Rabu, 18 Mei 2011

SEJARAH KEDATANGAN SIAM DI TANAH MELAYU.

ASAL USUL ORANG SIAM

ASAL USUL ORANG SIAM
Semua penulisan yang ditemui menyatakan bahawa orang Siam berasal dari kawasan tengah Asia yang membentuk negara Mongolia dan Cina hari ini. Phararajphongsawadarn oleh Phararajhatlekha (TB 2245:TM 1912), Phongsawadarnchattai oleh Phra Boriharnthepthani dan Sejarah Asia Tenggara (1971) oleh D.G.E. Hall sepakat mengisahkan perihal tanah asal orang Siam di Asia Tengah. Dipercayai bahawa sekitar 7000 tahun dahulu mereka mendiami kawasan pergunungan Atlai (Mongolia) dan sekitar 2500 tahun kemudian mereka berkembang ke selatan yang lebih subur dan membina penempatan kekal di lembangan sungai Hwang Ho dan Yang Tze Kiang. Selain sebagai penternak nomad, mereka juga petani berkebolehan. Penempatan kekal telah mewujudkan puluhan negara kota orang Siam seperti Sze Chuan, Cheang Tu, Hu Pe, Hu Nan, Auhui di wilayah Sze Chuan dan Kwang Ghao di negara China hari ini.
Sama ada disebabkan bilangan penduduk semakin ramai atau pergolakan sesama sendiri atau tekanan orang Cina dalam rentetan sejarah yang panjang, orang Siam mulai bergerak turun ke selatan dari penempatan besar mereka di Chungking. Orang Cina sebelum ini hidup secara nomad mulai membina kekuasaan dan menekan pengaruh ke atas orang Siam. Pada beberapa peringkat dengan diketuai oleh raja-raja mereka, orang siam dapat memperlahankan penghijrahan mereka ke selatan. Orang cina menggelar nama kerajaan mereka sebagai "Syamkok" atau "Ailao". Dari nama ini barangkali kita mengenali mereka sebagai orang Siam atau Lao.
Antara tahun 757 Masehi, kerajaan Siam Nancao di wilayah Yunan, selatan Cina telah wujud sebagai sebuah empayar yang luas hingga ke Syam dan hulu sungai Irrawadi. Pada masa yang sama lembah Menam Chao Phraya masih di bawah pengaruh Khmer mulai didatangi oleh beberapa gerombolan Siam dari Muang Se, Tong King dan Annam. Mereka menjajah Lembangan Mekong dan menjadi penduduk tetap Angkor Wat.
Pada abad-abad seterusnya, Lembangan Sungai Ping, Wang, Yom dan Nan mulai menerima pendudukan Siam. Beberapa kerajaan kecil yang merdeka wujud dan Phayao salah sebuah wilayah di Thailand hari ini telah wujud sejak TM 1096, diikuti dengan negeri kota di Cengrai, Ciensen, Ciengmai, Sua (Luang Prabang) dan lain-lain.
Penaklukan ke atas Nancao oleh Kublai Khan (TM 1253) telah merubah taburan penempatan orang Siam di kerajaan kecil di selatan. Sukhotai (wujud sejak TM 1238) dan Luang Prabang di Lembah Sungai U mulai berkembang membentuk empayar Lannathai, walaupun akhirnya Sukhotai lebih dikenali. Kehancuran Nancao turut mengecilkan perkembangan kerajaan Siam Ahom di Assam (India) tetapi menyemarakkan perkembangan mereka di Sipsong Panna dan Sipsong Cuthai.
Sukhothai dianggap mencapai zaman keemasan semasa pemerintahan Rama Khamheng (TM 1283-1317) dan orang Siam mengingatinya sebagai pengasas huruf tulisan bangsa ini. Perluasan empayar Sukhothai dipercayai hingga ke Hujung Tanah (Johor-Singapura) wapaupun tidak ada bukti kukuh. Namun begitu, kerajaan Lavo, Khamphengphet hingga ke Caiya dan Ligor di Segenting Kera di anggap sebagai sebahagian empayar tersebut.
Sewaktu Sukhothai meniti zaman kemerosotan Raja U Thong (nama Kerajaan) membina kota baru "Dvaravati Sri Ayudhya" di sebuah pulau di Sungai Chao Phera. Di sebelah Luang Prabang pula, Fa Ngum berusaha membina empayar Sejuta Gajah (Lan Cang).... petikan penulisan dari perpustakaan awam kedah, adakah benar....sekadar renungan, petikan penulisan dari perpustakaan awam kedah, adakah benar.

KAITAN DENGAN AYUTHIA

KAITAN DENGAN AYUTHIA
Kota Ayudhya berkembang pesat dan mula dikenali sebagai "Kota Siam" di kawasan sekitar dan barat. Pengaruhnya jauh ke selatan mengambil alih peranan Sukhothai, Kerajaan Siam di Perak (Gangga Negara), Johor (Khlangkeo) dan Pahang (Inderapura) yang mempunyai kaitan rapat dengan Ayudhya.
Kerajaan Melayu (TM1612) karangan Tun Seri Lanang menyebut bahawa negeri Ganggayu (Khlangkeo) dibina oleh orang Siam asli terletak di hulu sungai Johor. Kotanya diperbuat daripada batu hitam dan pemerintahnya, Raja Chulan sebagai raja besar, segala "raja di sebelah timur ini boleh dikatakan kesemuanya tertakluk kepada baginda". Kerajaan Siam Gangga Negara dan Khlangkeo telah ditakluki oleh Raja Benua Hindi dan kerajaannya di Pahang telah ditewaskan oleh Melaka. Walaupun gagal memberikan tarikh sebagai satu fakta sejarah, Tun Seri Lanang menegaskan bahawa Ganggayu ialah negeri Siam asli dan kotanya masih wujud semasa beliau menyiapkan buku tersebut.
Buku undang-undang Siam Kot Monthienraban (TM 1360) menyebut bahawa kerajaan taklukan Siam, dikenali sebagai kerajaan Wurawari terletak di Johor Tua Ganggayu/Khlangkeo. Para pengkaji sejarah hanya berbeza pendapat tentang nama kerajaan tersebut tetapi tidak menafikan tentang kewujudan kerajaan Siam asli di Johor. Ini membuktikan bahawa orang Siam telah lama berada di Semenanjung Tanah Melayu, menjalani kehidupan berkerajaan secara aman dan berperang dengan pihak lain, terutama Melaka. Kehidupan mereka juga bercampur baur dengan kerajaan Melayu lain seperti Pattani, Kelantan, Kedah dan lain-lain sama ada di bawah pengaruh Ayudhya atau tidak.

KEMUSNAHAN AYUTHIA DAN ZAMAN BANGKOK

KEMUSNAHAN AYUTHIA DAN ZAMAN BANGKOK
Ayudhya, kota besar dengan penduduknya hampir sejuta orang telah dibakar oleh tentera Burma (TM 1767) tidak mampu dibangunkan semula oleh Phya Taksin ataupun Cakri (Thomgduang). Dari Chanthaburi, kemudiannya Thonburi, saki baki tentera Ayudhya melancarkan perang gerila hingga menyebabkan tentera Burma berundur 10 tahun kemudian. Kejatuhan Ayudhya meningglkan kesan amat parah kepada Siam.
Kemusnahannya dasyat dan Siam kehilangan kuasa pusat. Kerajaan naungan dan jajahan mula berdiri bebas. Usaha penyatuan semula oleh Phya Taksin menyebabkan ramai yang terkorban. Kebijaksanaan dan kecekapan menyusun strategi ketenteraan dalam peperangan telah menyatukan semula Siam dan wilayah Ayudhya.

SIAM ATAU THAI DI TANAH MELAYU

SIAM ATAU THAI DI TANAH MELAYU
Kerajaan Siam zaman Rattanakosin (Bangkok) memperlihatkan pengaruh lebih jelas ke atas negeri-negeri Melayu di Selatan seperti Pattani, Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu. Penghantaran bunga emas, setiap dua atau tiga tahun sekali ke Bangkok sebagai tanda persahabatan dan kesetiaan. Selain itu, perlantikan seseorang raja di negeri tersebut (kecuali Terengganu) harus disahkan oleh "Maharaja Benua Siam". Surat pengesahan dengan gelaran tertentu diberikan oleh Bangkok. Contohnya, setiap Raja/Sultan Kedah akan bergelar Phya Rithisongkramramphakdi Sri Sultan Kedah Ratnarathmunintrasurinthra Wiwongsa, Phya Saiburi dan Raja Perlis pula Phya Visedsongkram Ramwicidwillismara Phya Palis. Sultan Kelantan sebagai Phya Phipidphakdi Willismara Phya Kalantan.
Terdapat beberapa pegawai Siam ditempatkan di beberapa negeri tersebut dan bagi rakyat jelata Siam, negeri-negeri melayu ini adalah negeri mereka juga. Mereka datang dalam kumpulan petani mencari kawasan subur untuk menetap dan meneroka kawasan pertanian. Sebagai rakyat biasa mereka tidak tertarik dengan urusan politik atau "kerja raja-raja" walaupun kita pernah juga mendengar beberapa penglibatan penduduk Siam ini dalam perang saudara di Kelantan.
Serangan tentera Phya Taksin ke atas nakon Si Thammarat dua tahun selepas Phya nakon (nu) mengishtiharkan kerajaan merdeka (TM 1770) memungkinkan rakyat jelata Siam melarikan diri ke negeri Selatan dan terus menetap di sana. Hidup di bawah perlindungan raja-raja Melayu. Ada yang mendapat sedikit sebanyak kedudukan atau kurniaan. Umpama Tok Merah Chu Ding dijadikan Ketua Siam di Besut oleh Tengku Muda, Raja Besut (Terengganu) dengan gelaran Tok Helang Merah.
Kerajaan Siam zaman Bangkok menyaksikan tekanan perluasan kolonialisme Barat dari segenap penjuru sempadannya. Siam mula kehilangan wilayahnya seperti Sipsong Panna, Sipsong Cuthai, Siamreap, Batthabong kepada Perancis. Kok Song di Tenaserim, kepada Inggeris dan pada TM 1909 melalui Perjanjian Bangkok, Siam menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Inggeris. Namun rakyat jelata Siam terus menetap di negeri naungan British ini walaupun ada cerita lisan mengatakan hampir semua keluarga Siam di Bukit Tempurong, Besut pulang ke wilayah Narathiwat, antara TM 1912-1915.

FAKTOR KEDATANGAN ORANG SIAM

FAKTOR KEDATANGAN ORANG SIAM
Kedatangan orang Siam ke Tanah Melayu amnya dan ke Kedah khasnya tidaklah seperti kedatangan kaum-kaum imigran yang lain seperti India ataupun Cina. Kaum India dan Cina telah di bawa masuk secara sistematik oleh pemerintah Inggeris pada akhir abad ke 19. Manakala kedatangan masyarakat Siam ke Kedah bukanlah kedatangan yang dirancang untuk memenuhi keperluan kuasa kolonial pada masa itu. Kedatangan golongan ini lebih merupakan lanjutan dari peristiwa yang telah wujud sebelumnya seperti peperangan ataupun krisis ekonomi yang teruk yang memaksa mereka melakukan penghijrahan.
Pada tahun 1813, ramai rakyat Patani telah melarikan diri ke Perak, Kelantan, Kedah dan Perlis akibat serangan yang dilakukan oleh Rama II (1809-1824) kerana keengganan pemerintah Patani, Datuk Kun Pengkalan tunduk dan mengakui kedaulatan Siam ke atas Patani. Setelah Patani dikalahkan oleh Siam pada tahun 1813, ia telah menjadi sebuah wilayah di bawah naungan Siam dan pemerintah Patani terpaksa menghantar Bunga Mas ke Bangkok. Patani bukan saja diletakkan dibawah naungan Siam malah wilayag itu terus ditindas. Penindasan ini telah membawa akibat yang buruk kepada orang Thai Islam.
Pada tahun 1813, orang Siam dari daerah Songkla (Singora) dan Nakhorn Srithammarat telah masuk ke Kedah secara beramai-ramai. Kedatangan mereka ke sini disebabkan terdapatnya satu krisis ekonomi yang serius. Untuk mendapatkan taraf hidup yang lebih baik menyebabkan mereka berhijrah ke Kedah. Kemasukan orang Siam ke Kedah secara beramai-ramai pada abad ke 19 adalah berdasarkan polisi yang dijalankan oleh Rama III (1824-1851). Pada masa pemerintahannya, Rama III telah menjalankan polisi meluaskan tanah jajahannya ke bahagian selatan negaranya iaitu di bahagian-bahagian Utara Tanah Melayu. Pada ketika itu Kelantan, Terengganu dan Patani telahpun ditakluki olehnya, yang tinggal hanyalah Kedah belum ditakluki.
Dengan dasarnya ini Rama III telah menyebabkan pertambahan orang Siam di Kedah. Bilangan ini semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Tidak kurang juga penduduk Siam yang masuk ke Kedah akibat dari aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan di negara asal mereka (Thailand). Oleh itu, mereka melarikan diri ke Kedah kerana takutkan tindakan dari pemerintah Thailand. Keadaan ini berlaku kerana pada masa itu undang-undang keluar masuk orang asing ke Kedah masih belum dikuatkuasakan lagi. Dengan itu kemasukkan orang asing dipandang ringan sahaja oleh pihak pemerintah sehinggalah tahun 1932. Namun begitu sehingga tahun 1940an masih lagi terdapat kemasukan secara haram oleh orang Siam ke Kedah. Pada bulan April 1948 pasukan polis dan tentera Bangkok telah menyerbu sekumpulan penduduk Patani yang sedang membuat ibadat di daerah Dusun Nyior Benghara. Dalam serbuan itu seramai 266 orang telah mati dan beribu-ribu yang lainnya telah lari masuk ke Tanah Melayu.
Di samping krisis ekonomi, tindakan pemerintah Siam terhadap penduduk di bahagian Selatan Thai dan juga peperangan yang berlaku antara Siam dan Kedah terdapat satu golongan orang Thai yang dikenali sebagai Sam-Sam Siam sengaja dibawa masuk ke Kedah semasa berlakunya peperangan. Golongan Sam-Sam ini dipercayai berasal dari tawanan-tawanan perang Siam yang terdiri orang-orang Melayu yang ditangkap semasa Perang Kedah Siam pada abad ke 14. Mereka ini di bawa balik ke Siam dan kemudian keturunan mereka inilah di bawa balik ke Kedah semula pada abad ke 19, iaitu semasa Kedah berperang dengan Siam. Mereka dikatakan sebagai golongan Sam-Sam kerana mempunyai darah campuran Thai dan Melayu atau Cina. Pada masa sekarang golongan ini terdapat di Kubang Pasu, Padang Terap, Baling dan Kroh.... petikan penulisan dari perpustakaan awam kedah, adakah benar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin