Jumaat, 3 Januari 2014

SEJARAH BUKIT KAYU HITAM,KEDAH DARUL AMAN

Bukit Kayu Hitam terletak di kawasan Parlimen Kubang Pasu di Kedah. Ia merupakan penghujung Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS). Di sini letaknya pintu masuk ke negara Thailand. Beberapa buah kompleks perniagaan jualan murah dan bebas cukai telah didirikan di Bukit Kayu Hitam ini.

Sejarah Bukit Kayu Hitam bermula dari zaman kemaraan tentera Siam menyerang Kedah pada tahun 1824.
Menurut cerita masyarakat tempatan, nama Bukit Kayu Hitam ini asalnya diberikan oleh tentera Siam
semasa berehat di sebuah bukit. 

Mengikut cerita, dalam perjalanan untuk menyerang Kedah, tentera Siam telah singgah di sebuah bukit dan berkampung di situ sementara meneruskan perjalanan ke Kedah. Mereka telah memasak nasi disitu dan menggunakan sebatang kayu sebagai senduk. Tanpa disedari, setelah nasi tadi masak, ia berubah menjadi kehitaman, maka tentera Siam tadi kehairanan dan mereka cuba mencari sebab kenapa nasi boleh menjadi hitam. Maka, mereka dapati ia berpunca dari kayu yang
digunakan sebagai senduk tadi. Mereka menyiasat dari mana asalnya kayu tersebut dan apabila ditemui
tempat kayu itu diambil mereka dapati sekitar pokok tersebut bewarna kehitaman. Pokok tersebut adalah
Pokok Komoi. Maka dari situlah wujudnya Bukit Kayu Hitam dimana dalam bahasa Siam disebut Kuan Mhai Dam.

Setelah Siam kalah, orang-orang Melayu mula mendirikan perkampungan di sekitar Bukit Kayu Hitam
dengan kegiatan utamanya pertanian disamping peranannya sebagai pintu masuk ke Siam untuk menjual
hasil pertanian mereka. Akhirnya ia semakin berkembang yang kemudian berubah menjadi sebuah pekan kecil dimana penduduknya semakin bertambah. Dengan ini kegiatan perdagangan antara Kedah dan Siam semakin rancak disini.

Namun begitu Bukit Kayu Hitam terpaksa ditutup sepenuhnya pada tahun 1948 berikutan keadaan Darurat 1948 dimana meningkatnya kegiatan Komunis (PKM) pada masa ini. Semua penduduk, polis dan kastam diarahkan berpindah ke Changloon dan tidak dibenarkan tinggal di Bukit Kayu Hitam. Ini menyebabkan Bukit Kayu Hitam kembali menjadi hutan dan dipenuhi semak.
Namun beberapa kampung orang Melayu dan Siam iaitu Kampung Padong, Kampung Kokpoo dan Bukit Batu Bertangga (sekarang Felda Bukit Tangga) masih dikekalkan. Kampung ini telah dikawal oleh polis bantuan yang telah ditugaskan menjaga keselamatan penduduk setempat. Jalan kecil yang tidak berturap ini masih menjadi nadi penghubung utama dan penting laluan keluar masuk orang awam dari perkampungan ini ke Pekan Changloon dan ke Pekan Danok.

Apabila kegiatan Komunis dapat dibendung dengan kehadiran anggota tentera di kawasan Bukit Kayu Hitam maka aktiviti perniagaan di kawasan Bukit Kayu Hitam telah mula tumbuh seperti cendawan dan mendapat sambutan orang ramai. Kawasan ini mula membangun dengan kedai-kedai yang beratapkan daun nipah/zink yang dimiliki oleh penduduk setempat dan terkenal sebagai pekan sehari Bukit Kayu Hitam.

Pada tahun 1972, Bukit Kayu Hitam dibuka semula oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dengan membuka sebuah ladang getah di Bukit Kayu Hitam iaitu Ladang Rakyat Laka Temin. Pada masa ini juga nama Bukit Kayu Hitam telah hilang dan diganti dengan panggilan Laka Temin. Setelah pembukaan ladang ini, penduduk Laka Temin semakin bertambah.

Pada tahun 1977, Kampung Laka Jaya diwujudkan bagi menempatkan Kuarters Pekerja Ladang. Jalan telah diturap oleh kerajaan Kedah dan menghubungkan pekan Changloon melalui Bukit Kayu Hitam ke pekan Danok, Thailand. Ia juga bertujuan bagi memudahkan urusan perniagaan dan pengangkutan hasil tanaman getah oleh penduduk setempat ke pekan Changloon dan pengeluaran barangan import dan eksport yang menggunakan lori atau pacuan empat roda, motosikal dan sebagainya oleh peniaga yang berurusan dengan negara ini atau jiran.

Pada akhir tahun 1977, Bukit Kayu Hitam telah diistiharkan (gazate) sebagai Pintu Masuk dari negara Thailand ke negara ini. Sebuah Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin telah dibina bersama kuarters bagi menempatkan kakitangan kerajaan yang bertugas di sini. Bukit Kayu Hitam juga telah dilengkapi dengan bangunan pentadbiran kakitangan kerajaan yang lain seperti Balai Polis, Balai Bomba, Kem Polis Hutan, Kem Tentera dan lain-lain lagi. Jalan raya telah mula dibina menghubungkan Pekan Danok, Thailand melalui Kompeks Kastam Imigresen dan Kuarantin Bukit Kayu Hitam ini ke Jitra, Kedah. Pada tahun 1981, nama Laka Temin ditukar kembali kepada Bukit Kayu Hitam dan dengan persetujuan pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, Bukit Kayu Hitam dikenali sebagai Bandar Bukit Kayu Hitam hingga kini. Pada 1997 Kampung Padong dikenali sebagai Kampung Baru Padong dan Kampung Kokpoo dikenali sebagai Kampung Padang Satu.

Majoriti penduduk yang mendiami Bukit Kayu Hitam adalah orang-orang Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin