عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Maksudnya : Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”
Orang yang suka menipu serta tidak amanah tergolong di kalangan orang munafik yang bakal menerima siksaan yang sangat pedih di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah saw,
أوصيك بتقوى الله, وصدق الحديث, وأداء الأمانة, والوفاء بالعهد , وبذل الطعام , وخفض الجناح
Maksudnya : Aku mewasiaatkan kamu dengan taqwa kepada Allah, benar tutur kata, menunaikan amanah, menepati janji menyedekahkan makanan dan merendah diri.
Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Mahukah kamu aku tunjukkan perihal dosa-dosa besar? Kami menjawab: Ya, tentu mahu ya Rasulullah. Rasulullah menjelaskan: Menyengutukan Allah, durhaka kepada kedua orang tua. Oh ya, (ada lagi) Iaitu perkataan dusta." (Riwayat Muttafaq Alaih)
Rasulullah SAW bersabda dalam hadis maksudnya:
"Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga macam, apabila berkata suka berdusta, apabila berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan (amanah) suka khianat". (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Kalau orang Alim menipu ?
Jika seseorang alim itu menipu maka padahnya adalah sangat besar. Sebabnya,
“Kalau orang Alim buat perkara yang harus orang awam akan buat perkara yang makruh, kalau orang Alim buat perkara yang makruh, orang awam akan buat perkara yang haram, kalau orang Alim buat perkara haram, orang awam akan terjerumus ke lembah kekufuran !
Justeru hukum belajar dengan orang yang suka menipu ini ialah haram kerana mereka tergolong dalam golongan yang melakukan kezaliman. Sedangkan Allah SWT melarang kita bersekongkol dengan orang yang melakukan kezaliman.
Firman Allah SWT,
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan" - Hud:113
Doa orang yang dizalimi sangat makbul di sisi Allah SWT,
إتق دعوة المظلوم فإنه ليس بينها وبين الله حجاب
Maksudnya : “Hindarilah doa orang yang kena zalim, maka sesungguhnya tidak ada antara doanya itu dan di antara Allah SWT sebarang benda yang mendinding ” (HR Tirmidzi)
Kisah Bal'am bin Barro' yang diumpan dengan kemewahan dunia
Ambil pengajaran dari kisah Bal’am bin Barro’. Beliau seorang "ulama" besar kaum Bani Isra’il yang hidup di zaman Nabi Musa a.s.
Sebagai ulama besar, beliau memiliki ilmu yang sangat luas di samping mempunyai pengikut dan anak murid yang sangat ramai. Kesolehannya membuatkan seluruh do’anya didengar dan dimakbulkan oleh Allah SWT.
Disebabkan beliau sangat ‘populer’, beliau telah diminta oleh Nabi Musa a.s untuk mengadap Raja Madyan dan berdakwah kepadanya. Namun apabila bertemu dengan Raja Madyan, Bal’am telah dipujuk supaya bersama pihak raja untuk menentang Nabi Musa a.s dan pengikut-pengikutnya. Sebagai imbuhan Raja akan mengurniakan harta yang banyak dan kedudukan yang tinggi kepadanya.
Tawaran daripada raja ini membuatkan hati Bal’am terpesona. Lalu dituruti permintaan Raja supaya mendoakan kehancuran kepada Nabi Musa a.s dan pengikut-pengikutnya. Balasannya Allah SWT merentap lidah Bal’am bin Barro’ dan matilah dia dalam keadaan lidahnya terjelir seperti lidah anjing. Kisah Bal’am ini ada dinyatakan dalam surah al-A’raf ayat 174-176.
Justeru apabila kita melihat seorang penuntut ilmu belajar daripada seseorang yang fasik yang suka menipu maka wajiblah kita menasihatinya dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata.
MAJLIS FATWA : APA HUKUM MENIPU DALAM PILIHANRAYA?
Apa hukum menipu dalam menjalankan pilihanraya. Antaranya penipuannya ialah :-
1) Daftar pemilih yang kotor
2) Mengujudkan undi pos yang tidak munasabah
3) Menzalimi parti-parti yang bertanding dengan tidak memberi peluang untuk muncul di media cetak dan elektronik
4) Merasuah, menyogok dan mengugut pengundi
5) Berat sebelah dalam menguruskan pilihanraya
6) Memindahkan nama pemilih sesuka hati
7) Memadamkan nama pemilih
............dan banyak lagi.
Bagaimana dengan kerajan yang dilantik hasil dari kemenangan kerana menipu, merasuah dan sebagainya. Apa hukum kerajaan tersebut adakah kerajaan HARAM atau HALAL. Bagaimana dengan elaun dan gaji yang diterima oleh Wakil Rakyat yang menang dengan perbuatan di atas?
Majlis Fatwa SILA KELUARKAN FATWA!!!!
Blog ini setuju dengan 8 tuntutan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang menuntut Majlis Fatwa memberikan jawapan terhadap beberapa persoalan yang dikemukakan beliau.
Antara lain persoalan tersebut ialah :-
Pertama, perhimpunan BERSIH 3.0 untuk pilihan raya bebas dan adil telah
mendapat kebenaran serta kelulusan di bawah peruntukan Akta Perhimpunan
Aman dan memenuhi syarat 'bertujuan baik' kerana tentunya tuntutan
pilihanraya bebas dan adil tidak haram?
Kedua, arahan mahkamah melarang perhimpunan ke ruangan Dataran Merdeka adalah menafikan hak asasi rakyat dalam sebuah negara demokratik, oleh itu ia 'bertujuan tidak baik' dan menimbulkan 'suasana konfrontasi'. Justeru, adakah tindakan ini haram?
Ketiga, tindakan berlebihan pihak berkuasa mengepung dan menghalang orang ramai bersurai secara teratur dan aman serta tindakan menggunakan kekerasan berlebihan seperti gas pemedih mata, pancutan air kimia, pukulan dengan cota dan kekerasan yang diperlakukan segelintir anggota polis secara am -adakah semuanya haram?
Keempat, Pengerusi Jawatankuasa, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin juga menyebut: "Tindakan merusuh, mewujudkan kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama."
Oleh demikian bagaimana fatwa tindakan umat Islam di Tunisia, Mesir, Libya dan kini Syria ke atas kerajaan masing-masing yang sah di sisi undang-undang juga haram?
Kelima, apakah fatwa untuk menipu di pilihanraya dengan berbagai kaedah seperti menghalang rayuan mahkamah dibuat di atas kesahihan Daftar Pemilih (Akta Pilihanraya - Seksyen 9A), menghalang wakil-wakil parti dan bukan parti menyaksikan dan menyemak kad pengenalan pengundi dengan Daftar Pemilih pada hari mengundi (Akta Kesalahan Pilihanraya - Seksyen 26A (2) dan (3)), persempadanan kawasan pilihanraya tidak adil melalui pindaan Artikel 116 Perlembagaan Persekutuan mengenai nisbah perbezaan jumlah pengundi tidak melebihi 15% setiap kawasan, penyalahgunaan undi pos, akses media terhad untuk semua parti politik, pengunaan politik wang merasuah pengundi dan pengunaan pengundi hantu - adakah ia haram?
Keenam, apakah fatwa mengenai sebuah kerajaan yang dibentuk berdasarkan pilihanraya yang tidak bebas dan tidak adil - adakah ia kerajaan haram?
Sebagai makluman, Nuru Izzah juga telah membuat pertanyaan rasmi di sidang Parlimen yang lepas kepada Perdana Menteri merujuk soalan berikut:
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : Y.B. PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR
[LEMBAH PANTAI]
TARIKH : 22 MAC 2012 [KHAMIS]
SOALAN :
Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan Fatwa tentang amalan penipuan pelbagai bentuk dan cara dalam pilihan raya dan penganugerahan status kewarganegaraan kepada warga asing sebagai balasan sokongan kepada Kerajaan Pusat.
JAWAPAN: (Y.B SENATOR MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B), MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI)
Tuan Yang di-Pertua,
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia berpandangan tidak ada keperluan untuk berbincang dan memberikan fatwa berkaitan penipuan dalam pilihanraya. Ini kerana, dalam Islam, hukum bagi sebarang bentuk penipuan adalah jelas iaitu tidak dibenarkan.
Suruhanjaya Pilihanraya juga telah mempunyai undang-undang dan peraturan yang boleh mengawal dan mengendalikan proses serta perjalanan pilihanraya di Negara ini agar berlangsung dengan telus dan adil.
Sekian, terima kasih
Malangnya jawapan yang diberikan oleh wakil PM iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah bahawa Majlis Fatwa tidak perlu membuat fatwa di atas perkara yang ditanya walaupun semua bentuk penipuan adalah tidak dibenarkan agama Islam.
Akhir sekali, saya berharap Majlis Fatwa Kebangsaan akan dengan segera memberikan jawapan kepada kesemua persoalan di atas agar kesucian Islam terpelihara.

Nurul Izzah Anwar - dipetik dari Malaysiakini.
Hukum Menipu Dalam Nilai Wang Hantaran
Mereka Bertanya :
Sebelum ini saya pernah dipinang oleh sepupu. Maka kedua orang tua menetapkan wang hantaran dalam jumlah yang tertentu; akhirnya sepupu saya mengundur diri.. Kini saya telah bertunang dengan orang lain dan ibu-bapa saya menetapkan wang hantaran dengan nilai yang sama buat tunang. Masalahnya sekarang kedua ibu-bapa saya tidak ingin mengurangkan jumlah itu sekalipun sedar tunang saya tidak mampu menyediakan wang hantaran sebanyak itu dengan alasan ingin menjaga hubungan kekeluargaan; dek tak mahu dikata keluarga sendiri letak mahal, orang luar letak murah..."
To'Wan Menjawab :
Seeloknya perkara ini hendaklah dibawa berbincang antara kedua pihak. Tanyakan jumlah sebenar yang mampu disediakan oleh tunang. Jika jumlah itu sesuai dengan kemampuannya dan tunang itu seorang yang baik dan yakin mampu menjaga anda, maka bolehlah kedua ibu-bapa anda meminta dia membayar mengikut kemampuannya itu dengan ditambah wang lain bagi mencukupkan jumlah sebenar melalui beberapa cara antaranya : Wang itu milik anda sendiri selaku pengantin perempuan, wang ibu-bapa anda sendiri mahupun orang lain.
Jadi bila selesai urusan perkahwinan, keluarga anda akan hanya mengambil wang hantaran dengan jumlah sebenar yang disediakan oleh tunang, dan baki yang ditambah dipulangkan kembali kepada pemiliknya. Walau mengikut hukum, cara ini dikira berdosa kerana termasuk dalam menipu, tapi dalam masa yang sama dapat menutup mudhorat yang lebih besar iaitu perselisihan antara keluarga anda dan keluarga sepupu. Dari segi hukum perkahwinan pula, perkahwinan tetap dikira sah kerana yang yang wajib itu ialah mahar (maskahwin) bukannya wang hantaran.
Sabda Rasulullah S.A.W: “Sebaik-baik wanita ialah yang mudah dalam mahar,” (HR At-Tabrani).
Dalam hadis yang lain bahawa Abu Salamah bin Abdurrahman R.A berkata, “Aku bertanya kepada Aisyah; isteri Nabi S.A.W, “Berapakah nilai mahar yang diberikan Rasulullah?
Aisyah menjawab, “Mahar yang baginda diberikan untuk isteri-isterinya sebanyak 12 'uqiyah dan nasya. Aisyah berkata, Apakah engkau tahu apakah nasya itu?
Aku berkata, “Tidak?
Kata Aisyah, “Nasya adalah ½ 'uqiyah. Maka nilainya sekitar 500 dirham. Demikianlah mahar Rasulullah untuk isteri-isterinya," (HR Muslim).
Mengikut pengiraan semasa, 1 dirham wang perak kini berharga antara RM25-RM30. Maka mahar perkahwinan Nabi S.A.W dengan isterinya ketika itu ialah di antara RM12500 ke RM15000 kecuali isteri baginda iaitu Habibah Binti Ramlah yang mana disebut dalam riwayat bahawa baginda telah memberikan mahar sebanyak 500 dinar emas.
Maka apabila dihubungkan kedua-dua hadis di atas menurut pendapat sebahagian ulama' : mudah di dalam hadis pertama bukan bermaksud murah, tapi mudah ialah lelaki mampu menyediakan mahar sesuai dengan kemampuannya.
Pesanan penulis, jangan dek kerana nilai wang hantaran berlaku perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Seperti yang pernah terjadi,
"Seorang lelaki telah berhutang dengan lintah darah atau along dek desakan keluarga pengantin perempuan yang mahu dipercepatkan pernikahan sedangkan nilai hantaran yang diletak pula terlalu tinggi. Akhirnya beberapa minggu selepas berkahwin, bukan sahaja keluarga lelaki yang dicari oleh lindah darat, malah keluarga perempuan turut menjadi mangsa.."
Wallahua'lam.

Tabiat Menipu
Soalan:
Assalammualaikum. Soalan saya bergini. Apakah hukumnya seseorang itu MENIPU sedangkan dia tahu menipu itu adalah berdosa dan masihkah ada pengampunan untuk beliau?
Soalan: Assalamualaikum. Apa hukum seorang wanita yang belum bertunang tapi mengatakan dirinya sudah bertunang untuk mengelakkan diri dari di buru oleh lelaki yang berstatus suami orang?
Jawapan: Terima kasih di atas soalan yang telah diajukan. Jika kita menulis/bercakap mengenai status diri kita bahawa kita sudah bertunang untuk mengelak diri daripada diburu oleh suami orang, sedangkan kita masih belum bertunang sama ada di dalam komuniti umum atau lain-lainnya, adakah ianya dibenarkan?
Setiap hari di dalam hidup insan yang beriman kepada Allah swt, dia tidak akan terlepas daripada 5 hukum asas dalam kehidupan sehariannya iaitu halal, haram, harus, makruh, dan sunat. Apa sahaja yang mereka lakukan, mereka tidak akan terlepas daripada 5 asas hukum tersebut. Kalau perkara itu tidak halal maka ia jatuh kepada haram, jika tidak haram boleh jadi ia makruh, jika tidak makruh boleh jadi ia sunat atau sebagainya. Setiap persoalan dalam hidup kita, kita tidak akan terlepas daripada 5 asas hukum tersebut. Contohnya seperti solat fardhu jatuh kepada hukum wajib, membantu ibu bapa jatuh kepada hukum wajib, memakai wangi-wangian jatuh kepada hukum sunat, mencuri jatuh kepada hukum haram dan sebagainya mengikut hukum yang telah diperuntukkan oleh Allah swt. Jadi, berbohong jatuh kepada hukum haram.
Dalam isu ini, kita perlu faham bahawa apa-apa sahaja transaksi yang berlaku secara menipu adalah haram hukumnya, perbohongan jenis ini belum lagi sampai tahap membahayakan nyawa, akal, maruah, dan agama kita. Jadi kita tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan kaedah ‘darurat’ dalam situasi ini. Contoh lain yang berlaku dalam situasi darurat ialah pada Nabi Ibrahim a.s, kisah baginda dan isterinya bermusafir di sebuah negeri, di dalamnya terdapat pemimpin yang sangat zalim iaitu dia suka merampas isteri-isteri orang, maka dalam keadaan itu baginda telah berbohong dengan menyatakan bahawa itu bukanlah isterinya, tetapi adik kandungnya. Dalam situasi ini, perbohongan ini diharuskan kerana apabila baginda tidak berbohong, ia akan mengancam nyawa dan maruah isterinya.
Contoh darurat lain yang saya boleh berikan ialah, apabila perempuan sudah menaiki sebuah teksi, tiba-tiba pemandu teksi memandangnya dalam keadaan yang sangat mencurigakan, maka si perempuan itu boleh berlakon buat-buat ada suami seperti menelefon dan bercakap sorang-sorang seolah-olah bercakap dengan suami, atau pun memakaikan cincin di jari manis sambil letakkan tangan di pipi supaya pemandu itu perasan bahawa si perempuan sudah bertunang atau pun sudah berkahwin. Sebab si perempuan berada dalam situasi yang boleh mengancam maruah dan dirinya. Maka penipuan ini dibolehkan.
Kesimpulan.
Apa-apa status yang tidak benar sama ada situasi tunang seperti di atas atau pun status lain yang seumpama dengannya seperti apa yang saya banyak lihat di dalam komuniti tertentu. Ianya dihukumkan sebagai haram. Begitulah Islam mendisiplinkan konsep kejujuran, begitu adil dan saksama, kerana ingin menutup pintu-pintu fitnah dan kerosakan.
Oleh itu, apa yang saya boleh nasihatkan ialah, perkahwinan bukanlah satu urusan yang mudah. Jika kita menjaga diri kita dengan sebaik mungkin tanpa menimbulkan fitnah, insya-Allah perkara ini susah untuk berlaku. Hal ini mudah berlaku jika kita sewenang-wenangnya melayan lelaki tanpa ada batasnya.
Wallahu A’lam.
Soalan:
Dalam kehidupan bernegara seperti kita hari ini, ada orang yang mendapat gaji lumayan, tetapi didapati dengan cara yang tidak sah, atau dengan lain bahasa, diperolehi dengan cara yang terang-terangan menipu. Bagaimana dengan hukum gaji yang diterima daripada jawatan tersebut. Mohon penjelasan.
Jawapan:
JUJUR adalah sifat terpuji. Tipu khianat adalah pekerjaan terkeji. Apa sahaja yang namanya tipu menipu wajib dihindari.
Kita harus beramal dengan sifat-sifat terpuji, kerana dengannya kehidupan kita akan lebih diberkati.
Rezeki yang didapati dengan cara yang halal, nescaya akan mendatangkan kebaikan di dunia dan akhirat.
Hidup ini adalah sementara. Semua akan berakhir dengan mengadap Allah `Azzawajalla. Jika sumber rezeki kita diperolehi daripada sesuatu yang halal, maka beruntunglah kita dan berbarakahlah hidup kita hingga kita kembali kepada-Nya.
Jika berlaku sebaliknya, mendapat rezeki dari sumber yang haram, maka Rasulullah saw pernah bersabda (mafhumnya): "Daging yang tumbuh dari makanan yang haram, maka nerakalah nanti tempatnya di akhirat kelak."
Jawatan adalah amanah besar yang perlu dipikul dengan ikhlas.
Rasulullah saw pernah bersabda kepada Abu Dzar yang hanya datang memohon suatu jawatan daripada baginda untuk beliau berkhidmat dalam kerajaan Islam.
Sabda Baginda saw (mafhumnya): "Wahai Abu Dzar, jawatan (yang) kamu (pohon itu) adalah amanah dan di hari Kiamat kehinaan dan penyesalan, melainkan yang menunaikan haknya."
Rasulullah saw menolak permohonan Abu Dzar kerana beliau tidak layak menerima jawatan tersebut kerana tidak sesuai baginya. Rasulullah saw menolaknya dengan peringatan kepada Abu Dzar, mafhumnya, jika diserahkan juga kepada beliau, di akhirat kelak, akan menyesal dan mendapat penghinaan daripada Allah yang tidak akan habis disesali.
Bayangkan itu jawatan yang sah. Jika diberi secara sah sekalipun, namun akibat daripada itu amat besar, jika tidak ditunaikan hak itu dengan penuh amanah dan tanggungjawab serta efisyen dalam menjalankan kerja.
Anda persoalkan jawatan yang tidak sah, yang diperolehi dengan cara yang menipu pula. Jelas itu bukan haknya. Malah hak orang lain.
Seolah-olah diambilnya jawatan itu dengan cara merampas atau menipu. Maka pastilah pekerjaan itu adalah haram. Di atas ketidaksahihan jawatan itu, maka hasil gaji yang diperolehi daripada jawatan yang tidak sah adalah haram. maka daging yang tumbuh daripada itu, maka nerakalah tempat penyudahnya.
Gaji yang diperolehi daripada jawatan yang didapati daripada cara yang haram, yang digunakan untuk makan minum, pakaian dan sebagainya, tentulah tidak akan mendatangkan barakah.
Suatu ketika di zaman Rasulullah saw dahulu, ada seorang lelaki sedang mengangkat tangan, berdoa bersungguh-sungguh ke hadrat Allah SWT di bawah panas terik matahari. Melihat keadaannya Rasulullah saw yang mengetahui keadaan sebenar lelaki itu, lalu baginda bersabda (mafhumnya): "Lelaki tersebut berdoa, dalam keadaan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya juga haram. Bagaimana Allah hendak memakbulkan permintaannya."
Mesej daripada hadis sebegini, menunjukkan, andai seseorang itu mendapat kerjanya daripada sumber haram, hasilnya juga haram, maka tidak akan dimakbulkan Allah doanya.
Maka hendaklah kita menghindari perbuatan seperti itu dan menjaga kebaikan diri dari dunia hingga akhirat. Wallahua`lam.
Sumber: Bersama Dato Dr Harun Din
Soalan:
Assalammualaikum. Soalan saya bergini. Apakah hukumnya seseorang itu MENIPU sedangkan dia tahu menipu itu adalah berdosa dan masihkah ada pengampunan untuk beliau?
Abdul Halim, KL
Jawapan:
Menipu merupakan pekerjaan dosa besar, kerana sifat ini merupakan sifat yang paling menonjol yang dimiliki oleh orang munafik. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga macam, apabila berkata suka berdusta, apabila berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan (amanah) suka khianat". (Riwayat Bukhari dan Muslim). Balasan bagi orang suka menipu serta tidak amanah ataupun tergolong dalam orang munafik ini sangat pedih di akhirat nanti. Sekalipun orang munafik atau menipu orang itu sentiasa merahsiakan sifat kemunafikannya, Allah adalah Zat Yang Maha Tahu akan membongkar kesalahannya di hadapan orang-orang Islam apa yang selama ini tersimpan dalam hatinya. Allah berfirman maksudnya: "Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahawa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka? dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka kiasan-kiasan perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu" (Muhammad ayat 29-30) Dalam sebuaha riwayat dikisahkan, merupakan perjalanan yang mengerikan bagi mereka yang suka menipu di akhirat nanti dengan melalui jambatan nereka yang lebih lembut dari helaian rambut. Tidak ada manusia yang mampu melaluinya kecuali atas pertolongan Allah. Bagi kaum munafik atau penipu, tatkala mereka menuju jambatan itu dan bersama-sama dengan kaum mukminin, mereka mendapatkan cahaya sebagaimana yang didapati oleh kaum mukminin itu. Nampak seakan-akan mereka turut melakukan solat, zakat, haji dan puasa. Namun di tengah jambatan itu, Allah mencabut cahaya-Nya. Mereka terdiam dan berdiri dalam keadaan bingung, tak mampu melanjutkan perjalanan. Mereka dipanggil oelh orang-orang mukmin supaya mendekatinya supaya mereka memperoleh cahaya, namun mereka tertinggal jauh. Lalu dikatakan kepada orang munafik atau peniupu itu mundurlah ke belakang. Mereka pun mundur mencari cahaya yang hilang. Begitulah nasib bagi orang yang menipu.

Berusahalah untuk bertaubat daripada pekerjaan menipu ini :
1. Kembali kepada Allah SWT dengan mengikuti segala ajaran-Nya dan bertaubat dengan taubat nasuha.
2. Bertawakal kepada Allah SWT dengan sebenarnya sambil mengharapkan keutamaan-Nya.
3. Bersyukur kepada Allah kerana telah membuka hati kita kepada bertaubat kepada-Nya, insya Allah segala kesilapan yang telah kita lakukan pada masa silam akan diampunkan-Nya.
1. Kembali kepada Allah SWT dengan mengikuti segala ajaran-Nya dan bertaubat dengan taubat nasuha.
2. Bertawakal kepada Allah SWT dengan sebenarnya sambil mengharapkan keutamaan-Nya.
3. Bersyukur kepada Allah kerana telah membuka hati kita kepada bertaubat kepada-Nya, insya Allah segala kesilapan yang telah kita lakukan pada masa silam akan diampunkan-Nya.
Soalan: Assalamualaikum. Apa hukum seorang wanita yang belum bertunang tapi mengatakan dirinya sudah bertunang untuk mengelakkan diri dari di buru oleh lelaki yang berstatus suami orang?
Jawapan: Terima kasih di atas soalan yang telah diajukan. Jika kita menulis/bercakap mengenai status diri kita bahawa kita sudah bertunang untuk mengelak diri daripada diburu oleh suami orang, sedangkan kita masih belum bertunang sama ada di dalam komuniti umum atau lain-lainnya, adakah ianya dibenarkan?
Setiap hari di dalam hidup insan yang beriman kepada Allah swt, dia tidak akan terlepas daripada 5 hukum asas dalam kehidupan sehariannya iaitu halal, haram, harus, makruh, dan sunat. Apa sahaja yang mereka lakukan, mereka tidak akan terlepas daripada 5 asas hukum tersebut. Kalau perkara itu tidak halal maka ia jatuh kepada haram, jika tidak haram boleh jadi ia makruh, jika tidak makruh boleh jadi ia sunat atau sebagainya. Setiap persoalan dalam hidup kita, kita tidak akan terlepas daripada 5 asas hukum tersebut. Contohnya seperti solat fardhu jatuh kepada hukum wajib, membantu ibu bapa jatuh kepada hukum wajib, memakai wangi-wangian jatuh kepada hukum sunat, mencuri jatuh kepada hukum haram dan sebagainya mengikut hukum yang telah diperuntukkan oleh Allah swt. Jadi, berbohong jatuh kepada hukum haram.
الغاية لا تُبرر الوسيلة
Ertinya : ” Matlamat tidak menghalalkan cara”
Di
dalam isu ini juga, kita boleh melihat balik kaedah-kaedah yang Islam
benarkan kita menggunakannya mengikut keadaan yang tertentu iaitu
‘Matlamat tidak menghalalkan cara’. Walaupun kaedah ini bukanlah
daripada kaedah fiqhiyah kubro(besar), namun ia masih boleh digunakan.
Apabila kita membuat sesuatu perkara yang mana matlamatnya mungkin baik,
tetapi jalannya tidak mengikut syariat yang dibenarkan oleh Islam, maka
hukumnya adalah haram. Contoh mudah yang saya boleh beri ialah, Ali
ingin menolong orang miskin dengan jalan mencuri harta orang kaya. Di
sini kita boleh lihat, matlamatnya baik iaitu ingin membantu orang
miskin tetapi jalannya salah, maka ia tetap berdosa.
الضرورات تبيح المحظورات
Ertinya : “keadaan terdesak (darurat) boleh mengharuskan yang haram”.
Di
dalam Islam juga, apabila berada dalam situasi ‘Darurat’, hukum haram
akan berubah menjadi halal mengikut hal keadaan yang tertentu. Tetapi
kaedah ini hanya digunakan apabila kita berada dalam keadaan yang
sangat-sangat terdesak dan mengancam diri, yang mana situasi itu
mengancam nyawa, akal, maruah dan agama kita. Contohnya hal keadaan kita
yang tiada satu pun makanan melainkan hanya ada daging babi sahaja di
hadapan kita, mungkin apabila kita menahan perut daripada lapar, ia
boleh membawa maut, maka Islam membenarkan kita makan daging babi
tersebut sekadar untuk mengisi perut yang sangat lapar.Dalam isu ini, kita perlu faham bahawa apa-apa sahaja transaksi yang berlaku secara menipu adalah haram hukumnya, perbohongan jenis ini belum lagi sampai tahap membahayakan nyawa, akal, maruah, dan agama kita. Jadi kita tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan kaedah ‘darurat’ dalam situasi ini. Contoh lain yang berlaku dalam situasi darurat ialah pada Nabi Ibrahim a.s, kisah baginda dan isterinya bermusafir di sebuah negeri, di dalamnya terdapat pemimpin yang sangat zalim iaitu dia suka merampas isteri-isteri orang, maka dalam keadaan itu baginda telah berbohong dengan menyatakan bahawa itu bukanlah isterinya, tetapi adik kandungnya. Dalam situasi ini, perbohongan ini diharuskan kerana apabila baginda tidak berbohong, ia akan mengancam nyawa dan maruah isterinya.
Contoh darurat lain yang saya boleh berikan ialah, apabila perempuan sudah menaiki sebuah teksi, tiba-tiba pemandu teksi memandangnya dalam keadaan yang sangat mencurigakan, maka si perempuan itu boleh berlakon buat-buat ada suami seperti menelefon dan bercakap sorang-sorang seolah-olah bercakap dengan suami, atau pun memakaikan cincin di jari manis sambil letakkan tangan di pipi supaya pemandu itu perasan bahawa si perempuan sudah bertunang atau pun sudah berkahwin. Sebab si perempuan berada dalam situasi yang boleh mengancam maruah dan dirinya. Maka penipuan ini dibolehkan.
الأمور بمقاصدها
Ertinya: “Setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat”.
Ini
adalah kaedah feqah yang sangat mahsyur. Banyak sarjana feqah yang
mengeluarkan hukum berdasarkan kaedah feqah di atas. Kaedah ini
berdasarkan hadis sahih daripada Sayidina Umar Al-Khattab r.a.
“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda ‘bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” (Sepakat para ulama’ hadis ini adalah sahih oleh semua tokoh-tokoh hadis).Jika kita berbalik kepada situasi tadi. Walaupun niatnya baik untuk menyelamatkan keadaan, tetapi dia sudah cemarkan kesucian niat dengan helah menipu, sedangkan kita perlu tahu bahawa niat yang suci itu perlulah berdasarkan jalannya yakni cara yang diredhoi oleh Allah swt.
Kesimpulan.
Apa-apa status yang tidak benar sama ada situasi tunang seperti di atas atau pun status lain yang seumpama dengannya seperti apa yang saya banyak lihat di dalam komuniti tertentu. Ianya dihukumkan sebagai haram. Begitulah Islam mendisiplinkan konsep kejujuran, begitu adil dan saksama, kerana ingin menutup pintu-pintu fitnah dan kerosakan.
Oleh itu, apa yang saya boleh nasihatkan ialah, perkahwinan bukanlah satu urusan yang mudah. Jika kita menjaga diri kita dengan sebaik mungkin tanpa menimbulkan fitnah, insya-Allah perkara ini susah untuk berlaku. Hal ini mudah berlaku jika kita sewenang-wenangnya melayan lelaki tanpa ada batasnya.
Wallahu A’lam.
Kod Rujukan Soalan
gcciuSoalan
apakah hukum seseorang itu menipu? setahu saya menipu untuk menjaga aib
dibenarkan. tetapi bagaimana pula menipu untuk menjaga hati seseorang?

Jawapan
Hukum menipu adalah berdosa dalam keadaan apa sekali pun. Sebaik-baiknya
hendaklah bersikap jujur, amanah dan ikhlas supaya sesuatu perkara yang
dibuat itu mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Hukum terima gaji daripada usaha menipu
Soalan:
Dalam kehidupan bernegara seperti kita hari ini, ada orang yang mendapat gaji lumayan, tetapi didapati dengan cara yang tidak sah, atau dengan lain bahasa, diperolehi dengan cara yang terang-terangan menipu. Bagaimana dengan hukum gaji yang diterima daripada jawatan tersebut. Mohon penjelasan.
Jawapan:
JUJUR adalah sifat terpuji. Tipu khianat adalah pekerjaan terkeji. Apa sahaja yang namanya tipu menipu wajib dihindari.
Kita harus beramal dengan sifat-sifat terpuji, kerana dengannya kehidupan kita akan lebih diberkati.
Rezeki yang didapati dengan cara yang halal, nescaya akan mendatangkan kebaikan di dunia dan akhirat.
Hidup ini adalah sementara. Semua akan berakhir dengan mengadap Allah `Azzawajalla. Jika sumber rezeki kita diperolehi daripada sesuatu yang halal, maka beruntunglah kita dan berbarakahlah hidup kita hingga kita kembali kepada-Nya.
Jika berlaku sebaliknya, mendapat rezeki dari sumber yang haram, maka Rasulullah saw pernah bersabda (mafhumnya): "Daging yang tumbuh dari makanan yang haram, maka nerakalah nanti tempatnya di akhirat kelak."
Jawatan adalah amanah besar yang perlu dipikul dengan ikhlas.
Rasulullah saw pernah bersabda kepada Abu Dzar yang hanya datang memohon suatu jawatan daripada baginda untuk beliau berkhidmat dalam kerajaan Islam.
Sabda Baginda saw (mafhumnya): "Wahai Abu Dzar, jawatan (yang) kamu (pohon itu) adalah amanah dan di hari Kiamat kehinaan dan penyesalan, melainkan yang menunaikan haknya."
Rasulullah saw menolak permohonan Abu Dzar kerana beliau tidak layak menerima jawatan tersebut kerana tidak sesuai baginya. Rasulullah saw menolaknya dengan peringatan kepada Abu Dzar, mafhumnya, jika diserahkan juga kepada beliau, di akhirat kelak, akan menyesal dan mendapat penghinaan daripada Allah yang tidak akan habis disesali.
Bayangkan itu jawatan yang sah. Jika diberi secara sah sekalipun, namun akibat daripada itu amat besar, jika tidak ditunaikan hak itu dengan penuh amanah dan tanggungjawab serta efisyen dalam menjalankan kerja.
Anda persoalkan jawatan yang tidak sah, yang diperolehi dengan cara yang menipu pula. Jelas itu bukan haknya. Malah hak orang lain.
Seolah-olah diambilnya jawatan itu dengan cara merampas atau menipu. Maka pastilah pekerjaan itu adalah haram. Di atas ketidaksahihan jawatan itu, maka hasil gaji yang diperolehi daripada jawatan yang tidak sah adalah haram. maka daging yang tumbuh daripada itu, maka nerakalah tempat penyudahnya.
Gaji yang diperolehi daripada jawatan yang didapati daripada cara yang haram, yang digunakan untuk makan minum, pakaian dan sebagainya, tentulah tidak akan mendatangkan barakah.
Suatu ketika di zaman Rasulullah saw dahulu, ada seorang lelaki sedang mengangkat tangan, berdoa bersungguh-sungguh ke hadrat Allah SWT di bawah panas terik matahari. Melihat keadaannya Rasulullah saw yang mengetahui keadaan sebenar lelaki itu, lalu baginda bersabda (mafhumnya): "Lelaki tersebut berdoa, dalam keadaan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya juga haram. Bagaimana Allah hendak memakbulkan permintaannya."
Mesej daripada hadis sebegini, menunjukkan, andai seseorang itu mendapat kerjanya daripada sumber haram, hasilnya juga haram, maka tidak akan dimakbulkan Allah doanya.
Maka hendaklah kita menghindari perbuatan seperti itu dan menjaga kebaikan diri dari dunia hingga akhirat. Wallahua`lam.
Sumber: Bersama Dato Dr Harun Din
10 Tanda Orang Yang Berbohong/Suka Menipu !
Ehee . Dalam dunia ni memang tak lari daripada pernah menipu walaupun sekali . Ah ! Betul ?
Err . Ye lah kot . I think so . hek3 . Berbohong merupakan salah satu
perilaku yang tidak baik . Paling umum dilakukan oleh semua orang baik orang tua atau anak muda , bahkan budak-budak pun suka berbohong jugak kan ? HEHE .
Namun, korang seharusnya mampu memahami apakah seseorang yang bercakap dengan korang itu berbohong ataupun tidak.
Kalau tidak , korang akan mudah ditipu oleh orang lain. Satu masalahnya
adalah bagaimana cara korang nak tahu mereka berbohong atau tidak? Dari
semua perilaku manusia, mungkin berbohong adalah salah satu perkara
sukar untuk dikesan .
Namun,
ada beberapa perkara yang dapat membantu korang cara mengesan ketika
seseorang itu sedang berbohong . Nak tahu ? Jom terjah satu-persatu !
1. Gugup.
Berbohong
memiliki gejala yang hampir sama dengan ketegangan. Dalam berbagai
situasi ketika kita berniat untuk berbohong , kita mudah merasa gugup ,
dan waktu itulah masa untuk menutup kesalahan . Anda pernah begitu ?
Anda sahaja yang tahu . haha .
2. Perhatikan bahasa tubuh.
Lihat
dan perhatikan bahasa tubuh dan posture seseorang yang kelihatan
seperti menutupi bahagian tertentu dari wajah atau tubuh. Menyentuh
hidung merupakan salah satu ciri untuk mengetahui seseorang tu berbohong
atau pun tidak . Tapi , jangan pulak kalau dia gatai kat bahagian
hidung . Diorang garu-garu terus korang tuduh dia menipu ! haha .
3. Gelisah berlebihan.
Perhatikan
jika seseorang yang korang curigai berbohong , menggaru-garu atau
menggesek pakaiannya . Err . Kebanyakan dan selalunya , perbuatan
sedemikianlah cara untuk kita ketahui dia berbonong ataupun tidak . Ishk
, kalau dah tahu itu boleh nampak sangat nak berbohong , boleh pulak
digesek2 pakaiannya . haha . Kelakar lah .
4. Senyum berlebihan.
Di
samping dari kelihatan gelisah berlebihan yang nampak sangat dia tu
sedang berbohong, lihat juga orang yang suka tersenyum lebih banyak
ketika mereka mengatakan yang sebenarnya . Ah , dah sah pembohong .
5. Percaya pada naluri.
Haa
. Ini penting kan ? Selain perhatikan gerak-geri orang yang sedang
berbohong , kit juga haruslah percaya pada naluri kita sendiri . Mungkin
betul jika pepatah orang dolu-dolu mengatakan , "jika anda mencurigai
seseorang berbohong, mungkin anda benar." . Err . So , ikut lah naluri
hati korang tu ye :)
6. Muka kelihatan bingung.
Semasa
dia berbohong, dia akan memikirkan tentang kesalahannya pada waktu yang
sama. Hal ini akan mengganggu perhatiannya dalam percakapan tersebut.
Nampak je muka dia ala~ala bingung and tergagap masa nak cakap , dia
menipu lewtew :)
7. Menganggukkan kepalanya.
HEHE
. Ada jugak yang suka mengangguk-ngangguk kan kepalanya . tanya , dia
angguk-angguk je macam sedang berbohong gitu . hek . Ramai macam ni kot ?
8. Selalu beri penjelasan yang tidak penting.
Err
. Dah sah pembohong . Kita tanya sesuatu benda yang spesifik . Yang dia
pergi jawab benda tu , tapi , bagitau dengan lebih detail dengan cakap
laju-laju bagai sedang nyanyi lagu rap tu . ahaha . Orang nak satu
jawapan je . Dia pergi jawab panjang berjeler-jeler . Ah !
9. Bila berjanji , sering mengingkari.
Ni
selalu ada pada lelaki kot ! Opss* Maaf . haha . Masa tu , bersemangat
haa janji itu ini konon bagi harapan yang GAHHH ! . Padahal , bila dah
dapat sesuatu yang dikehendakinya , err biasanya lupa akan janji
manisnya dahulu .
10. Mengatakan sesuatu yang tidak dilakukannya.
Err
. Biasa lah tu . Tak buat sesuatu benda tu . Tapi , diperbesar-besarkan
hasil usaha yang dilakukannya itu . Contohlah , dia kata nak kemas satu
rumah , atas bawah . Sapu luar , belakang rumah . Ah , padahal , kemas
bilik je . Err . Siapa yang gini ? haha . Siapa makan cili , terasa lah
pedasnya . Opss *
Sabab Wurud Hadis "Sesiapa Yang Menipu Maka Dia Bukan Dari Kalangan Ku"
SABAB WURUD HADIS “SESIAPA YANG MENIPU MAKA DIA BUKAN DARI KALANGAN KU.”
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”
Sebab hadis ini ialah
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ مَرَّ عَلَى صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فِيهَا
فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فَقَالَ مَا هَذَا يَا صَاحِبَ الطَّعَامِ
قَالَ أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ أَفَلَا
جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ
مِنِّي
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. lalu berdekatan dengan
selonggok makanan lalu baginda memasukkan tangannya ke dalam longgokan
itu. Tiba-tiba jari baginda terkena sesuatu yang basah. Baginda
bertanya: “Apa semuanya ini wahai tuan punya makanan? Orang itu
menjawab: “Terkena hujan, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Mengapa
tidak kamu letakkan di atas supaya orang ramai dapat melihatnya. Sesiapa
yang menipu maka dia bukan dari kalanganku. (Muslim, al-Tirmizi)
Huraian Hadis
Di
antara sifat Rasulullah s.a.w. ialah sentiasa mengambil berat tentang
urusan umatnya termasuklah urusan mu’amalat mereka. Ini mendorong
baginda untuk meninjau bagaimana keadaan perjalanan jual beli mereka di
pasar.
Sekali
pandang kelihatan penjual tersebut cuba untuk menipu pelanggan dengan
menyembunyikan makanan yang tidak baik di bawah. Walau bagaimanapun ada
kemungkinan hal ini berlaku secara tidak disengajakan. Ini kerana
makanan yang berada di atas sememangnya tidak basah kerana terdedah
kepada matahari manakala yang berada di bahagian bawah masih lagi basah.
Kemungkinan sebab yang mendorong baginda memasukkan tangannya ialah
kesan basah yang mungkin terdapat di bahagian atas yang tertentu. Sukar
dibayangkan jika baginda memasukkan tangannya pada setiap longgokkan
makanan yang ada di pasar.
Rasulullah
s.a.w. mengganggap perbuatan tersebut sebagai penipuan boleh
ditafsirkan sebagai amaran keras kepada perbuatan yang mengandungi unsur
penipuan. Sifat orang mukmin ialah sentiasa menginginkan kebaikan untuk
saudaranya dan perbuatan ini tentu sekali bercanggah dengan tuntutan
iman. Walaupun yang basah itu belum rosak namun ia akan cepat rosak.
Oleh itu, mudarat terhadap orang lain mestilah dielakkan sekalipun ia
tidak menguntungkan diri sendiri.
Maksud
penafian dari menjadi sebahagian umat Rasulullah s.a.w. ialah perbuatan
tersebut menyalahi sunnah dan petunjuk baginda. Sufyan bin ‘Uyainah
lebih cenderung menerima makna hadis ini tanpa takwilan supaya itu lebih
membekaskan dalam diri dan lebih berkesan dalam menyampaikan amaran.
(al-Nawawi, al-Minhaj Fi Sharh Sahih Muslim, jil. 11, hal. 108)
Pengajaran Hadis
1. Pemimpin yang prihatin terhadap rakyat akan turun padang untuk meninjau dan menjaga kemaslahatan mereka.
2. Harus mempamerkan barangan yang dijual secara longgokan dengan syarat tiada unsur penipuan dan gharar.
3. Amaran keras terhadap penipuan dalam urusan mu’amalat sehingga kepada tahap penafian mengikuti Sunnah Rasulullah s.a.w.
4. Haram
melakukan perbuatan yang mengandungi unsur penipuan dalam segala bentuk
mu’amalat seperti jual beli, sewa beli, gadaian, pinjaman, pertukangan
dan juga pekerjaan professional.
5. Penjual
wajib menyatakan kecacatan yang ada pada barangnya. Ini kerana walaupun
makanan tersebut belum lagi rosak namun baginda mengingatkan penjual
tersebut supaya jangan menyembunyikannya kerana ia mudah terdedah kepada
kerosakan dan ini menyebabkan penjual itu menjualnya dalam keadaan
sudah rosak.
6. Penjual hendaklah sentiasa memeriksa stok barangannya demi menjaga kualiti dan mutu khidmat pelanggan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan