Ahad, 2 Disember 2012

SEJARAH ISLAM DI ASIA TENGGARA

Pengenalan
Ketika membahas tentang pengaruh India dalam kebudayaan dan tamadun di Asia Tenggara, kita mengetahui bagaimana kesannya begitu besar sehingga merangkumi berbagai-bagai kehidupan, meskipun ia bersifat elitisme. Mengenai pengaruh Islam pula, dari suatu segi ia masih meneruskan budaya tradisi seumpama dalam aspek-aspek politik, sosial, ekonomi dan sebagainya. Tetapi dari segi yang lain ia membawa perubahan yang besar, sehingga mempengaruhi rakyat jelata umumnya. Dalam bidang pendidikan serta bahasa dan sastera, pengaruh Islam telah mengubah sifat elitisme warisan Hindu kepada sifat kerakyatan, yakni dari budaya istana (court culture) yang eksklusif kepada budaya yang meresap kepada semua peringkat masyarakat, sungguhpun istana masih merupakan pusat kegiatan.

Politik dan Perundangan
Dari segi budaya politiknya, perubahan yang ketara hasil daripada pengaruh Islam ialah penggunaan nama Sultan atau Malik pada raja-raja Melayu. Juga ialah pada bentuk kerjasama ulama dengan umara (pemerintah). Malah ada ulama yang menjadi Raja seperti di Acheh dan Jawa. Bagaimanapun konsep Dewaraja dari warisan Hindu-Buddha yang meletakkan golongan raja di atas manusia biasa (yakni sebagai inkarnasi Dewa) itu tetap tidak tergugat. Cumanya ia disesuaikan dengan ajaran Islam yang mengatakan bahawa Raja-Raja itu adalah ‘bayangan Allah di muka bumi’ (zillullah fil-‘alam) seumpama pada gelaran raja Pattani Sultan Ismail Zillullah fil-Alam. Asalnya hadis ini ditujukan pada raja-raja yang adil serta melaksanakan hukum-hukum Allah s.w.t., tetapi ia telah diselewengkan pengertiannya sehingga terhadap raja-raja yang zalim pun dianggap sebagai bayangan atau wakil Allah s.w.t. yang wajib ditaati setiap perintahnya.
Pengesahan keagungan raja tidak hanya melalui hadis yang disalahgunakan, bahkan juga dengan menghubungkan nasab keturunan mereka dengan tokoh-tokoh besar Islam. Kalau dulunya mereka dianggap sebagai inkarnasi atau penitisan para dewa, kini asal-usul mereka dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain atau Nabi Khidir seperti di Melaka, serta dengan Nabi Adam atau Nabi Syith seperti di Jawa. Dan kemudiannya akibat dari pengaruh Syiah dan tasawuf tentang konsep imam dan wali sebagai ‘Qutb Alam’, lalu didakwa pula raja-raja sebagai Paku Buwono, yakni Paku Alam ini, atau Amangkurat, yakni yang memangku dunia (rat) ini.
Selain kedudukan raja sebagai superhuman, sistem feudalisme warisan Hindu-Buddha juga mementingkan keturunannya sahaja dalam pemilihan bakal seorang raja. Baik di Pasai, di Melaka, atau di Acheh dan di Jawa, sistem monarki tetap menjadi kriteria utama dalam pemilihan seorang raja baru atau seorang pembesar istana. Memang ada kalanya seorang raja itu bukannya berasal dari keturunan raja sebelumnya, tetapi ia jarang berlaku, dan kalaupun berlaku, biasanya ia mendapat kuasanya melalui rampasan kuasa atau pembunuhan terhadap raja yang sedang memerintah. Jadi sama juga seperti sistem monarki, kekuasaan melalui tindakan coup de tat ini tidaklah melalui persetujuan rakyat.
Kedatangan Islam juga tidak banyak mengubah sistem politik feudal yang sedia ada. Jika didasarkan kepada ajaran Islam, ketaatan hanyalah dalam soal-soal yang makruf sahaja, bukannya yang bersifat maksiat atau bertentangan dengan hukum Allah s.w.t. Tetapi sistem feudal tidak menggalakkan sikap kritikal dalam menerima sesuatu arahan, kerana raja adalah penitisan dewa-dewa atau keturunan orang-orang mulia yang tidak akan membuat sebarang kesilapan. Titahnya adalah hukum yang mesti ditaati, walhal dalam Islam seorang raja adalah juga berperanan sebagai khalifah yang bertugas melaksanakan hukum-hukum Allah s.w.t. Sekiranya hukum yang hendak dilaksanakan itu tidak terdapat dalam Al-Quran dan Sunnah, maka terdapat pula prinsip ijtihad bersama melalui syura di mana seseorang pemimpin perlu bermesyuarat dengan wakil-wakil rakyat yang disebut sebagai Ahlu halli wal-aqdi. Malangnya ajaran-ajaran asas Islam seperti ini tidak diamalkan oleh kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara secara sepenuhnya. Oleh kerana itu agak sukar untuk mengatakan sistem politik Islam mempunyai pengaruh di Nusantara.
Berasaskan sistem politik yang mengiktiraf perbezaan darjat tersebut maka wujud undang-undang dan adat istiadat yang bertujuan untuk menjaga taraf dan kepentingan golongan bangsawan.
Dari segi undang-undangnya kita dapati betapa taraf sosial sese-orang mempengaruhi bentuk hukuman yang akan diterimanya. Semakin tinggi kedudukannya semakin besarlah kemungkinan terlepas dari hukuman, sedangkan bagi rakyat jelata hukumannya lebih berat. Misalnya tindakan Sultan Mahmud Syah yang menganiaya orang, malahan keluarga pembesarnya sendiri, perbuatannya itu tidak dikenakan hukuman oleh kerana raja berada ‘di atas undang-undang’ atau kebal di sisi undang-undang..
Demikian juga keistimewaan yang dimiliki oleh golongan pembesar istana seumpama Bendahara atau Temenggung yang membolehkan mereka turut terlepas dari hukuman. Pernah berlaku Bendahara enggan merajakan Sultan Zainal Abidin di Pasai, dan Sultan Mahmud sekadar murka serta tidak menegur selama tiga hari. Tetapi jika yang enggan itu ialah rakyat biasa sudah pasti hukuman yang lebih berat akan menimpanya. Bahkan sama seperti undang-undang Hindu di mana hukumannya adalah berasaskan kastanya, dalam Undang-undang Melaka Fasal 8 menegaskan bahawa hukuman terhadap kesalahan menetak dan menampar orang adalah ringan bagi orang merdeka yang bersalah berbanding dengan golongan hamba yang bersalah.
Sosial dan Ekonomi
Dari segi teorinya sistem sosial dalam Islam menolak sebarang perbezaan darjat dan kedudukan, kecuali atas dasar ilmu dan taqwa. Tetapi dalam praktiknya sistem sosial selepas kedatangan Islam juga tidak banyak berubah kerana masih berasaskan semangat kesedaran kelas (class consciousness). Jika pada masa sebelumnya susun lapis menyarakat terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan pemerintah dan yang diperintah, maka selepasnya juga kedudukan seperti ini terpelihara dengan baiknya. Dengan merujuk kepada kerajaan Melaka, hierarki sosial masyarakatnya dapat dibuat dalam bentuk piramid kerana golongan yang teratas sangat sedikit bilangannya, sedangkan golongan paling bawah sangat ramai bilangannya.
Dengan wujudnya hierarki sosial yang berbentuk superior-inferior seperti ini melahirkan social barrier antara golongan atasan dengan golongan bawahan, apalagi golongan atasan tinggal di kawasan supra-village sphere yang terasing dari golongan bawahan. Dengan adanya social barrier inilah yang menjadikan mobiliti sosial ke atas terlalu sukar, oleh kerana yang dipentingkan ialah keturunan atau kebangsawanan seseorang.
A = Golongan pemerintah
B = Golongan yang diperintah
Ertinya golongan bawahan mempunyai peluang yang sangat tipis dan sukar untuk memperbaiki taraf sosialnya. Meskipun pernah berlaku mobiliti menegak kepada tokoh seumpama Hang Tuah yang dapat meninggikan tarafnya yang rendah ke peringkat tinggi, tetapi ini adalah suatu pengecualian memandangkan jasa-jasanya yang amat banyak dan kesetiaannya yang bulat terhadap sultan. Pencapaian Hang Tuah tidak dapat menjadi teladan bagi orang lain untuk menjadi sepertinya, oleh kerana jawatan Laksamana yang dipegangnya itu akhirnya dimonopoli oleh keturunan atau keluarganya.
Dari segi adat istiadatnya apa yang nyata ia diatur semata-mata untuk memisahkan dan menjarakkan lagi jurang di antara kedua-dua kelas tersebut. Sebab itu terdapatlah larangan-larangan tertentu terhadap rakyat, seperti larangan memakai warna kuning, membuat anjung atau serambi bertiang gantung, keris dan gelang kaki yang diperbuat dari emas meskipun ia seorang kaya. Adat istiadat ini pun sebenarnya suatu undang-undang juga, oleh kerana sesiapa yang melanggarnya dengan memakai benda-benda warna kuning misalnya, akan dihukum bunuh.
Dari segi bahasa juga kita dapati wujudnya dasar perbezaan darjat ini, di mana terdapat perkataan-perkataan seperti patik, duli, beta, santap, beradu, bersiram, mangkat dan sebagainya. Sebenarnya, istilah ‘patik’ itu bermaksud anak anjing. Sedangkan, istilah ‘duli’ pula bererti debu yang berada di bawah tapak kaki untuk diletakkan di atas batu jemala patik!
Keadaan yang sama juga berlaku pada kerajaan Brunei dengan wujudnya sistem perhambaan sebagai suatu institusi sosial yang rasmi. Memang sistem hamba abdi telahpun wujud di Brunei sebelum abad ke-17 lagi, tetapi baru memainkan peranan penting selepas kemangkatan Sultan Bulkiah.
Ada tiga jenis hamba abdi di Brunei, iaitu anak emas, ulun ulih beli dan hamba berhutang. Mengenai anak emas, ia merupakan hamba yang menjadi orang suruhan dalam rumahtangga, di mana dirinya dan keturunannya menjadi hak milik dan pusaka tuan rumahnya. Tugasnya tidak setakat menguruskan rumah tangga tetapi juga menjalankan perdagangan di tempat-tempat merbahaya. Tidak seperti hamba-hamba lain, dia mempunyai sedikit keistimewaan serta hak sendiri, boleh memberi cadangan atau membantah pendapat tuan rumahnya. Jadi sungguhpun ia bertaraf hamba, namun ia tidak dipandang hina oleh masyarakat.
Mengenai ulun ulih beli pula ialah hamba abdi yang diperoleh melalui pembelian dengan wang, yang boleh dijualkan pula kepada orang lain. Dia tidak mempunyai hak atau suara dalam kehidupannya, kerana itu hidupnya sentiasa sengsara dan ketakutan.
Adapun hamba berhutang merupakan orang bebas yang dijadikan hamba abdi lantaran tidak mampu membayar hutangnya kepada si piutang. Bahkan ada golongan bangsawan yang jatuh menjadi golongan yang rendah, atau ditawan dan dijadikan hamba abdi. Mereka yang lemah menjadi mangsa kepada golongan yang lebih kuat. Kebanyakan hamba abdi ini wujud di tepi laut dan di lembah-lembah sungai, dan sumber untuk mendapatkannya ialah dari kawasan pedalaman. Mereka hidup dalam ketakutan dan  kebimbangan.
Tidak syak lagi sistem sosial seumpama ini adalah bertentangan dengan Islam. Ia bercanggah bukan sahaja dari segi zahirnya bahkan pada akar umbinya sekali kerana ia ditegakkan atas semangat kesedaran kelas. Percanggahan dalam Islam adalah nyata, kerana sistem sosial Islam berasaskan konsep bahawa ‘Allah memuliakan setiap anak Adam’ (al-Isra: 70). Islam juga mengiktiraf perbezaan seseorang umatnya, tetapi kerana ketakwaan atau amal solehnya (al-Hujurat: 13).
Dalam bidang sosial, kedatangan Islam tidak banyak membawa perubahan, demikian juga dalam bidang ekonomi. Ekonomi masyarakat Nusantara masih bersifat agraria dengan menjalankan kegiatan pertanian, perikanan, penternakan dan yang seumpamanya yang masih lagi bergantung kepada pemberian alam.
Memang dengan kedatangan Islam kegiatan perdagangan menjadi lebih rancak dan aktif daripada sebelumnya. Di sana sini tumbuh pasar-pasar dan kota-kota yang bersifat internasional, di mana terdapat pedagang-pedagang asing dari China, India, Arab, Farsi, Turki dan sebagainya. Kalau dulunya sistem jual-beli dijalankan melalui barter trade dan juga melalui mata wang, tetapi dengan pertambahan pedagang-pedagang asing sudah tentu ia lebih banyak dijalankan melalui sistem mata wang.
Meskipun demikian tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa sistem ekonomi Islam ada diamalkan. Jika dirujuk kepada sistem ekonomi Islam, terdapat Bait al-Mal atau perbendaharaan negara yang dikutip dari punca-punca zakat yang diwajibkan atau dari sedekah yang disunatkan serta daripada punca-punca lain seperti jizyah, ghanimah, al-fai’ dan sebagainya. Semuanya itu harus digunakan untuk kepentingan rakyat yang memerlukannya, terutama dari golongan miskin dan fakir.
Tetapi apa yang berlaku bukan sahaja punca-punca kewangan negara tidak dikutip secara sah menurut hukum Islam, malah ia tidak digunakan untuk kepentingan pihak yang benar-benar memerlukannya. Sebab itulah sejarah menunjukkan wujudnya jurang kekayaan dan kemewahan yang luas di antara golongan pemerintah dengan yang diperintah. Semuanya ini adalah kenyataan sejarah belaka tentang tidak berjalannya sistem ekonomi Islam di Nusantara, walaupun kegiatan perdagangan berkembang pesat.

Kesenian dan Hiburan
Pengaruh Islam dalam kesenian di Nusantara dapat diperhatikan pada makam atau batu nisan, masjid dan perhiasan-perhiasan padanya, khususnya penulisan seni khat atau kaligrafi. Mengenai batu nisan, sebenarnya ia merupakan karya seni Islam yang awal sekali masuk ke Nusantara. Antaranya ialah batu nisan Syeikh Abdul Qadir Hussain Syah Alam yang bertarikh 903 M. yang dijumpai di Langgar, Kedah, batu nisan seorang Arab yang dijumpai di Pekan, Pahang yang bertarikh 1082 M, batu nisan Sultan Malik al-Salih di Pasai yang bertarikh 1297 M, batu nisan yang ditemui di Kuala Brang, Terengganu yang bertarikh 1303 M, makam Maulana Malik Ibrahim di Gresik, Jawa yang bertarikh 1417 M, dan batu nisan seorang puteri di Pasai yang bertarikh 1428 M.
Kesenian batu nisan dan makam ini dapat dilihat pada bentuk dan juga hiasannya. Pada bentuknya kalau diteliti batu nisan Maulana Malik Ibrahim itu mempunyai bentuk seperti badan kapal terbalik yang mengesankan pengaruh Farsi. Dari segi perhiasannya terdapat tulisan yang dipetik dari ayat-ayat suci Al-Quran yang membuktikan kemahiran pengukirnya dalam seni khat Arab. Setengahnya ada pula tulisan-tulisan syair Farsi, atau pola hiasan daun-daunan yang juga menyamai gaya buatan Farsi.
Selepas makam, masjid merupakan karya seni Islam yang ter-penting di Nusantara. Dari segi bentuk dan coraknya memang ia masih dipengaruhi oleh kesenian Hindu, apalagi setengahnya dihiaskan dengan ukiran-ukiran seperti bunga teratai, daun-daunan, bukit-bukit karang, pemandangan dan garis-garis geometri. Bagaimanapun pada keselu-ruhannya ia merupakan simbol yang mempunyai maksud-maksud tertentu bagi penganut Islam, dengan mihrab atau mimbar, malah dipenuhi dengan seni kaligrafi Islam yang dipetik dari ayat-ayat Al-Quran tersebut.
Seperti dinyatakan dulu, satu daripada aspek kesenian ialah hiburan yang termasuk kegiatan-kegiatan drama, tarian dan muzik. Pada zaman Bani Abbasiah misalnya, para seniman dalam bidang-bidang ini mendapat tempat yang terhormat di sisi pemerintah, hingga ia mencapai kemajuan yang pesat. Dari segi muzik, terdapat pengarang-pengarang teori muzik seperti al-Kindi dan al-Farabi, malah terdapat sekolah muzik yang didirikan oleh Safiuddin Mukmin. Dalam bidang nyanyian pula penyanyi-penyanyi yang terkenal, yang antaranya ialah biduanita yang ternama Bazel dan Zatul Khal di istana Harun al-Rasyid, Neam di istana al-Makmun, Basbad di istana al-Mahdi, Fitna di istana Jaafar al-Barmaki dan sebagainya. Dalam bidang tarian pula, pengarang kitab senitari yang pertama ialah al-Farabi sendiri.
Sama seperti kerajaan Abbasiah, kerajaan Acheh juga turut me-mainkan peranan penting dalam perkembangan hiburan. Di kota Banda Acheh Darussalam terdiri sebuah taman kebudayaan yang dinamakan Taman Ghairah yang di tengah-tengahnya mengalir sungai kecil yang bernama Darul Isyki (loka asmara). Tentang betapa indahnya Taman Ghairah dan Darul Isyki ini telah dilukiskan sebaik-baiknya dengan penuh sanjungan dalam kitab Bustan al-Salatin oleh Nuruddin al-Raniri.
Perkara yang patut direnungkan di sini ialah bahawa sungguhpun Acheh dikenali sebagai pusat agama yang dihormati, namun ia juga mengamalkan nilai double-standard kerana mempunyai Taman Kesenian yang mengghairahkan yang selalu menghidangkan pelbagai tarian dan nyanyian pada waktu-waktu tertentu, terutama ketika menyambut tetamu luar. Misalnya, sewaktu General Beaulieu, iaitu utusan khas raja Perancis mengadap Sultan Iskandar Muda maka tampillah 15 orang gadis masing-masing dengan gendang kecil, berkeliling menari dan berdendang mengikut irama gendang. Kemudiannya tampil pula dua orang gadis rupawan dengan hiasan rambutnya disungkup semacam topi, serta seluruh pakaiannya bertenun benang emas.
Jika di Acheh yang terkenal dengan kuatnya dalam beragama itupun masih ghairah dalam kegiatan hiburannya maka apatah lagi di Jawa yang sebelumnya memang terkenal dalam kegiatan pewayangan itu. Malah para Wali Songo itupun setengahnya seumpama Sunan Giri dan Sunan Bonang dikatakan cuba menyesuaikan permainan wayang ini dengan ajaran Islam. Umpamanya cerita Hikayat Pandawa Lima itu dianggap sebagai simbol Rukun Islam yang lima. Permainan wayang kulit yang asalnya bersifat ritual itu, semakin berkembang dengan pesatnya dengan munculnya Kerajaan Pajang, diikuti oleh Mataram II, Kartasura, Surakarta dan Jogjakarta.
Dari Jawa permainan wayang kulit menjadi terkenal pula di Kelantan. Tetapi di samping itu Kelantan juga mempunyai bentuk-bentuk hiburan lain seperti Mak Yong yang juga melibatkan kegiatan drama, tarian dan nyanyian, dengan cerita-cerita tentang dewa-dewi. Juga terdapat Dikir Barat, permainan layang-layang, gasing, rebana, ketuk, selampit sabung ayam dan lain-lain.
Di Kedah juga permainan wayang kulit turut berkembang. Tetapi seperti di Kelantan, di Kedah juga terdapat permainan muzik lain seumpama Mek Mulung dan Gendang Keling. Antara alat-alat muzik yang digunakan dalam permainan ini ialah seperti gendang geduk, gong dan mong, serunai dan kerecek.

Bahasa dan Sastera
Kedatangan Islam membawa perubahan yang besar terhadap nasib Bahasa Melayu, dengan meletakkannya sebagai lingua franca di Nusantara. Sebelum kedatangan Islam, terdapat dua bahasa tempatan yang dominan, iaitu bahasa Jawa Kuno dan Bahasa Melayu Kuno. Tetapi bahasa ilmu yang digunakan adalah bahasa asing, iaitu Sanskrit. Oleh kerana Bahasa Sanskit itu sendiri merupakan bahasa elit baik di India mahupun di Nusantara, maka karya-karya atau tokoh-tokoh yang menggunakan bahasa tersebut begitu terbatas pengaruhnya, cuma setakat lingkungan kraton sahaja. Tetapi dengan kedatangan Islam ia bukan sahaja berjaya menggulingkan bahasa sarjana sebelumnya, iaitu Sanskrit, dengan menggantikannya dengan bahasa Melayu, bahkan berjaya pula mengangkat taraf Bahasa Melayu itu sebagai bahasa pengantar di kawasan Nusantara yang mempunyai antara 150 hingga 200 bahasa daerah. Oleh yang demikian peranan Islam secara tidak langsung adalah seperti menyatupadukan dan mengeratkan penduduk-penduduk kawasan ini yang sejak lama dipisahkan oleh perbezaan bahasa mereka.
Serentak dengan pemasyhuran bahasa Melayu sebagai bahasa sarjana dan bahasa pengantar itu ialah pengenalan abjad Arab-Jawi. Sebelum itu bahasa Melayu sudah mempunyai tulisan Palava, tetapi ia tidaklah praktis. Setelah menggunakan abjad Arab kemudiannya menjadikan bahasa Malayu mendapat kedudukan sebagai bahasa sastera yang popular, hingga sastera yang berasal dari warisan Hindu juga ditulis dengan tulisan Arab atau Jawi kemudiannya.
Pada umumnya sastera Melayu selepas kedatangan Islam dapat dibahagikan kepada dua kelompok besar, iaitu:
1.   Sastera non-Islam
2.   Sastera Islam
Mengenai yang pertama, ia merupakan karya-karya yang berasal dari zaman pra-Islam, tetapi baru ditulis dalam tulisan Jawi selepas kedatangan pengaruh Islam. Antaranya ialah sastera rakyat baik yang berbentuk puisi mahupun prosa, dan juga hikayat-hikayat yang berasaskan epik-epik RamayanadanMahabharata
Sastera Islam dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
1.   Prosa
(a)  Hikayat Nabi Muhammad s.a.w. Dalam bahagian ini terdapat cerita-cerita tentang kelahirannya seperti Hikayat Nur Muham-mad, atau cerita tentang mukjizatnya sepertiHikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Israk dan Mikraj, cerita tentang ajaran Islam seperti Hikayat Raja Handaq, Hikayat Raja Lahaddan juga cerita tentang Nabi wafat.
(b)  Hikayat para nabi dan rasul. Dalam kumpulan ini ada karya yang menceritakan kisah nabi-nabi secara keseluruhannya seperti Qisas al-Anbiya, atau hikayat-hikayat nabi yang ditulis secara berasingan.
(c)  Hikayat para sahabat Nabi. Dalam bahagian ini terdapat cerita-cerita tentang Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Ali bin Abi Talib, cerita perkahwinan Ali dengan Fatimah, serta tentang putera-putera mereka Hassan dan Hussain.
(d)  Hikayat para pahlawan Islam. Antara tokoh-tokohnya dalam bahagian ini ialah Iskandar Zulkarnain, Amir Hamzah, Muhammad Ali Hanafiah dan sebagainya.
(e)  Hikayat ahli-ahli sufi dan orang yang soleh. Antara mereka ialah Luqman al-Hakim, Ibrahim bin Adham, Abu Yazid al-Bistami, Rabiah al-Adawiyah dan lain-lain lagi.
2.   Puisi
(a)  Karya-karya Hamzah Fansuri, seperti Syair Perahu, Syair Burung Pingai, Syair Dagang dan sebagainya.
(b)  Karya Abdul Rauf Fansuri, iaitu Syair Makrifat.
(c)  Karya-karya Tuk Shihabuddin bin Zainal Abidin (1729-1797) seperti Syair Asyikin, Syair Ghafilah, Syair Sifat 20 dan sebaginya.
(d)  Dan syair-syair lain seperti Syair Nur Muhammad, Syair Nabi Ayub, Syair Nabi Yusuf, Syair Qiamat, Syair Neraka, Syair Rukun Haji, Syair Rukun Ibadat, Syair Rukun Nikah dan sebagainya.
Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan
Jika dalam soal bahasa kedatangan Islam membawa pengaruh besar, maka pengaruh yang terbesar akibat kedatangan Islam di Nusantara ialah dari segi pendidikan dan ilmu pengetahuan. Pendidikan Islam ini meliputi aspek institusi-institusi pendidikan dan strukturnya, guru-guru dan murid-muridnya dan terutamanya tentang ilmu pengetahuan yang diajarkan.
Di Melaka, biasanya aktiviti pendidikan berlangsung di istana yang sekali gus berfungsi sebagai perpustakaan atau tempat penyalinan dan terjemahan. Di samping itu tempat-tempat lain yang digunakan sebagai tempat pengajian ialah seperti rumah-rumah maulana atau ulama, masjid, madrasah dan surau.
Mengenai guru-guru agama, kebanyakan mereka terdiri dari bangsa Arab. Dan dalam hierarki sosial di Melaka kedudukan mereka adalah setaraf dengan golongan pembesar di istana. Tentang murid-muridnya pula memang sedia difahami yang mereka dari kaum bangsawan dan raja, tetapi tidak kurang pula dari kalangan rakyat jelata umumnya. Selain golongan tempatan terdapat juga murid-murid asing yang belajar di Melaka, seperti dari Jawa misalnya.
Mengenai pendidikan Islam di Acheh, sejarahnya bermula sejak zaman kerajaan Perlak lagi, yang mencapai kemuncaknya pada zaman kerajaan Acheh pada abad ke-17 dan 18. Bermula dengan pendidikan dasar di masjid dan madrasah (meunasah), lalu meneruskan pelajaran menengah di rangkang, dan akhirnya menamatkan pengajian tinggi di Balee dan di Dayah. Bagaimanapun masjid juga berperanan sebagai pusat pengajian tinggi, yang antaranya ialah seperti Masjid Bait al-Rahim, Masjid Bait al-Rahman dan Masjid Bait al-Musyahadah.
Mengenai para guru dan ulama, kebanyakan mereka adalah orang-orang asing seperti dari Tanah Arab, Parsi, Turki, India dan sebagainya. Bagaimanapun Acheh juga mempunyai barisan ulamanya sendiri yang tidak kurang handalnya. Di Acheh kedudukan ulama sangat tinggi, hingga ada kalanya dia dapat bertindak sebagai wakil sultan sementara waktu sebelum dipilih seorang sultan baru. Tentang murid-muridnya pula, pendidikan Islam di Acheh benar-benar bersifat kerakyatan di mana kebanyakan mereka terdiri dari kalangan rakyat jelata. Mereka sama ada berasal dari orang-orang tempatan sahaja ataupun dari orang-orang luar Acheh, seperti dari Melaka, Pattani dan sebagainya.
Selepas zaman kegemilangan Acheh itu pendidikan Islam tersebar melalui pusat-pusat pengajian yang lain seperti di Jawa, Banjar, Riau, Pattani, Terengganu, Kelantan dan lain-lainnya.
Dalam aspek ilmu pengetahuan, sudah pasti keutamaan diberikan kepada ilmu syar’iyah atau naqliyah yang merangkumi tiga sendi ajaran Islam, iaitu Ilmu Tauhid, Ilmu Fiqh dan Ilmu Tasawuf. Pertama sekali dalam bidang Ilmu Tauhid, seawal-awal kitab yang telah ditemui ialah Kitab Tauhid oleh Ahmad bin Aminuddin dari Kedah. Kitab yeng bertarikh 1032 H./1622 M ini membahaskan tentang ajaran ‘Sifat 20’. Di Acheh pula, antara tokoh yang terkenal ialah Nuruddin al-Raniri yang bersal dari Gujerat, India. Dalam bidang tauhid beliau pernah menerjemahkan kitab Syarh al-Aqaid al-Nasafiyah oleh al-Taftazani, serta mengarang kitab Hidayat al-Iman. Kemudiannya terdapat tokoh tempatan, iaitu Abdul Rauf Fansuri yang mula mempopularkan ajaran ‘Sifat 20’ dalam karya puisinya, Syair Makrifat, dan juga dalam kitab tasawufnya, Umdat al- Muhtajin. Selepas itu muncullah ulama lain yang mengembangkan lagi ajaran ‘Sifat 20’ ini seperti Muhammad Zain Faqih Jalaluddin dalam kitabnya Bidayat al-Hidayah, dan juga ulama sezaman dari Palembang seperti Abdus Samad al-Falimbani dengan kitabnya Zuhrat al-Murid, serta Tuk Shihabuddin Palembang dengan kitabnya Aqidah al-Bayan.
Dalam bidang fiqh pula, di Melaka pernah digunakan kitab Minhaj al-Talibin oleh al-Nawawi sebagai rujukan. Di Acheh, kitab fiqh pertama yang pernah ditulis ialah Sirat al-Mustaqim oleh Nuruddin al-Raniri, dan selepas itu muncul pula kitab Mir’at al-Tullab oleh Abdul Rauf al-Fansuri dan Safinat al-Hukkam oleh Jalaluddin al-Tursani.
Sezaman dengan kerajaan Acheh ini, terdapat juga ulama Terengganu, iaitu Abdul Malik bin Abdullah yang telah mengarang dua buah kitab fiqh, Risalah Kaifiyyah Niyyah dan Risalah Naql. Di Banjar pula terdapat nama tokoh besarnya Muhammad Arsyad al-Banjari yang menulis kitab fiqh yang sangat terkenal, Sabil al-Muhtadin. Dari Pattani terkenal pula tokohnya yang bernama Dawud bin Abdullah al-Fatani yang terkenal dengan karya besar fiqhnya iaitu Furu’ al-Masail.
Suatu hakikat yang perlu diperhatikan dalam pemikiran fiqh yang ditulis adalah bertolak dari kitab Minhaj al-Talibinoleh Imam al-Nawawi dan kitab-kitab lain yang merupakan syarah atau hasyiah terhadapnya.
Akhirnya dalam bidang tasawuf, perkembangannya sangat pesat sekali ekoran dari kegiatan dakwah tokoh-tokoh sufi di Nusantara sejak abad ke-13 itu. Seawal-awal kitab tasawuf yang pernah dijumpai di Nusantara ialah Bahr al-Lahut oleh Syeikh Abdullah Arif, seorang mubaligh sufi yang menyebarkan Islam ke Sumatera pada tahun 1165 M. Di Melaka, selain kitab Ihya Ulumiddin oleh al-Ghazali, juga digunakan kitab Insan al-Kamil oleh Abdul Karim al-Jili dan kitab al-Durr al-Manzun oleh Abu Ishak al-Syirazi sebagai rujukan dalam ilmu tasawuf.
Perkembangan tasawuf mencapai kemuncaknya pada zaman Acheh. Bertolak dari aliran tasawuf falsafah Ibn Arabi, Hamzah Fansuri menulis kitab-kitab prosa dan puisi, seperti Syarah al-Asyiqin, Asrar al-Ariffindan al-Muntahi. Dan bertolak dari kitabTuhfah al-Mursalah oleh Muhammad ibn Fadhlullah al-Burhanpuri yang membahas tentang ilmu ‘Martabat Tujuh’ (Maratib al-Sab’ah), lalu Shamsuddin al-Sumatra’i menulis beberapa kitab tasawuf yang membicarakan tentangnya, seperti Nur al-Haqaiq misalnya. Kemudiannya Nuruddin al-Raniri mengikuti jejak langkah mereka dengan kitab-kitabnya Ain al-Alam, Hill al-Zilldan juga Ma’rifah al-Saniyah,  meskipun sejarah mencatatkan berlakunya konflik intelektual dengan mereka. Demikian juga ajaran ‘Martabat Tujuh’ itu berkembang melalui kitab Muzhar al-Ajlaoleh Jalaluddin al-Tursani.
Di samping tasawuf falsafah yang disalurkan melalui kitab-kitab tersebut, juga berkembang tasawuf akhlak dan tasawuf tarikat. Antara tarikat-tarikat awal yang berkembang di Acheh ialah Rifa’yyah, Samaniyah, dan Syatariyyah.
Ilmu tasawuf yang tersiar dan berkembang di Acheh, terus mengalami kemajuan di negeri-negeri lain meskipun kerajaan Acheh sudah mulai lemah mulai abad ke-18. Di Banten terkenallah seorang ulama tarikat dari Makasar, iaitu Syeikh Yusuf Tajul Khalwati, di Terengganu atau Kelantan terkenal pula barisan ulama dari Pattani yang antaranya ialah Syeikh Dawud bin Abdullah al-Fatani, sedang di Palembang dan Kedah terdapat seorang ulama yang berasal dari Palembang iaitu Syeikh Abdus Samad al-Falimbani.
Mengenai perkembangan ilmu syar’iyyah di Filipina, kebanyakan rujukannya adalah bersal dari Semenanjung Tanah Melayu dan juga Indonesia. Antaranya ialah  Minhaj al-Talibin, Tafsir al-Baidawi, Daqaiq al-Akhbar dan juga Qisas al-Anbiya. Malah di sana juga berkembang ajaran tasawuf ‘Martabat Tujuh’ tersebut.
Melalui perkembangan ilmu syar’iyyah atau naqliyyah dalam bahasa Melayu dan bertulisan Jawi itu, maka berubahlah konsep pendidikan elitisme kepada corak kerakyatan. Begitu rapatnya hubungan ulama dengan rakyat terbukti jelas ketika berlakunya Perang Acheh-Belanda (1873-1904) di mana para ulama bukan sahaja dianggap sebagai orang berilmu tinggi bahkan sebagai pemimpin rakyat dan panglima perang bagi masyarakat Acheh. Satu daripada cara hubungan yang lazim digunakan oleh mereka ialah melalui syair-syair hikayat yang dialunkan di madrasah-madrasah, terutamanya Hikayat Prang Sabi oleh Teungku Cik Muhammad Pante Kulu yang membangkitkan semangat berjuang dan rela berkorban. Jadi kalau pada zaman Hindu-Budhha dahulu golongan agama adalah merupakan golongan elit yang terasing daripada rakyat, kini pada zaman Islam para ulama dan ilmu itu sendiri sudah menjadi hak bersama dan tersebar di merata-rata.
Di samping perkembangan Ilmu Syar’iyah atau Naqliyah (Ilmu Tauhid, Ilmu Fiqh, dan Ilmu Tasawuf) yang semuanya tergolong sebagai karya-karya turath Islami atau warisan tradisi Islam, sebenarnya terdapat pula karya-karya dari genre atau golongan kepustakaan Ilmu tradisional yang tidak berasaskan turath Islami, tetapi berasaskan tradisi pra-Islam. Jelasnya di samping berlaku perubahan besar dengan kedatangan Islam, berlaku juga persambungan tradisi ilmu-ilmu dari warisan pra-Islam. Antara bidang-bidang ilmu tradisional ialah seperti berikut:
1.   Ilmu bintang (astrologi)
2.   Ilmu firasat
3.   Ilmu perbomohan
4.   Ilmu perkahwinan
5.   Ilmu perwayangan
6.   Ilmu pertukangan
7.   Ilmu birahi
8.   Ilmu tanaman
9.   Ilmu senjata
10. Ilmu bahasa
PENILAIAN
Berdasarkan bab yang lalu, nyatalah bahawa kedatangan Islam ke Asia Tenggara memang membawa perubahan (taghyir), tetapi tidak berubahnya beberapa aspek kehidupan adalah lebih nyata lagi. Jika dari segi aqidah, pegangan masyarakat Islam di Nusantara lebih bercorak talbis atau mencampuradukkan antara yang hak dengan yang batil, maka dari segi syariat atau kebudayaannya umat Islam hanya menerima beberapa bahagian (ba’dhun) sahaja dari hukum Islam, yakni menerima setengah prinsip Islam tetapi menolak setengah prinsip yang lain. Sungguhpun syariat Islam bersifat syumul atau menyeluruh dan lengkap, tetapi mereka hanya tertarik kepada beberapa serpihan (juz’i) ajaran Islam sahaja, tidak semuanya sekali (kaffah). Terhadap pendirian seperti ini Al-Quran mengatakan: “Apakah kamu beriman kepada sebahagian (ba’dhun) al-kitab dan engkar kepada sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada Hari Kiamat mereka dikembalikan kepada seksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat” (al-Baqarah: 85).
Dalam penilaian tentang pengaruh Islam, dua orang tokoh Islam yang terkemuka, iaitu Prof. Dr. Hamka (mantan Ketua Majlis Ulama Indonesia dan Imam Masjid Agung al-Azhar) dan Dr. M. Natsir (mantan Perdana Menteri Indonesia dan Ketua Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia), menjelaskan bahawa corak gerakan dakwah Islamiah di Nusantara yang terlalu menekankan sikap damai dan menyesuaikan diri telah menimbulkan sinkretisme. Untuk perbahasan yang lanjut tentang gejala sinkretisme di Asia Tenggara, sila rujuk makalah F.P. Briggs, The Syncretism of Religion in Southeast Asia, JAOS, LXXI (1951).

Pendapat Hamka
 “Sebelum Islam kita sudah mempunyai berbagai-bagai kepercayaan, dan kepercayaan itu lebih jelas bersifat musyrik, belum mendapat tuntunan tauhid. Setelah agama Islam, tidaklah mudah menghabiskan pengaruh kepercayaan lama itu dengan sekali gus…”
“Terutama di Jawa…, masuknya agama Islam dengan damai itu tidaklah akan memperlekas proses penggantian agama. Sehingga walaupun Islam telah masuk, bekas ajaran agama yang dahulu belumlah hilang, malahan timbullah sinkretisme, iaitu usaha mencari kecocokan dan penyesuaian. Dengan demikian pergantian agama tidaklah banyak berkesan” (Lihat bukunya, Perkembangan Kebatinan di Indonesia, hal. 15).

Pendapat M. Natsir
 “Hikmah kebijaksanaan dalam mengadakan kontak pemikiran pertama, dan membawa orang yang dihadapi kepada titik pertemuan (kalimat al-sawa’) yang akan jadi tempat bertolak – tidaklah bisa disamakan (lantaran memang berbeza) dengan apa yang disebut “menyesuaikan diri”. Yakni menyesuaikan diri dengan apa yang kebetulan sedang disenangi orang, sehingga isi atau zat dakwah sendiri berubah lantarannya. Atau menyesuaikan diri menyembunyikan sebahagian apa yang harus disampaikan, yakni, yang disebut kitman yang tegas dilarang (al-Baqarah: 159)”.
“Yang semacam itu bukan hikmah, bukan kebijaksanaan. Ini adalah menurutkan kemahuan orang, yang oleh Al-Quran diperingatkan dengan tegas (al-Baqarah: 120). Cara semacam ini, sebenarnya timbul dari keinginan yang tersembunyi, hendak mengelakkan konfrontasi, sama ada disedari atau tidak.”
“Walaupun bagaimana, taktik semacam ini paling banyak dapat menghasilkan semacam agama gado-gado, sinkretisme, kombinasi pelbagai kepercayaan dan pemikiran bercampur-aduk, tidak jantan dan tidak betina. Dalam istilah Al-Quran, talbis al-haq bil-batil, percampur-adukan yang hak dengan yang batil.”
“Ada bermacam-macam cara yang bisa menimbulkan talbis. Adakalanya para pendokong dakwah Islam yang menemui satu atau lebih macam kepercayaan dalam suatu masyarakat, bersama-sama dengan para penganut kepercayaan lain itu saling konfrontasi sama sekali malah juga dalam soal pokok yang esensil yang Arkanul-Iman dan Arkanul Islam – satu dan lainnya atas nama ‘toleransi’.
“Hasilnya antara lain, seperti yang dikenal di negeri kita ini, sebagai agama Kejawen. Hindu tidak, Buddha tidak, Islam pun bukan. Tetapi dari ketiga-tiganya bercampur-aduklah serba sedikit dalam jiwa seseorang penganutnya, sedangkan unsur yang satu saling meneutralisir unsur yang lain. Di samping itu antara penganutnya ada yang mengaku Islam atau beragama Kristian”  (Lihat bukunya,Fiqhud-Da’wah, hal 178-182).
Rumusan
Dakwah Islam sebenarnya bersifat ‘mengubah; (taghyir), bukan berkompromi atau menyesuaikan diri dengan sasaran dakwah (mad’u). Memang dalam aapek-aspek yang berubah-ubah (mutaghayyir) hukumnya berdasarkan nas-nas yang zhanni atau tidak jelas, kita boleh bertolak ansur atau menyesuaikan siri dengan amalan-amalan tempatan. Tetapi dalam aspek-aspek yang tetap (thabat) yang berdasarkan nas-nas yang qat’i atau jelas dan tegas (seumpama soal-soal aqidah, akhlak dan hudu), tidaklah boleh bertolak ansur dengannya.
Fenomena budaya sinkretisme (syncretic culture) berlaku apabila umat Islam tidak emmahami ajaran yang qat’iyyah yang tidak ada kompromi dalam melaksanakannya, dan ajaran yang zhanniyah yang masih boleh bertolak ansur dalam melaksanakannya. Terutama dari segi aqidah, gejala sinkretisme di mana berlakunya percampuran ajaran tauhid dengan kepercayaan tenpatan yang berunsur syirik inilah yang disebutkan oleh Hamka dan M. Natsir sebagai masih wujud di Nusantara, walaupun sudah menerima pengaruh Islam. Ini bermakna dakwah Islamiyah di Nusantara belum benar-benar berjaya menghakis warisan tradisi yang bercanggah dengan aqidah (tauhid), syariat dan akhlak Islam.

Sabtu, 1 Disember 2012

CARA MATI SYAHID






KEMATIAN Micheal Jackson (MJ) mengejutkan dunia. Dunia menangis kerana kehilangan seorang insan seni yang hebat.

Begitulah resam dunia akan mengenang selepas ketiadaan seseorang. Lagi banyak jasa yang ditinggalkan lagi ramai orang merasakan kehilangan kita.Kali ini bukan kita nak bincangkan jasa MJ tetapi kita perkatakan mengenai kematian mengejut.Itu yang patut kita tanya diri kita, bagaimana ketika kita mengakhiri kehidupan kita nanti dalam ‘husnul khatimah’ ataupun ’su’ul khatimah.’

Katanya, kematian MJ masih lagi menjadi teka-teki. Mati ketika yang tiada bekalan dan persediaan adalah amat menakutkan.Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik ‘husnul khatimah’?Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)


2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

“Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.”

Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.

SEJARAH KOMUNIS DI TANAH MELAYU DAN CHIN PENG

CHIN Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di No 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan, Perak. Beliau adalah bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM). Perjuangan revolusi bersenjata yang didokongnya banyak menumpahkan darah.

Tidak sedikit air mata yang mengalir, penderitaan, kesedihan, ketakutan dan trauma yang mendalam dialami rakyat akibat kekejaman komunis ketika zaman Darurat (1948-1960). Penduduk yang tinggal berhampiran kawasan hutan dan di estet getah seluruh negara berdepan dengan ancaman nyawa, harta benda dan tanaman mereka dimusnahkan.-Pastinya perajurit tanah air yang berjuang menentang komunis tidak dapat melupakan kezaliman dan kekejaman komunis. Selagi hayat dikandung badan, maka segala pengalaman itu tetap menjadi kenangan pahit buat mereka.

Di jangka seramai 1,883 anggota keselamatan terkorban dan 2,560 cedera. Ramai perajurit yang cacat anggota kerana bertempur dengan komunis masih hidup hingga kini. Di kalangan orang awam pula, sebanyak 2,473 terbunuh , 1,385 cedera dan 810 ditawan komunis. Kematian pihak gerila komunis adalah 6,710 dan yang ditawan seramai 3,989 orang.

Elok rasanya kita menyingkap sejarah pergerakan komunis di negara kita. Ideologi komunis mula menyerap masuk ke Tanah Melayu pada 1920-an. Melalui Biro Timur Jauh, ejen komunis antarabangsa (Comintern), terutama dari China dan Russia berjaya mempengaruhi kebanyakan pertubuhan buruh, kesatuan sosialis dan kesatuan pengguna yang kebanyakannya dianggotai kaum Cina. Bahan penerbitan komunis seperti surat berita keluaran Rosita dan Delta News Agency, buku dan risalah komunis dari China dan Russia mempengaruhi kebanyakan orang Cina. Buku berjudul Komunisme dan Negeri China karangan Fung Tsz You adalah di antara buku yang dibaca.

Kelas malam yang wujud di Kuala Lumpur turut dijadikan markas penyebaran fahaman komunis. Pada Mei 1926, Kesatuan Sekerja Am Nanyang ditubuhkan di bawah pengaruh Communist International TradeUnion Organisation (Profintern). General Labour TradeUnion’ di Singapura turut dipengaruhi komunis. Kedua-duanya mendalangi beberapa siri mogok sekitar 1920-an. Pada 1928 Parti Komunis Nanyang ditubuhkan dengan sayap utamanya Liga Anti Imperialis Nanyang. Akhirnya, atas arahan Commintern, maka PKM ditubuhkan pada 1930 menggantikan Parti Komunis Nanyang. Sayap pemudanya dikenali sebagai Malayan Communist Youth.


Pada 1935, pemogokan pekerja didalangi komunis berlaku di Singapura dan Kuala Lumpur. Ia menjadi serius pada 1937 apabila buruh estet getah dan bijih turut mogok menyebabkan ekonomi negara terancam. British di Tanah Melayu melaksanakan ‘Punishment Ordinance’ dengan menangkap pemimpin kesatuan buruh yang disyaki sebagai aktivis komunis. Namun, mereka terus berarak dan berdemonstrasi di Kuala Lumpur dan keadaan menjadi serius apabila buruh lombong arang batu di Batu Arang merampas lombong serta mengawal pengurusannya.

Ia akhirnya memaksa majikan bersetuju menerima beberapa tuntutan mereka seperti kenaikan gaji, syarat bekerja yang lebih baik dan kemudahan pekerja yang sewajarnya. Ketika Jepun menawan Tanah Melayu, PKM turut bangkit menentang Jepun menyebabkan British mengiktirafnya sebagai pertubuhan yang sah (1945-1948).

Sentimen anti-Jepun di kalangan orang Cina dan PKM mendorong mereka menubuhkan Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk menentang Jepun. Selepas tamatnya perang (16 Ogos 1945), MPAJA atau dikenali sebagai Bintang Tiga menguasai negara selama 14 hari dengan melakukan pelbagai kezaliman dan kekejaman.

Apabila British kembali pada awal September 1945 dan mengharamkan MPAJA, maka ahlinya menganggotai Old Comrades Association yang ditubuhkan akhir 1945. Di antara 1946-1947 terdapat hampir 300 pemogokan didalangi komunis. Pada 1947, Chin Peng dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM. Beliau tertarik dengan pendekatan revolusi komunis di China pimpinan Mao Zedong.

Pada 1948, PKM mengangkat senjata menentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menyebabkan British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960).

Perjuangannya bersarang di hutan belantara dengan melakukan serangan hendap serta menggunakan kaedah jerangkap samar yang mengorbankan banyak nyawa dan kecacatan. Pada 1955, Chin Peng menolak perjanjian Damai Baling dengan Tungku Abdul Rahman dan meneruskan perjuangan bersenjata dengan berselindung di sebalik nama Pembebasan Nasional Malaya (PNM). Pada November 1957 Persidangan International Communist Movement di Moscow mengiktiraf PKM sebagai parti komunis yang mewakili pertubuhan komunis antarabangsa di Tanah Melayu.
Wakil PKM yang hadir dalam persidangan itu ialah Siu Cheong dan Musa Ahmad. Nama seperti Rashid Maidin, Musa Ahmad, Abdullah CD, Abu Samah Mohd Kassim, Shamsiah Fakeh, Ahmad Baki, Ali Majid dan Abdul Rahman membawa kita kepada persoalan mengenai pembabitan orang Melayu dalam perjuangan fahaman kiri ini. Untuk mempengaruhi orang Melayu, komunis menerbit dan menyebarkan risalah dalam bahasa Melayu seperti Suara Boeroeh Malaya dan Ingatan. Mereka juga menubuhkan Jawatankuasa Tempatan Komunis dan Liga Anti-Imperialis. Aktivis Parti Komunis Indonesia (PKI) juga digunakan untuk meraih sokongan orang Melayu dan orang Jawa di beberapa negeri.

Apabila pemberontakan PKI (1926) gagal, ramai tokoh ternamanya seperti Tan Malaka, Hasanoesi, Alimen, Sutan Pateh, Moeso, dan Boedisoejitro melarikan diri ke Singapura dan Pulau Pinang. Wakil PKM iaitu Rashid Maidin pernah hadir dalam persidangan Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA) di Maahad II Ihya As-Syarif, Gunung Semanggol pada Mac 1947. Beliau cuba membangkitkan semangat orang Melayu supaya menentang British melalui kekerasan. tapi beliau gagal. Pada tahun 1950, komunis telah melancarkan perperangan di muar johor yang mana sebuah balai polis yang terpencil di kampung bukit kepong telah menjadi mangsa keganasan kominis. Sekitar 1960-an, masih wujud usaha mempengaruhi orang Melayu melalui penubuhan beberapa sekolah tajaan komunis untuk orang Melayu tetapi gagal.

Sekitar 1970-an, terdapat dua siri pembunuhan dilakukan oleh ejen komunis ke atas pegawai tertinggi Polis Di-Raja Malaysia iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim (1974) dan Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong (1975). Tugu Negara juga turut dibom pada 1975. Komunis meletakkan senjata selepas diadakan Majlis Perjanjian Damai di antara Kerajaan Malaysia dan PKM di Haadyai, Thailand pada 1 Disember 1989.

Kesimpulannya, perjuangan komunis gagal kerana ia tidak mendapat sokongan orang Melayu yang berakidah Islam. Perjuangan komunis bukanlah satu sumbangan kemerdekaan tanah air kerana cita-cita PKM mahu membentuk sebuah Republik Komunis Tanah Melayu adalah satu bentuk penjajahan baru yang tidak dapat diterima sama sekali, khususnya di kalangan orang Melayu beragama Islam. Justeru, wajarkah satu perjuangan songsang diberi pengiktirafan di negara ini?

RAHSIA SEORANG WANITA


Agenda seksual merupakan aktivitas yang dilakukan oleh kedua belah pihak. Dibutuhkan kerja sama agar kenikmatan dapat tergapai secara maksimal. Sama halnya dengan wanita yang ingin mengetahui rahasia seks pasangannya, pria pun kerap dilanda keingintahuan tentang rahasia seks wanita.

Nah, ketimbang menjadi misteri, ikuti saja ulasannya di bawah ini seperti diungkap Idiva.

Fantasi terliar
Pria ingin tahu apa yang dipikirkan ketika Anda sendirian dan tanpanya. Dia ingin tahu apa saja yang membangkitkan gairah Anda. Dari sana, dia pun siap untuk memenuhi fantasi Anda serta memeberikan rangsangan untuk memenuhi keinginan Anda tersebut.

Dominasi keinginan


Jika Anda ingin memiliki pengalaman lebih di tempat tidur, sementara pasangan adalah seorang pria yang biasa saja, sebaiknya Anda memberitahunya. Tidak harus melalui kata-kata untuk mengutarakannya. Ungkapkan saja padanya bahwa Anda ingin mendominasi sesi seks bersamanya malam ini. Selain dia merasa dihargai, Anda pun mendapatkan pengalaman seks yang sensasional.

Cinta itu dinamis
Anda tidak pernah tahu sebelum Anda memiliki pengalaman sebelumnya bukan? Jadi teruslah bergerak dinamis meskipun dalam urusan seks sekalipun. Dari kekayaan pengalaman tersebut, Anda pun akhirnya dapat mengetahui apa yang membuat Anda turn on. Tak ada salahnya juga untuk memberitahu dia sehingga Anda pun tak perlu kerja ulang untuk mendapatkan pengalaman yang Anda inginkan.

Keinginan untuk miliki sexperiment
Apakah Anda berasumsi bahwa dia menyukai sesuatu hal tetapi mereka enggan untuk mencobanya? Mungkin asumsi tersebut juga melintasi alam pikirannya dan menjadi tanda tanya. Bisa jadi, keinginan untuk bercinta dengan variasi baru sebenarnya ingin dilakukan hanya saja mungkin dia takut untuk memulai sesuatu hal yang baru karena dia khawatir akan reaksi Anda. Jadi, ketimbang saling menunggu sebaiknya mulailah berbicara dan mengeksplorasi pilihan baru padanya.

Gulirkan komunikasi
Dalam sebuah kehidupan seks sekalipun, tentu Anda akan mengalami ketidakcocokan sesekali waktu. Karenanya, dibutuhkan komunikasi sebagai jalan tengah. Jika Anda mengalami sakit saat bercinta, tak ada salahnya untuk memberitahukan pasangan. Jangan membiarkannya tanpa pernah mengomunikasikan hal tersebut dengannya. Ini hanya akan membuat hubungan Anda menjadi tidak harmonis.

CIRI-CIRI BERBUDI BAHASA DENGAN MASYARAKAT

(1) Bertimbang rasa
- Perasaan bertimbang rasa merupakan sebahagian daripada sikap terpuji mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum
- bertindak atau melakukan sesuatu perkara agar tidak menyinggung perasaan orang lain
- memahami pendapat yang berbeza dan belajar menyesuaikan diri dengan orang lain

(2) Bertoleransi

- bersikap sabar
- sikap dapat menerima atau menghormati pendapatan, fikiran dan kepercayaan orang lain

(3) Bertolak ansur

- tidak hanya mementingkan atau menguntungkan bagi sebelah pihak semata-mata
- tidak terlalu mengira bila berbuat baik sesama orang lain
- mudah memaafkan kesalahan orang lain

(4) Bersopan-santun

- lemah-lembut
- tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjuk dan tidak sombong dalam pergaulan
dengan orang lain
- perilaku yang sopan

(5) Ramah mesra

- mudah diajak berunding
- mesra dan memberi senyuman
- penyabar dan tidak emosional

(6) Tidak mementingkan diri sendiri

- tidak hanya memperhatikan kepentingannya sendiri, tetapi kepentingan orang lain juga
- selalu tolomg menolong antara satu sama lain
- memberi bantuan kepada orang yang memerlukankan bantuan





Mungkin banyak di antara kita mendengar cerita daripada atuk dan nenek kita bagaimana mereka berinteraksi dengan orang yang lebih tua.Jikalau masyarakat dulu sangat berbudi bahasa dan baik tutur katanya terhadap orang yang lebih tua tetapi zaman sekarang ada sahaja anak-anak yang berani melontarkan kata-kata yang kurang sopan.Filem-filem melayu klasik dahulu banyak menerapkan nilai-nilai berbudi bahasa.Sebagai contoh anak-anak membongkokkan sedikit badan apabila berjalan di hadapan orang tua,bersalaman dengan tetamu yang hadir,membuatkan air untuk tetamu dan bertanyakan khabar.Namun di dalam filem-filem atau drama zaman sekarang amat jarang dapat kita iht perlakuan seperti yang terdapat dalam filem-filem klasik.

Tambahan pula, baru-baru ini negara dikejutkan dengan berita tentang seorang pelajar menengking dan mengherdik gurunya di dalam kelas.Perkara ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat kini amat tidak menerapkan amalan berbudi bahasa dalam kehidupan seharian.Lima belas tahun yang lalu amat jarang sekali kita dapat dengar tentang tindakan kasar pelajar terhadap gurunya.Peredaran masa dan zaman dapat merubah pelagai macam perkara.





  1. Ibu bapa
  • Kurang memainkan peranan dalam mendidik anak-anak mengenai budi bahasa
  • Terlalu sibuk dengan kerjaya
  • Terlalu mengharapkan guru/pendidik di sekolah mendidik anak-anak
  • Tidak menekankan aspek budi bahasa dalam diri anak-anak
2. Kemajuan teknologi

  • Budaya luar yang mudah diikuti
  • Memberi pengaruh yang kurang baik
  • Budaya luar tidak mementingkan budaya budi bahasa
  • Remaja terpengaruh dengan budaya luar seperti "punk", "gothik", dan sebagainya.
3. Diri sendiri/Remaja/Masyarakat

  • Menganggap tidak penting
  • Kolot dan memalukan
  • Bangga dengan status (anak orang berada)
  • Lebih bangga dengan budaya luar berbanding budaya sendiri
  • Kurang didikan agama
  • Kurang perpaduan negara
4.Sekolah
  • Kempen di sekolah kurang berkesan
  • Guru-guru yang kurang menekankan aspek berbudi bahasa dan lebih mengutamakan aspek peperiksaan
  • Terlalubergantung terhadap kerajaan

5.Kerajaan

  • Tidak mementingkan budi bahasa(terutamanya kakitangan awam)
  • Tidak boleh dijadikan contoh kepada rakyat
  • Kempen yang dijalankan banyak tidak berkesan 
    DIRI :
  • Diberi petunjuk di dunia dengan ucapkan kata-kata yang baik
  • Sikap yang kasar dan keras hati akan menyebabkan orang akan menjauhkan diri dari kita.
  • Mengamalkan amalan berbudi bahasa akan mencerminkan keperibadian seseorang.
MASYARAKAT:
  • Mendapat layanan yang baik dari masyarakat.
  • Melahirkan masyarakat yang baik,bertanggungjawab dan penuh amanah.
  • Menzahirkan rasa hormat antara satu sama lain.
NEGARA:
  • Menjadi khazanah yang boleh diwarisi.
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim serta menyemarakkan lagi semangat muhibbah.
  • Melahirkan bangsa yang penyayang.
KESAN BURUK

DIRI:
  • Kurangnya kesedaran sivik terhadap harta benda awam.
  • Dipandang serong oleh masyarakat.
  • Tidak dipercayai oleh orang sekeliling.
MASYARAKAT
  • Keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat.
  • Wujudnya jurang antara golongan tua dengan golongan muda.
  • Berlakunya perbalahan antara masyarakat.
NEGARA:
  • Pembangunan negara akan terbantut kerana tiada persefahaman antara masyarakat.
  • Meningkatkan kes jenayah dalam negara.
  • Pandangan serong daripada masyarakat luar.
    Amalan dan penerapan budi bahasa dan nilai-nilai murni sama ada dalam komunikasi, ucapan, pertuturan atau panggilan atau dalam perlakuan dan pergaulan dapat dipraktikkan dalam :
  • institusi kekeluargaan
  • Istitusi kemasyarakatan
  • Institusi pembelajaran
  • Institusi perkhidmatan
  • Institusi Kekeluargaan
  • Antara Ibu Bapa-Anak-Anak-Ibu Bapa
Ibu bapa wajib mendidik,membimbing dan mengatur anak-anak supaya bertutur dengan baik dan betul serta mempunyai kelakuan terpuji. Antaranya :
  • Patuh, taat, hormat dan menyayangi mereka
  • Menghormati orang lain, menghargai alam sekitar, tumbu-tumbuhan dan haiwan
  • Beradap, bertingkah laku sopan dan tertib dalam semua keadaan
  • Menjaga kebersihan diri, pakaian dan persekitaran
  • Antara Adik-Beradik
Hubungan antara adik-beradik disusun oleh aturan kelahiran dari sulung kepada tengah dan bongsu.Yang muda mesti hormatkan yang tua, adik menghormati kakak dan abang dengan memanggil secara baik gelaran atau pangkat yang lazim dalam masyarakat.Antaranya ialah:
  • Gelaran abang long, abang ngah, kak cik atau sebagainya
  • Pergaulan dan kelakuan antara adik beradik perlulah bersopan santun
  • Rasa hormat-menghormati dan setiakawan serta saling membantu

  • Antara saudara-mara
Hubungan darah dan perkahwinan dengan saudara- mara sebelah ibu dan bapa, ipar dan mentua dan sebagainya hendaklah berasaskan rasa hormat,sopan dan santun melalui tegur sapa dan panggilan mereka
  • Komunikasi dan pergaulan saudara-mara juga harus berasaskan rasa hormat, sopan dan santun.
  • Kunjung-mengunjungi antara saudara-mara adalah amat baik dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.
2. Institusi kemasyarakatan dan masyarakat umum
  • Antara generasi tua dan muda
Hubungan antara tua dan muda sentiasa berada dalam suasana hormat-menghormati,sayang-menyayangi dan bertatasusila.Antaranya:
  • Mendahulukan yang tua
  • Bertegur sapa dengan panggilan pakcik atau makcik atau kakak atau adik jika lebih muda
  • Bertutur,bercakap atau berbual dengan nada suara lembut,bersopan dan rendah diri
  • Tidak berjenaka sesuka hati,memerli atau memandang rendah,membantah dan bermegah-megah.
  • Yang muda diberi peluang untuk memberi pendapat atau pandangan.
  • Pemimpin Masyarakat dan Orang Awam

Hidup bermasyarakat memerlukan tutur kata yang sopan, fiil yang halus dan berpekerti yang mulia. Antaranya :
  • Menghormati seseorang yang dipilih menjadi pemimpin
  • Bekerja bersama-sama , bermuafakat dan berunding.
  • Semangat bergotong royong.
  • Masyarakat Umum
Anggota Masyarakat yang berbudi adalah orang yang menunjukkan perangai, kelakuan serta peribadi yang baik dan sentiasa menjaga dirinya dari segala macam perlakuan buruk yang tidak disetujui masyarakat. Antaranya :
  • Memberi bantuan terutama kepada warga tua, warga istimewa, wanita dan kanak-kanak.
  • Bertimbang rasa, sabar dan baik hati
  • Mengelak dari membuang sampah dan melakukan kekotoran
3. Institusi Pembelajaran
  • Antara Guru-Pelajar-Guru
Guru mendidik murid-murid termasuklah berbudi bahasa dan berakhlak untuk berkelakuan baik teratur dan sejahtera. Antaranya :
  • Berdisiplin
  • Bertegur sapa dengan penuh hormat dan bersopan santun
  • Menggunakan bahasa yang sopan dan beradab
  • Berani mengakui kesalahan
  • Antara Pelajar-Rakan Sebaya
Saling menghormati sesama rakan. Antaranya :
  • Membiasakan diri mengucapkan salam atau ucap selamat
  • menghargai perbezaan beragama, latar belakang masyarakat dan budaya masing-masing
  • menghargai idea, fikiran dan pendapat serta hak milik rakan sebaya
4. Institusi Perkhidmatan
  • Antara Ketua-Anggota Yang dipimpin Ketua
Layanan baik dan berbudi oleh ketua terhadap kakitangan bawahan akan menimbulkan rasa mesra dan mendorong semua kakitangan berusaha keras untuk membantu ketua mencapai matlamat organisasi.
  • Antara Rakan Sekerja
Sesama rakan sekerja perlulah menunjukkan budi pekerti yang mulia dan bahasa yang halus serta bertimbang rasa akan sentiasa menarik rakan sekerja untuk bersama menjalankan kerja yang bermutu, membina kesatuan organisasi dan juga mencapai matlamat danmisi organisasi.
  • Antara Organisasi- Pelanggan
Anggota perkhidmatan yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan dan perkhidmatan telefonis menjadi cerminan kepada seluruh organisasi yang diwakilinya.

HORMATILAH GURU ANDA

Guru adalah insan yang sangat besar jasanya kepada kita semua. Sebut sahaja perkataan guru, cikgu, mursyid dan apa jua yang sama dengannya, pasti akan terbayang difikiran seseorang yang mengajar ilmu, menunjukkan kesalahan, memberi nasihat, latihan dan panduan.
Pendek kata mereka adalah insan yang menunjukkan kita sesuatu ilmu yang membuatkan kita yang asalnya tidak tahu, menjadi tahu.  Tanpa guru siapalah kita pada hari ini. Jika kita bergelar doktor, peguam, jurutera dan saintis, itu semua adalah hasil daripada didikan guru-guru kita sejak kita tadika, sekolah dan universiti. Merekalah yang membentuk kita menjadi seperti sekarang.
Islam amat menitikberatkan adab seorang murid terhadap gurunya. Adalah menjadi suatu kewajiban bagi kita untuk hormat kepada guru meskipun mereka tidak lagi mengajar kita. Seorang guru sudah pasti mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang sesuatu bidang sehingga mampu mengajar orang lain. Oleh sebab itulah menghormati mereka adalah dituntut oleh syarak sebagaimana firman Allah S.W.T :
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu." (An-Nisa' :59)
Pernah diceritakan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali.
Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut.
Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie.
Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka.
Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru.
Rasulullah s.a.w bersabda:
" Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami." (Riwayat Ahmad)

Kebelakangan ini, pelajar kurang mengambil berat soal hormat-menghormati dengan guru. Sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi pelajar yang melawan guru malah ada yang berani mencederakan guru yang mengajarnya ilmu. Hal ini amat bercanggah dengan adab pelajar dalam Islam. Saidina Ali juga pernah berkata, "Barang siapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku." Tuan yang dimaksudkan oleh Saidina Ali adalah gurunya.
Terdapat banyak cara menghormati guru kita. Jika ilmuan terdahulu yang terkenal dengan ketokohan ilmunya menghormati guru mereka, maka mengapa kita yang tidak menjadi tokoh dan ilmuan berani melanggar adab berguru.
Adab ulama salaf dan ilmuan terdahulu dengan guru mereka ialah Mereka merendah diri terhadap ilmu dan guru dan sentiasa menurut perintah serta nasihat guru dan sentiasa meminta pendapat serta pandangan  guru dalam setiap urusan mereka.
Mereka mentaati setiap arahan serta bimbingan guru umpama seorang pesakit yang tidak tahu apa-apa yang hanya mengikut arahan seorang doktor pakar yang mahir. Mereka juga sentiasa berkhidmat untuk guru-guru mereka dengan mengharapkan keredhaan dan balasan pahala serta kemuliaan di sisi Allah s.w.t.
Ulama terdahulu tidak pernah sama sekali menggelar guru mereka dengan nama yang buruk. Bahkan mereka juga tidak pernah memanggil guru dengan panggilan "engkau" dan "awak".  Al-Khatib berkata: Hendaklah dia berkata "Wahai guru, apakah pendapat kamu mengenai hal ini?" dan kata-kata seumpamanya. Dan tidak menggelarkannya dengan namanya kecuali disertakan dengan gelaran-gelaran yang menunjukkan penghormatan serta takzim kepadanya. Misalnya syeikh ataupun ustaz atau syeikh kami.
Mereka tidak sekali-kali berbantah-bantah ataupun berlawan cakap dengan guru. Sesungguhnya berbantah-bantah itu secara umumnya sudah merupakan suatu perbuatan yang keji dan terlarang, apatah lagi untuk berbantah-bantah dengan guru yang merupakan pembimbing serta qudwah. Perbuatan ini akan menjauhkan mereka sebagai pelajar daripada kebaikan dan merupakan penjerumus kepada kejahatan dan ianya adalah penyebab diharamkan ke atas mereka bermacam-macam bentuk kebaikan.
Jika mereka berhajat kepada guru mereka di luar waktu mengajar sedangkan guru tersebut sedang berehat ataupun tidur, maka guru itu tidak akan diganggu. Mereka akan menunggu sehingga guru tersebut terjaga dari tidur ataupun selesai dari berehat. Ibnu 'Abbas r.a pernah mendatangi salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w untuk bertanya kepadanya mengenai suatu hadith. Lalu dikatakan kepadanya: Dia sedang tidur. Maka duduklah Ibnu 'Abbas di muka pintu. Lalu dikatakan kepadanya: Tidak perlukah kita mengejutkannya? Ibnu 'Abbas pun menjawab: Jangan.
Begitulah hormatnya ulama' dan ilmuan Islam terdahulu. Disebabkan itulah mereka menjadi tokoh besar dan dihormati pula sehingga kini kerana mereka begitu menjaga adab dengan guru masing-masing. Semoga kita semua termasuk dalam kalangan mereka yang menghormati guru. insyaAllah.

MASYARAKAT JEPUN SANGAT BENCI KEPADA BANGSA CINA

Masyarakat China dan Jepun adalah masyarakat feudal. Feudal didefinasikan sebagai satu bentuk kerajaan yang dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu tertentu bukannya kerajaan pusat.Struktur masyarakatnya berbentuk piramid. Masyarakat dibahagikan kepada golongan pemerintah dan golonganyang diperintah.

Semasa zaman dinasti Ching (1644-1911) masyarakat China terdiri daripada maharaja, sarjana, petani, tukang mahir, saudagar dan rakyat jelata.
Sebelum pemerintahan Maharaja Meiji, masyarakat Jepun dibahagikan kepada Maharaja, Daimyo, Samurai, petani dan saudagar.

Di negara China, maharaja merupakan tunggak kerajaan dan mempunyai kuasa mutlak ke atas pemerintahan negara, rakyat dan tanah. Maharaja dianggap sebagai “Anak Syurga” yang akan memerintah mengikut mandat dari tuhan. Maharaja bertanggungjawab ke atas malapetaka yang menimpa rakyat. Kegagalan maharaja melindungi rakyat di anggap sebagai petanda bahawa mandat yang telah diberikan telah ditarik oleh tuhan. Oleh itu maharaja tersebut perlu digulingkan dan diganti dengan maharaja yang baru.

Golongan masyarakat selepas maharaja ialah pembesar atau golongan bangsawan. Mereka ditauliahkan dan diberi cop mohor oleh maharaja untuk memerintah. Golongan ini juga dianugerahkan tanah sebagai penghargaan ke atas sumbangan ketenteraan oleh mereka.

Golongan sarjana ialah golongan intelektual mempunyai darjat yang paling tinggi. Mereka akan dipilih sebagai pegawai kerajaan berdasarkan kelulusan yang mereka perolehi dalam peperiksaan awam China.

Peperiksaan ini diperkenalkan sejak Dinasti Han merangkumi peperiksaan bandar, peperiksaan wilayah dan peperiksaan istana yang akan dikendalikan oleh maharaja sendiri. Kelulusan dalam peperiksaan ini akan menjamin kedudukan mereka dalam pemerintahan kerajaan.

Golongan masyarakat yang kedua penting ialah golongan petani. 80 % daripada penduduk China adalah masyarakat petani. Mereka bertanggungjawab mengeluarkan bahan makanan secukupnya bagi memastikan kemampuan negara China menampung keperluan rakyatnya.

Seterusnya adalah tukang-tukang mahir dan diikuti oleh golongan saudagar. Disebabkan negara China berpendirian anti kepada kegiatan perdagangan maka golongan ini dipandang rendah. Ini adalah kerana aktiviti perdagangan dianggap sebagai suatu pekerjaan yang hina.

Golongan paling bawah terdiri daripada askar-askar dan orang gaji. Askar-askar ini biasanya terdiri daripada banduan-banduan yang telah dijatuhkan hukuman.

Masyarakat feudal di Jepun zaman Tokugawa (1603-1867) terdiri daripada Daimyo, Samurai, petani, tukang mahir dan saudagar.

Maharaja hanyalah sebagai boneka dan dijadikan simbol pemerintahan sahaja. Kuasa pemerintahan sebenar terletak ditangan Shogun dan dibantu oleh daimyo-daimyo. Daimyo yang penting adalah daimyo Fundai. Mereka akan membantu Shogun dalam pemerintahan. Mereka merupakan anggota keluarga dan sekutu-sekutu Shogun. Mereka dikurniakan tanah dibahagian tengah dan utara Honshu.
Diamyo Tozama ialah musuh Shogun. Mereka terdiri daripada suku-suku barat seperti Satsuma,Chosu,Toza dan Hizen. Mereka akan diawasai oleh Shogun dan dilarang memasuki istana maharaja di Kyoto.

Golongan daimyo sangat berkuasa di Jepun dan dikatakan mengalahkan kuasa yang dimiliki oleh maharaja sendiri.

Golongan samurai mempunyai kedudukan yang istemewa kerana kemahiran mereka dalam bidang ketenteraan. Kekuatan ketenteraan mereka menjadi tulang belakang kepada daimyo dan golongan bangsawan. Golongan samurai akan mempertahan hak milik serta melindungi keselamatan tuannya. Mereka tidak dibenarkan menceburi bidang pekerjaan yang lain.

Golongan petani menduduki tempat yang istimewa kerana Jepun juga adalah negara pertanian. Mereka merupakan pembekal beras kepada masyarakat dan pembayar cukai kepada kerajaan Jepun.

Tukang-tukang mahir adalah kedua penting selepas petani. Mereka mahir membuat alat-alat senjata seperti pedang untuk kegunaan samurai.

Golongan seterusnya adalah pedagang-pedagang. Walaupun mereka dipandang rendah dan tidak dibenarkan dalam pergerakan sosial namun keamanan yang mendorong perkembangan ekonomi membolehkan mereka mengumpul kekayaan dan berjaya sebagai pemiutang kepada golongan bangsawan.

Penutup.

Dalam sistem feudal di China dan Jepun maharaja merupakan pemerintah secara de facto manakala kuasa pemerintahan sebenar ditentukan oleh pembesar masing-masing.Kedatangan kuasa-kuasa barat pada abad ke-19 dan 20 memberi kesan kepada sistem masyarakat feudal di China dan Jepun

BERSIH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.  Renungan  "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32

SELEPAS Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012, melalui blog ini saya ada menulis beberapa komentar mengenainya. Dalam artikel bertajuk 'Perjalanan Bersihku...', antara lain saya menulis: "Ketika perhimpunan Bersih 3.0, saya saksikan sejumlah gambar besar PM Najib Razak sengaja diletakkan di atas jalan raya; dengan orang ramai terutama anak-anak muda memijak-mijaknya (ada yang berposing ketika memijak gambar itu); layaknya macam gambar George W Bush dan juga bapanya George Sr Bush (ketika menjadi Presiden Amerika) yang diinjak-injakkan oleh warga Iraq ketika Perang Teluk dulu.

"Sekalipun menyokong Himpunan Bersih 3.0 (hadirnya saya sebagai buktinya); saya tidak malu menyatakan perkara ‘tidak baik’ atau yang boleh membawa natijah tidak baik pada hari perhimpunan itu. Seumur hidup saya tidak pernah saksikan gambar PM terdahulu dipijak-pijak oleh rakyat. Najiblah PM pertama yang gambar-gambarnya diinjak-injak oleh rakyat (berdasarkan pengalaman saya). Tentunya hal ini boleh dibahaskan dan diusahakan jawapannya oleh ahli politik, sosiologi, psikologi dan agamawan.
"Bagi saya yang dangkal ini, ada tiga hal yang saya fikirkan mengenai kejadian tersebut. Pertama begitu bencinya segelintir rakyat kepada PM Najib sehingga mereka sanggup berbuat begitu dan kedua, segelintir anak-anak muda kita begitu rendah akhlaknya sehingga gagal mengawal diri daripada bertindak secara keterlaluan.
"Manakala yang ketiga mungkinkah pembawa gambar itu yang kemudian memijak-mijaknya adalah penyamar yang sengaja mencetuskan provokasi bertujuan menaikkan kemarahan rakyat bagi memancing mereka melakukan perkara di luar kawalan? Saya tidak dapat menjawab persoalan ini, cuma melaporkan apa yang saya saksikan dengan mata sendiri hal yang berlaku pada ‘Hari Bersih 3.0 itu’."
Kini selepas sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-55 tahun, hampir saban hari rakyat disogokkan dengan apa didakwa kebiadapan segelintir individu menginjak-injak gambar PM dan isterinya melalui siaran berita TV dan media massa lain. Beberapa orang sudah ditangkap, hampir semuanya golongan muda.
Seperti kebimbangan yang saya nyatakan dalam komentar saya selepas Perhimpunan Bersih 3.0, perlakuan melampau segelintir anggota masyarakat terutama di kalangan generasi muda tidak boleh dibiarkan; namun kita tidak boleh terus dengan mudah tanpa usul periksa menuding jari kepada mereka dan juga pembangkang seperti dihebah-hebahkan hampir setiap hari oleh media massa. Ini kerana jika menuding jari satu jari kepada seseorang atau pihak, tiga lagi jari menuding ke arah diri kita sendiri.
Hal inilah yang perlu kita fikirkan; apa sebenarnya sudah berlaku kepada masyarakat kita sehingga ada anak-anak muda berperangai begitu jelik sekali. Bagi memuzakarahkan hal ini, marilah kita rujuk kepada kata-kata bijak pandai kita termasuklah dari segi bahasanya. Ada menyebut, baik pemimpin, baiklah orang dipimpinnya; sebuah hadis diriwayatkan oleh Ibnul Abdul Barr dan Abu Naim bermaksud: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.;“Dua golongan daripada umatku, apabila mereka baik, baiklah manusia dan apabila mereka rosak, rosaklah manusia. Itulah dia pemimpin dan ahli fiqh (ulama).”
Anak-anak muda yang rosak akhlaknya, secara tidak langsung menggambarkan perihal pemimpinnya. Mereka cerminan pemimpin. Ada sejumlah peribahasa Melayu menjelaskan hal ini, seperti 'bapa borek anak rintik'; 'bagaimana acuan begitulah kuihnya', 'apa yang disemai itulah yang dituai'; dan 'jika guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari'.
Kini kita dapat saksikan betapa kroniknya masyarakat. Aneka jenayah semakin menjadi-jadi. Pembunuhan, rogol, memeras ugut, merompak dan rasuah sudah menjadi bahan biasa hiasan dada-dada akhbar dan media elektronik. Daripada institusi keluarga sehinggalah ke peringkat tertinggi seperti pemimpin kerajaan semuanya bermasalah.
Malah ada pemimpin negara mempamerkan contoh buruk dengan menggalakkan budaya asing K-pop atau berjoget semasa merayakan Aidilfitri. Jadi tak hairanlah jika anak muda kita pun terkinja-kinja akan K-pop, budaya songsang yang cuba diterapkan dalam masyarakat. Gejala songsang ini seolah-olah tidak mempunyai penamatnya. Lagi ditegur, lagi menjadi-jadi, laksana mencurahkan minyak ke dalam api. Nasihat pun tidak diendahkan, bagaikan mencurah air ke daun keladi.
in negara dan politik tidak dapat menunjukkan contoh baik, bagaimana golongan muda dapat diharapkan menjadi warga baik pada masa depan. Ramai yang menolak malah memperlekeh dan menghina hukum Allah seperti hudud. Apabila tidak melaksanakan hukum Allah SWT manusia jauh daripada barakah-Nya kerana di dalam undang-undang-Nya ada kehidupan.
Akhir-akhir ini semakin banyak pihak dan pemimpin gila untuk berkuasa. Mereka sanggup berbuat apa saja. Fitnah termasuk dalam hal-hal sangat jelik seperti tuduhan seks menjadi 'basahan' saja bagi mereka. Berdasarkan perkembangan politik semasa, kita berasa sedih dan jijik dengan perlakuan sesetengah pemimpin politik terutama yang beragama Islam.
Mereka seolah-olah mengesahkan tanggapan bahawa politik itu kotor; untuk berkuasa seseorang itu perlu bijak mencuri peluang sekalipun haram kerana matlamat menghalalkan cara (Machiavelli). Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara. Buatlah apa sekalipun, yang hak tetap hak dan yang batil tetap batil. Yang haram tetap haram, yang halal tetap halal.
Jika pemimpin 'main kotor', maka anak muda pun mula 'main kotor'. Jadi apabila mereka bertindak kotor seperti memijak-mijak gambar pemimpin, jangan hanya salahkan mereka. Mereka adalah cerminan pemimpin - jika guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari!

ORANG MELAYU MENGGUNAKAN ILMU HITAM

Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.
Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-

  • Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
  • Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
  • Polong : Bagi menghisap darah mangsa
  • Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.
Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.

Jenis-Jenis Sihir
PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir

TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za’faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.

Cara Mengatasi Sihir-sihir di atas
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257

3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286


SAKA ( KETURUNAN )
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.
Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.
Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.
Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.
1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )

3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )

Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur’an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah…… Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah….
Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagin tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya.

















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin