Kenapa darah kita jadi kotor?
Kejadian darah kotor, pekat atau bertoksid memang biasa berlaku dalam masyarakat hari ini. Perkara begini sudah menjadi lumrah dan sentiasa bermain dalam pemikiran serta seringkali menjadi topik perbualan harian kita. Apakah kita redha darah kita menjadi kotor, pekat atau bertoksid? Jawabnya tentu sekali kita tidak redha dan timbul rasa takut atau cemas. Mengikut kelazimannya bila darah kita sudah tidak normal lagi maka berbagai-bagai penyakit akan menyerang kita. Kenapa darah kita menjadi kotor, pekat atau bertoksid?
Punca yang biasa kita ketahui:
Pemakanan tidak seimbang, berkolestrol tinggi, terlampau manis, masin atau masam selalunya akan mengganggu sistem pencernaan badan kita. Bahan-bahan yang berlebihan tadi akan tertinggal dalam badan kita bila ianya tidak dinyahkeluarkan dengan sempurna. Kebanyakan makanan pula mengandungi pengawet, penaik, perisa tambahan, perasa dan pewarna tiruan akan larut dalam darah sebagai toksid yang akan menyebabkan darah menjadi pekat dan kita istilahkan ianya sebagai "Darah Kotor".
Punca lain yang sangat bahaya:
Kini terdapat berbagai-bagai jenis ubatan moden yang berada dipasaran yang diproses berasaskan dadah. Ianya sangat popular sebab ianya cepat bertindak, mudah didapati dan kebanyakannya lulus untuk dijual. Samada kita sedar atau tidak sedar ianya jadi terpaksa dan sangat digemari dalam masyarakat moden harini. Sejenis dadah yang dipanggil Steroid adalah menjadi pilihan utama dalam ubatan moden kerana ianya sangat berkesan dalam mengaktifkan sesuatu unsur (bahan-bahan kandungan ubat moden). Steroid sangat merbahaya sekiranya ia terlalu banyak dan lama berada dalam badan kitam dipercayai boleh mereputkan tulang.
Kebanyakan dadah atau bahan kimia proses yang digunakan dalam ubatan tadi akan mewujudkan ketagihan dan membuatkan kita terlalu bergantung padanya. Amalan yang berterusan akan menyebabkan darah kita menjadi pekat dan kotor, seterusnya akan mengakibatkan berbagai penyakit sampingan yang sangat bahaya terutama barah yang sangat popular sekarang ni...................
Dadah menjadi perangsang minda, mehilangkan rasa sakit juga alat penenang ketika kita sedang dilanda kesakitan. Dikala itu kita akan jadi khayal dan kemungkinan besar kita akan lupa diri, lupa juga pada Yang Maha Berkuasa, naumzubillah-himinzalikh.
Darah yang kotor akan menghalang zikrullah mengalir dalam darah kita menyebabkan kita jadi alpa kepada Yang Maha Pencipta. Tidak hairanlah kalau disaat-saat akhir kehidupan, terutama yang terlantar diwad, kita dapati ada diantaranya akan jadi malas untuk solat, zikrullah dan hilang kepergantungan kita kepada Yang Maha Esa.
Kenapa kita perlu bersihkan darah?
Apa jua yang terlarut dalam darah kita selain dari apa yang sepatutnya mengikut keperluan sebenar badan kita haruslah dikeluarkan dengan kadar segera. Banyak pendekatan yang boleh kita ambil samada buat senaman, riadah atau makan penawar dibawah.
Segala usaha adalah menjadi wajib kerana menjadi tanggung-jawab kita menjaga amanah yang diberikan kepada kita untuk menjaga badan kita yang dipinjamkan ini. Jangan biarkan sampai sesiapa jua merosakkannya dengan membuang sebahagian daripada komponannya sesuka hati. Satu masa kita akan pulangkannya kepada yang berhak. Sampai hatikah kita kembalikan barang yang dipinjamkan kepada kita dalam keadaan rosak atau tidak normal lagi?
Darah yang bersih akan dapat melahirkan badan yang sihat, organ yang cergas, minda yang sempurna, jiwa yang tenang, hati yang baik dan akan mengalir zikrullah bersama oksijan disegenap urat saraf kita sehingga ke saraf paling halus sekalipun, insya-Allah.
Kepentingan darah bersih kepada organ dan sistem badan
Darah yang bersih akan dipam berulang-alik masuk dan keluar kepada setiap organ badan, segaligus mempengaruhi sistem badan, sistem imun, antibodi, sistem saraf, hormon dan sebagaiya. Bagi memastikan sistem ini berfungsi dengan baik kita sangat-sangat memerlukan darah yang bersih dengan kandungan oksijan dan zat yang diperlukan secukupnya serta mempunyai kadar kecairan yang sesuai.
Darah yang pekat dan kotor akan menjejaskan semua sistem, sekaligus akan menghasilkan berbagai-bagai penyakit yang berkait dengan darah, saraf, organ dan lain-lain.
Apakah penyakit yang senang dan selalu dihidapi oleh mereka yang mengandungi darah kotor?Antaranya adalah:
Senarai dibawah adalah diambil secara rawak, sebenarnya masih banyak lagi penyakit-penyakit yang disebabkan darah kotor:
a) Jangkitan kuman dalam darahb) Darah tinggic) Kencing manis / diabetis.d) Kegemukane) Gatal / berkudisf) Sakit / lenguh-lenguh urat-sarafg) Mudah letihh) Sterssi) Penyakit kulit seperti kurap, panau atau badamj) Sakit jantungk) Komplikasi hatil) Buah pinggangm) Buasirn) Batu karango) Hapetitis Bp) Senggugutq) Strokr) Uluran / medus) Hulu hatit) Radang paru-paruu) Ulserv) Barahw) Kegemukan
Bagaimana berbagai-bagai penyakit tersebut boleh sembuh?
Apabila kita mengalami masalah kesihatan atau sedang sakit biasanya kita akan segera berusaha untuk sembuh, samada makan ubat atau berpantang. Biasanya bagi kita orang Islam pasti tidak lupa berdoa dan bertawakkal. Sebagai tip bagi tujuan memulihkan kesihatan kita saya kongsikan dengan saudara satu rahsia.
Bila berlaku sedikit kecuaian samada oleh tangan kita sendiri atau oleh orang lain maka kita akan jadi mangsa dan terperangkap dalam masalah kesihatan. Kenapa kita jadi tidak sihat? Sebahagian besarnya berpunca dari darah kotor. Nabi Muhammad saw pernah bersabda " Segala penyakit berpunca dari perut"membawa maksud apajua yang kita makan atau minum akan masuk kedalam perut dan menghasilkan darah. Makanan yang bercampur berbagai-bagai bahan luaran menjadi punca utama darah jadi kotor, sekaligus mengganggu kestabilan sistem badan dan organ.
Bagaimana?
Sebagai pemilik tubuh yang dikurniakan Illahi dengan sebaik-baik kejadian, lengkap dengan segala sistem dan mampu melakukan berbagai-bagai perkara yang tidak diberikan kepada makhluk lain dimuka bumi ini kita wajib bersyukur dan perlu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Tubuh kita adalah amanah Allah swt dan kita diberi hak untuk melindungi dan menjaganya semampu kita.
Jadi, untuk kita jadi sihat atau kekal sihat kita perlulah sentiasa menjaga kebersihan badan kita luar dan dalam. Bagi membersihkan dalaman badan kita, kita perlu makan ubat atau penawar, itu adalah tugas atau tanggung-jawab kita. Darah yang bersih akan melancarkan sistem badan, sekaligus akan menghasilkan antibodi bagi melawan penyakit, insya-Allah.
Apabila kita memohon dari Allah swt untuk mengembalikan kesihatan kita maka terlebih dahulu kita perlulah bersihkan dalaman badan kita dulu sebagai tanda melaksanakan amanah kita kepadaNya. Apabila dalaman kita bersih, bebas dari kandungan toksid, dadah, kimia atau apajua samada berpunca dari bahan pengawek makanan atau ubat-ubatan moden akan menghasilkan satu situasi kyusuk dan rasa manis bila berdoa, solat, wirid atau apa-apa amalan soleh. Dikala inilah doa kita mudah dimakbulkan, insya-Allah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan