Kenapa topik ini dipilih?Cuba ingat kembali dalam 4 hari pertama di
tahun baru 2011,berapa banyak yang korang dengar/baca/lihat tentang kes2
kematian mengejut dan kematian yang dirancang?Banyak kan?Kematian
mengejut termasuklah kemalangan,alam bencana atau akibat penyakit.Contoh
terdekat kematian mengejut ialah pemergian pelakon tanah air arwah
Faizal Yusof.Kematian yang dirancang seperti membunuh
diri,merempit,samun dan bunuh,rogol dan bunuh...yang semuanya berakhir
dengan kematian tragik(seperti maid kawan kite tu).
Kenikmatan hidup di dunia ini amat banyak sekali.Kesenangan dan
kebahagiaan yang dikurniakan Tuhan adalah rezeki yang dikurniakan tanpa
dibayar apa2 pendahuluan sebagai cagarannya.Tip kaunselor kali ini
diperolehi dari Majalah Harmoni yang berkongsi tentang persediaan diri
secara rohani,jasmani dan psikologi untuk menerima takdir ketiadaan
insan yang tersayang.Kematian adalah satu yang pasti berlaku kepada
sesiapa sahaja.Ia datang tanpa mengira waktu,usia dan persediaan yang
telah dilakukan.Ia datang tidak cepat dan lambat walaupun sesaat.
Firman Allah bermaksud:
Firman Allah bermaksud:
“Dan
tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan
diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi
mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Mengenal,” (QS. Luqman : 34).
Tips persediaan mental & fizikal menghadapi kematian insan yang tersayang
1->Apabila
ia hadir semua yang dilakukan akan terhenti secara takdir yang
ditentukan Allah s.w.t.Semuanya akan akur dengan ketentuan itu tanpa
dapat menghalang atau menangguhkannya.
“Dan
Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila
datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu
kerjakan.” (Surah Al Munafiqun: Ayat 11)
2->Mereka
yang bergelar tersayang akan ditinggalkan walau perasaan tidak
meredhainya.Sebanyak mana air mata yang dikeluarkan dan sekuat mana
raungan yang ada tidak akan membuatkan Allah berkompromi dengannya.
Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud: Dari Abdullah r.a katanya: Telah
bersabda Nabi SAW: “Tidak termasuk golongan kami orang yang
memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak baju dan berteriak-teriak seperti
berteriaknya orang jahiliah.” (Riwayat Al-Imam Bukhari).
3->Suka
atau tidak,bersedia atau belum ketika kematian datang menjengah
membuatkan orang yang menghadapinya terhenti seketika untuk mencari
makna sebenar kematian dan mengapa Tuhan mengambilnya.
Firman
Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156-157 yang bermaksud: “Orang
yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami
kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan
dari Tuhan mereka serta rahmatNya. Dan mereka itulah orang yang dapat
petunjuk hidayahNya.”
4->Mereka
yang tinggal harus bersedia meneruskan kehidupan yang ada.Suka dan duka
menjadi kenangan yang sukar dilakukan.Jiwa dan akal diurus dengan
teratur agar dunia dilalui dengan sempurna.
5->Apabila
berlaku kesukaran selepas kematian orang tersayang jangan malu untuk
bertanya apa yang diperlukan.Jika sukar pasti ada jalan keluar yang
memudahkan,jika bimbang dan khuatir pasti ada pelindungnya.Jika tersalah
cari pandu arahnya.
6->Bagi
isteri yang berhadapan dengan situasi ini,haruslah bertenang dan sabar
untuk melaluinya.Jiwa yang redha akan memudahkan akal untuk berfikir
bahkan diri yang tenang akan mudah untuk bertindak.
Hadapi kematian insan tersayang
(Artikel ini dari Suzana Ghazali,Perunding Psikologi Keluarga)
Seorang teman menghantar e-mel menceritakan berita sedih kematian suami
salah seorang rakan kami. Dalam e-mel itu menceritakan bagaimana suami
rakan tersebut yang tidak mempunyai sakit apa pun. Cuma malam sebelum
pemergian itu, suaminya terjaga dan mengerang kesakitan. Akan tetapi
selepas itu dia kembali tidur. Namun jam empat pagi sekali lagi suaminya
mengerang kesakitan. Tak lama kemudian dia kembali kepada Allah. Tak
dapat dibayangkan situasi yang dihadapi Alif di rumahnya sendiri bersama
empat orang anak-anaknya. Si sulung darjah satu dan yang paling bongsu
baru berusia empat bulan.
Di atas adalah cerita yang dihantar oleh seorang rakan sepengajian
kepada saya dan rakan-rakan sepengajian lainnya melalui
syariah-law98-yahoogroups. Emel ini adalah respons kepada emel
sebelumnya yang menyampaikan berita kembalinya suami rakan kami itu ke
rahmatullah pagi Ahad 5hb Mei baru-baru ini. Memang mengejutkan. Aruah
suaminya sebaya kami sahaja. Benarlah janji Allah, bila tiba masanya,
takkan terlewat atau tercepat walau sesaat. Yang agak melegakan, rakan
kami itu bekerja. insyaAllah, tak terlalu bermasalah untuk menguruskan
keperluan anak-anak.
Itu dari segi zahirnya lah, dari segi emosi memang agak payah. Bukan
saja untuk Alif malah untuk semua individu di dunia ini. Bila orang
tersayang pergi secara tiba-tiba, memang susah nak diluahkan apa yang
dirasa. Paling mudah, air mata sahaja jadi teman setia. Seperti rakan
kami ini, khabarnya (menurut emel seorang rakan yang menghubunginya,
saya masih belum berkesempatan berbual sendiri dengannya semasa
perbincangan ini disediakan), dari cara Alif berbual dengannya, dapat
dirasakan semangat Alif yang kuat dan tabah. Cuma menurut kata rakan
saya itu, mungkin masih terlalu baru. Bila makin lama, kehilangan akan
lebih terasa. Seperti dirinya sendiri yang hanya merasakan kehilangan
ayah tercinta selepas dua minggu pemergian aruah kira-kira 16 tahun
lalu.
Cepat atau lambat, bukan pokok perbincangan saya kali ini. Yang ingin
saya kongsi bersama semua pembaca kali ini ialah peranan kita sebagai
insan yang masih ada dan perlu meneruskan kehidupan di dunia ini setelah
orang tersayang yang menjadi tunggak utama kehidupan dijemput pergi
mengadap Ilahi sama ada secara tiba-tiba atau memang dijangka (contohnya
kes sakit berpanjangan). Terus terang, saya masih belum diuji dengan
berita kematian insan tersayang. Namun, apa yang saya bincangkan di
sini, bukan hanya nak pandai cakap tetapi juga sebagai satu panduan
untuk saya sendiri apabila perlu menghadapi situasi demikian. Bak kata
pepatah, sediakan payung sebelum hujan, sama ada payung patah atau
sedikit bocor, mempunyai payung adalah lebih baik daripada perlu basah
kuyup di dalam hujan.
Peranan pertama dan paling utama ialah kita perlu ingat dan percaya
bahawa kematian adalah pasti untuk setiap insan. Sama ada cepat atau
lambat, kematian pasti datang. Bila? Di mana? Bagaimana cara atau apa
sebabnya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kedua: Anda boleh menangis
kerana kehilangan tetapi jangan sampai anda tidak merelakan
pemergiannya. Tidak merelakan bererti anda melawan takdir Ilahi,
nauzubillah. Ketiga: Jangan fikirkan kesusahan yang bakal anda tempuhi
di dalam hidup kerana kehilangannya sebaliknya fikirkan bagaimanakah
caranya untuk anda meneruskan kehidupan setelah pemergiannya. Ingat!
Allah dah janjikan rezeki yang tersendiri untuk setiap makhluknya yang
hidup di muka bumi ini. Anda hanya perlu berusaha, ikhtiar dan tawakkal,
insyaAllah ada rezeki yang datang kepada anda.
Keempat: Tunaikan hasrat si mati. Jika anda mempunyai impian bersama
untuk membesarkan anak-anak, jangan jadikan kematian pasangan anda
sebagai alasan untuk anda menguburkan impian tersebut. Sebaliknya anda
perlu tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk menunaikan impian dan
hasrat aruah. InsyaAllah, rohnya akan turut gembira bila impiannya
ditunaikan oleh anda. Kelima: Jangan kecewakan roh si mati. Saya yakin,
anda pernah mendengar tentang roh balik ke rumah, melihat kehidupan
orang yang ditinggalkan. Wallahua’lam, saya tak dapat nak pastikan
kebenaran kata-kata tersebut sebab roh adalah antara perkara ghaib yang
kita adalah dilarang untuk mempersoalkannya kerana tersalah soal atau
tersilap percaya, boleh membawa kepada kufur, nauzubillah.
Yang penting, kehidupan selepas kematian itu ada, bermula di alam kubur
seterusnya di akhirat setelah berlakunya kiamat. Kekecewaan yang saya
maksudkan adalah berkaitan kehidupan selepas kematian. Seringkali kita
lupa tentang kehidupan si mati selepas dia dikebumikan. Kita sering kali
mempertikaikan nasib orang yang ditinggalkan sedangkan Allah telah
memberi jaminan rezeki kepada setiap hamba-Nya yang hidup. Sebaliknya,
tiada jaminan selamat daripada siksaan kubur melainkan si mati membawa
bersamanya amal soleh. Di dalam satu hadis menyatakan: Apabila mati
seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu
sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh
yang mendoakannya. Bukan sahaja doa anak soleh malah doa sesiapa sahaja
yang ikhlas boleh membantu mereka yang telah pergi.
Moga kita semua lebih bersedia dalam setiap perkara mendepani hari muka…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan