan menubuhkan TV Al-Hijrah, tiba-tiba usaha baik itu bakal dimalapkan oleh langkah sebegini.
Nabi menyebut : 
حُفَّت الجنة ُبالمكاره و النارُ بالشهوات
"Lorong
 ke syurga itu perlu melalui duri-duri (melawan nafsu), dan lorong ke 
Neraka itu dengan mengikuti hawa nafsu". (Riwayat Abu Daud & Ahmad, 
Albani : Sohih ) 
Lalu mengapa dibuka luas lorong nafsu itu? 
Dalam hadis lain : 
أن الله تعالى يقول لآدم: إن الله يأمرك أن تبعث من ذريتك بعثا إلى النار، فيقول: يا رب من كم؟ فيقول: من كل ألف تسعمائة وتسعة وتسعون, وواحد في الجنة
Ertinya
 : sesungguhnya Allah swt berkata kepada Adam (a.s) : Sesungguhnya Allah
 akan membangkitkan zuriat kamu dengan sekumpulan akan ke neraka, maka 
berkata Adam : Wahai tuhanku, berapa ramai jumlah mereka. Jawab Allah : 
dari setiap seribu orang, sermai 999 akan ke neraka dan hanya seorang ke
 syurga. ( Riwayat Ahmad & At-Tabrani dengan sanad yang baik : 
Majma’ Az-Zawaid, no 18621)
Dari
 hadis di atas, jelas dinyatakan nisbah penduduk syurga dengan neraka 
dari 1000 orang, 999 akan dihumban ke neraka dan hanya seorang sahaja 
yang layak ke syurga. Justeru, mengapa industri nafsu ingin dijadikan 
sumber pendapatan?
Sampai
 bilakah ingin diinsafi bahawa gejala zina berleluasa hari ini, buang 
bayi, keruntuhan rumah tangga dan yang sepertinya berpunca dari lambakan
 pusat-pusat dosa ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan