Ahad, 5 Januari 2014

MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD.

1. Ada pihak yang mahu laksanakan hudud, manakala ada pihak lain sebaliknya?
2. Benarkah rejam tidak termasuk dalam hukuman hudud?

Pertama sekali apabila kita membicarakan tentang hudud, ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan.

Apakah itu hukum hudud atau hukum-hukum Allah?

Yang tergambar  dan digembar-gemburkan dalam fikiran kebanyakan kita ialah potong tangan. Hudud itu rejam orang sampai mati (bagi pelaku zina yang sudah berkahwin), hukum bunuh pancung, hukum sebat dan rotan, salibkan bagi peritiwa hirabah yakni samun dan rompak. Setakat itu yang digambarkan tentang hudud. Kita tidak bercerita dan memberikan kefahaman yang benar kepada masyarakat tentang hudud. Lebih-lebih lagi kepada non-Muslim.

Para ulama memberikan definisi hudud : “Hukuman yang telah ditentukan (jumlah bilangan dan kaedah perlaksanaan) di sisi syara’ dilaksanakan terhadap sesuatu maksiat yang dilakukan, yang melibatkan hak Allah.”

Di sana ada hak Allah dan ada hak manusia. Hak manusia ini yang membezakan antara hukuman hudud dan hukuman qishas. Qishas ialah hukuman balas, sebagai contoh kesalahan mencederakan seseorang menjadi buta akan dikenakan hukuman balas yang sama dengan membutakan mata pelaku kesalahan.

Manakalan hukum hudud adalah hak Allah. Sekali imbas seperti tiada apa-apa kaitan antara mencuri dan hak Allah. Bahkan kalau diikutkan jika boleh barang curian itu dikembalikan, mungkin itu dirasakan lebih baik. Namun begitu, di sisi Islam hukuman had tetap perlu dilaksanakan. Hukuman had tidak boleh dimaafkan. Hal ini berlaku hanya apabila ia dilaporkan kepada pemerintah.

Ini bertepatan dengan apa yang Nabi katakan, “Allah melaknat oleh yang memberi ampun dan meminta ampun (bagi kesalahan hudud)”. (Imam Malik dalam Muwathha, kitab Hudud)                                        

Secara umumnya hukuman hudud ini bertujuan untuk menjaga 5 perkara asas (dharuriyayul khams)  yang termasuk di dalamnya menjaga agama, nyawa, harta, keturunan dan akal.

Contohnya (penjelasan diringkaskan oleh editor) ; (1) hukuman mencuri bertujuan untuk menjaga harta. (2) hukuman zina pula dikenakan untuk menjaga nasab dan keturunan. (3) al-hirabah (rompakan) bertujuan untuk menjaga harta.

Mungkin ada dikalangan kita merasakan ada hukuman Islam zahirnya kelihatan kejam. Sebagai orang Islam, perasaan ini tidak boleh muncul dalam hati kita walaupun sedikit. Haram hukumnya ada di dalam hati umat Islam, merasakan hukum Islam itu kejam.

Pernahkah kita melihat peragut yang berjaya ditangkap oleh orang awam? Apakah tindakan yang dilakukan tidak sanggup dilihat. Banyak rakaman di youtube menunjukkan penjenayah ini dilayan jauh lebih teruk dari apa yang Islam tentukan.

Islam mengatur hukuman dengan cara yang terhormat. Islam mengatur hukuman untuk memberi rasa insaf kepada pesalah dan masyarakat awam yang menyaksikan hukuman.

Antara kaedah perlaksanaan hukuman hudud ialah dibacakan ayat al-Qur’an tentang hukuman, dibacakan kesalahannya di hadapan orang awam, dan setelah itu didoakan semoga Allah ampunkan kesalahan penjenayah tersebut, dan sekiranya hukuman mati dikenakan jenazahnya tetap diurus dengan cara yang terhormat. Bahkan Islam pelaku kesalahan itu tidak dibenar dicaci, dimaki.

Adakah Rejam Termasuk dalam Hukuman Rejam

Imam Bukhari Rahimahullah dalam Shahihnya:

Telah meriwayatkan kepada kami `Ali bin `Abdillah,telah meriwayatkan kepada kami Sufyan,daripada Az-Zuhri,daripada `Ubaidillah,daripada Ibnu `Abbas radiallahu`ahuma,katanya: `Umar radiallahu`anhu berkata: " Aku takut akan dipanjangkan zaman untuk manusia,hingga akan ada yang berkata: " Kami Tidak mendapati (hukum) rejam dalam Kitab Allah,lantas mereka akan sesat disebabkan meninggalkan kewajiban yang telah Allah turunkannya,maka ketahuilah sesungguhnya rejam adalah hak ke atas sesiapa yang berzina dan dan dia seorang muhson(sudah berkahwin,janda,duda dll) jika telah tertegaknya bukti,atau mengandung atau pengakuan- Kata Sufyan( At-Thauri): beginilah aku telah hafal- maka ketahuilah : Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam telah merejam( menegakkan hukum rejam) dan kami pun merejam selepasnya(kewafatannya)

(HR Bukhari no:6829, Kitab Hudud, bab Pengakuan berzina, Muslim no:1691, Kitab Hudud,Bab Rejam Janda yang berzina, dan ini lafaz Imam Bukhari)


Hal ini telah dinukil secara ijma’ oleh ahli ilmu. Kecuali beberapa ilmuwan semasa yang mereka melihat agak kurang sesuai hukum rejam itu dilaksanakan ketika ini. Lantas mereka mengalihkan hukuman rejam itu dari hudud kepada ta’zir. Atas alasan masyarakat hari ini tidka punya kekuatan iman untuk melaksanakan hukuman ini dan meliaht kepada suasana.

Saya berpendirian, bahawa hal ini tidak tepat. Ini kerana hukuman had adalah ketetapan dari Allah seperti dijelaskan, “Ini adalah ketentuan hukum Allah, dan jangan kamu melanggarnya.” (Surah At-Talaq, ayat 1). Ini  adalah ketetapan kadar yang dating dari syara. Oleh sebab itu, para ulama’ ahlus sunnah terdahulu telah ijma’ tentang hal ini. Tidak ada khilaf dari kalangan mereka kecuali sebilangan yang tidak dikira kedudukan mereka.

Perlaksanaan Hukum Hudud
Berikut merupakan contoh perlaksanaan hukuman hudud di Arab Saudi.

Seorang lelaki dikenakan hukum qishash kerana membunuh seorang lelaki lain. Pada ketika mangsa dibunuh, dia meninggalkan seorang isteri yang sedang hamil. Perlaksanaan hukuman bunuh balas ditunda sehingga wanita itu melahirkan anak dan anaknya dewasa. Ini kerana pihak mahkamah mahu mendapatkan keputusan dari anak itu sama ada mahu memaafkan kesalahan bunuh itu (dengan bayaran ganti rugi : diyat) atau sebaliknya. Hal ini berlaku kerana di dalam Islam ‘kemafaan’ itu lebih didahulu dan diutamakan berbanding hukuman. Cukup mendapat kemaafan dari salah seorang ahli waris untuk menolak hukuman qishah yang dikenakan. Ini antara conoth keindahan hukuman Allah yang tidak ditampilkan kepada masyarakat.

Yang selalu digembar-gemburkan ialah hukuman potong tangan, rejam dan hukuman pancung sahaja.

Polemik Hudud

Kalau sebelum ini kita boleh mengadakan kempen tentang NKRA, KPI, Islam Hadhari, Satu Malaysia atau negara berkebajikan, maka sepatutnya juga membuat kempen untuk memberi penerangan tentang hudud.

Apa yang berlaku ialah di satu pihak sibuk hendak laksanakan. Manakala di satu pihak yang lain pula, merasakan ia masih belum sesuai. Jika tidak sesuai sepatunya kita kemukakan apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan. Kita tidak boleh berhenti sekadar menyatakan’tidak sesuai’. Seharusnya kita berikan satu alternatif, seperti menubuhkan suruhanjaya atau badan tertentu yang berkecuali. Ini adalah kerana ia urusan Islam dan bukan urusan parti semata-mata. Undang-undang ini tidak akan dilaksanakan oleh parti sebaliknya melalui umat Islam itu sendiri.

Kita boleh undang pakar-pakar undang-undang Islam untuk duduk bersama berbincang, begitu juga wakil-wakil dari Negara yang sudah berpengalaman melaksanakan hudud dan juga pakar perlembagaan untuk melihat ruang-ruang dalam perlembagaan yang boleh dibaiki untuk melaksanakan hukum hudud ini.

Jika hal ini tidak berlaku, pihak yang menyatakan perlaksanaan hudud ini masih belum sesuai akan dianggap dan dituduh sebagai anti-hudud.

Di suatu pihak lain pula yang bersungguh-sungguh mahu melaksanakan hudud, apakah usaha penjelasan yang telah kalian lakukan kepada masyarakat? Dan apakah keutamaan yang paling mendesak dalam masyarakat? Dalam keadaan kelab malam masih banyak, pusat urut masih banyak beroperasi dan arak masih dijual secara terbuka dan mudah diperoleh.

Sedangkan khalifah Umar al-Khattab pernah menagguhkan hukuman potong tangan kepada pencuri pada musim kemarau. Ini menunjukkan bahawa perlaksanaan hukum diraikan mengikut suasana. Kalau suasana tidak menutup kepada pintu-pintu yang membawa kepada maksiat, maka tidak boleh dilaksanakan hukum ini. Perlu diberikan kefahaman agama dan menutup ruang-ruang menjurus kepada maksiat. Justeru itu kita melihat hukum ini banyak dilaksanakan setelah hijrah Nabi ke Madinah, setelah umat faham tentang Islam. Untuk itu, buat tempoh ketika ini penjelasan adalah perkara yang penting. Tanpa penjelasan masyarakat akan terus berkeras dengan pendirian masing-masing dan boleh mengakibatkan perpecahan.

Apabila kita berbicara tentang agama kita tidak boleh prejudis dan tidak boleh ada kecenderungan kepada arti tertentu atau kelompok tertentu. Apabila kita mengulas tentang agama kita, maka kita bercakap kerana agama kita. Tidak ada alas an lagi untuk kita berpolitik dalam isu-isu sebegini. Ini adalah hukum Allah swt.

RASULLAH SAW MENANGIS AIR MATA NASIB UMAT ISLAM DI AKHIR ZAMAN.

Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam (s.a.w.) pernah meminta sahabat Baginda, Abdullah bin Mas'ud radhiallahu 'anhu (r.a.) membacakan Baginda ayat-ayat al-Qur'an. Lantas, Abdullah bin Mas'ud r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Ya Rasulullah, akukah yang akan membacakan kepada engkau, padahal ia (al-Qur'an) diturunkan kepada engkau?"

Rasulullah s.a.w. berkata: "Benar, tapi aku ingin mendengarkannya dibacakan oleh orang lain." Maka Abdullah bin Mas'ud r.a. pun membacakan ayat al-Qur'an bermula daripada permulaan surah an-Nisa' sehinggalah ayat ke 41:

فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِن كُلِّ أمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هَـؤُلاء شَهِيدًا
"Maka bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seseorang saksi (rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu)".
Baginda bersabda kepada Abdullah bin Mas'ud r.a. : "Cukuplah sehingga ayat ini.." dan air mata Baginda bercucuran keluar.
(Kisah ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Sabtu, 4 Januari 2014

1 JUTA RAKYAT BUKAN MELAYU MENJADI TARAF KERAKYATAN TANPA SEBARANG PROSES.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
Semalam Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan agar diadakan Suruhanjaya Khas RCI bagi mengkaji 1 juta kerakyatan  yang diberikan kepada Bukan Melayu sebagai pra-Kemerdekaan oleh Ketua Menteri Tanah Melayu Tunku Abdul Rahman Putra ialah bukti bahawa orang Melayu ‘murah hati’ bersedia untuk berkongsi tanahair mereka dengan mereka yang dianggap ‘orang asing’ dan ‘tidak berkerakyatan’ (Stateless Persons).
Hakikatnya, Bukan Melayu seperti orang Cina dan India adalah immigran ekonomi apabila keperluan mendapatkan buruh dan tenaga-kerja bagi lombong lombong bijih timah, ladang ladang getah dan projek pembikinan infrastruktur seperti jalan jalan raya, jambatan dan landasan keretapi giat diusahakan oleh British demi menyokong aktiviti ekonomi dan perdagangan mereka di Tanah Melayu bermula suku terakhir abad ke 19. Revolusi perindustrian di Britain juga meningkatkan permintaan bahan bahan mentah seperti bijih timah dan getah dan secara automatiknya merancakkan proses migrasi buruh.
Kelomok kelompok masyarakat Bukan Melayu mula ujud dan sistem sokongan juga mula bercambah. Ujudnya sistem sekolah vernakular adalah untuk memberikan masyarakat immigran ini sistem pelajaran yang hampir sama dengan negara asal mereka.

Demonstrasi menentang Malayan Union
Selepas Peperangan Dunia Kedua tamat, Whitehall mengistiharkan Tanah Melayu sebagai Malayan Union dan Parlimen British di Westminister Palace meluluskanya. Kuasa kuasa DYMM Raja Raja Melayu disingkirkan sama sekali. Ini mengakibat orang orang Melayu secara menyeluruh tidak puas hati dan mula membantah. Bantahan bantahan ini dibuat oleh pelbagai pihak, biasanya melalui NGO NGO Melayu yang ditubuhkan dan sediada dan makin rancak.
NGO NGO Melayu ini disatukan dan digabungkan. Pada 11 Mei 1946 dalam Kongress Melayu Kedua yang dianjurkan di Istana Besar, Johor Bahru dan perkenan DYMM Sultan Johor, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah lahir. UMNO sebagai organisasi yang berjaya mengbungkan suara orang Melayu secara menyeluruh mula mendesak DYMM Raja Raja Melayu untuk menolak Malayan Union.
Perundingan antara Raja Raja Melayu, wakil UMNO dan Pesuruhjaya British di King's House 20 Nov 1946
Perundingan antara Raja Raja Melayu, wakil UMNO dan Pesuruhjaya British di King’s House 20 Nov 1946
Maka berlaku siri perundingan antara pihak British dengan DYMM Raja Raja Melayu dan UMNO bermula April 1946, dimana konsep, struktur dan jurisduksi Malayan Union ditolak dan tidak diterima sama sekali. Maka Malayan Union dibubarkan. Pada persidangan 27 Julai 1946, Raja Raja Melayu dan UMNO menolak apa apa keputusan mengenai bentuk Tanah Melayu diputuskan oleh Whitehall dan Wesminster Palace. Perundingan dengan British ini diteruskan sehingga dirangka dan persetujuan baru dimeterai.
Walaubagaimanapun draf perjanjian baru ini ditolak oleh golongan radikal Melayu. Mereka bergabung dengan kumpulan berhaluan kiri dan Parti Kominis Malaya dan menubuhkan PUTERA-AMCJA untuk menentang UMNO dan mengemukan draf Perlembagaan Rakyat 1947. Namun British telah menolak cadangan ini.
DYMM Raja Raja Melayu, wakil wakil UMNO, Menteri Menteri Besar dan wakil wakil British semasa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dimeterai 21Jan 1948
DYMM Raja Raja Melayu, wakil wakil UMNO, Menteri Menteri Besar dan wakil wakil British semasa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dimeterai di King’s House pada  21Jan 1948
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditanda tangani pada 21 Januari 1948 antara British dan Raja Raja Melayu dan UMNO dan Menteri Menteri Besar ialah saksi perjanjian ini mewakili rakyat. Ianya mula berkuat kuasa pada 1 Februari 1948.
Maka Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 hasil dari Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ini. Ianya memberi takrifan persekutuan, Pesuruhjaya Tinggi British, kuasa kuasa memerintah, Majlis Mesyuarat Undangan, penggubalan undang undang, Majlis Raja Raja Negeri Melayu, Mahkamah, Negeri Negeri Melayu, Negeri Negeri Selat, kewangan dan paling penting, Kerakyatan Persekutuan.
Dalam Artikel 12 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ini jelas mengariskan bahawa rakyat Persekutuan Tanah Melayu merupakan rakyat Raja Raja Melayu dan orang Melayu. Ianya juga menggariskan hak Bukan Melayu untuk memohon sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu.
Artikel 12 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1 Feb 1948
Artikel 12 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1 Feb 1948
Sambungan Artkel 12
Sambungan Artkel 12
Majoriti Bukan Melayu yang berada di Persekutuan Tanah Melayu pada awal 1950an tidak diterima sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan mereka juga bukan warga rakyat yang diiktiraf oleh Britain. Pada masa itu, India telah merdeka dari Britain sebagai negara sistem demokrasi dan negara Cina telah menjadi Republik Rakyat Cina, iaitu sebuah negara kominis. Taraf mereka ialah golongan yang tidak berkerakyatan (Stateless Persons).
Pilihanraya Mesyuarat Perundangan pada 1955 menyaksikan Parti Perikatan, kerjasama yang berjaya dijana antara UMNO mewakili orang Melayu, MCA mewakili orang Cina dan MIC mewakili orang India bertanding disemua 52 kerusi yang dipertandingkan. Pengagihan kerusi ialah UMNO 35, MCA 15 dan MIC 2. Ini memperlihatkan kesediaan orang Melayu ‘mengala’ dan berkongsi kuasa kerana hak politik hampir berada mutlak ditangan orang Melayu apabila 84% dari 1.6 juta pengundi berdaftar dan layak mengundi ialah orang Melayu.
Kerjasama ini adalah bukti orang Melayu tidak tamak dan membolot sepenuhnya kuasa tetapi bersedia ‘berkongsi’ dengan Bukan Melayu.
84% dari pengundi berdaftar semasa Pilihanraya Majlis Perudangan Persekutuan 1955 ialah orang Melayu
84% dari pengundi berdaftar dan layak mengundi semasa Pilihanraya Majlis Perudangan Persekutuan 1955 ialah orang Melayu
Selepas pilihanraya pertama bagi memilih wakil wakil ke Majlis Mesyuarat Perundangan pada 1955, Parti Perikatan yang memennangi 51 dari 52 kerusi dipertandingkan diundang menubuhkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Presiden UMNO dilantik sebagai Ketua Menteri. Dalam perundingan dengan Britain bagi mendapatkan kemerdekaan sepenuhnya sebagai negara berdaulat, isu  kerakyatan mereka yang ‘tidak berkerakayatan’ (Stateless Persons) ini timbul.
Tunku Abdul Rahman telah bersetuju untuk menerima terus 980,000 Bukan Melayu yang diiktiraf sebagai  ’tidak berkerakayatan’ (Stateless Persons) sebagai warganegara dan diberikan taraf dan hak sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu. Tiada proses untuk mengkaji permohonan setiap mereka ini dan saringan dibuat menurut undang undang yang berkuat kuasa ketika itu iaitu sebagaimana dalam Artikel 12 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
Ini bermakna samada mereka memenuhi syarat sebagai layak untuk memohon dan ditimbangkan untuk menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu itu tidak berlaku.
Golongan ‘Tidak berkerakayatan’ (Stateless Persons) ini bukan sahaja mendapat kerakyatan, mereka juga secara automatiknya mendapat kuasa memerintah melalui sistem demokrasi Raja Berperlembagaan. Sebelum datang penjajah, tanahair ini diperintah oleh Raja Raja Melayu. Secara tidak langsung, hak kerakyatan memberikan gologan Bukan Melayu kuasa yang dahulunya hak mutlak Raja Raja Melayu.
Komponen Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu; Raja Melayu, UMNO dan Pesuruhjaya British
Komponen Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu; Raja Melayu, UMNO (mewakili rakyat baginda Tuanku) dan Pesuruhjaya British
Desakan Presiden UMNO V itu ada meritnya kerana warga Malaysia hari ini, terutama dikalangan Bukan Melayu yang lewat ini membangkitkan begitu banyak isu isu sensitif mengenai orang Melayu walaupun diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, perlu sedar asal usul mereka sebenar ada yang tidak layak diterima sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu semasa Kemerdekaan dicapai.
Walaupun kerakyatan yang diberikan secara enbloc itu tidak praktikal untuk ditarik semula, setidak tidaknya anak cucu mereka yang menikmati kehidupan dalam keadaan aman, makmur, sejahtera dan dibukan pintu peluang sepanjang hampir enam puluh tahun ini dengan hak sepenuhnya sebagai warganegara sedar semua ini datang kerana ehsan Raja Raja dan orang Melayu.
Golongan Bukan Melayu yang mejadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu bukan sahaja ada hak penuh, mereka bebas mengekalkan identiti, budaya, bahasa dan adat resam mereka, disamping bebas untuk melakukan apa apa aktiviti ekonomi termasuk berniaga dan mengumpulkan harta. Ada antara pula mereka mendapat kemudahan memohon tanah dari kerajaan dan mendapat pengecualian cukai tertentu apabila menjalankan perniagaan.
Adalah amat tidak sopan untuk mereka yang suatu masa dahulu menumpang sebagai immigran ekonomi, kini berusaha sistematik dalam pelabagai cara dan keadaan untuk melakukan provokasi, menghina, menyakitkan perasaan, dan menyingkirkan ‘tuan rumah’ yang telah pun menunjukan murah hari, toleransi dan kesediaan berkongsi tanahair mereka tanpa sebarang pra-syarat, apatah lagi meminta apa apa.
Sejarah telah membuktikan sikap kompromi dan toleransi orang Melayu merupakan asas terpenting negara ini lahir ditanahair nusantara ini.

NEGARA MALAYSIA ADALAH SIFAT KEBURUKAN MENGENAI RAKYAT MALAYSIA

Berikut ini adalah sebuah posting yang dilakukan seseorang yang tidak diketahui identitas asli nya, namun menyatakan beberapa pernyataan 'mencengangkan' soal saudara sebangsanya dan negara nya. Layak sekali untuk dibaca dan semoga jadi pembelajaran buat kita semua, juga bagi kedua belah pihak agar saling menghormati satu sama lain. Monggo disimak....

"Saudara-saudaraku setanah air. Ini sekedar sharing jer. Tadak maksud apapun.. Kita mungkin sedikit perlu berempati kepada negara kita ni yang nyaris tak punya identitas.

Setelah diteliti lebih jauh ternyata forumers Malaysiaku tidak pernah berfikir panjang apa yang akan dia orang tulis, seperti:



1. Dia orang mengatakan bahwa Indonesia tidak kreatif dan mengambil budaya malaysia, nyatanya. semua budaya dan lagu Indonesia telah nyata2 kita claim (batik: kita bilang batik malaysia padahal batik hanya ada satu yaitu dari Indonesia dan kualitasnya jauh lebih baik; Reog: kita hanya mengubah nama saja menjadi barongan padahal semua itu sama saja dengan reog,dll). Tidakkah itu tindakan yang salah.

2. Kita Orang kata lagu Indonesia jelek. Kenapa kita tak bisa terima kenyataan bahwa di malaysia ramai yang disukai adalah lagu2 Indonesia. Peringkat pertama Top hits di salah satu stesen radio malaysia adalah PETERPAN. Malahan lagu daerah di Indonesia kita claim. (Rasa Sayange).

3. Kita orang kata bendera dan lambang garuda Indonesia menjiplak dari Polandia, Monaco, sedangkan kita orang pun tak tau sejarah bendera Indonesia, dan kita tak tau bahwa di dunia ini ramai negara yang memiliki lambang garuda. Sedangkan bendera kita persis sama dengan Amerika hanya beda di bulan dan mataharinya saja. Tidakkah seharusnya kita sedar diri.

4. Ramai kita kata orang Indonesia bodoh2 hampir disetiap forum di negara kita ni, saya kerap melihat kata2 dr forumer yg berbunyi: indon bodoh blablabla. Macam mana dengan kita..? Nama pelajar malaysia pun tidak pernah terdengar di peringkat pertama di olimpiade sains international. sedangkan indonesia, hampir setiap tahun putra-putri indonesia menang dalam olimpiade internasional bahkan sering mendapat medali emas. Dan tidakkah kita tau bahwa dokter2 Indonesia selalu menjadi guru besar dan mengajari dokter2 malaysia di negara kita ni.

5. Salah satu dari forum yang kita tulis bahwa kita bangga dijajah England. Dan kemerdekaan kita hanyalah pemberian semata dan bukan merupakan hasil perjuangan.
Baca kutipan dari Majalah Time di tahun 1957 tentang kemerdekaan Negara kita.ya :
"The Malayans .. though the curiously un-enthusiastic calm with which they received their independence was attributed by British residents to the fact that it was handed to them on a platter."
Warga negara kita tidak puas karena kemerdekaannya seperti diberi oleh kerajaan Inggris. (Time Magazine: Malaya, A New Nation?)
Indonesia lahir dan jadi bangsa besar di dunia dengan cara yang heroik, mengusir bangsa-bangsa imperialis terbesar dunia, Belanda, Inggris, Jepang. Sukarno, Hatta, Jenderal Sudirman, Bung Tomo ,sejarah Indonesia penuh dengan pahlawan-pahlawan besar.

6. Kita orang kata Indonesia pencuri, padahal dalam kenyataanya bahwa kitalah yang pencuri (Ambalat,illegal-logging,dll).

7. Ketergantungan kita Pada Indonesia.
Ekonomi kita tergantung dengan Indonesia. Meskipun TKI cuma kuli kasar, ekonomi kita akan langsung jatoh kalau mereka tak ada.

8. Kita tak sedar, tak tau bahwa di negara kita banyak tenaga pengajar yang dari Indonesia sedangkan tenaga pengajar malaysia tidak laku di Indonesia.

9. Kita bangga dengan kekuatan militer kita karena kita tidak tahu apa2. Indonesia masuk 13 besar forces terkuat didunia sedangkan malaysia masih dibawah 60! Dan dia orang (Indonesia) selalu menjadi forces inti dari pasukan PBB International.

++ sesungguhnya masih banyak lagi kelebihan Indonesia dari malaysia hanya saja kita selalu membantah dan tidak mau menerima kenyataan ini."

Jumaat, 3 Januari 2014

HUKUM MENIPU

Dalam sebuah hadis,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Maksudnya : Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”

Orang yang suka menipu serta tidak amanah tergolong di kalangan orang munafik yang bakal menerima siksaan yang sangat pedih di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah saw,

أوصيك بتقوى الله, وصدق الحديث, وأداء الأمانة, والوفاء بالعهد , وبذل الطعام , وخفض الجناح

Maksudnya : Aku mewasiaatkan kamu dengan taqwa kepada Allah, benar tutur kata, menunaikan amanah, menepati janji menyedekahkan makanan dan merendah diri.

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Mahukah kamu aku tunjukkan perihal dosa-dosa besar? Kami menjawab: Ya, tentu mahu ya Rasulullah. Rasulullah menjelaskan: Menyengutukan Allah, durhaka kepada kedua orang tua. Oh ya, (ada lagi) Iaitu perkataan dusta." (Riwayat Muttafaq Alaih)

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis maksudnya:

"Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga macam, apabila berkata suka berdusta, apabila berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan (amanah) suka khianat". (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Kalau orang Alim menipu ?

Jika seseorang alim itu menipu maka padahnya adalah sangat besar. Sebabnya,

“Kalau orang Alim buat perkara yang harus orang awam akan buat perkara yang makruh, kalau orang Alim buat perkara yang makruh, orang awam akan buat perkara yang haram, kalau orang Alim buat perkara haram, orang awam akan terjerumus ke lembah kekufuran !

Justeru hukum belajar dengan orang yang suka menipu ini ialah haram kerana mereka tergolong dalam golongan yang melakukan kezaliman. Sedangkan Allah SWT melarang kita bersekongkol dengan orang yang melakukan kezaliman.

Firman Allah SWT,

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan" - Hud:113

Doa orang yang dizalimi sangat makbul di sisi Allah SWT,

إتق دعوة المظلوم فإنه ليس بينها وبين الله حجاب

Maksudnya : “Hindarilah doa orang yang kena zalim, maka sesungguhnya tidak ada antara doanya itu dan di antara Allah SWT sebarang benda yang mendinding ” (HR Tirmidzi)

Kisah Bal'am bin Barro' yang diumpan dengan kemewahan dunia

Ambil pengajaran dari kisah Bal’am bin Barro’. Beliau seorang "ulama" besar kaum Bani Isra’il yang hidup di zaman Nabi Musa a.s.

Sebagai ulama besar, beliau memiliki ilmu yang sangat luas di samping mempunyai pengikut dan anak murid yang sangat ramai. Kesolehannya membuatkan seluruh do’anya didengar dan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Disebabkan beliau sangat ‘populer’, beliau telah diminta oleh Nabi Musa a.s untuk mengadap Raja Madyan dan berdakwah kepadanya. Namun apabila bertemu dengan Raja Madyan, Bal’am telah dipujuk supaya bersama pihak raja untuk menentang Nabi Musa a.s dan pengikut-pengikutnya. Sebagai imbuhan Raja akan mengurniakan harta yang banyak dan kedudukan yang tinggi kepadanya.

Tawaran daripada raja ini membuatkan hati Bal’am terpesona. Lalu dituruti permintaan Raja supaya mendoakan kehancuran kepada Nabi Musa a.s dan pengikut-pengikutnya. Balasannya Allah SWT merentap lidah Bal’am bin Barro’ dan matilah dia dalam keadaan lidahnya terjelir seperti lidah anjing. Kisah Bal’am ini ada dinyatakan dalam surah al-A’raf ayat 174-176.

Justeru apabila kita melihat seorang penuntut ilmu belajar daripada seseorang yang fasik yang suka menipu maka wajiblah kita menasihatinya dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata.




MAJLIS FATWA : APA HUKUM MENIPU DALAM PILIHANRAYA?


Apa hukum menipu dalam menjalankan pilihanraya. Antaranya penipuannya ialah :-

1) Daftar pemilih yang kotor
2) Mengujudkan undi pos yang tidak munasabah
3) Menzalimi parti-parti yang bertanding dengan tidak memberi peluang untuk muncul di media cetak dan elektronik
4) Merasuah, menyogok dan mengugut pengundi
5) Berat sebelah dalam menguruskan pilihanraya
6) Memindahkan nama pemilih sesuka hati
7) Memadamkan nama pemilih

............dan banyak lagi.

Bagaimana dengan kerajan yang dilantik hasil dari kemenangan kerana menipu, merasuah dan sebagainya. Apa hukum kerajaan tersebut adakah kerajaan HARAM atau HALAL. Bagaimana dengan elaun dan gaji yang diterima oleh Wakil Rakyat yang menang dengan perbuatan di atas?

Majlis Fatwa SILA KELUARKAN FATWA!!!!

Blog ini setuju dengan 8 tuntutan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang menuntut Majlis Fatwa memberikan jawapan terhadap beberapa persoalan yang dikemukakan beliau.

Antara lain persoalan tersebut ialah :-



Pertama, perhimpunan BERSIH 3.0 untuk pilihan raya bebas dan adil telah mendapat kebenaran serta kelulusan di bawah peruntukan Akta Perhimpunan Aman dan memenuhi syarat 'bertujuan baik' kerana tentunya tuntutan pilihanraya bebas dan adil tidak haram?

Kedua, arahan mahkamah melarang perhimpunan ke ruangan Dataran Merdeka adalah menafikan hak asasi rakyat dalam sebuah negara demokratik, oleh itu ia 'bertujuan tidak baik' dan menimbulkan 'suasana konfrontasi'. Justeru, adakah tindakan ini haram?

Ketiga, tindakan berlebihan pihak berkuasa mengepung dan menghalang orang ramai bersurai secara teratur dan aman serta tindakan menggunakan kekerasan berlebihan seperti gas pemedih mata, pancutan air kimia, pukulan dengan cota dan kekerasan yang diperlakukan segelintir anggota polis secara am -adakah semuanya haram?

Keempat, Pengerusi Jawatankuasa, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin juga menyebut: "Tindakan merusuh, mewujudkan kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama."

Oleh demikian bagaimana fatwa tindakan umat Islam di Tunisia, Mesir, Libya dan kini Syria ke atas kerajaan masing-masing yang sah di sisi undang-undang juga haram?

Kelima, apakah fatwa untuk menipu di pilihanraya dengan berbagai kaedah seperti menghalang rayuan mahkamah dibuat di atas kesahihan Daftar Pemilih (Akta Pilihanraya - Seksyen 9A), menghalang wakil-wakil parti dan bukan parti menyaksikan dan menyemak kad pengenalan pengundi dengan Daftar Pemilih pada hari mengundi (Akta Kesalahan Pilihanraya - Seksyen 26A (2) dan (3)), persempadanan kawasan pilihanraya tidak adil melalui pindaan Artikel 116 Perlembagaan Persekutuan mengenai nisbah perbezaan jumlah pengundi tidak melebihi 15% setiap kawasan, penyalahgunaan undi pos, akses media terhad untuk semua parti politik, pengunaan politik wang merasuah pengundi dan pengunaan pengundi hantu - adakah ia haram?

Keenam, apakah fatwa mengenai sebuah kerajaan yang dibentuk berdasarkan pilihanraya yang tidak bebas dan tidak adil - adakah ia kerajaan haram?

Sebagai makluman, Nuru Izzah juga telah membuat pertanyaan rasmi di sidang Parlimen yang lepas kepada Perdana Menteri merujuk soalan berikut:

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : Y.B. PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR
[LEMBAH PANTAI]
TARIKH : 22 MAC 2012 [KHAMIS]

SOALAN :
Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan Fatwa tentang amalan penipuan pelbagai bentuk dan cara dalam pilihan raya dan penganugerahan status kewarganegaraan kepada warga asing sebagai balasan sokongan kepada Kerajaan Pusat.

JAWAPAN: (Y.B SENATOR MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B), MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI)

Tuan Yang di-Pertua,

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia berpandangan tidak ada keperluan untuk berbincang dan memberikan fatwa berkaitan penipuan dalam pilihanraya. Ini kerana, dalam Islam, hukum bagi sebarang bentuk penipuan adalah jelas iaitu tidak dibenarkan.

Suruhanjaya Pilihanraya juga telah mempunyai undang-undang dan peraturan yang boleh mengawal dan mengendalikan proses serta perjalanan pilihanraya di Negara ini agar berlangsung dengan telus dan adil.

Sekian, terima kasih


Malangnya jawapan yang diberikan oleh wakil PM iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah bahawa Majlis Fatwa tidak perlu membuat fatwa di atas perkara yang ditanya walaupun semua bentuk penipuan adalah tidak dibenarkan agama Islam.

Akhir sekali, saya berharap Majlis Fatwa Kebangsaan akan dengan segera memberikan jawapan kepada kesemua persoalan di atas agar kesucian Islam terpelihara.
Nurul Izzah Anwar - dipetik dari Malaysiakini.
 
 

Hukum Menipu Dalam Nilai Wang Hantaran

Mereka Bertanya :
Sebelum ini saya pernah dipinang oleh sepupu. Maka kedua orang tua menetapkan wang hantaran dalam jumlah yang tertentu; akhirnya sepupu saya mengundur diri.. Kini saya telah bertunang dengan orang lain dan ibu-bapa saya menetapkan wang hantaran dengan nilai yang sama buat tunang. Masalahnya sekarang kedua ibu-bapa saya tidak ingin mengurangkan jumlah itu sekalipun sedar tunang saya tidak mampu menyediakan wang hantaran sebanyak itu dengan alasan ingin menjaga hubungan kekeluargaan; dek tak mahu dikata keluarga sendiri letak mahal, orang luar letak murah..."

To'Wan Menjawab :
Seeloknya perkara ini hendaklah dibawa berbincang antara kedua pihak. Tanyakan jumlah sebenar yang mampu disediakan oleh tunang. Jika jumlah itu sesuai dengan kemampuannya dan tunang itu seorang yang baik dan yakin mampu menjaga anda, maka bolehlah kedua ibu-bapa anda meminta dia membayar mengikut kemampuannya itu dengan ditambah wang lain bagi mencukupkan jumlah sebenar melalui beberapa cara antaranya : Wang itu milik anda sendiri selaku pengantin perempuan, wang ibu-bapa anda sendiri mahupun orang lain.

Jadi bila selesai urusan perkahwinan, keluarga anda akan hanya mengambil wang hantaran dengan jumlah sebenar yang disediakan oleh tunang, dan baki yang ditambah dipulangkan kembali kepada pemiliknya. Walau mengikut hukum, cara ini dikira berdosa kerana termasuk dalam menipu, tapi dalam masa yang sama dapat menutup mudhorat yang lebih besar iaitu perselisihan antara keluarga anda dan keluarga sepupu. Dari segi hukum perkahwinan pula, perkahwinan tetap dikira sah kerana yang yang wajib itu ialah mahar (maskahwin) bukannya wang hantaran.

Sabda Rasulullah S.A.W: “Sebaik-baik wanita ialah yang mudah dalam mahar,” (HR At-Tabrani).

Dalam hadis yang lain bahawa Abu Salamah bin Abdurrahman R.A berkata, “Aku bertanya kepada Aisyah; isteri Nabi S.A.W, “Berapakah nilai mahar yang diberikan Rasulullah?

Aisyah menjawab, “Mahar  yang baginda diberikan untuk isteri-isterinya sebanyak 12 'uqiyah dan nasya. Aisyah berkata, Apakah engkau tahu apakah nasya itu?

Aku berkata, “Tidak?

Kata Aisyah, “Nasya adalah ½ 'uqiyah. Maka nilainya sekitar 500 dirham. Demikianlah mahar Rasulullah  untuk isteri-isterinya," (HR Muslim).

Mengikut pengiraan semasa, 1 dirham wang perak kini berharga antara RM25-RM30. Maka mahar perkahwinan Nabi S.A.W dengan isterinya ketika itu ialah di antara RM12500 ke RM15000 kecuali isteri baginda iaitu Habibah Binti Ramlah yang mana disebut dalam riwayat bahawa baginda telah memberikan mahar sebanyak 500 dinar emas.

Maka apabila dihubungkan kedua-dua hadis di atas menurut pendapat sebahagian ulama' : mudah di dalam hadis pertama bukan bermaksud murah, tapi mudah ialah lelaki mampu menyediakan mahar sesuai dengan kemampuannya.

Pesanan penulis, jangan dek kerana nilai wang hantaran berlaku perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Seperti yang pernah terjadi,

"Seorang lelaki telah berhutang dengan lintah darah atau along dek desakan keluarga pengantin perempuan yang mahu dipercepatkan pernikahan sedangkan nilai hantaran yang diletak pula terlalu tinggi. Akhirnya beberapa minggu selepas berkahwin, bukan sahaja keluarga lelaki yang dicari oleh lindah darat, malah keluarga perempuan turut menjadi mangsa.."  
Wallahua'lam.
 
 Tabiat Menipu
Soalan:
Assalammualaikum. Soalan saya bergini. Apakah hukumnya seseorang itu MENIPU sedangkan dia tahu menipu itu adalah berdosa dan masihkah ada pengampunan untuk beliau?
Abdul Halim, KL
Jawapan:
Menipu merupakan pekerjaan dosa besar, kerana sifat ini merupakan sifat yang paling menonjol yang dimiliki oleh orang munafik. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga macam, apabila berkata suka berdusta, apabila berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan (amanah) suka khianat". (Riwayat Bukhari dan Muslim). Balasan bagi orang suka menipu serta tidak amanah ataupun tergolong dalam orang munafik ini sangat pedih di akhirat nanti. Sekalipun orang munafik atau menipu orang itu sentiasa merahsiakan sifat kemunafikannya, Allah adalah Zat Yang Maha Tahu akan membongkar kesalahannya di hadapan orang-orang Islam apa yang selama ini tersimpan dalam hatinya. Allah berfirman maksudnya: "Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahawa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka? dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka kiasan-kiasan perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu" (Muhammad ayat 29-30) Dalam sebuaha riwayat dikisahkan, merupakan perjalanan yang mengerikan bagi mereka yang suka menipu di akhirat nanti dengan melalui jambatan nereka yang lebih lembut dari helaian rambut. Tidak ada manusia yang mampu melaluinya kecuali atas pertolongan Allah. Bagi kaum munafik atau penipu, tatkala mereka menuju jambatan itu dan bersama-sama dengan kaum mukminin, mereka mendapatkan cahaya sebagaimana yang didapati oleh kaum mukminin itu. Nampak seakan-akan mereka turut melakukan solat, zakat, haji dan puasa. Namun di tengah jambatan itu, Allah mencabut cahaya-Nya. Mereka terdiam dan berdiri dalam keadaan bingung, tak mampu melanjutkan perjalanan. Mereka dipanggil oelh orang-orang mukmin supaya mendekatinya supaya mereka memperoleh cahaya, namun mereka tertinggal jauh. Lalu dikatakan kepada orang munafik atau peniupu itu mundurlah ke belakang. Mereka pun mundur mencari cahaya yang hilang. Begitulah nasib bagi orang yang menipu.
Berusahalah untuk bertaubat daripada pekerjaan menipu ini :
1. Kembali kepada Allah SWT dengan mengikuti segala ajaran-Nya dan bertaubat dengan taubat nasuha.
2. Bertawakal kepada Allah SWT dengan sebenarnya sambil mengharapkan keutamaan-Nya.
3. Bersyukur kepada Allah kerana telah membuka hati kita kepada bertaubat kepada-Nya, insya Allah segala kesilapan yang telah kita lakukan pada masa silam akan diampunkan-Nya.


Soalan: Assalamualaikum. Apa hukum seorang wanita yang belum bertunang tapi mengatakan dirinya sudah bertunang untuk mengelakkan diri dari di buru oleh lelaki yang berstatus suami orang?
Jawapan: Terima kasih di atas soalan yang telah diajukan. Jika kita menulis/bercakap mengenai status diri kita bahawa kita sudah bertunang untuk mengelak diri daripada diburu oleh suami orang, sedangkan kita masih belum bertunang sama ada di dalam komuniti umum atau lain-lainnya, adakah ianya dibenarkan?

Setiap hari di dalam hidup insan yang beriman kepada Allah swt, dia tidak akan terlepas daripada 5 hukum asas dalam kehidupan sehariannya iaitu halal, haram, harus, makruh, dan sunat. Apa sahaja yang mereka lakukan, mereka tidak akan terlepas daripada 5 asas hukum tersebut. Kalau perkara itu tidak halal maka ia jatuh kepada haram, jika tidak haram boleh jadi ia makruh, jika tidak makruh boleh jadi ia sunat atau sebagainya. Setiap persoalan dalam hidup kita, kita tidak akan terlepas daripada 5 asas hukum tersebut. Contohnya seperti solat fardhu jatuh kepada hukum wajib, membantu ibu bapa jatuh kepada hukum wajib, memakai wangi-wangian jatuh kepada hukum sunat, mencuri jatuh kepada hukum haram dan sebagainya mengikut hukum yang telah diperuntukkan oleh Allah swt. Jadi, berbohong jatuh kepada hukum haram.

الغاية لا تُبرر الوسيلة
Ertinya : ” Matlamat tidak menghalalkan cara”
Di dalam isu ini juga, kita boleh melihat balik kaedah-kaedah yang Islam benarkan kita menggunakannya mengikut keadaan yang tertentu iaitu ‘Matlamat tidak menghalalkan cara’. Walaupun kaedah ini bukanlah daripada kaedah fiqhiyah kubro(besar), namun ia masih boleh digunakan. Apabila kita membuat sesuatu perkara yang mana matlamatnya mungkin baik, tetapi jalannya tidak mengikut syariat yang dibenarkan oleh Islam, maka hukumnya adalah haram. Contoh mudah yang saya boleh beri ialah, Ali ingin menolong orang miskin dengan jalan mencuri harta orang kaya. Di sini kita  boleh lihat, matlamatnya baik iaitu ingin membantu orang miskin tetapi jalannya salah, maka ia tetap berdosa.
الضرورات تبيح المحظورات
Ertinya : “keadaan terdesak (darurat) boleh mengharuskan yang haram”.
Di dalam Islam juga, apabila berada dalam situasi ‘Darurat’, hukum haram akan berubah menjadi halal mengikut hal keadaan yang tertentu. Tetapi kaedah ini hanya digunakan apabila kita berada dalam keadaan yang sangat-sangat terdesak dan mengancam diri, yang mana situasi itu mengancam nyawa, akal, maruah dan agama kita. Contohnya hal keadaan kita yang tiada satu pun makanan melainkan hanya ada daging babi sahaja di hadapan kita, mungkin apabila kita menahan perut daripada lapar, ia boleh membawa maut, maka Islam membenarkan kita makan daging babi tersebut sekadar untuk mengisi perut yang sangat lapar.
Dalam isu ini, kita perlu faham bahawa apa-apa sahaja transaksi yang berlaku secara menipu adalah haram hukumnya, perbohongan jenis ini belum lagi sampai tahap membahayakan nyawa, akal, maruah, dan agama kita. Jadi kita tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan kaedah ‘darurat’ dalam situasi ini. Contoh lain yang berlaku dalam situasi darurat ialah pada Nabi Ibrahim a.s, kisah baginda dan isterinya bermusafir di sebuah negeri, di dalamnya terdapat pemimpin yang sangat zalim iaitu dia suka merampas isteri-isteri orang, maka  dalam keadaan itu baginda telah berbohong dengan menyatakan bahawa itu bukanlah isterinya, tetapi adik kandungnya. Dalam situasi ini, perbohongan ini diharuskan kerana apabila baginda tidak berbohong, ia akan mengancam nyawa dan maruah isterinya.
Contoh darurat lain yang saya boleh berikan ialah, apabila perempuan sudah menaiki sebuah teksi, tiba-tiba pemandu teksi memandangnya dalam keadaan yang sangat mencurigakan, maka si  perempuan itu boleh berlakon buat-buat ada suami seperti menelefon dan bercakap sorang-sorang seolah-olah bercakap dengan suami, atau pun memakaikan cincin di jari manis sambil letakkan tangan di pipi supaya pemandu itu perasan bahawa si perempuan sudah bertunang atau pun sudah berkahwin. Sebab si perempuan berada dalam situasi yang boleh mengancam maruah dan dirinya. Maka penipuan ini dibolehkan.
الأمور بمقاصدها
Ertinya: “Setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat”.
Ini adalah kaedah feqah yang sangat mahsyur. Banyak sarjana feqah yang mengeluarkan hukum berdasarkan kaedah feqah di atas. Kaedah ini berdasarkan hadis sahih daripada Sayidina Umar Al-Khattab r.a.
“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda ‘bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” (Sepakat para ulama’ hadis ini adalah sahih oleh semua tokoh-tokoh hadis).
Jika kita berbalik kepada situasi tadi. Walaupun niatnya baik untuk menyelamatkan keadaan, tetapi dia sudah cemarkan kesucian niat dengan helah menipu, sedangkan kita perlu tahu bahawa niat yang suci itu perlulah berdasarkan jalannya yakni cara yang diredhoi oleh Allah swt.
Kesimpulan.
Apa-apa status yang tidak benar sama ada situasi tunang seperti di atas atau pun status lain yang seumpama dengannya seperti apa yang saya banyak lihat di dalam komuniti tertentu. Ianya dihukumkan sebagai haram. Begitulah Islam mendisiplinkan konsep kejujuran, begitu adil dan saksama, kerana ingin menutup pintu-pintu fitnah dan kerosakan.
Oleh itu, apa yang saya boleh nasihatkan ialah, perkahwinan bukanlah satu urusan yang mudah. Jika kita menjaga diri kita dengan sebaik mungkin tanpa menimbulkan fitnah, insya-Allah perkara ini susah untuk berlaku. Hal ini mudah berlaku jika kita sewenang-wenangnya melayan lelaki tanpa ada batasnya.

Wallahu A’lam.

Kod Rujukan Soalan

gcciu

Soalan

apakah hukum seseorang itu menipu? setahu saya menipu untuk menjaga aib
dibenarkan. tetapi bagaimana pula menipu untuk menjaga hati seseorang?

Jawapan

Hukum menipu adalah berdosa dalam keadaan apa sekali pun. Sebaik-baiknya
hendaklah bersikap jujur, amanah dan ikhlas supaya sesuatu perkara yang
dibuat itu mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Hukum terima gaji daripada usaha menipu


Soalan:
Dalam kehidupan bernegara seperti kita hari ini, ada orang yang mendapat gaji lumayan, tetapi didapati dengan cara yang tidak sah, atau dengan lain bahasa, diperolehi dengan cara yang terang-terangan menipu. Bagaimana dengan hukum gaji yang diterima daripada jawatan tersebut. Mohon penjelasan.

Jawapan:
JUJUR adalah sifat terpuji. Tipu khianat adalah pekerjaan terkeji. Apa sahaja yang namanya tipu menipu wajib dihindari.

Kita harus beramal dengan sifat-sifat terpuji, kerana dengannya kehidupan kita akan lebih diberkati.

Rezeki yang didapati dengan cara yang halal, nescaya akan mendatangkan kebaikan di dunia dan akhirat.

Hidup ini adalah sementara. Semua akan berakhir dengan mengadap Allah `Azzawajalla. Jika sumber rezeki kita diperolehi daripada sesuatu yang halal, maka beruntunglah kita dan berbarakahlah hidup kita hingga kita kembali kepada-Nya.

Jika berlaku sebaliknya, mendapat rezeki dari sumber yang haram, maka Rasulullah saw pernah bersabda (mafhumnya): "Daging yang tumbuh dari makanan yang haram, maka nerakalah nanti tempatnya di akhirat kelak."

Jawatan adalah amanah besar yang perlu dipikul dengan ikhlas.

Rasulullah saw pernah bersabda kepada Abu Dzar yang hanya datang memohon suatu jawatan daripada baginda untuk beliau berkhidmat dalam kerajaan Islam.

Sabda Baginda saw (mafhumnya): "Wahai Abu Dzar, jawatan (yang) kamu (pohon itu) adalah amanah dan di hari Kiamat kehinaan dan penyesalan, melainkan yang menunaikan haknya."

Rasulullah saw menolak permohonan Abu Dzar kerana beliau tidak layak menerima jawatan tersebut kerana tidak sesuai baginya. Rasulullah saw menolaknya dengan peringatan kepada Abu Dzar, mafhumnya, jika diserahkan juga kepada beliau, di akhirat kelak, akan menyesal dan mendapat penghinaan daripada Allah yang tidak akan habis disesali.

Bayangkan itu jawatan yang sah. Jika diberi secara sah sekalipun, namun akibat daripada itu amat besar, jika tidak ditunaikan hak itu dengan penuh amanah dan tanggungjawab serta efisyen dalam menjalankan kerja.

Anda persoalkan jawatan yang tidak sah, yang diperolehi dengan cara yang menipu pula. Jelas itu bukan haknya. Malah hak orang lain.

Seolah-olah diambilnya jawatan itu dengan cara merampas atau menipu. Maka pastilah pekerjaan itu adalah haram. Di atas ketidaksahihan jawatan itu, maka hasil gaji yang diperolehi daripada jawatan yang tidak sah adalah haram. maka daging yang tumbuh daripada itu, maka nerakalah tempat penyudahnya.

Gaji yang diperolehi daripada jawatan yang didapati daripada cara yang haram, yang digunakan untuk makan minum, pakaian dan sebagainya, tentulah tidak akan mendatangkan barakah.

Suatu ketika di zaman Rasulullah saw dahulu, ada seorang lelaki sedang mengangkat tangan, berdoa bersungguh-sungguh ke hadrat Allah SWT di bawah panas terik matahari. Melihat keadaannya Rasulullah saw yang mengetahui keadaan sebenar lelaki itu, lalu baginda bersabda (mafhumnya): "Lelaki tersebut berdoa, dalam keadaan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya juga haram. Bagaimana Allah hendak memakbulkan permintaannya."

Mesej daripada hadis sebegini, menunjukkan, andai seseorang itu mendapat kerjanya daripada sumber haram, hasilnya juga haram, maka tidak akan dimakbulkan Allah doanya.

Maka hendaklah kita menghindari perbuatan seperti itu dan menjaga kebaikan diri dari dunia hingga akhirat. Wallahua`lam.

Sumber: Bersama Dato Dr Harun Din
 
 

10 Tanda Orang Yang Berbohong/Suka Menipu !





Ehee . Dalam dunia ni memang tak lari daripada pernah menipu walaupun sekali . Ah ! Betul ? Err . Ye lah kot . I think so . hek3 . Berbohong merupakan salah satu perilaku yang tidak baik .  Paling umum dilakukan oleh semua orang baik orang tua atau anak muda , bahkan budak-budak pun suka berbohong jugak kan ? HEHE .

Namun, korang seharusnya mampu memahami apakah seseorang yang bercakap dengan korang itu berbohong ataupun tidak. Kalau tidak , korang akan mudah ditipu oleh orang lain. Satu masalahnya adalah bagaimana cara korang nak tahu mereka berbohong atau tidak? Dari semua perilaku manusia, mungkin berbohong adalah salah satu perkara sukar untuk dikesan .

Namun, ada beberapa perkara yang dapat membantu korang cara mengesan ketika seseorang itu sedang berbohong . Nak tahu ? Jom terjah satu-persatu !


1. Gugup. 
Berbohong memiliki gejala yang hampir sama dengan ketegangan. Dalam berbagai situasi ketika kita berniat untuk berbohong , kita mudah merasa gugup , dan waktu itulah masa untuk menutup kesalahan . Anda pernah begitu ? Anda sahaja yang tahu . haha .

2. Perhatikan bahasa tubuh. 
Lihat dan perhatikan bahasa tubuh dan posture seseorang  yang kelihatan seperti menutupi bahagian tertentu dari wajah atau tubuh. Menyentuh hidung merupakan salah satu ciri untuk mengetahui seseorang tu berbohong atau pun tidak . Tapi , jangan pulak kalau dia gatai kat bahagian hidung . Diorang garu-garu terus korang tuduh dia menipu ! haha . 

3. Gelisah berlebihan. 
Perhatikan jika seseorang yang korang curigai berbohong , menggaru-garu atau menggesek pakaiannya . Err . Kebanyakan dan selalunya , perbuatan sedemikianlah cara untuk kita ketahui dia berbonong ataupun tidak . Ishk , kalau dah tahu itu boleh nampak sangat nak berbohong , boleh pulak digesek2 pakaiannya . haha . Kelakar lah .

4. Senyum berlebihan. 
Di samping dari kelihatan gelisah berlebihan yang nampak sangat dia tu sedang berbohong, lihat juga orang yang suka tersenyum lebih banyak ketika mereka mengatakan yang sebenarnya . Ah , dah sah pembohong .

5. Percaya pada naluri.
Haa . Ini penting kan ? Selain perhatikan gerak-geri orang yang sedang berbohong , kit juga haruslah percaya pada naluri kita sendiri . Mungkin betul jika pepatah orang dolu-dolu mengatakan , "jika anda mencurigai seseorang berbohong, mungkin anda benar." . Err . So , ikut lah naluri hati korang tu ye :)

6. Muka kelihatan bingung.
Semasa dia berbohong, dia akan memikirkan tentang kesalahannya pada waktu yang sama. Hal ini akan mengganggu perhatiannya dalam percakapan tersebut. Nampak je muka dia ala~ala bingung and tergagap masa nak cakap  , dia menipu lewtew :)

7. Menganggukkan kepalanya.
HEHE . Ada jugak yang suka mengangguk-ngangguk kan kepalanya .  tanya , dia angguk-angguk je macam sedang berbohong gitu . hek . Ramai macam ni kot ?

8. Selalu beri penjelasan yang tidak penting.
Err . Dah sah pembohong . Kita tanya sesuatu benda yang spesifik . Yang dia pergi jawab benda tu , tapi , bagitau dengan lebih detail dengan cakap laju-laju bagai sedang nyanyi lagu rap tu . ahaha . Orang nak satu jawapan je . Dia pergi jawab panjang berjeler-jeler . Ah !

9. Bila berjanji , sering mengingkari.
Ni selalu ada pada lelaki kot ! Opss* Maaf . haha . Masa tu , bersemangat haa janji itu ini konon bagi harapan yang GAHHH ! . Padahal , bila dah dapat sesuatu yang dikehendakinya , err biasanya lupa akan janji manisnya dahulu .

10. Mengatakan sesuatu yang tidak dilakukannya.
Err . Biasa lah tu . Tak buat sesuatu benda tu . Tapi , diperbesar-besarkan hasil usaha yang dilakukannya itu . Contohlah , dia kata nak kemas satu rumah , atas bawah . Sapu luar , belakang rumah . Ah  , padahal , kemas bilik je . Err . Siapa yang gini ? haha . Siapa makan cili , terasa lah pedasnya . Opss *
 
 Sabab Wurud Hadis "Sesiapa Yang Menipu Maka Dia Bukan Dari Kalangan Ku"
SABAB WURUD HADIS “SESIAPA YANG MENIPU MAKA DIA BUKAN DARI KALANGAN KU.”


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”

Sebab hadis ini ialah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ عَلَى صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فِيهَا فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فَقَالَ مَا هَذَا يَا صَاحِبَ الطَّعَامِ قَالَ أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. lalu berdekatan dengan selonggok makanan lalu baginda memasukkan tangannya ke dalam longgokan itu. Tiba-tiba jari baginda terkena sesuatu yang basah. Baginda bertanya: “Apa semuanya ini wahai tuan punya makanan? Orang itu menjawab: “Terkena hujan, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Mengapa tidak kamu letakkan di atas supaya orang ramai dapat melihatnya. Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku. (Muslim, al-Tirmizi)

Huraian Hadis

Di antara sifat Rasulullah s.a.w. ialah sentiasa mengambil berat tentang urusan umatnya termasuklah urusan mu’amalat mereka. Ini mendorong baginda untuk meninjau bagaimana keadaan perjalanan jual beli mereka di pasar.

Sekali pandang kelihatan penjual tersebut cuba untuk menipu pelanggan dengan menyembunyikan makanan yang tidak baik di bawah. Walau bagaimanapun ada kemungkinan hal ini berlaku secara tidak disengajakan. Ini kerana makanan yang berada di atas sememangnya tidak basah kerana terdedah kepada matahari manakala yang berada di bahagian bawah masih lagi basah. Kemungkinan sebab yang mendorong baginda memasukkan tangannya ialah kesan basah yang mungkin terdapat di bahagian atas yang tertentu. Sukar dibayangkan jika baginda memasukkan tangannya pada setiap longgokkan makanan yang ada di pasar.

Rasulullah s.a.w. mengganggap perbuatan tersebut sebagai penipuan boleh ditafsirkan sebagai amaran keras kepada perbuatan yang mengandungi unsur penipuan. Sifat orang mukmin ialah sentiasa menginginkan kebaikan untuk saudaranya dan perbuatan ini tentu sekali bercanggah dengan tuntutan iman. Walaupun yang basah itu belum rosak namun ia akan cepat rosak. Oleh itu, mudarat terhadap orang lain mestilah dielakkan sekalipun ia tidak menguntungkan diri sendiri.

Maksud penafian dari menjadi sebahagian umat Rasulullah s.a.w. ialah perbuatan tersebut menyalahi sunnah dan petunjuk baginda. Sufyan bin ‘Uyainah lebih cenderung menerima makna hadis ini tanpa takwilan supaya itu lebih membekaskan dalam diri dan lebih berkesan dalam menyampaikan amaran. (al-Nawawi, al-Minhaj Fi Sharh Sahih Muslim, jil. 11, hal. 108)


Pengajaran Hadis

1.                   Pemimpin yang prihatin terhadap rakyat akan turun padang untuk meninjau dan menjaga kemaslahatan mereka.
2.                   Harus mempamerkan barangan yang dijual secara longgokan dengan syarat tiada unsur penipuan dan gharar.
3.                   Amaran keras terhadap penipuan dalam urusan mu’amalat sehingga kepada tahap penafian mengikuti Sunnah Rasulullah s.a.w.
4.                   Haram melakukan perbuatan yang mengandungi unsur penipuan dalam segala bentuk mu’amalat seperti jual beli, sewa beli, gadaian, pinjaman, pertukangan dan juga pekerjaan professional.
5.                   Penjual wajib menyatakan kecacatan yang ada pada barangnya. Ini kerana walaupun makanan tersebut belum lagi rosak namun baginda mengingatkan penjual tersebut supaya jangan menyembunyikannya kerana ia mudah terdedah kepada kerosakan dan ini menyebabkan penjual itu menjualnya dalam keadaan sudah rosak.
6.         Penjual hendaklah sentiasa memeriksa stok barangannya demi menjaga kualiti dan mutu khidmat pelanggan.

















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin